Dapat tag dari NANA
nak join klik sini
BAHAGIAN 1
Pasangan lain mungkin akan cepat-cepat membuat pemeriksan doktor apabila disahkan hamil, tapi ibu dan ayah hanya mendiamkan diri sahaja dan langsung tidak memberitahu kepada sesiapa pun pasal kandungan kali ini. Ibu takut harapan ibu dan ayah akan musnah lagi………………….
Hampir 5 minggu kandungan ibu hari ni……..ibu seperti biasa menunaikan tangungjawabnya di pejabat. Selepas makan tengahari, ibu pun ke tandas untuk mengambil wudu’ menunaikan solat zohor……………….
Tiba-tiba ibu keluar dari tandas dan bergegas mencari ayah:
Ibu : Bang, bad news, sayang bleeding…….
Ayah : (dengan muka berkerut) banyak tak???
Ibu : Macam sebelum2 ni lah…….
Tiba-tiba ibu keluar dari tandas dan bergegas mencari ayah:
Ibu : Bang, bad news, sayang bleeding…….
Ayah : (dengan muka berkerut) banyak tak???
Ibu : Macam sebelum2 ni lah…….
Ayah : Sabar lah sayang, kalau ader rezeki kita kali ni………….
Hati ibu dah hampa, ibu pun tahu yang ayah juga tidak berharap sangat pada kandungan kali ini…….tapi ibu dan ayah masih percaya pada Tuhan……….dengan pantas ibu sambung mengambil wudu’ dan menunaikan solat serta memohon kepada Tuhan agar segalanya selamat……..
BAHAGIAN 2
Hari ni dah 8 minggu kandungan ibu…………bleeding masih ada lagi………Ayah kata kandungan ni mungkin ada harapan kerana kandungan sebelum-sebelum ni tak sampai lapan minggu dah gugur dan kena buat D&C. Ayah ajak ibu pergi Pakar Perbidanan Khor & Loh yang disyorkan oleh kawan ibu. Ibu sebenarnya dah tak kisah sangat dengan Hospital Pakar ni kerana macam-macam ubat ibu pernah ambil di Hospital Pakar Puteri, Hospital Johor Specialist dan Hospital Penawar, tapi kandungan tetap gugur……………
Masa buat pemeriksaan dengan Dr.Khor, ibu masih ingat lagi yang Dr. mengatakan dengupan jantung bayi masih tidak dapat didengar selain bayi dalam kandungan ibu ni kecil. Scan pun tak nampak apa-apa. Kali ini ibu dan ayah memang merasakan bahawa kandungan kali ini memang tiada harapan. Lepas pemeriksaan, Dr. bagi suntikan untuk menguatkan rahim serta pil untuk menstabilkan bayi. Dan the next appointment adalah next week.
Sepanjang perjalanan balik rumah ibu dan ayah hanya mendiamkan diri sahaja dalam kereta disamping memikirkan masalah kandungan ibu.
Sepanjang perjalanan balik rumah ibu dan ayah hanya mendiamkan diri sahaja dalam kereta disamping memikirkan masalah kandungan ibu.
BAHAGIAN 3
Seperti yang dijanji, hari ni ibu kena buat pemeriksaan lagi. Bleeding semakin banyak. Ibu dan ayah pasrah kalau hari ni ibu kena D&C lagi. Sampai giliran ibu, ibu dah cuak takut keputusannya akan menghampakan ibu dan ayah.
Dr : Come, I scan first.
Ibu : Ok
Dan Dr. pun scan perut ibu sambil mencari-cari jantung bayi dalam kandungan.
Tiba-tiba bunyi DUP,DAP,DUP,DAP,DUP,DAP………………..
Dr : See, we can hear your baby heart beat now.
Ayah : Are you sure Dr. that’s my baby heart beat????
Dr : This is my works, of course I know which one the best for you………..
YA ALLAH…………Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya ibu dan ayah masa dengar dengupan pertama anak dalam kandungan ibu ni…….ikhlas ibu kata, menitis air mata ibu dan ayah apabila mendengar degupan jantung tu…….
Dr : So right now, you must take the injection for the baby 2 weeks once and please eat the stable baby pills regularly…….
Ibu : Until when I must take all this?
Dr. : Until the bleeding stop and the baby stable……and one more thing, please don’t too active and you must take care of yourself…..eat healthy food and avoid to lift heavy things
Ayah : How about traveling?
Dr. : Better janganlah kalau you all sayangkan baby ni……….
Demi untukmu anakku, ibu turuti segala nasihat-nasihat Dr. agar dirimu selamat dan sihat.
BAHAGIAN 4
Dan bermulalah saat-saat ibu menjaga bayi dalam kandungan ini sebaik mungkin. Pergi injection setiap 2 minggu, pil yang diberi mesti makan ikut waktu, air kacang soya memang menjadi santapan harian dan macam-macam lagi yang ibu buat agar semuanya selamat.
