Showing posts with label 3rd pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 3rd pregnancy. Show all posts

Friday, May 15, 2020

Photos of the decade: 2009 - 2019


10 years back

10 years later
 

Kedai gambar yang sama, tapi owner berbeza. 
Dulu milik auntie sekarang milik orang muda dah.
Agak lama nak siapkan gambar 10 years later tu. 
Photoshoot November 2019, Feb 2020 baru siap. 
Sebab2 lambat pada mulanya tuan kedai bagitau 
frame yang sama dengan 10 years back tu dah tak ada dah. 
Susah nak cari sekarang sebab tu royal frame. 
Tapi kami minta juga carikan frame, kualiti, warna dan design yang sama.
 Selang 2 hari kemudian, tuan kedai maklumkan dah jumpa frame tu.
 Rezeki kami lah tu. Alhamdulillah.
.
Hopefully 10 tahun coming soon, frame design ni masih wujud lagi.
 Masa tu Aleesya 23 tahun, Ayyunie 21 tahun, dan Daim 13 tahun. 
Ada lah sorang anak bujang teman ibu ayah sampai tua ya.
 Moga2 ibu & ayah masih panjang umur tengok anak3 membesar dan berjaya depan mata. 
Aaaminn.. 



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, May 25, 2016

Set Bersalin Afiat


Berpantang kalini saya nak guna Set Bersalin Afiat pula.
Dulu-dulu masa berpantangkan Aleesya dan Ayyunie saya guna set bersalin Mustika Ratu. 
Pun berkesan juga. Kembali ramping seperti anak dara ok.
Cuma lepas balik Umrah pada tahun 2013 sahaja berat badan saya naik sikit demi sikit.
Adalah hikmahnya tu kan..
Kalau tak memang sebelum2 tu ramping dan kurus lah.
Yang penting sihat dalaman dan luaran selepas bersalin.

Kenapa saya memilih Mustika Ratu dan Set Bersalin Afiat?
Kerana saya masih percaya pada bahan2 tradisi yang digunakan seperti akar kayu, jamu dan juga minyak herba. Walaupun sekarang macam2 set bersalin moden yang ada dipasaran dan lebih senang digunakan, tapi saya tetap memilih set bersalin tradisi. Memang banyak kerjalah sikit sebab kena bancuh dengan air, kena rebus dan lain-lain, tapi saya ok je. Mak bidan dan suami ada boleh menolong insyallah.


Pagi semalam Ayyunie tanya 
" Ibu mandi guna sabun apa ni wangi sangat? Satu rumah wangiiiiii...."

Hahahaha

Saya mandi guna Gel mandian pati serai wangi Afiat ni lah.
Baru guna pagi semalam, dah addicted pula setiap kali mandi nak guna gel mandian ni.
Rasanya tak habis pantang dah habis pati gel mandian serai wangi ni. Hihihi..
Saya pergi ke kedai jamu tadi nak beli loose gel pati serai wangi ni, tapi tak ada jual lah pula..
Kena beli set juga. Keluaran lain pun tak ada.


Last2 saya cari dalam IG, jumpa Pati Minyak Serai Wangi keluaran Nawal Beauty ni.
Tak cakap banyak terus saya beli.
Nasib baik seller kerja dekat2 area saya ni je. Terus boleh COD ke office saya.
Ni hah baru sampai. Tak buka kotaknya pun lagi dah wangi..
Hihi..
Tak sabar nak titis dalam bath tub kat rumah ni nanti..
Agaknya sindrom suka bau serai wangi dah ni. Hihi...

Ok lah, doakan saya selamat melahirkan newborn ni ya.
Insyallah sedang menanti saat kelahiran dengan penuh berdebar dah ni.
Semoga Allah permudahkan!
Aaamin..

p/s: Uols guna set berpantang apa? Share-share ler...

p/s: First time juga saya guna set bengkung tali silang V Asia tu. Sebab ada strap kat bawah senang nak buang air dan juga ada tali memberi yang boleh mengikut kesesuaian badan kita. Tungku herba pula kali ni saya cuba brand Jamu Jelita. Nanti saya review ya!




