Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Monday, October 4, 2021

Jauhnya anak sulung cucuk vaksin kat Kelantan


Alhamdulillah..
Selesai 1st dose vaksin Aleesya semalam (3/10/21).
10 minit je prosesnya.
Al maklumlah orang pertama cucuk vaksin kat sekolah tu. 
Dan mujurnya ibu ayah diberi kebenaran untuk teman anak2 cucuk vaksin dah sekarang.

Jauhnya Cucuk vaksin sampai ke Kelantan.
Aleesya cucuk vaksin di SR Demit 2, Kota Bharu.

Alkisahnya masa sebelum ambil permit kebenaran rentas negeri tu, tak ada lagi tarikh Cucuk vaksin Aleesya. Alih2 hari pertama kat Kelantan, tiba2 dapat panggilan sekolah Aleesya kena cucuk 6hb ni. Sedangkan tarikh tu kami masih di Kelantan lagi.

So try adjust tukar cucuk vaksin di Kelantan. 
Alhamdulillah urusan dipermudahkan sangat2. 

Kita hanya ikhtiar, selebihnya tawakkal kepada Allah yang Maha mengetahui dan berkuasa.
Semoga dengan vaksin ini tidak memudaratkan anak-anak kita.
Aaaamin.


Tandatangan pelajar dan bapa sebagai tanda setuju penerimaan vaksin.


Urusan penilaian dan pengesahan


Sementara tunggu kena cucuk..


Berdebar-debar ke tu?
Btw lelaki cucuk kat luar, perempuan cucuk kat dalam bilik.
Masa ni bilik untuk perempuan belum siap lagi..


Anak yang nak kena cucuk, ibu yang rasa lenguh2 bahu...haha
Oh my....abaikan eyebag ibu tu...



Selesai urusan.
Tunggu bagi kad vaksin.
Masa ni dah tahu ya tarikh 2nd dose.
Cuma kena tunggu yang dalam My Sejahtera untu confirmkan.


Good job Aleesya...
Diam & cool je..
Tapi nampak lah raut muka tu tak senang duduk..kih kih..
Time ibu kena cucuk aritu pun siap menjerit tau..haha


Tempat tunggu pemantauan.
Sambil2 pihak KKM bagi taklimat..


Siap ada pelamin hah untuk sesi bergambar..
Good job pihak2 yang terlibat..
Semuanya smooth dari mula2 proses sampai akhir..


Food Cravings after vaccine..gitewww..
Eh ke ibu yang cravings ni....opsss!!



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, January 6, 2021

JJCM Kelantan II Seafood Celup Tepung Warung Acutera


Balik Kelantan minggu lepas..
Sempat ke Warung Acu Tera kat Pantai Sabak.. 
Kat sini famous dengan Seafood celup tepung dan coconut shake...


Buka bermula jam 3 petang.
Kami sampai jam 3:05 petang pun tempat duduk dah hampir penuh..


Pulut pauh dan ketupat sotong pun ada..
Haritu ada yang tanya kat komen FB "BAYAR SELALU" tu bayar terus ke maksdunya
Ah ah...ambil makanan terus bayar..
Tapi yang Seafood Celup Tepung dan minuman bayar kemudian..


Harga2 makanan yang dijual..
Berbaloi2 kan..
Kat Pantai Timur ni orang ratah je udang sotong buat minum petang..
Kaya...kaya..


Ai nyor dan coconut shake..
Memang nikmat dan sedap..


Yang kami order..
Fuhhh bukan main lagi ya colek/sos tu bagi 1 botol terus..
Memang syokkk lah cicah cicah seafood tu sampai lebam dan sampai habis sos..
Hihi..


First time makan kerang celup tepung..
Ingatkan masa order tu kerang rebus atau bakar..
haha.
Ok dapat pengalaman baru ni makan kerang versi celup tepung ni..
Sedap lah juga..tapi agak liat sikit..


Total makan baru RM56 banyak cenggini..
Puah senggoti sungguh ni...

