Dah lama sebenarnya terpanggil2 nak buat N3 pasal PRUBSN ni...
Tapi disebabkan gambar2 Aleesya masa admitted kat hospital ader dalam lappy ayah damia..
So asyik tertunda jer nak buat N3 ni...
Ibu perasan dah lama iklan PRUBSN yg gambar Sheila Majid tu keluar dalam blog ni..
Bukan setakat dalam blog jer, kat dalam TV pun ader iklan pasal PRUBSN ni...
Ahad lepas masa ibu otw nak gi Care4 pun nampak iklan ni kat BILLBOARD tepi jalan tu..
So, maksudnya betapa pentingnya insurans ni dalam kehidupan kita kan...
Alhamdulillah...ahli keluarga kecil ibu ni memang memilih PRUBSN sebagai perlindungan keluarga...
Dan juga ader ambil pelan education utk masa depan anak2 ibu...
Ya!!!!! bagi ibu insurans penting kerana ibu bukannya kaki tangan kerajaan atau kakitangan swasta yg mempunyai panel klinik atau company akan tanggung sekiranya berlaku apa2 terhadap ahli keluarga ibu..
Sebab tu memang dari awal lagi kami dah menggunakan pelan PRUBSN ni...
Sekadar berkongsi cerita....dan kelebihan PRUBSN..
2 hari sebelum Aidilfitri tahun 2008, masa tu aleesya umur 11 bulan...Aleesya telah admitted kat HOSPITAL PAKAR PERDANA, Kelantan....
Aleesya seorang yg memang jarang mengalami demam2, batuk2 atau selsema...alhamdulilah..
Tapi admitted dia adalah disebabkan oleh keracunan makanan...
Masa time berbuka puasa kat kg ramai2...aleesya muntah...ibu ingatkan dia muntah sebab penat travel jauh dari JB-KELATE...then ibu pun cam tak detect apa2...just bagi susu dan rehatkan dia...pas tu tgk muka aleesya pucat semacam jer...nampak letih tak bermaya...ingat kan kesan drp muntah tu...lepas minum susu aleesya tertido...
Pas tu dalam around 3 pagi...Aleesya merengek minta susu...cepat2 ayah damia buat susu utk Aleesya..dan kebetulan masa tu, ayah damia rasa dahaga..terus ayah damia minum air masak dalam bekas yg memang khas utk buat susu Aleesya...MASYAALLAH.....air tu rasa sgt masam dan something...walhal rupanya aderlah rupa air masak jer...
Setelah dikaji dan di renung banyak kali...
Rupa2nya barulah kami tahu yg kemungkinan keracunan makanan aleesya aderlah disebabkan oleh ini!!
Termos ni buat pertama kalinya kami beli sehari b4 weols balik beraya di kelantan...
Rupa2nya termos yg ibu beli ni telah pecah dalam bahagian vacum layer tu...
Adoilahhh..cam mana leh ibu tak perasan sedangkan ibu memang dah nampak air hijau meleleh keluar dari termos tu...mungkin disebabkan sibuk dgn persediaan nak sambut raya, so anggap benda tu remeh temeh...
Dan boleh pulak ibu + ayah tak terperasan yg air dalam termos ni cam ader bendasing...
Patutlah masa ibu + ayah buat susu kat Aleesya warna susu tu bertukar kehijau2an sikit..
Cuainya lah kami....
Pagi2 tu jugak around kul 3.30 pagi bawak Aleesya pi Pakar Perdana..
Masa ni bagi Aleesya susu utk tenangkan dia dr menangis..
Aduhhh...saat naluri seorg ibu yg tewas dek laungan anaknya...
Masa ni Aleesya memang meraung gila2...
Coz Aleesya ni memang takut sgt2 kat org masa kecik2 dulu...
So nampak lak nurse ngan Dr. pakai mask ni...
Terus dia melaung...
Ibu memang tak sanggup nak pegang Aleesya..
Amik gambar ni pun disebabkan kot2 nak dijadikan bukti utk pihak insurans...
Maka sesi amik darah pun bermula..
Nak amik darah sendiri pun ibu menjerit2...
Ni kan pulak tgk Dr.amik darah anak kita...
Mahu tak meleleh air mata ibu...
Aleesya memang sgt manja dgn ayahnya..
Jadi hanya ayahnya sahaja yg boleh menenangkannya..
Banyak juga balutan kat tangan tu...Dr. takut Aleesya main ngan jarum kat tangan tu..
Sarapan pagi utk Aleesya...
Huhuhu...ari tu jugak ibu + ayah damia tak bersahur...
Coz mana pk nak makan time tu...sedar2 hari dah cerah..
Memang 24 jam dgn ayahnya jer lah..
Ngan og lain memang aleesya tak nak..
Ngan ibu pun kadang2 jer dia nak...
Bila keadan dah reda..barulah ibu leh suap2 makanan kat dia..
Alahai kesiannya Aleesya...
