Showing posts with label gift. Show all posts
Showing posts with label gift. Show all posts

Tuesday, September 10, 2019

Dah 15 tahun ke kahwin?




Ewah ewah..
Tetiba dapat kejutan kat office tadi..
Rupa2nya si suami bagi suprise delivery lah..


Terima kasih abang..
Alhamdulillah..
Genap 15 tahun dah..
Syukur tak terhingga kepadaMU Ya Allah..
Semoga Allah panjangkan lagi usia perkahwinan ini dengan Sakinah, Mawaddah & Warahmah...


10/09/2004 - 10/09/2019
Makin lama kahwin, makin pendek ucapan dalam kad ni ..;-)


Terima kasih juga atas sang kura-kura itu..


Hadiah Anniversary yang bermakna sempena 15 tahun kahwin ni..


Agak2 dah 30 tahun kahwin ni dapat gajah pula rasanya...kiki...


Syukur Alhamdulillah..


Semoga kekal tua bersama dan till jannah bersama...aaaminn..


15 tahun dengan kehadiran 3 cahaya mata  pemberian Allah...
Semoga keluarga kami dilimpahi kasih sayang dan dirahmati selalu..
Semoga juga anak3 kami sentiasa mengingati kami dalam doa mereka..
Aaaaminn..

Terima kasih atas ucapan dan doa dari semua..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, November 6, 2017

Birthday Getaway at Pulai Spring Resort

Lepas sahaja kena suprise oleh staffs, balik dari office, ayah damia suruh kemas luggage pula..
Bila tanya nak ke mana, suprise katanya ..tapi dalam hati dah agak dekat2 JB je vacation ni sebab hari ahad dan isnin ayah dami ada meeting.

Otw nak check in hotel, ada suprise sesi bagi hadiah pula masa lunch...wahhhh suprise dapat handphone daripada ayah damia dan hadiah2 lain daripada anak-anak. Terharu dan menjadi sangat suprise uolss tu sebab saya balik je dari tandas (tukarkan pampers Daim), masuk2 je bilik tempat makan tu, ayah damia dan anak2 nyanyikan lagu birthday untuk saya...touching..


Pilihan tempat untuk birthday lunch adalah di R&R Bistro. Memang kami kalau nak privacy dan tempat sejuk time lunch, bilik Makhota kat R&R Bistro ni menjadi tempat feveret.


Makanan kat sini pun sedap-sedap..
Terutama siakap masak 3 rasa tu..
Kami kalau makan kat sini suka ambil pakej 2 pax dan add on nasi dan air je untuk anak-anak...


OMG!
Testing selfie potrait guna handphone baru..
Wahh teruja kejap sebab amik gambar guna front camera pun dah boleh ada bokeh macam potrait..


Terima kasih keluarga kesayangan saya...
Muahhhh..


Ni guna rear camera mode potrait..
Wahhh..bokeh habis..


Kereta kat belakang tu pun panning weeii..


Lepas dah siap makan dan sesi bagi hadiah, masa yang ditunggu2 oleh anak..
Eh ni birthday siapa ni? Anak ke ibu? Hahaha..
Pada mulanya ayah damia booked hotl Paragon Suites ni..
Tapi swimming pool under maintanance lah pula..
So no point both Damias dan Daim nak ber-happy disini..
Call pihak Agoda, bagitau masalah, mujurlah Agoda refund semula duit tapi dalam bentuk gift card dalam akaun Agoda. So booked hotel lain dengan guna gift card tu je..


Dan hotel yang ayah damia pilih adalah Pulai Spring Resort..
Hahahaha...hotel depan rumah je ni..
Ni je hotel yang available untuk 1 bedroom suites..
Malas nak fikir panjang dan pilih hotel yang lebih jauh, so hotel depan rumah pun boleh lah..
Btw dah beberapa kali juga kami sekeluarga stay sini...agak2 boring time cuti, booking lah hotel ni...haha
Ni entry stay kat sini masa tahun lepas...Dai8m masih dalam carrier lagi..haha



Dulu Daim dalam carrier, sekarang semua pintu dia dah pandai buka..haha


Pantang panggil nama nak amik gambar, ada je posing menarik daripada Daim..


Awww..testing selfie potrait lagi...


Lepas asar, apalagi...
Seperti yang dijanji dengan anak-anak..
Main pool lah...


Adoiii...bukan main excited lagi Daim main air...
Kita yang lebih2 takut..
Daim releks je semua tempat dia nak lompat dan terjun..


Tahun lepas datang sini, Daim pakai neck float..
Sekarang ni nak masukkan dalam duck float pun tak nak..
Jauh ibu beli float tu...kat Boracay weeiii...
Gigih bawa balik Malaysia..


