Showing posts with label raya 2015. Show all posts
Showing posts with label raya 2015. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Kenangan Raya Haji 2015 di Kelantan

Jarang-jarang sekali dapat beraya Aidiladha di Kelantan.
Sejak Ayyunie lahir (hampir 6 tahun), rasanya ni baru balik beraya lagi di Kelantan.
Kebetulan tahun ni Tok Ayah Aleesya dan Ayyunie jadi tuan rumah sembelihan lembu, jadi makin meriah lah.


Both Damias dengan sepupu sepapat mereka.
Kebetulan pula baju raya salah sorang sepupu mereka tersama pula bajunya.
Baju raya yang tak sempat dipakai oleh both Damias, so pakai time raya haji ni.


Paksu both Damias dan sepupu mereka lagi.


Masing2 tak sabar nak tgk lembu kena sembelih.
Ayyunie tu sebenrnya penggeli.
Tapi bila semua dah ke sana, dia pun turut serta.
Pastu mulalah muka sememeh nak patah balik.


Ayah damia yang sibuk ajar anak2 saudaranya guna sports camera.


Haha...sempat lagi mengajar macam mana nak transfer gambar dalam HP tu..


Yeayyy..kami dah berjaya transfer gambar dalam HP...haha


Alhamdulillah.
Cepat betul proses melapah daging lembu kalini.


Ayah damia tolong pegang2 dan timbang daging je.


Saya snap gambar2 dari atas rumah je ni.
Guna lens panjang saya.


Hihi...sempat lagi buat peace


Awww...macho sungguh ayah damia pakai baju free masa event KFC bersama Scha dan Awal tempohari. Eh entry tu pun belum buat lagi...haishh..


Masa untuk menimbang dan membahagi2kan daging kepada 7 penama.


Bangga kan pakai baju Malaysia..
Oh ya baju ni dari company Sarcatek Saiful Nang.

Dan lepas sembelihan lembu, kami anak menantu perempuan ni pun sibuk didapur menolong ibu mertua memasak sebab malam tu ada solat hajat dan kenduri.

*********************************************************************************

Dan ni gambar2 dari HP sepanjang beberapa hari beraya di Kelantan.


Haishh...dah jumpa sepupu sepapat, nak marah pun tak sampai hati both Damias main pasir ni.
Sekali sekala bagi mereka bermain dengan bahan sumber semula jadi..;-)


Saya pula keluar mencari kuih muih untuk ahli keluarga berbuka puasa Arafah paaa petang sebelum raya tu. Tapi ini yang saya terliur dulu. Ehem ada makna ke?


Ayah damia terliur nak makan nasi tumpang.


Pagi raya, konvoi solat ramai2 di Masjid berdekatan.


Pagi raya, menu utama kami semua adalah nasi kerabu hasil tangan mertua saya.


Otw nak balik rumah mak saya di Pasir Mas, pemilik Petronas agih2 kan daging korban kepada semua pelanggannya. Saya pun dapat juga daging tu. Semoga Allah permudahkan lagi rezeki pemilik Petronas tu.


Malam sebelum saya balik JB, gathering ramai2 makan Dominos Pizza di hadapan KB Mall.
Ni pun tak cukup korum dalam gambar sebab ada yang dah balik dan ada yang pergi solat.
Beginilah kami tiap kali berkumpul ramai2. Meriah sangat meriah.
Insyallah jika diberi peluang lagi, akan sentiasa kerap balik beraya Aidiladha di Kelantan.

Sekian kenangan Raya Haji 2015 kalini.



















Thursday, September 24, 2015

Raya Aidiladha 2015 di Kelantan

Hampir 6-7 tahun rasanya tak beraya haji di Kelantan. Seusia lamanya umur Ayyunie. Tahun ini alhamdulillah diberi kesempatan untuk beraya di Kelantan. Kebetulan cuti raya kalini pun lama. 

Bertolak dari JB awal pagi rabu jam 4:30 pagi setelah selesai sahur, dan alhamdulillah jalan pun lancar dan tak banyak kereta, Syukur sampai di Kota Bharu jam 1 tengahari semalam.

Anak-anak memang happy tak terkata. Sebab boleh bermesra bersama sepupu sepapat mereka.


Lepas solat sunat aidiladha pagi tadi, terus semua berkumpul didepan rumah tok ma dan tok ayah untuk menyaksikan lembu dikorbankan. Both Damias dah pernah tgk lembu kena sembelih live tahun lepas masa kami berkorban di Johor. So tahun ni diaorg dah tak berapa excited sangat!



Semangat ayah damia!
Siap pakai baju "Malaysia" pemberian KFC lagi. Hihi..

Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1436H daripada kami sekeluarga.

Semoga istilah "KORBAN" itu dapat dihayati dengan penuh kejiwaan oleh kita semua.