Dan dia punya tepung tu rangup, crunchy dan halussss macam snow kata budak3 ni.. 
Harga sgt2 berbaloi...
Orang ramai tapi servis cepat..


Walaupun panas masa ni, tapi tak terasa bahang pantainya..
Mungkin sebab makan bawah2 pokok rendang kan..


InsyaAllah...
Balik Kelantan lagi nanti, kami nak repeat lagi..
Kalini tak leh bawa mak, che & ayoh keluar makan kat luar sangat..
Sebab masing2 dah warga emas...
Kena jaga2 juga musim2 Covid ni kan..
Nasib baik lah diaorg faham..






::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, January 4, 2021

JJCM Kelantan || Che Da Nasi Berlauk


Pabila balik Kelantan...
Breakfast meriah dengan macam2 menu..
Kalini saya try makan di Che Da Nasi Berlauk pula..
Yang terletak di Chabang 3, Pengkalan Chepa..
Tak jauh pun dari airport Pengkalan Chepa tu..


Mula2 masuk kedai ni..
Ya Allah..banyaknya kuih muih yang tengah disusun..
Antara yang paling menarik perhatian mata adalah Nasi Tumpang ni lah..
Tapi saya pula tak berehi sangat Nasi Tumpang ni..
So kita pilih menu lain..


Murah2nya weiiii...
Antara nikmat balik Kelantan ni sebab mewah makanan yang murah2..
Tapi yang mahal2 pun ada juga kalau gi tempatnya..


Saya pilih ni..
Sebab 2 in 1..
Pulut manis cicah nyor dapat..
Nasi impit dengan kuah kacang pun dapat..
RM2 je weiiii...


Ni baru sikit (mungkin suku je) dari keseluruhan menu..
Sebab kami datang awal dalam jam 7 lebih gitu..
Semua pekerja masing2 sibuk susun2 meja atas lauk lagi...


Kalau datang tengahari...
Uisshhhh memang banyak giler lah lauk..
Tahu pun sebab pernah tengok IG Datin Isma makan2 kat sini..
Memang banyak giler lauk pauk penuh meja..
Confirm rambang mata.
Nak pilihan lauk banyak, sila pergi tengahari sikit..


Saya makan nasi kerabu..
Berkenan kat daging bakar panas2 dan cantik je hirisannya tu...hihi
Ayah Damia pula makan Nasi Berlauk..
Memang sedap lah..
Then bungkus untuk anak3 serta family kat kg...
Musim2 Covid ni, kalau boleh elak keluar ramai2 elakkan lah ya..
Balik kg kalini memang tak ada trip makan2 besar kat kedai..
Semuanya kami berdua je makan dan tapau bawa balik rumah..


See..
Banyak yakmat kuih muihnya..
Haihhhh...rasa nak makan serba satu serba sikit..
Tapi apakan daya..
Berhenti makan sebelum kenyang...
Tapi sempatlah saya tapau 6 jenis kuih bawa balik..haha
Yang penting murah2 harganya..
MasyaAllah..

Dan pekerja2 serta akak cashier kat situ pun ramah tamah..
Memang puas hati lah..
Balik Kelantan boleh repeat lagi ni..
InsyaAllah...




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, December 4, 2019

JJCM Kelantan || 4 kedai menarik yang wajib singgah makan

Balik kampung minggu lepas, berkesempatan singgah makan di tempat2 yang saya senaraikan di bawah. Jom kita tengok.....

Nama kedai : Cafe Hostel Pantai
Lokasi: Kg Kijang, Jalan PCB
Waktu Operasi : 3:30 ptg hingga 12:00 malam


Kebanyakan makanan berkonsepkan makanan Thai.
Bila ditanya apa yang paling femes kat sini, jawabnya Miang Pla..
Kami pilih Miang Pla seafood. Harga RM40 sedulang.
Rasa not bad lah. Siapa suka makan seafood, wajib try..


Yang ni menu yang wajib dicuba.
Daging Harimau Menangis..
Sos dia tu yang padu-padu..
Harga sepinggan RM10.