Esok paginya...
Sebelum pergi breakfast..
Testing rear camera potrait pula kat beranda bilik..


Daim nak makan apa tu sampai muncung2 mulut..


Haihhh..tak habis2 selfie ni..


Breakfast like a king


Gambar kurang sharp..tapi bokeh cantik...hihi..


Kat 1 jam lah breakfastnya...haha..
Tak ramai sangat guest...so boleh ulang alik ambil makanan..


Selfie dengan Daim pula..
Love this photo..


Hadiah daripada Aleesya dan Ayyunie...
Sweet sangat!
Muziknya pun best...


Kurang sharp..
Tapi love this moment..


Lepas tu bawa anak2 pergi swimming di Club house pula..
Dalam resort yang sama..
Tapi yang kat sini lagi luas dan cantik pemandangannya..


Sementara Aleesya dan Ayyunie tak habis2 lagi main pool, Daim pun lena je tidur atas meja kat pool, so marilah kita ber-eksperimen dengan handphone baru ni ya..


My OOTD


Yes! Bokeh cantik..


Bagi chance..


Jangan muak ya...
Bukan selalu saya selfie ni..
Sebab saya lagi suka ambil gambar dari selfie..ngeh ngeh..


Tak reti panas anak2 ni..
Baru je muka tu nak baik dari sunburn masa kat Gambang tu..Ni sunburn balik...haihhh..


Budak2 lain dah balik, korang bila nak balik ni?


Besar gilerr changing room nya weii..
Sejuk ya amat pula tu..
Ni ada yang tertidur dalam ni nanti..


Siap ada sofa, bilik sauna, bilik mandi dan spa (naik tangga ke atas)..
Memang sesuai rating 5 stars..
Sebab tu lah kami suka stay sini...
Sebab fasiliti semua superb...
Confirm lah next time kami akan stay sini lagi walaupun tak sampai 10 minit dengan rumah...hihi..

Ok sekian cerita birthday getaway saya untuk tahun ini..
Tengah tunggu pihak dari KL untuk meeting pula ni...

Good luck untuk calon2 SPM 2017...
Doa cikgu sentiasa bersama kalian...aaamin..



Monday, August 14, 2017

Washing Machine & Steam Iron for Sale at Cheap Prices


ALHAMDULILLAH..
Rezeki Hari Jumaat lepas..
Terima kasih Haier Malaysia
Hadiah washing machine & steam iron dah sampai..

Moga lebih banyak lagi rezeki yang tak disangka-sangka selepas ini.
Rezeki yang kita usaha setiap hari tu memang dah pasti!


Tapi memandangkan kat rumah saya pun dah ada washing machine yang cukup menampung keperluan pencucian baju kami, dan kat rumah pun memang guna steam iron, tak naklah benda2 ni membazir atau rosak macam tu je kan..
Jadi saya nak jual lebih murah dari harga online dan juga harga pasaran direct kedai..
Prefer mereka yang berada di sekitar JB sahaja untuk washing machine.....
Lagi elok kalau self-pickup..
Kalau steam iron insyallah saya boleh pos..


Ni harga untuk steam iron..
Memang senang guna steam iron ni..
Baju cepat je lentik sebab guna wap kan..
Jimat masa..

Saya nak jual RM45.00 sahaja..
Kalau siap postage RM50.00 sahaja..

UPDATED: STEAM IRON SOLD


Ni pula harga Lazada untuk washing machine tu..
Besar ni weii..
14kg..
Dah macam kat kedai dobi dah..
Senang nak basuh comforter dalam ni...


Ni antara function2 yang ada..


See!
Review pun 5 bintang tau..
Insyallah dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya..
Saya nak let go RM1200 sahaja..
Kondisi kotak 10/10 sebab masih dalam kotak dan tak buka2 pun..

Sesiapa yang berminat nak beli, boleh whatsapp saya di talian 012-7560895 ya.

Moga Allah permudahkan urusan dan rezeki kita sekalian...aaaminn..




Tuesday, March 28, 2017

Berpuluh-puluh ekor Kangaroo & Koala bawa balik...


Bertuahnya lahai anak..
Bawak balik berpuluh-puluh ekor.. Tinggal 10 ekor ni je. 
Nak buat cam mana.. Yang kawan2 tak ada dalam senarai list nak bagi pun dibaginya. 
Kata Ayyunie.."dah kawan-kawan adik yang dapat tu bagitau kawan-kawan yang tak dapat, pastu diaorg minta ngan adik, adik bagi je lah"... Alahai Ayyunie..


Sebelum Ayyunie bagi semua kat kawan-kawan dia, baik ibu simpan seekor ni buat kenangan. Eh seekor apa, tiga ekor tu... Hihi

Updated: Eh nasib ada yang tegur...bukan 3 ekor, tapi 4 ekor lah...haha