Showing posts with label Daim Muslim. Show all posts
Showing posts with label Daim Muslim. Show all posts

Sunday, October 8, 2023

Daim sambut Maulidur Rasul di Sekolah

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1iL071GYp5ip8QdD0s57Ch9P63xvCTsIU

Sambutan Maulidur Rasul di sekolah Daim.
Pengalaman pertama dia.
Bukan main banyak cerita lah dia.
Dia punya cerita tak habis2 sampai lepas makan lunch sampai tangan kering tak sempat nak basuh 😂.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OXKcyNXWP4oaUPRp8b05bYSIRgrr_Qpz

Daim dan guru kelasnya bersama kawan2..
Madam Lily...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1wT5dl5Vj7rMp70YQnKO41gtmmYUTk3OA

Famous Daim katanya semalam. Cikgu2 panggil Pak Haji Daim. Kawan2 panggil ustaz Daim. Gara2 pakai kopiah tang ada ekor tu. Dah ramai pula cikgu tanya jahit sendiri ke kopiah tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rByzNmHQ8LiCtcZ2w7b6tFuL6Zpn7X43

Daim cakap “ fuhh berpeluh Daim tawaf kat padang semalam”…. bukan tawaf nak, tapi perarakan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1atP-xRJcoEfm16oIKp0zgjQWJQBog8Uy

Tahniah juga Daim sebab menang tempat pertama Pertandingan Mewarna sempena Maulidur Rasul 👏.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1CNgSuEYyj4mbONnN2cx8E14yxKd0CQWt

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SCYSwWi4tXA9ByMhIN4NEfKx090xEbKJ


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1zdPkoSzTiK5sO9HTZtLAL54mbruTwyoR

Apa2 pun bagus pendedahan dan sambutan begini. Sekurang2nya ini sebagaj salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. Walaupun mungkin ada yang tak faham sirah Nabi masa ceramah, lama2 nanti diaorg tahulah sendiri.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-Nhqq3mBvQxorzAcwc02cry4nDm3W07K

Bukan main seronok eh...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1re97dk2SuVGFXzZiZMlx9inNQE1neMqX

Ayahnya selaku AJK PIBG turut dijemput hadir..
Tak kusyuk Cg Khai nak dengar ceramah sebab anak2 murid dok panggil...hihi

Sunday, February 19, 2023

Daim dah habis tadika....



17 FEBUARI 2023

Maka..
Tamatlah sudah episod Daim sekolah tadika..
Alhamdulillah..Dah pandai membaca dengan laju, dah pandai mengira, siap hafal sifir 2 dan 3 lagi (ayahnya paksa ;-) dan dah pandai juga melukis apa yang diimaginasikan olehnya. Ok lah perkembangan seiring dengan usia.


Tahniah Daim dapat TOP 3 untuk class performance..
Siap dapat sijil berhenti belajar di Tadika juga tu..
So ibu ayah dah tak ada anak fasa belajar di Tadika..
Adakah itu bermaksud ibu dan ayah semakin tua?
Tak pe..jiwa kami masih muda selagi anak3 bersekolah..hihi


Pusing2 dari dulu memang 3 orang BFF ni lah yang akan dapat TOP 3.
Kalau tak dia ni dapat no 1, dia tu yang dapat no 1...
Yang pasti TOP 3 memang dalam tangan mereka bertiga..
Tapi nanti dah sekolah rendah dah kena berpisah..
Kecuali sorang tu je lah sama sekolah dengan Daim..
Tu pun tak sekelas dengan Daim..


Last day sekolah..
Selain dari bertukar2 hadiah..
Ada juga jamuan pot luck..
Daim request nak bawa maggi goreng ibu paling sedap di dunia katanya..haha..
Balik2 dari tadika je, terus cakap "habis licin bu maggi, semua cakap sedap"..
Alhamdulillah..


Semalam dah dapat pun hadiah TOP 3 dia..
Daim ni senang..
Apa2 hadiah LEGO je..

Dan sekarang Daim counting days nak sunat dah..
Dia dah bersedia nak sunat..
Nak masuk darjah 1 kan..
Nak bujang dah anak ibu..
How time flies...



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, August 29, 2022

Pengalaman renew passport Daim selepas 5 tahun


1st  passport: Daim 9 bulan
2nd passport: Daim 6 tahun
Beza memang berbeza kan...;-)

Alhamdulillah, rezeki Daim passport 5 tahun tu berkesempatan ke:

2017 -  Gold Coast, Australia & Boracay Island, Philipines
2018 - Hong Kong & Phuket, Thailand
2019 -  Osaka, Japan 
2020 -  Jeju, Korea & Tokyo, Japan

2021 je tak ikut ibu & ayah ke Dubai & Turki sebab banyak SOP dan anak3 pun tak sanggup nak kena cucuk hidung tekak buat PCR. 