Bayangkan untuk mengelak ibu naik turun tangga pejabat setiap hari, ayah dan ibu sanggup berkampung dan tidur di pejabat ………….satu bilik khas dibuat untuk ibu dan ayah agar selesa berada di pejabat umpama seperti dirumah sendiri. Balik rumah pun hanya hujung minggu sahaja untuk basuh baju. Hampir sebulan lebih ibu dan ayah berkampung di pejabat. Sekali rasa macam orang Indon pun ada.
Itu belum masuk lagi pantang larang yang dibuat oleh keluarga ibu dan ayah. Tok Ma kata jangan makan kicap nanti anak hitam, Tok ayah kata kena makan burung merpati agar kulit anak putih dan gebu dan macam-macam lagilah petua yang diberi oleh mereka agar cucu mereka dalam perut ni adalah yang terbaik dan selamat.
Sepanjang mengandungkan bayi ni, ibu dan ayah langsung tidak pergi holiday dan travel jauh2. Paling jauh pun KL kerana ada kenduri kahwin saudara terdekat dan Muar kerana kawan Ayah kahwin (itu pun terpaksa berhenti-henti). Itu sahaja tempat yang paling jauh ibu dan ayah travel.
BAHAGIAN 5
Semasa kandungan ibu 4 bulan lebih, Dr. memberitahu bahawa bayi dalam kandungan ibu ini mungkin girl. Ayah memang berharap untuk mendapat anak perempuan, ibu pula tak kisah asalkan bayi dalam kandungan ibu selamat. Patutlah semasa kandungan ni, ibu lebih gemar memakai pakaian yang cantik dan suka bersolek.
Dan saat paling manis bagi ibu apabila tiba-tiba ibu terasa seperti rama-rama sedang hinggap dalam perut ibu walhal ibu tahu itulah gerakan dan tendangan pertama Aleesya (mula panggil nama Damia Aleesya apabila ibu dan ayah tahu bayi yang ibu kandung ni adalah girl).
Genap kandungan ibu 6 bulan, Aleesya semakin stabil dan tidak perlukan suntikan dan stable baby pil lagi……….masa ni ibu dan ayah bersyukur sangat sebab ibu percaya bahawa Aleesya sudah boleh berdikari dalam perut ibu.
Semasa kandungan ibu 7 bulan lebih pula, ibu dan ayah ada buat majlis solat hajat dan ‘melenggang perut’. Semua keluarga dari kampung datang untuk memeriahkan lagi majlis ni.
Semasa usia kandungan ibu 8 bulan, ayah telah mengambil maid untuk membantu dan meringankan kerja-kerja ibu dari sebuah ejen. Walaupun ibu kurang bersetuju dan berhajat hendak mengambil maid lepas ibu melahirkan bayi ni, ayah tetap berkeras jua. Kata ayah biarlah maid tu serasi ngan kita dulu dan tahu selok belok rumah kita. Nanti dah ada baby senang.
Baby in 8 month ++ (gambar scan 3D ni lah yg selalu mengubat hati ibu dan ayah tatkala kami setia menanti kehadiran mu, actually gambar ni sepatutnya bewarna, kebetulan hari tu printer Dr tu kehabisan ink warna)
BAHAGIAN 6
Due ibu kalau ikut kiraan Dr. pada 31.10.2007.Tapi ibu yakin bahawa Aleesya akan lahir awal dari tarikh tu kerana tarikh yang Dr. buat itu telah diubah pada tarikh last period ibu kerana Dr. kata Aleesya kecik berbanding tarikh. Susu Anmum hari-hari menjadi santapan ibu walaupun ibu bukanlah pengemar susu. Vitamin dan Liver Cod oil pun ibu ambil setiap hari agar berat Aleesya bertambah.
Mengikut perkiraan ibu dan ayah sepatutnya Aleesya akan lahir pada Hari Raya Pertama. Memang Raya pada tahun ni ibu dan ayah sebak kerana tidak dapat pulang ke kampong di Kelantan. Bayangkan, inilah kali pertama ibu dan ayah beraya sebagai anak perantauan. Pagi raya pertama ibu dan ayah sedih sangat-sangat kerana semua jiran-jiran balik kampung. Yang ada cuma ibu, ayah dan bibik sahaja. Terasa sunyi sangat masa ni. Ayah tak habis2 asyik menjentik perut ibu dan marah-marah kat Aleesya kerana lambat sangat keluar. Walaubagaimanapun, ibu dan ayah kuatkan semangat kerana ibu yakin bahawa Aleesya akan lahir dalam masa terdekat ni.
