Tuesday, August 31, 2010

Bendera Malaysia pun ada orang nak curi ke??

Sedikit info berkenaan Bendera Malaysia:

bendera_malaysia
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


SAYA amat berbangga menjadi rakyat MALAYSIA...
Kerana MALAYSIA adalah Tanah tumpah darahku...
Semalam saya dah beli BENDERA MALAYSIA...
Untuk diletak pada kereta...
Menunjukkan saya CINTA akan MALAYSIa
Tapi malangnya, bendera itu telah hilang semasa saya nak balik kerja kul 10 malam tadi..
Tak mudah bendera MALAYSIA tu nak tercabut sebab saya beli yg jenis pelekat kat wind screen kereta..
Tapi kemanakah BENDERA MALAYSIA itu hilang...
Tak pe saya berfikiran positif..
Mungkin orang yang amik BENDERA MALAYSIA tu just nak pinjam..
Nanti dia pulangkan balik lah tu (baik kan saya)..
Ataupun mungkin juga BENDERA MALAYSIA itu telah tercabut,
Akibat membawa kereta dengan kelajuan 200 km/j (giler...gi office pun nak pecut ke?)
Apa2 pun saya tak kisah, saya boleh beli lagi satu....
Semoga minda kita tidak DIJAJAH oleh nafsu yang bukan-bukan...
Oh yer....Hari ini saya kerja..
Demi untuk anak2 merdeka....
Balik kerja kul 12.30 pm...nanti kul 1:00pm kena cepat2 bersiap..(aishhhh...penat lagi)
Sebab saya ader program CHARITY seperti dibawah:
semoga niat kita untuk menolong mereka yng memerlukan diberkati...


p/s: ntah naper tiba2 mood ber SAYA-SAYA timbul...kata guna bahasa baku sempena MERDEKA .

4 comments:

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

salam kemerdekaan ayu

aiyokkk...camno ler bendera tu boleh lesap yerk ayu...takpelah..anggap jer lah yg positif2 yerk...btw..gud luck utk programme tengahari nanti ok

ibu wawa said...

agaknya orang tu teringin bendera yang lain dari yang lain...

*∽ IZAN ∽* said...

Selamat hari merdeka..
tak pe tak pee.. kita berfikiran positiff.... 'terbang' dek angin kotttttttttttttttt he he he

Unknown said...

Bagus kak ayu berfikiran +ve..sempena bulan baik ini!hehhehe