Gambar kat atas tu 1 barisan untuk yang walk in, dan 1 barisan lagi untuk yang renew online..

Ni ibu share pengalaman masa nak renew passport Daim (anak bawah 12 tahun) secara WALK IN di UTC Johor pada 14 Ogos 2022 haritu. Prosedur mungkin berubah dari semasa ke semasa lagi2 selepas pandemik ni kan.

Yang perlu dibawa:

  1.Mykids & salinan 1 keping
  2.Surat beranak & salinan 1 keping
  3.Kad pengenalan ibu atau bapa & salinan 1 keping (tengok siapa yang bawa anak)
  4.Passport lama anak

* Dan anak sebaik-baiknya pakai baju bewarna gelap atau tudung gelap*

Ni pengalaman ibu sendiri bersama ayah Damia dan Daim:

7:30 am: Beratur depan pintu masuk  UTC (tingkat 3 tempat parking) - orang yg ke 7.

8:00 am: Berlari2 anak & sampai ke pintu Imigresen (tingkat 2). Duduk di kerusi bahagian WALK IN.

8:10 am: Dapat nombor - orang yg ke 5.

8:15 am: Urusan di kaunter masuk untuk check dokumen.

8:20 am: Urusan di kaunter passport dan ambil gambar.

8:35 am: Selesai & tunggu no di panggil untuk pembayaran.

9:00 am: No di panggil dan bayaran hanya melalui kad debit atau kad kredit sahaja. Caj kanak2 RM100. Passport akan dapat selepas 1 jam pembayaran dibuat.

10:05 am: Nama anak dipanggil untuk mengambil passport. Sila double check segala maklumat dalam passport.

Sekian.. Ok Daim kata dah boleh pergi tempat Aqil Zulkifli main snow.. 
Adududu.. Ibu nak bawa Daim makan murtabak zam zam je ni ;-)



   Ramai juga yang bertanya ibu bapa boleh tumpang renew sekali tak dengan anak yang WALK IN?
Itu tak pasti....Tapi ada terbaca kat komen pages mana ntah dah lupa, yang ibu bapa tetap kena renew online juga, cuma masa nak collect passport tu boleh selit sekali beratur kat barisan WALK IN..

Then ada juga yang tanya sekarang memang tak boleh WALK IN macam dulu2 ya kalau nak renew passport?
Ya, memang dah tak boleh WALK IN kecuali untuk kanak2 bawah 12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas, OKU dan juga yang baru first time nak buat passport je boleh WALK IN..

Semoga bermanfaat....
      








::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, July 24, 2022

Tahniah Daim dapat piala...


Rasa rugi pula tak share kisah Daim yang ni kat blog..
Ya lah zaman kakak2 dia dulu asal best performance je wajib masuk blog ni..
Ni zaman2 Daim kini lebih cepat masuk kat FB & IG..
Walhal esok lusa dan masa akan datang, ibu lagi suka buat rujukan gambar lama2 kat dalam blog sebab lebih detail.

Ni pengalaman pertama Daim dapat piala.
Ya lah masa umur dia 4 tahun (2020) belajar kat Smart Reader, baru start pandemik. Belajar pun secara online dan PdPR.
Kemudian masa umur dia 5 tahun (2021), pindah ke Tadika Indah Ria iaitu tadika kakak2 dia dulu. Pun sama masih on off belajar secara fizikal, banyak online dan PdPR juga.
Tahun ni dah 6 tahun (2022), alhamdulillah...dah sepenuhnya masuk kelas fizikal.
Dan aktiviti penilaian dan exam dalam kelas pun boleh dilakukan.


Alhamdulillah...
Tahniah Daim..
Dapat 2nd Best Performance untuk Ujian Penggal 1..
Sengih sampai ke telinga balik sekolah haritu..
Bukan main lagi eksyen ya dapat letak piala tu sebelah piala kakak2nya masa tadika dulu..
Jangan mudah cepat selesa Daim, usaha lagi untuk penggal 2 pula ok...

Ibu, ayah & kakak2 sayang Daim..
Akan selalu support Daim ok..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, May 31, 2022

Daim Muslim's 6th Birthday @ Legoland


Happy 6th Birthday Daim 🎊🎉🎂

Last pergi Legoland masa Daim usia 6 bulan dalam perut ibu..
Bawa kakak Aleesya & Ayyunie masa tu..
Hasil menang contest...

Now dah 6 tahun..
Puas hati betul erkk permintaan nak  pergi Legoland ditunaikan.
10 pagi sampai 6 petang bergembira dalam tu 😁.

Semoga menjadi anak yang soleh, bijak, dan berjaya dunia akhirat..