BAHAGIAN 7
RAYA KEEMPAT
Sedang semua orang sedang bersuka ria dan menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap pada Hari Raya, ibu dan ayah hanya menjamu selera di restoran sahaja. Tapi yang uniknya ibu tergerak hati nak makan tom yam kerana sepanjang mengandungkan Aleesya ibu tak berani makan yang pedas-pedas dan masam-masam. Dan ayah sempat berseloroh, sure Aleesya nak makan tom yam dahulu kot baru nak keluar…..dan dengan kuasa Allah swt,
Malam sebelum tidur :
Malam sebelum tidur :
Ibu : Abang malam ni sayang nak tidur pakai kain pelikat abang la. Kot-kot malam ni dengan berkat kain pelikat tu sayang beranak ke………
Ayah : Kalau betul cam mana?
Ibu : Bagus ahh……..dah lama sangat tunggu Aleesya ni keluar, biar dia keluar cepat-cepat sikit.
Jam 2 pagi ibu terasa nak buang air. Tapi belum sempat ibu nak ke pergi tandas, tiba-tiba ada air jernih bercampur darah meleleh. Ibu cepat-cepat kejutkankan ayah. Ayah suruh ibu bertenang dan mandi dulu (bayangkan pukul 2 pagi mandi) sementara tunggu ayah solat hajat……………………
Jam 2 pagi ibu terasa nak buang air. Tapi belum sempat ibu nak ke pergi tandas, tiba-tiba ada air jernih bercampur darah meleleh. Ibu cepat-cepat kejutkankan ayah. Ayah suruh ibu bertenang dan mandi dulu (bayangkan pukul 2 pagi mandi) sementara tunggu ayah solat hajat……………………
Sampai di hospital, Ibu pun diarahkan tukar baju dan buang air besar. Ibu langsung tak rasa sakit. Siap main-main dan gurau-gurau lagi dengan ayah. Nurse pun hairan lalu periksa bukaan ibu baru 1 cm.(masa ni punya la ibu menjerit kerana menahan kesakitan) Kemudian nurse pun tolak ibu masuk ke dalam labour room dan berbual-bual sakan dengan ibu dan ayah.
Sebelum ibu ditolak masuk ke dalam labor room (walaupun x sakit), ibu sempat minta maaf atas segala kesalahan ibu serta minta halalkan segala makan minum dan pemberian ayah selama ni. Masa ni ibu sebak sangat takut apa-apa berlaku kat ibu (masa ni ingat mati jer).
Tidak beberapa lama kemudian, Dr. pun sampai dan terus check bukaan ibu. Rupa-rupanya baru 2 cm (ibu menjerit menahan kesakitan sekali lagi). Dr. jangka ibu akan bersalin jam 12 tgh esok atau paling awal pun 10 pagi esok. Ayah pun setia menanti ibu kerana ibu tahu hanya ayah sahaja semangat dan dorongan ibu.
Tiba-tiba ibu terasa contraction ibu semakin kerap. Sakit pun dah terasa. Ibu genggam tangan ayah erat-erat sambil membaca surah-surah yang sepatutnya.. Nurse suruh ibu bersabar kerana katanya setiap 1 jam baru bukaan 1 cm. (masa ni nurse cakap nak check bukaan dah berapa cm, tapi ibu buat-buat tak sakit, so nurse tak jadi lah nak check). Ibu tengok jam di dinding baru jam 4.30 pagi. Huhuhu………….kalau sakit macam ni sampai 5/6 jam, tak sanggup rasanya ibu. Ayah pun resah dan berpeluh tengok ibu……………………
Tidak beberapa lama kemudian, ibu memberitahu kepada nurse yang ibu nak buang air kecil. Tapi tak sempat pun nurse nak buat apa-apa, habis basah satu katil yang ibu baring. Nurse kata air ketuban ibu dah pecah lalu check bukaan ibu. Rupa-rupanya dah 8cm. Ibu siap tanya balik kepada nurse tu betul ke dah buka 8 cm? Dr pun segera masuk dan bila Dr check je, Dr kata kepala baby dah nampak. Ibu????????
Tiba-tiba ibu terasa contraction ibu semakin kerap. Sakit pun dah terasa. Ibu genggam tangan ayah erat-erat sambil membaca surah-surah yang sepatutnya.. Nurse suruh ibu bersabar kerana katanya setiap 1 jam baru bukaan 1 cm. (masa ni nurse cakap nak check bukaan dah berapa cm, tapi ibu buat-buat tak sakit, so nurse tak jadi lah nak check). Ibu tengok jam di dinding baru jam 4.30 pagi. Huhuhu………….kalau sakit macam ni sampai 5/6 jam, tak sanggup rasanya ibu. Ayah pun resah dan berpeluh tengok ibu……………………
Tidak beberapa lama kemudian, ibu memberitahu kepada nurse yang ibu nak buang air kecil. Tapi tak sempat pun nurse nak buat apa-apa, habis basah satu katil yang ibu baring. Nurse kata air ketuban ibu dah pecah lalu check bukaan ibu. Rupa-rupanya dah 8cm. Ibu siap tanya balik kepada nurse tu betul ke dah buka 8 cm? Dr pun segera masuk dan bila Dr check je, Dr kata kepala baby dah nampak. Ibu????????