Pabila Aleesya dah tido, barulah Ayah damia tido...
Kalau tak berkepit jer..
Nasib baik tak der patient lain kat katil sebelah tu,
Leh ler ayah damia tumpang tido..
Menu utk tghari...
Kita boleh pilih nak menu apa..
Tapi since masa tu umur aleesya pun baru 11 bulan..
dan makanan utamanya pun bubur..
So terpaksalah amik menu ni...
Suap nasi ngan sup jer..ikan tu pun kadang2 aleesa still tak pandai makan lagi..
2D1N admitted kat pakar perdana ni...
Tu pun minta keluar ngan Dr. cepat2 coz esoknya nak raya...
Tak sanggup rasanya beraya kat dalam hospital..
Tapi tu pun setelah Dr. dapati yg Aleesya bebas drp sebarang jangkitan kuman dan bakteria...
JADI APA KENA MENGENA CITER NI NGAN PRUBSN??
Yer....ibu telah menggunakan medical card PRUBSN utk membayar segala kos rawatan dan wad...
Ibu cuma bayar RM300 sahaja utk keseluruhan kos ini..
(memang termaktub dalam syarat2 insurans ni)
Bayangkan kalau guna cash...nak amik duit ASB semua bank dah cuti raya...
Nak guna duit tunai dalam akaun semasa lak, kami memang dah spent dan budget utk balik kg..
Yer lah cuti raya kan seminggu...
(kalau tak der beratus2, jgn mimpi ler nak balik JB - KELATE...minyak saja pun dah RM400 pergi balik)
So, nasib baik ader insurans kan...just tunjukkan medical card tu...then macam2 kemudahan yg anda boleh dapat...siap boleh pilih bilik cam mana lagi yg kita nak...tapi mengikut amaunt yg dibayar every month lah...
Yang tak der medical card lagi tu, rasanya dah boleh berfikir2 tu...
Nak tahu maklumat lanjut??? Klik2 iklan macam ni kat header blog tu yer...terima kasih kepada mereka yg dah klik2 atau akan klik2...
Moral of the story:
medical card atau insurans kini bukan lagi satu keperluan tapi kepentingan yang perlu ada pada setiap orang..
p/s: dulu masa peknen, gigih mencari mana2 insurans yg ader perlindungan baby dalam kandungan...tapi semua bagi alasan yg sama...tak der coz peknen adalah "penyakit yg dicari sendiri" tapi sekarang ni bagus..Prudential dah ader perlindungan utk baby dalam perut..nak tahu lebih lanjut??? klik2 jer kat iklan nuffnang yg keluar tu yer..
p/s: Buat pertama kalinya , air mata jantan ayah damia berguguran jua masa ni di hadapan tok ayah aleesya dan ibu...ayah damia menyalahkan diri sendiri kerana tak pandai jaga anak sampai leh masuk ward, lalai coz boleh tak perasan yg termos yg kami beli tu retak sebelah dalam dan sedih mengenangkan penderitaan aleesya...nasib baik ader tok ayah aleesya yg tenangkan ayah damia...
p/s: sampai sekrang ibu + ayah damia blacklist kan termos cam tu..kami lebih rela guna termos yg old style dan besar sikit tu...
16 comments:
kenapa ngan ayyunie tu?..gambar baru ke lama ni?
muka aleesya sebijik macam ayunie skrg..hihiii
aku pun dah amik insurans since eisya kecik lagi..
skrg ni aku plan nak amik utk 2nd baby ni..memang tgh aim nak amik prumy child ni..
menakutkan baca cite tu..nasib la Allah nak bagi ayah damia tu rasa air tu..klu tak mesti korang tak tahu kan..
mama damia, itu tak silap aleesya masa kecik kan??
sian la pulak nengok si aleesya tu , kecik jer dia kat atas katil putih tue..
agreed ,medical insurance mmg sgt penting . sebab tu masa i pilih tempat keje , i nak kena nengok dia ade offer medical insurance ke tak.. and berapa byk . luckly my hubby dapat ING .. diorang bleh cover unlimited .
kesiannyer tgk aleesya mcm tu.. sedih baca entry ni.. teringat dalila masa masuk wad aritu (kes ada darah dlm poo poo ).. nangis+meronta2 bila doktor cucuk ambik darah.
saya pun mcm Ayu gak..dah ambik Prudential BSN ni jgk.. ramai okwn2 ckp yg ni yg terbaik kan. lagipun sbb takaful.
muka aleesya kecik2 nk sama dgn muka ayuni skrg jgk kan?
sedih bace entry ni...alhamdulillah semua dah satle...betul tuhh insyuren sgt penting mel pun ade amik insyuren utk sekeluarga...tp by maybank..medical card pun sentiasa kene bawak gak...
oh lupe, aleesya 11 bulan. ayyunie dalam perut tu baru 3 bulan kan? ;) aleesya dah besar lagi cantik la. :D
yup, agree with u. mmg sape2 yg tak nmpk lagi kelebihan ada insurance ni, fikir2 kan la. malang tak berbau. bukan nak mintak yg buruk2 tapi sediakan payung sebelum hujan kan? masa emergency bole nmpk kelebihan ada insurance dan menyesal invest bulan2.
alya sama dgn korang, prudential since bujang. wan & both RA amik etiqa.
masa nia admitted dulu pun habis dalam rm100++ je. sangat berbaloi2. in future pun bole guna untuk diorg masuk universiti sebab ada educational plan kan?