Mee Celup Thai..
Rasanya agak manis dan bercampur lauk daging, ayam & bakso..
Harga Semangkuk RM5.


Air Teh Tarik Madu dan Teh Hijau Madu ni macam biasalah..
Manis kaw kaw punya..
Ater namanya Kelantan kan...hihi.
Segelas RM5 harganya..


Bawa family mertua makan malam disini..
Btw semua dah kekenyangan pun..
Sebab tu kitaoang ratah lauk je ni..


Orang memang selalu ramai kat kedai ni..
So kalau dapat datang awal lepas maghrib lagi bagus lah..
Lepas isyak je semua meja dah penuh.

************************************************************************

Nama kedai : Hak Tegoh Katering
Lokasi: Traffic Light Jalan Bayam, depan Sri Changgong Sdn Bhd
Waktu Operasi : 7:00 pagi hingga 11:00 pagi


Buffet Sarapan RM5  je  sekepala.
Mana nak dapat harga tu dengan macam2 menu..
Kami pergi 10 orang, 10 biji telur masak separuhlah juga kami order..haha


Roti bakar letak mentega dan gula ni memang best.
Walhal boleh je buat sendiri ka rumah kan.


Saya dan keluarga mertua saya.
Btw antara pilihan makanan yang ada seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Ayam goreng, Ayam Bakar, Aneka gulai, Nasi impit, lontong dan kuih muih.


Yang paling bestnya tu kat sini, air boleh masing2 order nak air apa..
Tapi harga tetap RM5 sekepala..
Terbaikkkkk kan..


Boleh tengok video yang saya ambil ni...

*********************************************************************************

Nama kedai : Selera Tepi Sungai
Lokasi: Jalan Machang, Tanah Merah
Waktu Operasi : Tak pasti pula 


Food heaven is here..
Macam2 ada sampai tak tahu nak makan yang mana dulu..
Ni section bahagian sup-sup..


Ni pula bahagian laksa thai, laksa kelantan dan laksam..


Ni bahagian makanan2 Thai..


Aneka lauk pauk..
Jujurnya bila dah banyak sangat, tak sempat nak tengok kesemua jenis lauk pun..


Mak pun suka makan kat sini..
Sedap2 makanannya..
Tempat pun selesa dan konduksif.
Harga berpatutan.


Aneka dessert bubur manis2.
Haihhh..kalau boleh nak makan semua..
Tapi jangan ikutkan nafsu sangatlah kan..
Makan berpada2..


Total kami makan ni hanya RM55 sahaja..
InsyaAllah..next time boleh repeat lagi..

*********************************************************************************

Nama kedai : Kedai Kopi Pok Hok Tepi Sungai..
Lokasi: Pasir Pekan (jalan dia ada semak2 sikit sebelum sampai tepi sungai)
Waktu Operasi : Awal pagi hingga tengahari


Wajib singgah ini kalau suka makan sarapan heavy2..


Macam2 gulai ada. Serati, kambing, lembu, ayam kampung, ayam bandar dan lain2..
Kuah2 gulai dia memang sedap dan kaw kaw..
Harga pun reasonable..
Dan Pok Hok pun peramah.


Pabila adik beradik sebelah ayah Damia berkumpul..
Masa ni ada sorang lagi family tak sampai dari KL..


Nasinya banyak la haiiii..
Kalau yang tak makan banyak tu, sila request nasi separuh siap2 ya..
Jenuh nak habiskan nasi sebungkus tu..


Kat tepi tu, ada buaian boleh kita naik..
Dengan pemandangan tepi sungainya...
Tapi selalunya orang bergambar je lebih ka situ..
Masa kami datang air sungai agak deras juga..
Al maklumlah, musim tengkujuh dah tiba.


Video sekitar kedai Pok Hok..

Tamat sudah cerita JJCM di Kelantan.

Moga ada kesempatan JJCM tempat lain pula nanti..

Terima kasih Allah atas nikmat ini..


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::