Tuesday, October 26, 2010

KOYA JADI DATIN


Kecik2 suka koya nak ader orang gaji, alhamdulillah, aleesya tak keluar lagi dari perut, dah ader org gaji kat rumah sendiri..
(walaupun banyak dengar keburukan pasal maid ni, tetap gigih nak amik jugak tu)


Kecik2 suka koya nak suami hensem, alhamdulillah, walaupun tak sehensem Brad Pitt, tapi sedaplah mata memandang...
(serius kecik2 selalu berangan nak suami macam pelakon kat TV)


Kecik2 suka koya nak anak comeyy + putih kulitnya, alhamdulillah, walaupun ayyunie + aleesya tak lah kulit putih melepak cam anak org oversea, tapi at least diaorg lagi putih dari ibu diaorg ni...hehe
(memang admire betul kalau budak2 putih melepak ni)


Kecik2 selalu koya nak masuk U, pastu jumpa cinta sejati kat U, alhamdulillah, berkat doa ibu bapa + doa dan solat hajat sendiri, ku temui jua cinta sejati itu di UTM. Moga ia akan terus sejati hingga ke syurga..
(serius, lepas sembahyang itu jerlah doa yg diminta...khusyuk lagi tawaduk tau)


Kecik2 koya nak jadi model catwalk, alhamdulillah, walaupun dah berstatus ibu anak 2, gelaran RATU itu menjadi milikku...
(sebab suka posing kan...lepas tu org selalu bagi galakkan sebab tinggi) 


Kecik2 koya nak jadi businesswoman, alhamdulillah, lepas tamat belajar kat UTM, terus buka business sendiri ngan hubby..
(sebab suka tgk atitude Haliza Misbun jadi businesswoman dalam citer apa ntah...dah lupa..citer dulu2)


Kecik2 koya nak ader keta mewah warna putih, alhamdulillah, walaupun tak mewah makna, namun masih boleh berbangga dengan apa yg ader..
(sebab admire giler kat keta ader sorang abang ni yg stay kat kg ibu tu..keta honda civic mayat warna putih)


Kecik2 koya nak duduk rumah 2 tingkat, alhamdulillah, walaupun rumah ku kini tak lah semewah rumah banglo, tapi ia tetap menjadi kebanggaan ku kerana muda2 dah dapat beli rumah..
(koya nak rumah banglo lagi ni...ekekekek)



Kecik2 koya tak nak anak ramai, sebab nak kualiti dari kuantiti, alhamdulillah, setakat ni baru ader 2..
(tapi tak tau lah kan akan datang....kuasa tuhan semua tu, memang kita protect, tapi kalau dah "Kun fa ya kun"..cam mana??)


Kecik2 koya nak tandatangan cek sendiri, alhamdulillah, kini setiap bulan guna cek atas nama company sendiri bayar gaji staff...
(suka betul tgk tandatangan org, kadang2 ader yg kreatif, kadang2 ader yg sesimple mungkin)


Kecik2 koya nak cari suami kaya, sebab nak makan banyak, alhamdulillah, walaupun dia tak lah sekaya mana, tapi mampulah mengisi perut isteri yg suka makan ni..
(tengok badan I lah sekarang...cuba banding ngan gambar b4 kawen...kuruh keding tau)


ITU SEMUA KOYA MASA KECIK2 LAH..KIRANYA KOYA SAMPAI SEKOLAH MENENGAH..
KINI SETELAH SEKIAN LAMA TAK KOYA...TIBA2 DATANG PULAK MOOD KOYA TU..
KALI NI KOYA NAK JADI 

:DATIN:

huhuhu...selama ni tak pernah pun sedetik terlintas nak jadi datin...tiba2 pulak mood tu datang sejak akhir2 ni...cuba baca ni...hehe



So macam mana??? Agak2 dapat tak jadi DATIN ni??? Ayah damia siap gelak2 guling atas katil sambil nyindir2 ibu tau...alahai...suamiku ni..tak sporting langsung...huhu



Posing ala2 datin syok sendiri...ayah damia terkekek-kekek ketawa masa shoot gambar ni...dia kata...Ya Allah bini sapolah ni...hahahaha

Nak tunjuk lagi sekeping ni..jangan meluat pulak..


Gambar disnap jam 12 tghmalam..lepas habis meeting kat rumah tu...hehe


p/s: Tapi rasanya kan takkan dapat jadi datin ni...sebab selalunya setiap koya diri sendiri, tak pernah pun org lain tau, kecuali mak ibu sendiri....ni awal2 dah reveal kat blog, so, macam harapan nipis jer nak jadi datin...ekekekek..macam ibu masuk beuty contest tu, mana ibu citer kat org, sebab tu leh menang...hehe.
Tak pelah angan2 mat jenin jer ni...

p/s: Korang tau tak koya tu apa?? Tak tau pi tanya org...

UOLS PULAK SUKA KOYA APA MASA KECIK2...

p/s: tak der niat nak takbur yer...sekadar berkongsi betapa bahagianya kalau cita2 kita tu tercapai...tapi mesti ngan usaha dan doalah kan..takkan datang bergolek cam tu jer.
Post a Comment