Friday, August 13, 2010

Photobooks manakah menjadi pilihan anda???

Tadi dapat sms...photobooks hardcover & softcover tu apa?? So, ni saya jelaskan...mungkin ader beberapa di kalangan kawan-kawan ibu ni masih tak familiar ngan photobooks ni...

1. SOFTCOVER BOOKS

Ciri-ciri:
Seperti yg anda tgk dalam gambar dibawah, softcover book ini mempunyai kulit album yang lebih lembut dan senang terlipat apabila tiada penjagaan rapi diaplikasikan. Walau bagaimanapun, material dalam album masih sama dengan photobook yang lain. Amat sesuai untuk gambar-gambar bersama kawan, majlis santai dan juga coretan percutian anda. Harganya juga lebih ekonomi berbanding photobook yang lain. Dengan hanya kos kurang daripada RM100, anda pasti tersenyum dengannya.


Kulit sofcover books lebih senang terlipat. 
Tetapi jika penjagaan rapi dilakukan, ia pasti seperti photobook yang lain.


Bahagian dalam softcover book.



2. PhotoWrap Hardcover Book

Ciri-ciri:
Untuk photobook jenis ini, kulit luarnya adalah sangat keras dan tahan lasak. Material di dalam adalah berkualiti dan tampak klasik. Photobook jenis ini menjadi kegemaran untuk gambar-gambar akad nikah, majlis persandingan, majlis keramaian atau juga catatan perjalanan diari anak anda dari kecil hingga besar.   Sangat sesuai untuk tatapan anak-anak anda kerana ia tidak mudah rosak. Walaupun harganya agak mahal sedikit, namun anda pasti berpuashati dengannya.



Contoh kulit luar yang mana kami boleh reka mengikut kehendak citarasa anda.
Saiz diatas adalah 12' x 12'


Helaian dalam yang berkualiti



3. PhotoWindow Hardcover Photobook

Ciri-ciri:
Sama seperti photobook di atas. Cuma yang bezanya adalah kulit keras luarnya yang kami tebuk seakan-akan bentuk "window". Sangat sesuai untuk gambar-gambar potrait, promosi business dan juga gambar talent. Harganya memang amat berpatutan dengan kualiti yang kami tawarkan.
 

Terpulang kepada citarasa anda berapa saiz untuk "window" tersebut di tebuk


Kualiti yang sangat terjamin.

* Setiap Photobooks mempunyai 40 pages. Maksudnya anda boleh masukkan seberapa banyak gambar yang anda inginkan.

* Untuk harga dan tempahan bagi setiap album tersebut, KLIK SINI
 
* Thanks to adyshariz sebab dah booked utk gambar raya nanti...take your time to choose 100 pc of pics..

5 comments:

Unknown said...

dah semakin maju.. tahniah asben k.ayu.. bisnes semakin menjadi..rezeki tu..

Farra Dhelina said...

taniah kak u..suka tgok org mlyu maju berbiznes mcm ni.. all the best ye

Unknown said...

thanks fiza...alhamdulillah,,rezeki bulan ramadhan..

Unknown said...

farra - thanks dear...

e.l.i.z.@ said...

eli suka hop ado window tuh heheh

p/s: lawa gok template blog mr.khai =)