Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Thursday, September 21, 2023

Cuti hujung minggu di Jakarta Indonesia, 14-16Sept 2023

Jakarta Indonesia, 14-16 Sept 2023
Kalau kami menang bergaya..
Mak menang shopping..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1weko0v3uKBrmZAaCrUmOjOEVAjYG9eE_

Fuhh puas hati eh mak trip Jakarta kalini..
Kalau boleh semua kedai dalam Tanah Abang dan Mangga Dua tu mak nak berhenti tengok dan beli.
Dari gamis (abaya), mukena (telekung), sepatu (kasut), beg, gelang, cincin, 
aksesori wanita dan banyak lagi lah..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1e7Cra4AUKeZEiCp4uUvLf72gIujDITWx

Hampir semua kedai yang mak masuk, mesti orang tanya umur mak berapa.
 Pabila cakap umur 83, ramai yang terkejut sebab mak masih kuat lagi berjalan dan sihat. 
Pastu orang yg tanya tu akan tadah tangan doakan mak supaya panjang umur lagi. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mLC-_ilDSuAbvaUZi-ab_0wcz-B5Sv9J

Kata mereka, purata umur mereka kat sana 73 tahun. Jarang2 sempat sampai umur 75. Kalau umur 83 tahun tu bonus. Umur pun ada bonus eh 🤲. Ah ah bonus sangat ni, sampai nak beli insurans travel mak pun tak boleh online. Terlebih umur kena beli dengan ejen insurans direct.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1LkgbXgBGWQERvTckBzzVIy99sVJIE8sV

Sebab tu sis tak berani nak bawa mak bercuti long haul flight. Lagi2 kalau musim winter. Risiko. 
Haritu mak pergi Umrah pun touch down je esoknya terus kena warded sebab telinga masih berdenggung dan kurang oksigen. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1BwMLk_lDQH1o7cLAmDo-U2ubZ0EaWjDc

Apa2 pun mak terlajak happy trip kalini. Siap ajak nak gi lagi.. phewwwww 😅…
 adalah benda yang nak dibeli lagi tu 😀..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yNUNileuVZskupUzYGyddPa5TmeL6Co0

Dalam masjid Istiqlal Jakarta..
Iaitu masjid terbesar di Asia Tenggara.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1vwt0cIjFGu6rjJ_2K6YqAYh221J5Mcgq

Insya-Allah nanti akan repeat lagi Jakarta ni..
Sebab nak gi area Jakarta Selatan pula belah Bogor..
Doakan semoga mak sentiasa sihat dan masih bertenaga berjalan untuk kami bawa mak jalan2 lagi,

Monday, January 16, 2023

Wow...Pak Arab Muda suap mak makan kat Restoran Star Hadramout..


Tudia....
Berapi-api hah..
Kena tunggu roti tu naik gelembung penuh dulu baru boleh serve..


Ni lah nasi yang ada dalam roti berapi-api tadi..
RM150/set..


Herlokkk Pak Arab pun yang buat show Nasi & Roti berapi tadi..


Me & mak..
Dah seminggu datang JB..
Semalam dah balik Kelate semula..


Roti tu lepas kena potong still boleh dimakan ya..


Besarnya roti ni...Saiz medium pun dah cenggini..
Kalau big size ntah cam mana lah besarnya..
RM5/pcs


Kebab ni recommended
RM25/set


Kunafa Cheese..
Puas hati rasanya...
RM 20 sebekas


Untunglah mak...
Ada Pak Arab muda tolong suapkan lamb shank...

Nama menu yang kami order keluar2 api tu Premium Mixed Family set...sedap..

Boleh tonton video kat atas ya tengok reaksi mak pabila kena suap..hihi..





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, February 5, 2021

Tips goreng Jemput-Jemput /Cekodok Pisang



Jemput-Jemput Pisang Cepat Habis namanya ni.
Letak hilang, letak hilang...


Ada orang kadang2 tak jadi buat jemput2 pisang ni..
Ada orang kadang2 letak air juga masa buat jemput2 pisang ni..
Ada orang suka jemput2 yang bulat2, ada orang suka jemput2 yang leper2..
Dan ada orang suka yang letak soda, ada orang tak suka letak soda..
Pendek kata ikutlah resepi masing2, janji sedap dan boleh makan kan..


Ni tips dari mak saya kalau buat jemput2 pisang.
Mak dah berusia 81 tahun sekarang..
Jadi ni kiranya tips orang zaman dulu2 lah ni..

Mak pesan:

1. Nak buat jemput2 pisang, kena cari pisang yang betul2 ranum, barulah tak payah bubuh air dah.

2. Untuk dapat rasa yang lebih sedap dan rupa paras jemput2 yang lebih elok, kena 'jemput' masuk kuali guna jari, jangan guna sudu.