OMG..luckily ur hubby minum air masak aleesya tu..kalu x subhanallah..xdpt bayang..msti lagi worst aleesya..ye la..dgn bercampur bahan kimia vacum dia tu..isk xsanggup nk pk...umur aleesya masih panjang tu yg Allah berikan jalan spya ur hubby minum air aleesya..kesian sgt kan bila ank yg kecil xtauape2 jadi camni..
neway..kita sign up takaful for us one family..aQeel pnya amik yg pendidikan tu..coz medical no worries..my company n my hubby's company fully covered..tp kalu company xcover mmg wajib amik insurans ni..kesihatan adlh penting dan kita xleh nk jangka ape yg akn jadi
saya dah lama tak amik insurans ni. ingatkan cuma bila eksiden baru insurans akan diguna pakai mcm kehilangan anggota badan or alami kecacatan. rupanya byk lagi kegunaannya
termos tu boleh buat keracunan ke? isk,..bahaya betul. thanks for the info dear!
Aih.. abah tina pun mcm tu ayu. Sibuk insuranskan anak dara dia sejak lahir. Tapi disebabkan kekangan bajet, sha je yang tak de insurans. Takpe lah janji Tina & abah dia dah ada.
Kesian kan Aleesya. Tapi kan ayu, termos tu mmg patut blacklist la. Sha banyak kali perasan, kalau guna termos tu air dia bau lain..ada menda2 asing kat dalam. So, sha yg cerewet ni memang takkan guna yang itu. Betul kata ayu, termos old style tu lagi selamat. Sha guna sampai sekarang
Wpun tina dah besar tapi still sha akan cium air dalam termos setiap kali buat susu. Bimbang juga.. so far termos old style tu tak mengecewakan.
Tapi terlupa pulak nak tanya dengan abah dia, Tina punya insurans ada medical card tak? sebab tak pernah nampak pun.
Untuk anak kita sanggup buat apa saja kan..
yup...aqish pun ada medical card PRUBSN ni...since dia pernah kena adma yang teruk masa tecik...pastu kami teruk beli Insuran untuk aqish...memang berbaloi...ada pendidikan, simpanan & medical card....sian aleesya...sebijik la muka dia cam ayyunie....dah besaq ayyunie mesti tomei cam kakak nyer
isk bahaya nyo termos tu..nk kena perati molek la lain kali dih..siye ko budok la sakit perut..
comel jah aleesya rambut pendek heheh cute..
dulu eli amik gok prubsn, pastu stop sbb hmm xigt sebab gapo hahah pastu tukar med.card lain heheh
Wah..tahniah kt adik damia..mujur ade medical card dr Prubsn..
sebelum sy tamat belajar di UIA pn, saya tak nmpk langsung benefit insurans..walaupn saya belajar dalam jurusan ekonomi..
tiba2 satu hari, abang sy kemalangan teruk di kuala selangor..
masa tu sy mula nmpk keperluannya..
kos rawatan walaupun di hospital kerajaan, RM 1000 lebih..sbb nk kena masuk besi..
parent sy mmg xmampu..apatah lg abang pn masih belajar waktu tu..
lepas pade tu sy mula bejinak2 nk tau psl insurans..
wlpun kite di “didik” oleh budaya yg insuran ni tak penting, tipu mcm2 lagi la..
skrg alhamdulillah saya adalah ejen takaful sepenuh masa.semuanya start sbb pengalaman keluarga..
selepas grad tahun lepas, sy terus buat..saya tak peduli apa org kata..
Alhamdulillah, dgn background yg sy ada dr UIA, sy mudah dipercayai..
disebabkan ilmu ini juga, sy merasa betanggungjawab dgn tahap kesedaran melayu kita terhadap takaful. sangat terkilan bila ditanya, mereka lebih prefer kredit kad(berhutang) bebanding menabung utk masa depan..
siapa2 yg ingin menabung di Prudential BSN Takaful, boleh hubungi saya..012 2981142 atau add je sy kt facebook (salam.shafii@yahoo.com). Saya di area selangor..
Salam..
Tahniah sbb awak sekeluarga beringat sebelum kena.alhamdullilah Aleesya dh sihat dan semoga awak sekeluarga sihat sentiasa.
Sy agent prudential jgk.based KL and Kuantan. kalau sapa2 berminat nak tahu psl Pelan2 yang Prudential ada just contact sy.
http://allaboutprudential.blogspot.com
Thanks..
Post a Comment