Thursday, August 20, 2015

Majlis solat hajat, marhaban dan Jamuan Hari raya Pusat Bahasa Pelangi

Tarikh: 10 Ogos 2015
Masa: Bermula 8 malam
Tempat: Pusat Bahasa Pelangi, Taman Universiti

Alhamdulillah..
Syukur atas nikmat Allah..
Terima kasih atas rezeki yang tak pernah putus-putus.

Semoga semua pelajar-pelajar Pusat Bahasa Pelangi berjaya dunia dan akhirat. Begitu jua semoga para guru-guru dan staffs Pusat Bahasa Pelangi dilimpahi rahmat dan keberkatan.

Terima kasih jua atas kepercayaan ibu bapa kepada Pusat Bahasa Pelangi sejak tahun 2003 lagi. Terima kasih semua atas komitmen yang diberi selama ini.

Aaami..

Selamat Hari Raya.
Jom ceria bersama gambar-gambar dibawah ini.


Mewah makanan kami pada haritu..


Puding pelangi tu memang terbaik!


Cream Puff yang sangat2 lembut..


Kebetulan pagi tu saya baru balik dari Langkawi, so tempah satay je lah senang.


Laksa Johor yang sangat marvelous.


Pizza yang sekejap jer licin..


Buah-buahan yang melimpah ruah..


Koktail dan dadih menjadi kegemaran kanak2..


Staffs Pusat Bahasa Pelangi dan pelajar2 SPM..


Jemaah perempuan PT3


Jemaah lelaki SPM dan PT3


Jemaah lelaki UPSR


Handsome uolsss...;-)


Tengok apa tu?


Jemaah perempuan UPSR


Kebetulan sama pula warna baju both Damias dengan kakak Puteri ni..


Yang tak leh solat snap gambar ni..


Jemaah yang tak boleh solat...;-)


Owhhh pandai selfie kamu berdua ya..


Lepas solat isyak, solat hajat dan Marhaban ramai2..
Maka sesi makan pun bermula..


Confirmlah masing2 bertambah2 kan..


Yang paling cepat habis sate lah..:-)


Makan elok2 dik!


Sorang senyum, sorang terkejut..


Pilih2 mana yang nak ambil dulu..


Geng2 PT3..

Dan banyak lagi gambar2 lain..
Ada sesi photoshoot juga bersama guru2 yang lain..
Tapi handphone lain..


Last but no least..
Taraaaa...
The Master Mind of Pusat Bahasa Pelangi..


p/s: Sorry lambat updated (untuk yang berkenaan)


























Tuesday, August 4, 2015

Makan-makan Raya 2015

Alhamdulillah..
Saya sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi datang beraya terutama warga2 Pusat Bahasa Pelangi, para staffs dan juga jiran2 semua.

Maaf kalau ada yang terkurang layanan atau tak sempat nak bergambar bersama2. Terima kasih juga yang tag gambar saya dalam IG. Al-maklum ler, semua menu masak sendiri kecuali sate tu. Kejap-kejap ke dapur. Kejap-kejap ke luar. 

Sambil layan tetamu sempat juga add on buat lagi 2 bekas Sherperd Pie yang menjadi sebut-sebutan haritu. Siap ada tetamu yang duduk kat dapur lagi nak tengok macam mana buatnya. Hihi..katanya teori dan praktikal kan lain. Wink..wink..

Sesungguhnya Yang Baik itu daripada Allah, dan yang kurang itu dari kelemahan kami sendiri.

Jom layan gambar2 mini open house kami pada 1 Ogos 2015 bersamaan 16 Syawal.



Menu of the day


Puding triffle warna warni..;-)


Hero of the day....ramai betul minta resepi kamu ya..


Berapa banyak telur daaaa untuk masak meehoon ni..


Rebus sendiri je.. Masuk dalam multi cooker...tinggalkan semalaman..


Sate sedap..


Rendah diri sebab tak letak apa-apa..hihi..


makan macam tu pun dah manis ting ting..


Guna rempah Morocco..


Budak2 suka betul...tak cukup 1-2 kepak masing2..


Pedas2 manja..


Tetamu pertama sampai..


Bakar-bakar style..


Dah macam mak sendiri ni..


Kak Suzana yang gojess..


Terima kasih semua..macam ni lah best...semua kumpul ramai2 datang sekali kan..


2-2 handsome adik beradik ni..


Dari usia 6 tahun saya ajar, kini dah masuk UiTM...


Lebih tinggi dia dari kita..


Hero2 of the day..


Terima kasih my staffs dan my students..


Jiran-jiran..


Wowww...kumpulan forteen weii..


Pembantu cilik yang setia dan tak banyak komen..


Heroin2 of the day..


Terima kasih semua..


Kepak ayam madu..beratur nak makan weii..


Manis2 semuanya..


Dah macam pengantin baru....opss..


Good luck untuk trial SPM akan datang ni..


Terima kasih semua..


My staff..


Tq jiran sebelah rumah..

Ada rezeki insyallah kita buat makan2 lagi..







:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::