Thursday, May 19, 2016

Berbelanja ke jalan yang benar...ngeh ngeh ngeh..


My latest obsession..

Hari2 masuk office mesti ada parcel atas meja..

Kadang2 dari Pos Laju, kadang2 dari City Link, kadang2 dari Skynet dan selalunya dari GDEX.

Makin hari makin besar parcelnya....:-)

Semuanya untuk baby DM dan masa berpantang nanti.

P/s: Lately, suami sibuk nak bawa isteri gi shopping macam ni lah.. Kita klik2  aje. Dia lagi suka. Jimat masa jimat tenaga. Duit semestinya tak jimatlah sebab tolong bayarkan. Mekasih... Tapi pulangannya berganda2 kan sebab berbelanja ke jalan yang benar...ngeh ngeh ngeh...

Wednesday, May 18, 2016

Check up @ 38 weeks II Dapat tender Corporate Gift


Wahhhh...
Seronoknya baby DM ni dalam perut ibu sampai tak nak keluar lagi ya. Ibu dah rasa macam mak paus sangat dah ni. Hihihi..

Berat baby DM pun dah cecah 3.6kg ++.

Tak pe, tak pe...
Bagi ibu siapkan tender Corporate Gift untuk Permodalan Kelantan Berhad dulu ya. Next week dah kena courier ni. Betul2 rezeki baby DM ni.

p/s: Mana-mana agensi/company nak order Corporate Gift by CocoDamia, boleh hubungi 010-6468383. Isi dalam balang boleh tukar samada nak kuih raya, kismis, apricot, kurma dan lain2. Yang pasti coklat by CocoDamia wajib ada ya!


Monday, May 9, 2016

Organic & Natural Baby Bath/Wash Product

Siapa ada pengalaman guna Organic & Natural Baby Wash/ Bath Products?

Yang mana ok ya? Ok disini maksudnya yang sesuai digunakan oleh Newborn yang mempunyai kulit normal. Tak sensitif, tak ada Enczema atau apa2 penyakit kulit lain. Means untuk kegunaan harian from Top to toe.

Ntah kenapa pula untuk baby DM kalini nak gunakan produk2 mandian yang organic dan natural. Natural remedy lah katanya. Hihi.. Mungkin dulu kurang ilmu pasal ni, sekarang dah berilmu sikit..:-)

Aleesya dan Ayyunie pun membesar dengan produk2 Anakku je dulu. Carrie junior adalah sekali sekala. Alhamdulillah ok je. Cuma Ayyunie tu lah kulit sensitif sikit. Kena gigit nyamuk sikit je, tapi merebak2 merahnya. Kalau ada kudis sikit, pantang garu, berdarah pula. So Doktor suggest guna sabun Sebamed tu.

Sejak menang contest barangan Johnsons stok selama 2 tahun pula, hurmmm.. Memang dah jarang sangat beli product2 baby ni. Gunalah apa yang ada tu since both Damias pun dah besar. Sampai sekarang pun tak habis guna product2 yang menang tu. Siap kena buang 1 plastik sebab dah expired dated tau! Tu banyak yang dah sedekah dan jual. Masih banyak lagi kat rumah ni. Huhu..

Oklah, jom tengok Natural dan Organic baby product yang sempat saya kaji.. (Kajilah sangat.. Muahaha)


Berkenan products Joielle ni sebab cantiknya botol2 dia. Wangi pula tu. Haishh ni silap2 ibu ayah yang tumpang guna sekali ni..banyak jumpa kat kedai2 jual barangan baby sahaja product2 ni. Online pun ada macam Lazada dan website Joielle ni..
Product Buds ni pula banyak mendapat rekomen dari ahli2 Farmasi dan jurujual kat kedai2 jual barangan baby tu. Kata mereka products ni memang mendapat pengiktirafan Antarabangsa. Aritu saya masuk kat sebuah kedai jual barangan baby kat Taman U ni pun, jurujual tu suggest guna product ni. Dia kata memang berbaloi dan berkesan.


