Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Rindunya nak ke sini lagi || Sedih pulak tgk sweater bertopi ni..

Jujurnya saya sangat suka dengan sweater ini..
Saya beli sweater ini tanpa fikir panjang dan walaupun agak mahal dengan baju2 lain yang saya beli, saya tetap nak beli...
Ia nampak lain dan feminin...
Oh ya, sweater ni saya beli kat Bandung Mei lepas..

Dan ada sebab kenapa saya beli sweater ni..
Kengkonon nak bawak gi Beijing nanti..
Dan sebab nak gi Beijing tu lah, saya borong banyak juga sweater di Bandung...
Kebanyakannya bertopi..
Ni gara2 nak gi Beijing Dec nanti suhunya mencecah -4'c.



Posing2 sementara tunggu pak supir datang..


Dah macam kembar kan kan..


Masa ni ada tourist dari Jepun tegur
"They are twin??"
Hihi...saya dah kalih...:)


Masa shopping di rumah MODE..
Kebetulan haritu hujan lebat..so sesuai sangat lah pakai terus sweater ni..:)


Shoes tu pun beli kat Bandung...hari pertama beli, hari kedua terus pakai..haha
Sampai sekarang Ayyunie pakai..tapi dah ketat sikit..
Alahai...cepat betul kaki awak membesar yer Ayyunie..:)

p/s: Alhamdulillah, duit 30% yang kami bank in nak ke Beijing, saya dah dapat balik...Syukur, walaupun sedih tak dapat nak ke Beijing...tapi masih ada rezeki kami semula dapat duit kami..
Bagi yang tak tahu cerita kenapa kami tak jadi gi Beijing, boleh klik2 link bawah..







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Monday, July 9, 2012

Bandung Day 4 || Last day shopping


~Last Day di Bandung~

Tidak seperti pagi2 sebelum ni Bandung..
Kalini kami turun sarapan lewat sedikit..
Sebab nak kemas barang dulu dan terus check out..
Senang nanti lepas shopping terus ke airport..

Flight penerbangan kami dari Bandung ke LCCT adalag jam 7:45 malam..
So jam 5:30 petang memang dah sampai airport Bandung..
Tu pun terkejar2 juga sebab jalan agak jammed..


Dah siap kemas barang utk check out, kami turun ke cafe utk breakfast..
Again, kuih ni lagi yang saya makan, sebab ia sedap dan menarik..


Nasi Goreng kicap..
Not bad, nampak kosong jer, tapi rasa memang memikat..

Lepas dah makan, kami ke outlet2 yang terletak dalam shopping complex yang bersambung dengan hotel ni..masa tu banyak lagi outlet tak bukak...tapi sempat juga kami beli baju2 utk Both Damias di Factory Outlet yang ada dalam shopping complex tu...Guna lift hotel sangatlah senang accessnya...

Then, jam dah nak kul 10 pagi..Kami pun naik atas dan terus call bellboy amik barang kami.
Pergi 2 bag jer, balik 4 bag...Biasalah tu kita dengar kalau sesiapa yang datang Bandung ni..


Dah check out..
Ada masa dan rezeki, kami datang lagi...Insyallah..


Sementara tunggu adik supir datang..
Yer adik supir, sebab supir kami kebetulan haritu dah ada org booked awal bawak bas pelancong dari Malaysia..Tapi walaupun adik supir yang bawak kami, supir kami tetap datang ke hotel mengucapkan terima kasih dan bersalam-salaman antara dia dan ayah damia..
Sempat juga kiss kiss both Damias..


Sementara tunggu adik supir datang, macam2 gaya dibuatnya oleh both Damias ni..
Terhibur pelancong2 yang tgk..
Dan semestinya ramai yang tanya "twin"???"kembar"???
Huhuhu

Destinasi pertama kami ialah Bank BII...
Apa lagi cucuk duit Indonesian Rupiah ler..
Pastu terus ke Pasar Baru..
Sebab semalam tak puas shopping..
Yang hairannya dalam masa hampir 3 jam kat situ, banyak pulak kami shopping tu..
Kalau semalamnya dari pagi sampai kul 4 petang, rasa sikit jer beli.
Ni tak sampai 3 jam, kami siap shopping lagi kain telekung, kain kebaya-kebaya dewasa, kain ela, dan lain-lain. Agaknya masa dah suntuk, tu yang amik amik amik jer depan mata..


Lebih kurang jam 1 tengahari, kami pun keluar dari Pasar Baru..
Bye Bye Pasar Baru...
Then adik supir terus bawa kami ke KartikaSari..
Tempat memborong kek, coklat dan brownies..
Macam2 kek dan brownies ada dalam tu..


Bukan setakat ibu jer borong brownies dan kek, tapi both Damias pun sama borong titbits yang timbang ikut grams tu.