3. Jangan guna senduk nak balik2kan jemput2 dalam kuali yang panas tu, guna garfu je. Tapi memang berpeluh2 lah sikit nak menghabiskan semua tu.

4. Api jangan kecil, nanti jemput2 serap minyak. Besar sikit OK apinya. Tapi jangan besar sangat.

5. Lebih elok guna gula perang dari gula biasa. Nanti warna akan lebih kilat. 

6. Tunggu sejuk sikit baru sedap makan. Rangup diluar, lembut didalam.

7. Tak ada sukatan bahan. Agak2 je mengikut naluri. Bahan2nya hanya pisang, tepung gandum, gula perang dan garam.

Terima kasih mak utk resepi dari dulu.. 

Selamat mencuba ❤️.


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, February 23, 2020

Kopi kaw-kaw di Warong Kopi Manggis Road

Short Vacay di Melaka hujung minggu ni.
Jadi berkesempatan singgah merasa kopi kaw-kaw di Warong Kopi Manggis Road.
Kiranya craving satisfied lah ni.
Sebab bulan 12 haritu singgah sini tutup sebab diaorg ada family day.


Lokasi kedai ni tepi jalan je.
Terletak tak jauh dari Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah.


Bila ditanya apa yang paling special disini?
Jawapannya Kopi Pahlawan dan Air Jagung berdenyut.
So kita try lah apa yang specialnya.

Memang betul padu dan kaw-kaw sungguh kopinya tu.
Kalau order kopi pahlawan panas lagi kaw-kaw kot.
Dia punya kaw sampai ke tekak rasa.
Tapi cukuplah segela je minum, nanti pening kepala pula bila kaw-kaw sangat.

Manakala Air Jagung berdenyut tu memang betul2 padu dan rasa jagung.
Bukannya manis susu semata.
Disukai oleh anak3 dan mak pun suka juga walaupun kategori warga emas.
Kiranya manis air jagung tu boleh dibawa bincang lah..hihi


Ni mula Roti Temenggong.
Macam roti canai gulung.
Dalamnya tu ada inti daging cincang, cheese dan telur dadar.
Sedap sangat haihhh.


Lauk pauk untuk lunch pun ada juga.
Bermula jam 11:30 pagi.
Sedap2 nampak lauknya tu hah...
Masa kami sampai ni dalam jam 11:15.
So banyak juga lauk pauk yang tak siap lagi.


Bukan main peramah lagi adik yang jaga kaunter bayaran ni hah.
Siap bertanjak bagai.


Roti Temenggong in the making.


Lauk pauk yang kami makan untuk lunch.
Tak ambil banyak pun sebaB dah kenyang makan roti2 temneggong tu lah.
Just untuk merasa je.

So far oklah semua makanan sedap2.
Harga pun reasonable.
Total semua yang kami makan RM53.20.
InsyaAllah, kalau cuti2 Melaka bolehlah singgah sini lagi.


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi::

Saturday, December 14, 2019

Alor Setar Breakfast Station


Bangun2 tido, eh dah sampai Loq Staq noo.. 
Btw tujuan tiba2 ke Loq Staq ni bukanlah untuk holiday..
Tapi tujuan menziarah dan menjaga mak yang masuk hospital since 6 hari lepas.. 
Kebetulan mak ada kat rumah kakak di Loq Staq.. 
Alih2 tiba2 muntah2 dan cirit birit pula.. 
Mungkin keracunan makanan atau doktor suspek virus dari banjir di Kelantan.. 

Tapi alhamdulillah..
Harini mak dah keluar wad dah.. 
Aura anak cucu menantu dari JB noooo.. 
Kikikiki.. 


Our breakfast sebelum ke hospital tengok mak.. 
Exit je Tol Alor Setar (U), ambil jalan Langgar, insyaAllah jumpa lah kedai ni.. 
Nama tempat ni adalah Alor Setar Breakfast station...
Tak pun masuk je dalam Waze, senang.. 


Muka anak3 yang tak mandi lagi.. 
Saya dan Ayah Damia dah mandi awal2 masa kat RnR Semanggol. 


Signature dish kat kedai ni. 
Oletto namanya.. 
Omellete yang diletak keju kemudian dibalut dengan roti jala. 
Dimakan dengan kuah kari. 


Ni pula namanya Kayatop. 
Menu famous kat sini.. 


Ni pula recommended dish kat sini. 
Namanya Big Breakfast. 
Tapi yang ni better makan utk 2 oranglah.. 
Big portion sungguh! 


Mana yang terbaik itulah kami order nak rasa.. 


Ni pula roti bakar teluq gedik-gedik.. 


Our big breakfast.. 
Tak habis makan, kami bungkus makan kat hotel pula.. 


Baru tahu kat Kedah ni makan telur masak separuh guna gelas noooo.. 


Senarai harga semua menu.. 

