Showing posts with label Fareeda. Show all posts
Showing posts with label Fareeda. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

Tudung Fareeda untuk anak-anak..


Yeayyy!

Akhirnya tudung2 Fareeda saya jadi hak milik anak-anak. Tak adalah tergantung rapi je dalam almari kan.

Adalah tinggal 5-6 helai lagi tudung Fareeda koleksi saya setelah kebanyakannya saya prelovedkan dan jual murah-murah.

Ngam2 labuh utk both Damias tudung2 fareeda ni. Kalau diaorg pakai Fareeda Kids, memang agak senteng dengan ketinggian mereka.

Ayyunie siap cakap masa balik ngaji "ibu, ibu ustazah tanya ibu beli kat mana tudung ni?"... Hihi..dah 3-4 tahun lepas pattern2 ni. 

Ayyunie cakap juga "bila nak tinggi  ni, nanti boleh adik dan kakak pakai baju2 ibu pula"..

How time flies kan...


Wednesday, July 31, 2013

Biarlah selendang fareeda menjadi kenangan terindah..

Tekejut saya pabila hari ahad lepas saya dapat whatapps dari seseorang yang tidak dikenali nak beli selendang fareeda saya. Katanya dia tgk dalam blog. Senang citer silent reader saya..

Kebetulan pula masa tu kat butik Zarina Ayu Collections, so bagitau dia yang saya akan whatapps gambar2 selendang yang still available lagi masa saya balik rumah nanti....tak banyak yang tinggal lepas saya buat garage sale semua shawl saya awal tahun aritu. Yang tinggal ni yang banyak meninggalkan kenangan manis serta shawl yang paling saya suka..

Antaranya shawl biru + pink tu adalah first2 tudung jenama fareeda saya beli dengan dealer dari Sabah. Best kualitinya sebab chiffon gred AAA. Lepas tu shalw coklat + mustard tu photoshoot dengan Dutch Lady dan banyak masuk dalam majalah, akhbar dan pemplet berkaitan Dutch Lady. Yang rainbow pink + purple tu pulak hadiah saguhati kenangan masa saya jadi model Fareeda 2011 dan juga masuk iklan Dutch Lady kat TV. Shawl pink + apple green tu pula shawl paling mahal rasanya saya laburkan duit beli. Beli kat Plaza Angsana. Suka sebab lembut sangat kainnya chiffon berkualiti dan warnanya pun jarang2 jumpa. Shawl polkadots tu pun saya sangat suka sebab kalau gi Holiday jer mesti sambar shawl tu. Maybe inner lycra dia labuh. Dan shawl maroon + turqoise tu pun saya suka sebab boleh match dengan banyak baju.

Tapi, dah lama saya tak pakai shawl2 semua ni...ayah damia pun banyak kali cakap kat saya, jual2 jer lah daripada bergantungan tak pakai kan. Kesian tgk shawl mahal2 bergantungan jer buat hiasan. Saya kalau labuh paras yang dikehendaki, Insyallah saya pakai lagi, tapi ni singkat sangat. Biasalah manusia kan tak putus2 nak berubah ke arah yang lebih baik. So shawl2 ni memang dah sampai masa utk dijual walaupun hati sangat berat sebab sayang kan.


Kenangan Terindah bersama shawl2 Fareeda yang banyak menaikkan nama saya.


Alhamdulillah, semalam dah selamat pos 4 dari 6 shawl yang saya ada. 
Selamat berkhidmat untuk tuan baru yang berada nun jauh di Terengganu ya. Semoga shawl2 ini memberi kenangan terindah untuk tuan barunya sebagaimana indahnya ia bersama dengan saya. 

p/s: Misi mencari shawl yang berkualiti, panjang dan lebar, ada style tapi nampak sopan serta yang penting nampak elegan dalam ciri2 seorang muslimah. Duit yang dapat, leh cover beli shawl yang baru...:)
Alhamdulillah, tak sia2 beli yang original. Terima kasih Ya Allah.