Saya tahu pasal product Tropika ni pun melalui pembacaan saya dalam Majalah2 bayi dan ibu. Tak silap saya Che Ta dutanya. Ramai kata yang Lavender tu best sangat baunya! Krim Telon dia pun ok. Tak panas sangat. Eh kat rumah saya dah banyak beli minyak telon ni. Semua dari Indonesia. Hihi..


Product Baby Organix ni pula saya tahu masa ternampak kat IG artis mana dah. Daphnieking tak silap (nanti kena check balik). Katanya memang sesuai sangat utk newborn ni. Tapi saya macam tak pernah jumpa pun kat mana2 kedai baby. Tak terperasan kot!


Pigeon Sakura pula saya tahu masa survey2 natural product kat Aeon je. Katanya sesuai untuk newborn. Yang penting bebas dari Paraben (banyak product baby ada Paraben). 

So ibu-ibu sekalian, yang mana pilihan kalian. Saya dalam dilema ni nak buat keputusan nak beli yang mana. Alaaaa, mesti uolss cakap sabun baby je kot. Tapi dia punya kusut nak beli yang mana, setiap malam termimpi2. Haha... Dasyat sungguh! 

Please advice me!

P/s: Untuk kegunaan saya sendiri saya guna Essential Oil Living Young, Virgin Coconut Oil Living Active dan set mandian Body Shop!




Wednesday, May 4, 2016

Check up 36 weeks



 Harini check up 36 weeks dah..
Kejap je masa berlalu..
Baby dalam perut pun Doktor cakap makin besar..
Dah 3.2kg...
Fuhh...nak tunggu sampai EDD, berapalah agaknya berat baby ni ya..

Doktor cakap tadi lagi 10 hari baby dah matang dan selamat kalau dilahirkan...
Next check up lagi 2 minggu..
Kalau berat baby lebih dari 3.7kg, doktor nak induce dan bersalin normal..
Bukan apa takut kalau tunggu sampai due date lagi 4 minggu, berat baby mencecah 4kg..

Apa-apa pun saya berserah bulat-bulat kepada Allah.
Saya selalu doakan agar saya bersalin normal dan secara semulajadi..
Aleesya dulu normal + semulajadi, Ayyunie pula normal + induce sebab dah lebih EDD..
So harapnya kalini Allah permudahkan saya bersalin normal dan semulajadi lah..
Dari buka 1 cm, alih2 dah nampak kepala baby keluar..
Ya Allah, permudahkankan lah... 
Kawan2 doakan saya juga ya..
Aaaamminn.




Warna-warna kegemaran sekarang...
Eh! Pink pun forever suka ok..
Mau tak suka...warna-warna kebahagiaan selama 9 tahun tu...hihi...

Monday, May 2, 2016

Idea-idea dekorasi buaian berendoi

Wahhh...cantik-cantik semuanya dekorasi buaian berendoi ni..
Boleh bagi inspirasi dan juga idea-idea kepada siapa-siapa yang nak buat pilihan untuk majlis Akikah dan buaian berendoi nanti. Ni pun saya slow-slow saja-saja survey untuk Majlis Akikah nanti. Hihi..
Geram tengok semua comel-comel. Harga sewa buaian berendoi ni bermula dari RM350 hingga ribuan ringgit lah kebiasaanya. Tengok budget dan tengok apa yang kita nak.

Sumber gambar dari: Buaian Berendoi everythingSF 















Thursday, April 28, 2016

Pelvic pain II Bagaimana untuk atasinya?




Sepanjang pregnant kalini, harinilah paling tak productive.

PELVIC PAIN lah puncanya (kat bahagian bikini tu, rasa macam lepas org tendang2). Berdiri salah, jalan salah, tidur ubah posisi salah, nak duduk pun salah. Sebelum ni pregnant 2 kali tak macam ni.