Alhamdulillah.. 


:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, December 4, 2019

JJCM Kelantan || 4 kedai menarik yang wajib singgah makan

Balik kampung minggu lepas, berkesempatan singgah makan di tempat2 yang saya senaraikan di bawah. Jom kita tengok.....

Nama kedai : Cafe Hostel Pantai
Lokasi: Kg Kijang, Jalan PCB
Waktu Operasi : 3:30 ptg hingga 12:00 malam


Kebanyakan makanan berkonsepkan makanan Thai.
Bila ditanya apa yang paling femes kat sini, jawabnya Miang Pla..
Kami pilih Miang Pla seafood. Harga RM40 sedulang.
Rasa not bad lah. Siapa suka makan seafood, wajib try..


Yang ni menu yang wajib dicuba.
Daging Harimau Menangis..
Sos dia tu yang padu-padu..
Harga sepinggan RM10.


Mee Celup Thai..
Rasanya agak manis dan bercampur lauk daging, ayam & bakso..
Harga Semangkuk RM5.


Air Teh Tarik Madu dan Teh Hijau Madu ni macam biasalah..
Manis kaw kaw punya..
Ater namanya Kelantan kan...hihi.
Segelas RM5 harganya..


Bawa family mertua makan malam disini..
Btw semua dah kekenyangan pun..
Sebab tu kitaoang ratah lauk je ni..


Orang memang selalu ramai kat kedai ni..
So kalau dapat datang awal lepas maghrib lagi bagus lah..
Lepas isyak je semua meja dah penuh.

************************************************************************

Nama kedai : Hak Tegoh Katering
Lokasi: Traffic Light Jalan Bayam, depan Sri Changgong Sdn Bhd
Waktu Operasi : 7:00 pagi hingga 11:00 pagi


Buffet Sarapan RM5  je  sekepala.
Mana nak dapat harga tu dengan macam2 menu..
Kami pergi 10 orang, 10 biji telur masak separuhlah juga kami order..haha


Roti bakar letak mentega dan gula ni memang best.
Walhal boleh je buat sendiri ka rumah kan.


Saya dan keluarga mertua saya.
Btw antara pilihan makanan yang ada seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Ayam goreng, Ayam Bakar, Aneka gulai, Nasi impit, lontong dan kuih muih.


Yang paling bestnya tu kat sini, air boleh masing2 order nak air apa..
Tapi harga tetap RM5 sekepala..
Terbaikkkkk kan..


Boleh tengok video yang saya ambil ni...

*********************************************************************************

Nama kedai : Selera Tepi Sungai
Lokasi: Jalan Machang, Tanah Merah
Waktu Operasi : Tak pasti pula 


Food heaven is here..
Macam2 ada sampai tak tahu nak makan yang mana dulu..
Ni section bahagian sup-sup..


Ni pula bahagian laksa thai, laksa kelantan dan laksam..


Ni bahagian makanan2 Thai..


Aneka lauk pauk..
Jujurnya bila dah banyak sangat, tak sempat nak tengok kesemua jenis lauk pun..


Mak pun suka makan kat sini..
Sedap2 makanannya..
Tempat pun selesa dan konduksif.
Harga berpatutan.


Aneka dessert bubur manis2.
Haihhh..kalau boleh nak makan semua..
Tapi jangan ikutkan nafsu sangatlah kan..
Makan berpada2..


Total kami makan ni hanya RM55 sahaja..
InsyaAllah..next time boleh repeat lagi..

*********************************************************************************

Nama kedai : Kedai Kopi Pok Hok Tepi Sungai..
Lokasi: Pasir Pekan (jalan dia ada semak2 sikit sebelum sampai tepi sungai)
Waktu Operasi : Awal pagi hingga tengahari


Wajib singgah ini kalau suka makan sarapan heavy2..


Macam2 gulai ada. Serati, kambing, lembu, ayam kampung, ayam bandar dan lain2..
Kuah2 gulai dia memang sedap dan kaw kaw..
Harga pun reasonable..
Dan Pok Hok pun peramah.


Pabila adik beradik sebelah ayah Damia berkumpul..
Masa ni ada sorang lagi family tak sampai dari KL..


Nasinya banyak la haiiii..
Kalau yang tak makan banyak tu, sila request nasi separuh siap2 ya..
Jenuh nak habiskan nasi sebungkus tu..


Kat tepi tu, ada buaian boleh kita naik..
Dengan pemandangan tepi sungainya...
Tapi selalunya orang bergambar je lebih ka situ..
Masa kami datang air sungai agak deras juga..
Al maklumlah, musim tengkujuh dah tiba.


Video sekitar kedai Pok Hok..

Tamat sudah cerita JJCM di Kelantan.

Moga ada kesempatan JJCM tempat lain pula nanti..

Terima kasih Allah atas nikmat ini..


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::