Orang kata tak sah datang Bandung kalau tak makan AISKRIM DURIAN..
Nak makan yang tepi jalan punya...takutttttt..
So makan lah aiskrim durian yang moden ni..
Hahahaha..habis 1 kereta bau durian hokeyy..
Yang makan ibu ngan Ayyunie jer..


Lepas tu adik supir bawak kami makan tengahari..
Sebab destinasi terakhir kami nak ke RUMAH MODE..
So decide makan area2 situ juga..
Lupa pulak nama kedai makan ni..
Tapi kedai ni berkonsepkan seafood..


Nasi Goreng Seafood...
Ya Allah...memang sedap betul..
Penuh seafood dalam tu..
Kais-kais jumpa lauk..
Kais-kais jumpa seafood..
Portion pun besar..
1 Pinggan boleh makan 2 org..


Kangkung goreng belacan sebagai tambahan..
Pun best jugakk..

Kami habis makan dalam 3:30 petang..
Tu pun makan cepat2 sebab takut tak sempat nak menghabiskan sisa2 wang IR ni di Rumah Mode..

Di sebabkan kesuntukan masa, saya dan ayah damia berpecah masa shopping kat RUMAH MODE ni..
Bayangkan jam 4:30 petang dah, sampai ke sudah kami tak jumpa antara satu sama lain..
Kebetulan pulak both Damias yang pegang Aleesya & Ayyunie..

Saya yang masa tu nak cepat memang rembat jer apa yang berkenan depan mata..no fitting2 dah..Tapi banyak betul baju2 cantik kat RUMAH MODE ni yer..kami juga decide utk sepupu2 Both Damias, beli baju yang sama semua kat RUMAH MODE ni..


Yeayyy, finally kami jumpa..
Tu pun saya berjumpa ngan adik supir dulu...pastu saya ikut dia gi cari ayah damia kat bahagian lelaki..
Nasib jumpa...kalau tak jadi orang Bandung ler saya...muahahaha


Kebetulan hujan rintik2..
Masa nak tunggu adik supir amik kereta..
Sempat lagi kami pose kat area2 menarik di RUMAH MODE ni..


Memang best ler pengalaman shopping kat RUMAH MODE ni..


Suka sakan ayah damia yer..
Kenapa ketawa sampai cam tu?? Lupa....


Ayyunie dengan sweater barunya yang beli pagi tu...:)

Dan alhamdulillah...kami selamat sampai LCCT jam hampir 10 malam..
Owh yer kami dikenakan caj tambahan luggage yer...lebih kurang IR 150,000 (RM 60++)
Pastu ada juga bayaran tax IR 75,000 seorang..
Kalau 4 org, IR 300,000 (RM 120++)
So, kalau balik dari Bandung ke LCCT, make sure ada lagi wang lebihan yer...

Malam tu BIL yang amik kami kemudian tido dirumahnya di Bangi..
Hohoho..esoknya pagi2 ke Ipoh pula...


Dan ni saya snap2 masa rumah BIL
Hasil kami shopping dari pagi di Pasar Baru sampailah ke RUMAH MODE tu..
Macam2 adaaaaaaaa...


Pengalaman paling best pabila shopping di RUMAH MODE, dan amik amik amik jer apa yang berkenan..
Memang macam tu kan..kalau masa suntuk, apa pun cantik..
Tapi kalau banyak lagi masa, tangguh2 nak beli tu ni..hehe

Apa2 pun shopping di Luar Malaysia banyak memberi saya pengalaman dan juga mengenal tempat org..
Tambahan pula Aleesya pun dah mula faham itu ini dan sering bertanyakan apa tu apa ni..
Ayyunie pun bijak jugak..tapi sebab masih kecil lagi kan..so tak banyak soalan yang dia tanya..
Macam2 tempat baru yang kami kenal dan alami sendiri..
Sesungguhnya ia pasti meninggalkan seribu nostagia kepada kami sekeluarga..:)

p/s: Jadilah pembeli yang berhemah masa di Bandung, jangan jadi seperti saya pembeli yang semua nak beli masa di sana...hehehe..pesanan penaja ni..:)




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, July 4, 2012

Bandung Day 3 || Shopping Heaven

Masih Day 3 lagi...
Bilalah nak habis  entry Bandung ni...

Supir bawa kami gi sambung shopping lagi..


Kami dibawa ke "ANAKECIL"
Dunia pakaian dan mainan kanak-kanak


Bukan setakat pakaian dan mainan jer, malah ruang utk parents menunggu dan mini playground pun ada..
Kalau cam ni, dapatlah para ibu shopping dengan tenang kan..:)

Aleesya berposing di hadapan "ANAKECIL"
Ayyunie masa ni tido dalam kereta..
Kebetulan pulak ada sale sampai 50%..
Memang berbaloi2..

