Thursday, June 2, 2011

Projek Mega Berjaya || Resepi Blueberry Cheese Tart

Hajat di hati tu memang dah lama giler nak buat Blueberry Cheese Tart ni..
Memang dah lama nak belajar buat cheese tart ni..
Tapi jarang2 nampak ader kelas buat cheese tart..
Yang banyaknya kelas buat kek, chocolate dan macaroons jer..

So memang dah nekad nak belajar buat sendiri..
Sebab bukan diri sendiri je suka makan cheese tart ni..
Tapi suami tercinta dan anak2 tersayang pun memang suka makan..
So, nak tak nak memang kena belajar sendiri lah kan..

Alah...resepi googled jer lah..
Lepas dah survey2 resepi yang ader,
Maka dengan fikiran yang logik, cubalah buat sendiri..


Hari sabtu lepas keje tau..
Balik keje kul 6 petang terus bawak anak2 n bibik gi dinner kat pizza at Jusco..
Balik around 9 malam..
Sambil2 layan AF, layan gak buat pastry ni..
Ingatkan susah der...
Rupa2nya senang aje..
Bersemangat tau buat malam tu...lepas dah sejukkan pastry yang siap dibakar..
Isi dalam tuppeware utk projek mega keesokann harinya..

* First tray buat tu siap cucuk2 lidi lagi...sebab ader terbaca utk elakkan pastry tu kembang kat tgh..
Tapi bila 2nd tray dan seterusnya, tak cucuk2 pun...okey je pastry tu..


Tak larat der nak buat semua doh tu jadi pastry..
So, separuh simpan buat esok paginya..
Boleh simpan dalam fridge..
Nanti esok lepas keluarkan dari fridge, lembut balik doh tu..


Ni yang first tray..
Nampak macam overbaked kan pastry tu..
Sebab tu nampak macam hangit..masa ni bakar utk 15 minit..
Hehehe..percubaan pertama agak kurang cantik lah kan..

Ni masa nak letak blueberry filling tu..
Ibu guna blueberry yang biji2 tu..
Mula2 takut gak takut tak muat pastry tu..
Tapi okeyy jer..


Lepas dah letak blueberry filling tu..
Kita masukkan pula cheese cream tu..
Masa ni pun ader masalah..
Mula2 guna piping cake tu letak dalam pastry tu..
Sebab konon2 nak lagi cantik..
Pastu utk 2nd tray dan seterusnya guna sudu jer pun..
Lagi cantik...hehe


Hah ni utk 2nd tray..
Nampak lebih cantik dan tak hangit kan..
Bakar 8-10 minit jer pastry tu rupanya..
Tak leh lama2...sebab nanti nak bakar lagi kan..


Hah...see see..
Cantik terletak je kan cheee tart tu..
Gebu2 gitu..hehe.
Haruslah puji diri sendiri, sebab berjaya buat projek mega yang dah lama idamkan nak buat ni..


Kebetulan pulak hari tu kawan ayah damia baru balik dari Holland datang..
Memang rezeki diaorglah..

Resepi ibu amik dari MY RESEPI


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum
  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling




* TAK guna pun perahan limau tu...ganti ngan esen vanilla
* Ayah damia komen macam blueberry cheese tart yang dia makan kat hotel lah..yeayy
* Keesokkan harinya try beli blueberry cheese tart kat JUSCO...huhuhu..jauh sedap dari yg buat sendiri...betullll tak tipu ni..


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 
Post a Comment