Thursday, June 30, 2011

Apa perlu buat pabila hadiah yang kita bagi return balik kat kita????

Dari tengahari tadi dok cuba buka dashboad blog..
Asyik keluar "Bad Request" jer..
Sekali baru jap tadi terdetik nak buka guna Firefox..
Eh eh...boleh lah pulak..
Nyesal tak try awal2 tadi...huhu

Berbalik kepada entry "Benggang dengan posmen pos laju"
Pasti ramai nak tahu barang apa lah tu kan...
Actually tudung fareeda kids yang ibu kirim utk pemenang aritu return balik ler kat ibu..
Dah lama giler pos fareeda kids ni..
Kalau tak silap 2 Jun ibu dah pos..
Pemenang yang lagi satu (Bonda ArissaHana) dah dapat..
Sebab awal2 lagi dia tag gambar anaknya pakai fareeda kids tu kat FB..
So pemenang yang ni namanya zai kulim...

Semalam dah sms, tapi tak berbalas..
Nak bagitau kat blog dia arini, tak tau pulak blog dia apa..
Hurmmm..so macam mana yer??
Hangus dah RM6 duit pos tu...
Patut ke ibu pos semula hadiah tu???
Masa lagi nak ke pejabat pos tu...


Kalau terjadi kat uols??
Patut ibu bagi hadiah tu kat pemenang yang sama??
Atau cari pemenang baru???
Atau anggap sahaja tak der rezeki pemenang tu dan simpan bagi both damias pakai???

p/s: Selalunya barang return balik sebab penerima tak pergi tuntut hadiah kat pejabat pos, atau telah berpindah atau salah alamat...

9 comments:

Gieyana said...

uits..apsal kena return balik erk? myb owg x kenali kot or dh pindah..

MamaRifqy said...

hurmmmm..ntah la kak ayuu..tak tauu nak buat macamane..

** na pernah kene situasi..bukan hadiah yang na beri direturn tapi hadiah penganjur bagi kat na..direturn balik kat penganjur sbb na xsempat ambik..sbb xsedar dapat surat kuning and tak tahu lak ade limit hari nak kene tebus kat pos opis..and..bile dah sampai balik kat penganjur..na xdapat balik hadiah tu.wpon penganjur cakap nak bagi balik..hehheeee..na tak kesah pon sbb mmg salah na..kan??kurang alert..

so..untuk hal kak ayu..ntah laa kak!heheheh..

Bionic women said...

oh ye ke...
rsanya zai kulim ni selalu jugak masuk contest kan??? xkan tersalah alamat..huhuhu.
kslsu eily pun xtau nak buat aper, rasa bersalah jugakkan???

zura_habibhaariz said...

kak ayu
http://zaiikulim.blogspot.com/
ni blog zai kulim...dia xperasan kot..try tny dia mcm mana

ctnurkhijah said...

zai kulim slalu menang CGL, di blog ct dah 3 kali dia menang dan hadiah semua sampai ke tangan dia. Tapi ct pos guna pos ekspress.

Zai ni kalau tak silap ct keja kilang,maybe masa posmen p antar tu dia keja kot....alamat yg dia bg kat ct di taman sang kancil lunas kedah....alamat kat gambar tu cam alamat tempat keja jer...

susah2 kasi kat ct je lah hadiah tu..hehehe

Unknown said...

hihi kita pon kenal zai kulim.. mmg asyik join contest kak zai ni..cane leh kasi alamat lain kita thu gak dia duk tmn kancil.

Anonymous said...

try dulu contact ngan pemenang tu
klw xdapat juga
terpaska kasi org lain

mummy_ayu said...

Ayu pernah gak jadi mcm nie..Ayu try call and pos balik..
masa tu pemenang dia cute mum..pas tu kena pos balik la...

♥♫♥ZaiKuLiM♥♫♥ said...

salam...nie zaikulim

maaf tu add umah kak zai

ingatkan bila htr umah zai,zai takkan dpt sbb keje siapa pun takder umah..letak ler alamat umah kakak zai..tgk2 time posmen htr dia plak balik kg abis tu kertas kuning plak anak dia letak mana tah...apapun mmg takder rezeki zai..maaf sekali lagi..
zai plak baru online sbb balik kg gak mak buat kenduri arwah..