****************************************************************************
Lepas tu kami ke Factory Outlet Jalan Dago pula
Banyaknya factory outlet disini..
Memang kami tak pergi semua tempat pun..
Selected pergi yang besar2 jer..
Tak larat weiiii


First sekali kami ke "The Secret"
Wowww...besar juga kat sini..
Confirm tak habis tawaff


Mula2 masuk pun dah cantik susunan bangunannya..
Pakaian lelaki perempuan memang banyak giler..
Rambang mata dibuatnya..


Tapi Hairanlahkan..
Kenapa asal masuk jer Factory Outlet, tempat pertama yang pergi mesti bahagian kanak2..
Walaupun dah shopping banyak utk Both DAMIAs, tapi tak puas2 tu nak shopping jugak utk mereka..
Agaknya cam ni lah kalau sesiapa yang ada anak2 perempuan tu kan..
Pantang nampak kedai, keperluan anak2 dulu diterjahnya.
Oh ya, DUNIA ANAK ni terletak di bangunan belakang THE SECRET tadi yer..


Ada banyak bangku2 utk duduk santai sambil melihat air pancut yer otw ke DUNIA ANAK tu..


Bukan setakat pakaian, aksesori dan mainan jer..
Pam minyak tiruan pun ada
Sakan both DAMIAs main2 isi petrol kat sini..


Anak dah tunjuk, wajb kena beli lah jawabnya..


Kakak nak, adik pun nak jugak lah kan..

************************************************************************

Pastu kami ke Factory Outlet sebelah THE SECRET tu..
Nama OASIS..
Wahhhh, sangat cantik Interior Designnya..


Sementara tunggu ibu shopping.
Ayah damia dan both DAMIAs layan ikan2 ni semua..
Kebetulan pulak masa ni hujan lebat..


Syionya shopping kalau pemandangan cantik cam ni kan.
Sejuk mata memandang dan laju jer duit keluar poket..:)


Ada juga perkhidmatan jahit seluar jeans ikut ukuran saiz kita betul2..
Maksudnya custom made bukan ready made..
Harga pun berpatutan kan.
Kepada sesiapa yang susah nak cari saiz seluar jeans tu, ini memang peluang berharga..:)


Kain jeans macam2 boleh pilih..
Nak yang pattern mana dan warna apa..
Cuma sediakan badan utk diukur dan juga ongkosnya sahaja..

*************************************************************************

Malam tu pula, sambung lagi shopping..
Shopping till drop hokeyyy..hehe
Supir bawa kami ke BALI HEAVEN.
Oh rasanya semasa pembacaan pengalaman pelancong Malaysia ke Bandung, tak ada pula org buat entry ke Bali Heaven ni...terima kasih Pak Supir kerana bawa kami ke sini..


Seyes, memang besar gilerrr..


Ambil gambar buat kenangan kat depan BALI HEAVEN ni..


Jalan berliku2 dan cabang sana cabang sini kalau nak ke satu2 department tu..
Contohnya ni nak ke Department kanak2..
Wahhh baik betul Aleesya dengan abang2 kat BALI HEAVEN ni yer..
Lagipun abang yang entertaint kat sini muda2 dan handsome...hehe


Interior Design memang tip top..
Ada jer yang sedap mata memandang..


Ayah Damia tgh pilih2 baju BALI..
Tak sampai BALI pun boleh beli baju HARD ROCK CAFE BALI hokeyy...:)


Kenangan di Bali Heaven..
Memang Heaven..


Aleesya yang suka dapat rembat beberapa helai lagi dress..


Shopping utk anak2 dah..
So time utk ibu shopping baju ibu pulak yer..
Dont worry pasal anak2...
Customer services sini memang bestt..
Pasti akan ada sahaja yang melayan anak2 kita..
Ayah damia ada kat tepi tu tolong snap2 gambar2 ni semua..


Both DAMIAs memang pantang dilayan..
Cepat jer mesranya..


Ibu!! Shopping jangan tak shopping..
Dan akhirnya jam 10 malam kami pun balik ke hotel..
OTW tu singgah Mc'D kejap, pandu laju jer senang...
Sambil2 tapau utk kami anak beranak, kami tapaukan juga utk supir kami yang rajin dan setia tu..
Suka dia dapat makan Mc'D...katanya jarang2 dapat makan ni...

***************************************************************************

Dan inilah hasil kami shopping Day 3 di Bandung..
Dari pagi sampai malam...banyak juga hasil tangkapan tu..hihi
Paling suka shopping kain telekung yang dalam beg comeyyy tu...siap ada sejadah yang sama warna ngan beg tu..
Utk ibu pulak yang sport shoe NIKE tu memang mengancam jiwa..
Oh Aleesya pun beli sport shoes jugak..
Lagi satu yang koleksi batik sedondon 4 beranak tu pun best..
Urmmm...pendek kata semuanya best2 lah...

Ini baru betul shopping till drop..
Balik hotel just makan dan tido jer..hehe

Ok lah nanti sambung lagi last day kat Bandung ye...:)




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!