p/s: Saya ada lagi beberapa helai tudung Fareeda yang 2 layer dan 3 layer yang nak di let go. Yang berminat boleh pm facebook saya ya..:)

Friday, January 25, 2013

PreLoved Fareeda to let go ||

Saya dah lama nak buat preloved selendang-selendang Fareeda ni..
Since saya pun sekarang kurang pakai selendang Fareeda ni, daripada dok tergantung kat bilik laundry, rasanya baik saya jual murah2 kan..Condition still ok..Lagipun saya pun cerewet juga orgnya bab2 penjagaan pakaian ni..So no worries..sesiapa yang betul2 berminat, bolehlah sms atau whatapps saya tudung mana yang berkenan...nanti saya akan bagi details pasal tudung tu. Dan harga no worries, memang bawah RM100 pun..kecuali yang hijau tu...kan saya kata nak jual murah2 jer..hihi..apa2 just sms/whatapps atau pm ke FB saya jer ya...tq in advanced..


Available


Available


Sold with thanks..


Sold with thanks..


Sold with thanks..


Available


Available..


Available..


Dah ada orang bayar deposit!!!



SMS/WHATAPPS KE 012-7560896

TQ IN ADVANCE..:))




NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, August 3, 2012

Lelong Lelong Tudung FAREEDA



Kukus, Grill, Panggang..
Kukus, Grill, Panggang...
Eh, silaplah!!
Rendam, Jemur, Steam..
Rendam, Jemur, Steam..

Aktiviti hujung minggu sebelum Ramadan tiba haritu..


Baby bathtub menjadi mangsa utk merendam tudung2 Fareeda ni..
Ada gunanya juga yer baby bathtub yang lama tak guna ni..
Nak guna besen kat rumah tak ada..
Nak guna baldi takut tak muat awning ..
So guna baby bathtub ni basuh sekali 4 helai..
Pastu usap2 manja dengan tangan kat awning tu..

Lepas tu jemur..
Agak2 dah kering air menitik tu, angkat jemur dalam bilik pakaian pulak..
Bilik bibik dulu jadi bilik basuh baju, dryer baju, iron baju, lipat baju, gantung baju dan semuanya pasal baju.

Dah betul2 kering, guna steamer pulak iron bagi hilang bekas penyepit tudung..
Gosok banyak2 sekaligus..
Senang nanti nak pakai terus ambil je..
Ada kesan penyepit tudung sikit2 tu abaikan ajer..hehe

So, ada pula email saya dan inbox FB saya taknak let go ke tudung2 ni??
Hurmmm...tgklah dulu cam mana...
Sayang sebenarnya..sebab nak beli sehelai pun beratus2 kan...
So sentimental value tu ada..
Tgklah nanti kot2 sampai seru nak let go..

p/s: Next week misi basuh tudung Fareeda koleksi yang baru beli pulak...haishh koleksi terbaru siap dengan aksesori cincin dan gelang bagai..rasa nak jual jer aksesori tu sebab tak minat..aksesori tu bukan main besauu lagi yer..kalah cincin Habib dan Gelang Poh Kong saya..

p/s: Masa basuh tudung ni, suami intai tanya buat apa lama sangat dalam toilet, sekali dia nampak..haha siap cakap "cer sayang kira berapa dah habis utk tudung2 ni"..DAMN!! Malas nak kira..

p/s: Uols berapa banyak koleksi tudung FAREEDA?? Selalunya ia bermula dengan sehelai kemudian bertambah2 menjadi berhelai2 kan..:)







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Friday, March 23, 2012

3rd Winner Sibling Stars Contest

Alhamdulillah...
Last minute preparation..
Akhirnya ada juga rezeki utk kami anak beranak jadi pemenang...


Adoiii...penat mendukung beban Ayyunie...sampai cenggitu sekali ibu kena berdiri...
Apa2 pun tahniah utk anak2 ibu!!!
I'm proud of you girls...


p/s: Full story later yer..:)...itupun kalau rajin nak buat full story :)
p/s: Selesai task utk harini...utk esok, lusa dan tulat?? Doakan yang terbaik utk kami sekeluarga yer..