Dengan 3 kali push (ayah yg ajar sebenarnya macam mana nak push), lahirlah Puteri sulung ibu dan ayah, Damia Aleesya bt Khairuddin dengan berat 2.6kg pada jam 5.43 pagi. Hilang segala sakit ibu apabla melihat Aleesya di atas perut ibu. Ayah pula dengan mata yang berair mencium dahi ibu sambil mengucapkan ‘ I love you, sayang’. Dan sebagai kenang-kenangan ayah juga telah merakam saat-saat ibu melahirkan Aleesya.
Nama yang terindah: Damia Aleesya bt Khairuddin
(bermaksud: kecerdikan & keberkatan yang dilindungi tuhan)
Umur dalam gambar: Tak sampai 24 jam lagi
Sedar tak sedar dah besar dah anak ibu ni...dah 3 tahun 1 bulan pun umur..
-
-
-
-
-
Disebabkan gambar-gambar masa 1st pregnancy ibu tak banyak...kalau ader pun dah lupa CD letak kat mana.. maka ibu attached gambar2 utk second pregnancy yer..
Masa ni pregnant 7 bulan...jalan2 kat Melaka..tu Aleesya ader jugak..
Masa ni pulak pregnant 8 month++...gigih gi family day kat Rompin tau..
Dan semestinya gambar2 ni adalah saat2 menanti kelahiran cahaya mata yang dinanti..bukan setakat menanti jer ni...menahan sakit kontraksi sebenarnya...tengok muka pun dah tahu kan...hehe
p/s: alamak...macam novel pulak ni puan penganjur dan juri....hehe
Nak tag:
Ummie Eisya
Bionic Woman
Mama Tisya
Masa ni pregnant 7 bulan...jalan2 kat Melaka..tu Aleesya ader jugak..
Masa ni pulak pregnant 8 month++...gigih gi family day kat Rompin tau..
Dan semestinya gambar2 ni adalah saat2 menanti kelahiran cahaya mata yang dinanti..bukan setakat menanti jer ni...menahan sakit kontraksi sebenarnya...tengok muka pun dah tahu kan...hehe
p/s: alamak...macam novel pulak ni puan penganjur dan juri....hehe
Nak tag:
Ummie Eisya
Bionic Woman
Mama Tisya
12 comments:
wahh..sedihnye cerite...
btw, gudluck ibu..
nice story. good luck ayu!
pjg nye ayu..good luck
panjang sory!na da pnh bace cter kak ayu be4 nih..mane ntah na godek2!!
gudluck dear
mmg dah mcm novel..rajin mengarang..good luck ye..
kena tag??sempat ke nak mengarang ni..
alamak kena tag...eily xder gmbar masa pregnant nih, x tau kat maner cd..puas dah selongkar, kamera lama plak rosak..huhuhu. scanner xder...
nnti kalau teringat nak scan kat luar, eily join..
eily pernah baca entry kelahiran aleesya...
mesti kak ayu menang..kak ayu pandai mengarang.hehe
good luck...tuah aleesya selalunya bersinar2..haha
menitik air mata cik jue baca kisah ayu nie...dugaan buat ayu dan suami utk mendapatkan cahaya mata yang pertama...
indahnya saat2 ini.....bila la masa ku plak...insyaAllah...
gud luck ye..
wah..tahniah akak menang contest nih.. =)
terabekk
baba yg pasrah tu kan ayu..
mmg sgt2 mengharukan...
perit mgm perit bila mengharap tpi tak kesampaian..
tpi aleesya sgt comel.
ehehehe..
ayyunie cam amoi sikit.
salam.. tahniah menang!!!!
baru tau sejarah kelahiran aleesya..! Sebaya tau dengan anak izan, Dania Aliesya lahir 2007 jugak.
Berbaloi segala pengorbanan Ayu... lahir puteri yagn comel lote & sihat walafiatt..! semoga satu hari nanti Aleesya akan hargai pergorbanan Ibunya bila baca balik entry ni yekk!
Salam. Sayu dan sebak bila membaca kisah ni.. Segala pengorbanan & kesabaran telah dibalas dengan kelahiran bayi yang comel & sihat.. Tahniah buat Kak Ayu sebab menang...
Teringin sangat nak merasai pengalaman mengandung zuriat sendiri. Semoga Nur pun dapat merasai pengalaman yg sama menimang cahaya mata sendiri setelah 6 tahun menanti..
Post a Comment