Showing posts with label Indah Ria. Show all posts
Showing posts with label Indah Ria. Show all posts

Tuesday, March 22, 2022

Lawak Salam kaki



Kisah pukul 7 pagi tadi..

(sebelum Daim naik kereta nak pergi tadika)

Ibu: Daim.. Salam dulu..

Daim: Kan dah salam tadi dalam bilik.. 

Ibu: Tak pe lah salam banyak kali. Kan syurga bawah tapak kaki ibu.. 

Daim: Ooo.. Sekarang dah tukar kena salam kaki ibu pula.. 

Adoilah.. Pagi2 dah buat satu isi rumah ketawa tau.. Kalau lah korang boleh tengok reaksi muka dan keletah dia punya gaya nak salam kaki ibu tu 😂😂.

#daimmuslim
#5y10m
#myonlyson
 




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, September 27, 2021

Tahniah Daim...


Congrats Daim..

We are so proud of the little boy he is today and how well he is coping through this Lockdown.

Baru 5 tahun, tapi dia punya komitmen dalam PdPR tak pernah luntur. Hari2 bersemangat mengadap kelas online sehari 3-4 kelas/jam. Tak pernah bagi alasan tak nak masuk kelas. Malah dia yang selalu tanya "sekarang dah pukul berapa" sebab tak sabar nak masuk kelas.

Whatever, kelas PdPR bukanlah 100% kita serahkan pada cikgu2. Kita yang kat rumah ni sebenarnya yang kena banyak pantau dan bagi sokongan utk anak2. Big thank you untuk kakak dia Aleesya yang setia dan garang jadi 'cikgu tuisyen' Daim dari dulu sampai sekarang 😁.

Ayah & ibu Daim tak dan nak pantau sangat sebab sibuk ajar anak2 orang 😍. What Goes Around... Comes Around...

And thank you teacher. 








::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, June 2, 2021

Daim Muslim's 5th Birthday


Cuti hari Wesak minggu lepas bersamaan 26 Mei 2021..
Genaplah usia Daim 5 tahun..
Selamat Ulang Tahun yang ke 5 Daim...

Tapi dah namanya pun PKP..
Kat mana lagi kita boleh sambut hari jadi dia?
Tak lain tak bukan dalam rumah sendiri je lah jawabnya..


Sambut among us sahaja..
Janji Daim ada momen kan..
Hah tu buat suprise kat dia..
Pukul 6 lebih baru sambut sebab kek nya sampai pukul 6.
Daim ingatkan tak celebrate kat rumah dah...
Sebab dah janji ngan dia tahun ni celebrate kat tadika dia..


Wahhh..bukan main happy ya Daim..
Terkejut jugalah dia tengok ada bunga api dan hadiah mainan2 tu..


Kek tu ayahnya tempah kat mak students..
Memang Daim sendiri yang request nak kek minion..
Belon2 tu kakak2nya lah tiup dan hias..
Hadiah2 ibu gi cari kejap dengan Ayyunie kat Aeon..
Dan menu ibu tempah satay je petang tu..


Simple celebration, tapi cukup bermakna untuk kami sekeluarga..
Terutama Daim lah so excited..


3 Anugerah terhebat untuk ibu dan ayah..


See, ada aje idea nakal dia nak kacau kakak dia..
Siap cuit2 kek pula dah...
Kakak dah runsing takut kena cuit kat tudung atau baju..haha


Berikanlah dia keselamatan dunia dan akhirat..
Kurniakanlah dia ilmu,iman dan amal secukupnya..
Perindahkanlah akhlah dia.
Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada Daim Muslim bin Khairuddin.


Sambut dalam PKP 3.0..
Tidak berlebihan, tidak pula rasa tidak kecukupan..
Alhamdulillah


Masa untuk potong kek..
Potong kek pun suku je sebab bakinya nanti nak bawa pergi sekolah..
Pelajar2 tadika tak ramai pun musim2 PKP ni..
So bawa je lah kek ni senang..
Banyak2 kat rumah pun tak ada siapa makan nanti..


Happy moment..
Happy family..


Banyaknya kereta Daim..
Hadiah ni kakak2nya share duit belikan sebagai hadiah untuk Daim..
Hari2 dok main kereta ni hah..
Siap request suruh kakak2nya beli landasan pula...haha


Hadiah dari ibu untuk Daim..


Keesokan harinya....
Excited sungguh Daim nak celebrate birthday momen dia dengan kawan2..
Tapi tu lah, celebrate2 juga, tapi tetap kena ikut SOP ..
Bolehlah Daim ambil syarat celebrated birthday dengan kawan2 dan teacher2 kat sekolah..