Tuesday, March 6, 2012

FAREEDA kena saman 1 juta!!!

Pengusaha butik saman pesaing RM1 juta


2012/03/06

SHAH ALAM: Pengusaha sebuah butik pakaian wanita di Bangi, dekat sini, memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menuntut ganti rugi RM1 juta daripada seorang lagi pemilik butik kerana mendakwa perniagaannya difitnah defendan. 

Nor Ainna Ibrahim dan suaminya, Azman Salleh, yang mengusahakan Butik Mama di Bandar Baru Bangi, melalui Syarikat Mama Secret Industry milik mereka, memfailkan tuntutan itu terhadap pemilik sebuah lagi butik, Faridah Zakaria, yang juga beroperasi di Bandar Baru Bangi kerana defendan dikatakan menuduh dan memfitnah plaintif menerusi laman sosial, Facebook, dengan mendakwanya menjual produk tudung ditiru daripada defendan.
Tuntutan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Sharida & Associates pada jam 11 pagi semalam.
Mengikut notis berkenaan, defendan membuat satu halaman peminat di Facebook bertujuan memasarkan produk keluarannya. 

Pada 9 Ogos 2011, plaintif menerima e-mel daripada defendan dan menuduhnya menjual produk tudung ditiru daripada defendan dan meminta plaintif menghentikan penjualan produk itu. 

Plaintif pada hari sama membalas e-mel itu dan mengatakan produk didakwa itu bukan ditiru kerana kedua-duanya berbeza. 

Plaintif mendakwa, defendan secara tidak benar dan berniat jahat memaparkan status membabitkan plaintif yang tidak benar dan berunsur fitnah dalam halaman peminat defendan. 
Terkilan dengan tindakan defendan, plaintif menghantar emel kepada defendan, memintanya memadam semula dan menghentikan usaha menyebarkan fitnah berkenaan tetapi tidak mendapat maklum balas. 

Plaintif juga mendakwa menerima laporan dan aduan peniaga produk Butik Mama yang memaklumkan mereka diugut defendan menggunakan pelbagai medium termasuk e-mel, SMS dan di halaman peminat peniaga produk daripada plaintif bagi menghalang mereka terus menjual produk Butik Mama.


p/s: Wallahualam....Bumi ALLAH ni luas...Rezeki ada di mana-mana jika kita berusaha dengan gigih disamping berdoa kepadaNYA...



Tuesday, January 10, 2012

ZARINA AYU sebaris dengan FAREEDA

Sungguh tak sangka sungguh tak duga...
Ahad lepas masa hantar produk2 kebaya ZARINA AYU kepada pengedar Eksklusif Shah Alam...
Rupa2nya kedai pengedar tu selang beberapa kedai jer ngan FAREEDA..
Memang tak sangka sungguh..


Masa tgh tandatangan MOU dan serahan $$$$ dengan pengedar, sempat lagi tu snap2 gambar ni..


Lepas dah habis urusan dengan pengedar, maka misi shopping pun bermula..
Dah depan mata kan, wajib lah terjah...
Bukan main seronok lagi si ayah ngan anak2 landing2 kat situ..
Sementara tunggu si ibu pilih2 tudung yang berkenan..


Alahai..tapi sayang...banyak rak kosonggggggggggggggggggggg tau...
Sangat2 terkejut...yang ada V rozanna dan selendang jer...huhu..
Jenuh mencari mana yang berkenan, tak ada pulak yang ada seperti hajat di hati..
Tapi dalam tak ada tak ada tu, sempat juga shopping


Kepada sesiapa yang berada di Shah Alam..
Boleh dapatkan produk Kebaya ZARINA AYU di Bazaar @ Seven seperti gambar di atas...
Banyak warna2 ekslusif yang HQ ZARINA AYU tak sempat jual secara retails atau display di galeri, telah diborong oleh para pengedar...Alhamdulillah...rezeki daripaNYA...