Ada juga minta petua atau tips dari kawan2 FB. Ada yang cadangkan rehat secukupnya, duduk atas gymball, makan telur ayam kampung mentah, jumpa doktor cepat dan macam2 lagi. Terima kasih semua! Appreciated it.

Harini saya ambil keputusan untuk rest saja kat rumah. Sebab memang tak leh nak jalan pun. Jalan sikit sakit bahagian pelvic. Nak duduk pun sakit bahagian pelvic. Ayah damia ajak gi klinik saya cakap tak yah sebab tak ada tanda2 pun lagi. Lagipun saya yang belum bersedia dan takut sebenarnya ni. Huhuhu....

Lepas both Damias gi sekolah dan ayah damia masuk office kul 12 tengahari tadi, saya pun tidurlah kejap konon2 sakit akan hilang sendiri. Lagipun memang mengantuk sebab dah 2 malam tidur2 ayam sebab sakit kan. Tapi bangun tidur sakit tak hilang juga.

Tak leh jadi ni, saya pun googled cara2 nak kurangkan sakit pelvic pain ni. Dan rata2 remedi yang saya jumpa adalah "soak in a warm bath with Epsom Salt". Mungkin betul juga berendam dalam air hangat boleh melegakan sakit.

DAN TERBUKTI MEMANG BERKESAN! Sakit pun kurang. Siap kaki saya boleh buat akrobatik dalam air, duduk dalam keadaan yoga dalam air dan posisi kaki siap boleh lipat2 silang2 lagi dalam air. Ajaib! Walhal tadi punyalah susah nak jalan nak duduk.

Saya masukkan Satsuma fruit extract (body shop), Essential Oil Lemon (Living Young) dan garam bukit dalam air tu. Pastu berendamlah selama satu jam. Semua badan terendam kecuali mata dan hidung je kat paras air. Pastu tidur2 ayam bagi relax and refreshing gitu.

Jadi betullah fitrah yang mengatakan mandi/berendam dalam air hangat adalah penenang alami. Bukan sahaja boleh tenangkan fikiran, badan malah saraf2 yang sakit tadi serta perbetulkan peredaran darah.

Ok lah siap2 nak gi office dah. Perempuan ni tak serik, baik dari sakit sikit je mulalah fikirkan kerja je. Esok dan lusa outstation lagi. Luggage satu apa pun tak kemas lagi...;-)

Wednesday, April 20, 2016

40 days more to go!



My current look! Jangan terkejut ya! Dah macam pregnant kembar orang -orang kata. Aaaaminn...
Gambar terbaru lunch kat Sutera Mall tengahari tadi...;-)

40 days more to go..
👶🚼

Yang kena selesaikan secepat mungkin:

🔜 Shooting rancangan Kokolog (musim ke-3) esok..

🔜 QC balance stok untuk Sole Distributor Singapore hujung minggu ni..

🔜 Bawa 40 pax students untuk Kem Jati Diri next weekends
(walaupun sebagai motivator, penat juga tu)

🔜 Siapkan presentation untuk Pertandingan Agropreneur Muda (tarikh terdekat)

🔜 Shooting Kokolog (musim ke-3) bersama celebriti di N.Sembilan (baru dapat call kejap tadi. Ahad ni dah shootingnya..hohoho)

🔜 Siapkan soalan2 Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Rancangan Pengajaran untuk staffs yang akan ganti saya next 3 weeks

🔜Meeting dengan supplier mesin untuk custom made mesin coklat yang baru.

🔜Progress produk CocoDamia yang baru (ok, yang ni serahkan pada PA dan team baru laksanakan)

🔜🔜🔜🔜🔜 banyak lagi....

Perut besar, jiwa pun kena besar. Orang lain pula yang ngeri tengok kapasiti overload perut saya ni. Hihi..insyallah baby dalam perut pun kena lah kuat kan! Tarikan magnet rezeki sungguh-sungguh baby DM ni. Semoga dipermudahkan masa bersalin nanti.


P/s: Asam garam orang business, selagi boleh jalan terus, kita ON je.... �oje.

Wednesday, April 13, 2016

Wordless Wednesday || Pregnancy shopping atau Baby shopping?