Panas lit lit tetap Onzzz bergambar...


Semua feel excited sebab Legoland tak ramai orang..


4 adults vs 1 child..
Memang tak penat lah melayan birthday boy dalam Legoland tu..
Kakak2 dah tahu apa kena buat, mana kena pergi.
So ibu ayah boleh lah rilekss sikit kat dalam tu..

Cuma part main roller coaster tu kena ibu ayah juga main, baru diaorg nak main..
Kalau rides biasa2 tu, lepas kan diaorg main sendiri pun tak pe.. 

 Lagi2 Legoland tak ramai pun orang..
So sangat lah senang nak main rides mana.. 
Tak yah beratur panjang2 pun..
Sampai je gate setiap rides, terus boleh naik..
Nak ulang2 naik pun tak pe tak yah turun dari rides..
Sebab tu lah tak rasa penat sangat..

Just for info, untuk 1 day pass, once dah masuk Legoland, tak boleh nak keluar2 dah. Tapi sebab semalam hari jumaat dan ayahnya nak gi solat jumaat, so kena gi Guest Counter dulu kat Gate masuk Legoland, minta cop kat tiket, then boleh keluar masuk semula. Untuk yang lain, dalam Legoland ada 2 surau yang sangat selesa. So bolehlah rest dan solat dalam tu.
Cafe/restoran banyak yg dah buka. Yang tutup hanya snacks counter/bar kat tepi2 tu je.
.                                     

So far birthday boy #daimmuslim tersangatlah happy semalam. Ya lah usia 6 tahun dah pandai menikmati keriangan dalam Legoland tu. Lagi2 semua permainan dia boleh main dah sebab ketinggian semua lepas. Cuma kena ditemani orang dewasa duduk kat sebelah masa rides je.
Penat tu tak, tapi yang tak tahan tu panasssss weei... Pukul 10 pagi matahari dah terik dan badan terasa macam mandi tak lap gitu 😂. Apa2 pun happy 6th birthday Daim ❤️. Semoga menjadi kenangan indah untukmu. 


Boleh tengok video cam mana excitednya dia dalam Legoland tu ya..
Ni pun masih banyak lagi video2 yang tak sempat combine dan upload lagi..


Masa tengok show..
Syokkk dalam ni sebab sejuk...kih kih..


Antara aktiviti yang Daim suka..
Tengok 4D..
Masa ni ayahnya dah keluar gi solat jumaat...


Lena tidur sangat2 lah tu dapat hadiah Lego...


Syokkk eh main tarik2 tali...






Tengahari kami makan di King's Grill..
Yang terletak di kawasan Kingdom...


Senarai harga makanan...


Kami pilih set family Combo..
RM120 sahaja..
Berbaloi berbanding pilih 1-1 set..
Dapat 4 minuman + 2 coke..
4 Dessert ice cream..


Then dapat juga 1 set chicken grill..
1 set fish and chip..
Dan 2 set smile fries dengan nugget...
Add on Nasi jagung/butter Rm6 per cup..
Memang berbaloi...


Anak dara ibu dah besar...
Siapa follow blog ni dari tahun 2009 tahu lah kan...


Ibu pun nak posing juga..
Lepas gian..


Si adik Ayyunie..
Sejak2 PKP, makin chubby..
Dengan harapan dah pergi sekolah fizikal ni makin kurus lah ya...


Bagi chance ibu ayah posing sekali..


Buat-buat jatuh pula dia..


Teman anak main rides katanya..



Menunggu anak driving...


Daim yang last sekali..


Excited erkk Birthday Boy..


Kakak2 pun happy sebab tak payah beratur naik rides...


Masa ni brunch...
Macam ni pun dah kos RM 40 lebih...
Better lah ambil family combo..


Ni macam main playground konsep Kapal Layar gitu...


Daim menahan kepanasan..


Bukan penat main..
Tapi penat menahan kepanasan...
Hihi..


Opsss..


Masa ni ayahnya tak ada gi solat jumaat..
So ibu posing habis-habisan...kikiki..


Happy children happy parent



Kakaknya lagi takut dari Daim..haha


Nak gi naik Dragon roller coaster..
Fuhhh...hampir luruh jantung erkk..
Tapi Daim rilekss je tak menjerit..
Ibu ngan Ayyunie je terlebih jerit..haha


Fveret Daim forever..
Main Lego..
Dia boleh ralit main sorang2 je..


Rides ni pun best....
Ibu malas main yang rides ada air2 ni..


Shopping time..
Sambil main Lego..


Tengok show..


Daim main Lego lagi...
Kat sini saja 1/2 jam...
Dia suka,. kita layan...


Finish show..



Alhamdulillah..
Ada rezeki kita datang lagi ya Daim..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::