Antara warna2 eksklusif yang terdapat dengan pengedar2 ZARINA AYU!!!


Dah habis shopping kat FAREEDA..
Masa utk lunch..
Btw ibu n ayah damia nak makan kat restoran ikan bakar bubu arae2 situ..
Sekali both damias dah merengek2 nak makan kat PAPARICH lah pulak..
Hurmm..anak2 memang selalu menangkan..
Ikutkan ajer lah...


PAPARICH memang pilihan kami sekelaurga kalau kat JB..
Macam2 menu ada..


Bukan main lagi si amoi duduk atas kerusi ni yer..


Aleesya yang suka benar makan roti kukus ngan kaya ngan margerin..




Apa2 pun, alhamdulillah..
Urusan business berjalan lancar, shopping pun dapat, bergumbira ngan family pun riang, dan makan2 pun marvelous...stay tuned kemanakah pula kami pergi lepas tu..





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, June 16, 2011

Isnin, Selasa, rabu

Saja nak tunjuk koleksi diri sendiri yang patternnya lain sikit dari yang ibu beli sebelum-sebelum ni..
Selalu ibu suka pakai selendang MAWAR yang ropol2 dan yang selendang 4 layer tu..
Tapi kali ni saja nak try pattern2 yang lain..
Yang mana pattern sarung terus..
Dan labuh sedikit..


Isnin, pakai V-SHAPE TONE ni..
Material kain chiffon Gred B
Ader gaya macam ustazah tak??? ekekeek
Mama 3H cakap tudung ni macam ustazah...hehe
Sesuai lah kot pakai ngan baju kurung..


Selasa pakai sarung MAWAR ropol ni..
Material kain lycra
Not bad ler pakai...
Cuma nampak macam jahitan luar kurang kemas ler..
Sebab ader yang tegur masa ibu makan2 kat restoran bawah


Rabu pakai yang sarung kain nett punya...
Apa pulak nama pattern ni yer..
Lupa pulak..
LIMITED EDITION yang ni,,
Material kain NETT..
Anak tudung inner lain ngan kain sarung kat luar tu..
So, maksudnya tudung ni 2 pieces lah..
Apa2 pun memang best pakai yang ni..

p/s: Hurmmm pattern apa yer belum beli lagi??? Tapi tak semua pattern sesuai ngan muka ibu...





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, June 15, 2011

Hanger Tudung Berklip..

 Ader pulak yang bertanya pasal hanger tudung berklip tu..
Btw beli online jer tu..
Beli hanger tu semata2 nak gantung FAREEDA ler..
Sayang kat awning kalau hanger tak proper...hehe
Ibu beli hanger tu kat FB: Fareeda Beaute' Scarf
Tapi memang suka gantung tudung cam tu..
Kalau nak travel contohnya nak gi HOLIDAY  ke..
Senang, angkut jer ngan tudung tu siap2 iron kat rumah...hehe


Fiza Naman tanya....dry cleaning ke??
Hehehe...basuh sendiri ler...opsss...bibik yg basuhkan..
Tapi selepas ibu ajar dia ler basuh cam mana...
Tapi kalau Fareeda Chiffon Gred A, memang basuh sendiri..
Tak percaya kat bibik.....huhu


p/s: Owhhh mahu keluar lagi...

 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wordless Wednesday || Koleksi Fareeda


Koleksi siapa lagi banyak??
Anak atau ibu??

Tang Awning Fareeda memang best!!


p/s: Fareeda kids tu banyak yang tak terpakai pun lagi....
Semalam dah selamat jual 2 helai fareeda kids..

p/s: Walla...hari yang busy...

Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Monday, June 13, 2011

Fareeda Collection || 2 kali ke Butik berturut-turut

Salam Isnin..
Waaahhhhhhhhhh....
Setelah sekian lama bercuti, akhirnya hari ni aderlah hari terakhir ibu bercuti selama 10 hari..
Walaupun arini cuti, tapi tetap pergi office sebab banyak keje sedang queue utk diselesaikan..
Huhu...pasni nak ke sana, pastu nak ke sini...
Apa2 pun kehidupan kembali seperti biasa..
Aleesya pun dah pergi school macam biasa..