Selagi baby DM dalam perut ni tak keluar, selagi tu lah ada je kita nak shopping barang2nya. Yang shopping online tak yah cakaplah, dihujung jari je semuanya. Ni berderet-deret tunggu Q barang2 baby sampai. Al-maklumlah, kalini banyak shopping warna2 biru pula. Excited terlebih....:-)


Yang shopping baju2 maternity pun ada banyak helai juga. Apa nak buat? Pregnant kalini baju2 maternity yang lepas2 langsung tak muat. Hanya 1-2 helai je yang masih boleh muat. Fuhh.. Jauh beza sungguh pregnant kalini dengan 7 tahun lepas. 

Yang pasti, asalkan nama perempuan, tak kira apa jua keadaan, shopping adalah terapi yang paling best kan!

Monday, April 11, 2016

Pregnancy Check Up II 33 Weeks



💟Sekejap je dah nak masuk 33 weeks.

💟Harini dah inject kancing gigi.

💟Alhamdulillah, baby sangat aktif dan sihat.

💟Scan 4D tadi, Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan dalam perut ibu ni. Senyum sampai ke telinga ibu dan ayah.

💟Dr cakap pipi tembam, lagi tinggi pipi dari hidung dan berat pun dah 2.3kg.

💟Perut ibu pun asyik mengeras je. Golek sana salah, golek sini tak kena. Dr kata kalau tak baby aktif, ibu yang aktif 😉 (tak dapat disangkal lagi..hihi)

💟Macam biasa, ibu kena kurang makan yang berlemak dan manis 😁 (ni yang kalah ni).

💟Dah bincang juga dengan Dr pasal nak fully BF.

💟 Kat atas tu gambar Ayyunie. Sampai terlodeh pipi kena dukung ngan neneknya. Adakah baby DM bakal mengikut jejak kakaknya? 

💟Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini.



Tak sabar ibu, ayah, kakak Aleesya, kakak Ayyunie dan yang lain-lain nak jumpa baby DM ni....
Insyallah hanya beberapa minggu lagi ya baby..
Semoga Allah permudahkan ibu untuk bersalinkan baby DM dan juga jangan dipersulitkan.
Aaaminn..

p/s: First entry penuh pasal 3rd pregnancy ni...semoga ia menjadi memori dan kenangan manis untuk masa-masa akan datang..

Monday, March 7, 2016

Hah! Little Khalifah buat apa tu dalam perut ibu?


Hah!
Little Khalifah ibu buat apa tu dalam perut ibu?
Mengeras je ni..
Sekarang ni malam-malam ibu nak tidur pun dah tak selesa dah ni.
Mengiring ke kanan salah, mengiring ke kiri salah.
Little Khalifah ibu pun membesar bagai juara dah ni.
Berat semacam je perut ibu ni.

Ya Allah, peliharalah Little Khalifah ini selama ia berada didalam perutku, sihatkanlah dia. 
Keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Aaaamin..

p/s: Precious moment kan!

Monday, February 29, 2016

Senarai nak sambut newborn dan ibu berpantang

Tepek kat dalam blog lah senang.
Senang nak buat rujukan.
Al-maklumlah, dah lama tak dapat newborn dan jadi ibu berpantang, ingat2 lupa dah apa yang kena sediakan.

Terutama senarai keperluan si ibu.
Keperluan si newborn masih boleh ingat lagi, gara-gara excited nak dapat baby baru lah katakan. Hihi...





Semoga Allah permudahkan urusan melahirkan dan kelahiran little khalifah dalam perut saya ni.

Aaminn..

Friday, January 22, 2016

Doa semasa hamil


Currently my desktop background and handphone wallpaper..
So cute lah kamu ni little hero!
Semoga saya juga dapat little hero yang gagah, berani, cute dan sihat sempurna tubuh badannya..
Aaaminn...


Doa semasa hamil..
Semoga doa baik-baik oleh ibu-ibu mengandung semua menjadi realiti hendakNYA...
Aaamiinn..