Hurm...pagi2 ni blurr kejap nak start entry dengan citer apa..
Pasal banyak sangatttttttttttttttttttttttttt citer yang nak dikongsikan..
Terutama kisah cuti2 kami ke LOTUS DESARU, pastu bersambung ke AVILLION ADMIRRAL COVE dan akhirnya bermalam di KL dan ke AQUARIA KLCC...
Hehehe...seminggu dapur tak berasap tu..

Ok lah, kita mulakan pagi ni dengan citer2 shopping di FAREEDA BANGI..
Alang2 dah ke KL, singgah kejap di FAREEDA BANGI..
Memang dah addicted ngan tudung FAREEDA ni..


Lepas check out dari Avillion Admirall Cove PD tu..
Terus bergerak ke bangi...
Sebelum tu sempat lah tulis kat status FB...ader sapa2 nak kirim???
Sekali sms bertalu2 masuk kirim tudung fareeda..
Hurmmm...apa lagi...sakan borong lah kan..

Thanks to Puan Faridah Zakaria sebab menegur saya dulu..
Ingat lagi puan kat saya...
Saya apa lagi??? Tak lepaskan peluang bergambar lah kan..


Aleesya pun sempat posing jugak..
Naik atas sebab nak pilih Fareeda Kids utk dia..
Yang tak tahan tu, setiap kali dia nampak tudung macam dia punya koleksi..
Mesti aleesya cakap 
" Sama macam aleesya punya kan"..

Ayah damia dah bebel2 tunggu dalam kereta ngan ayyunie ngan bibik..
Alahai...membebel sebab menunggu 1 jam ++ tu..
Ala abang, bukannya selalu dapat shopping sakan macam ni :)


Tak cukup sehari shopping..
Keesokkannya otw balik JB, singgah FAREEDA lagi sebab ader yang kirim last2 minit..
Alaa...bukan setakat beli yang dikirim jer..
Tapi koleksi peribadi pun bertambah lagi...hehe..
Memang addicted betul...
Tapi yang pasti kalini koleksi ibu lain dari MAWAR ROPOL tu..
Saja beralih angin design lain..

p/s: Memang rambang mata weiii...kaler cantik2..

p/s: Pasni salah satu destinasi ialah pejabat pos..sebab nak amik tudung fareeda yang dibeli online sampai masa weols pergi cuti2 malaysia...kalau tau nak gi KL, tak lah membeli online...hehe
 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

 

Friday, June 3, 2011

Tudung RM17 atau Tudung RM170???

Yang mana satu pilihan anda??

Tudung ni beli kat MELAKA masa January 2011 aritu..
RM17 jer after diskaun...
Semestinya warna pink ada..
Brand tak tahu lerrr..


Yang ni pulak baru sampai kelmarin..
Beli online..
Harga RM 170..ader lah diskaun sikit..
Brand FAREEDA..

Kesimpulannya tepuk dada tanya selera...
Bagi ibu dua-dua pun cun..
Yang penting selesa dan kombinasi warna yang mengancam...


Kalau sesiapa yang nak beli tudung FAREEDA ni..
Cepat2 ke Bangi yer..
Sebab sekarang tengah sales..
30% tu...berbaloi2.
Kalau lah dekat...dah lama rembat banyak2 ni...
Bukan selalu ader sales sampai 30%...


p/s: BARU balik shopping kat Jusco ler....org lain dah separuh hari keje, kami baru nak masuk keje..hehe

p/s: Semalam masa pos hadiah kat pemenang tudung fareeda dan trudy & teddy tu, pompuan yang jaga kaunter pos tu tegur ibu pasal tudung fareeda...hehe..selama ni ta pernah bertegur sapa, tapi pasal tudung FAREEDA punya pasal...excited weiii dia tanya macam2 kat ibu..



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!