Bagi goodies bag, bawa kek dan nyanyi lagu birthday pun dah cukup happy untuk Daim dan kawan2nya..Tq teachers yang tolong arrangekan simple celebration ni..


Adalah juga memori pertama Daim bawa kek pergi sekolah untuk diceritakan pada kawan2 akan datang...Tahun lepas langsung tak kesampaian nak celebrate kat Smart Reader sebab PKP 1.0..


Agai, tq teachers tolong snap kan gambar dan rekod video..
Adalah kenangan Daim untuk masa akan datang..


Sukalah tu ramai2 nyanyikan lagu birthday untuk dia.
Siap pakej lagu bahasa cina lagi..Haha..
Ater majoriti kawan2 kelasnya cina dan cikgu2 pun ramai cina..
Happy Birtday Daim...muaahhhhh dari ibu..

Alhamdulillah...syukur..









::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, March 1, 2021

Welcome back to school 2021 Daim...



Harini pelajar2 Prasekolah, tahun 1 dan tahun 2 dah kembali ke sekolah semula untuk sesi 2021.
Daim pun sama..
Dah kembali semula ke tadika.
Cuma tahun lepas Daim belajar di Smart Reader berdekatan rumah.
Tahun ni Daim dah pindah ke Tadika di Taman Universiti.


Tempat jatuh lagikan dikenang.
Inikan pula tempat kakak2 Daim belajar dari usia 3 hingga 6 tahun dulu-dulu.


Mula2 Daim masuk kelas je, terus cikgu paling otai kat situ cakap
"masa kecik macam Ayyunie, makin besar dah macam Aleesya".
Haha..


Ni Ayyunie masa kecik2 belajar kat situ.
Budak legend ni sebab usia tak masuk 3 tahun lagi dah start tadika ya.


Ni pula Aleesya masa belajar kat situ..
10 tahun yang lepas masa mula2 Aleesya masuk belajar kat sini.



Ni masa hari pendaftaran Daim dan pembayaran yuran pada 22 Feb 2021


Budaknya tinggi dan besar..
Saiz baju uniform pun kena XL dah..


Cikgu sekolah Daim baru je kejap tadi call..
Bagitau pagi tadi Daim muntah dalam mangkuk tandas..
Tapi dia pergi sendiri lah tandas tu...
Agaknya makan roti hotdog banyak sangat sarapan pagi tadi kot..
Tu yang sampai muntah2 ya Daim..
Siap pesan jangan bagi makan banyak sangat pagi2..
Sebab nanti pukul 10 tadika bagi makan..
Hahah..baiklah teacher, saya tak paksa pun anak2 saya makan..
Diaorg yang makan banyak..

Then cikgu Daim pun ada tanya juga Daim ada belajar ke kat rumah?
Sebab dia ABC 123 semua pandai tulis.
Sangat fast respond kalau teacher tanya apa2..
Pun pandai cakap juga kalau teacher suruh ikut baca..
Langsung tak takut..
Hahaha...Daim Daim...

    P/S: Semoga anak2 kita semua kembali ke sekolah dengan ceria, mudah faham apa yang diajar, dan dilindungi dari wabak penyakit berjangkit.
Aaaaminnn..




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::


Friday, May 29, 2015

Yeayy! Cuti sekolah dah bermula dan Sambutan Hari Guru


Salam jumaat..
Sorang dah start cuti harini.
Sorang lagi masih sekolah. Tapi alhamdulillah jam 4 petang tadi dah balik. So officially both of them dah start cuti sekolah. Maka bermula esok, aktiviti padat akan diisi untuk mengisi masa2 cuti ni. Nama je cuti sekolah, tapi kerja2 ibu dan ayahnya tetap macam biasa ya. Malah makin banyak.


Harini ada sambutan Hari Guru di tadika Ayyunie. Macam biasa setiap tahun, mesti order apam polkadots juga. Sebab terbayang2 wajah kecomelan kanak2 tadika mesti happy tengok apam warna warni ni. Tadi saya hantar Ayyunie masuk kelas sambil bawa apam ni pun, kanak2 semua cakap "wahhhhh, damia bawa apa".( dalam bahasa cina).

Thanks yang sudi ambil order last minute dari saya. Tiap2 tahun pun last minute order punya. Cuma hadiah hari guru je saya beli 2 hari awal sambil2 cari barang untuk Program Kem saya. Hopefully cikgu2 Ayyunie suka hadiah warna warni tu.

Selamat bercuti kanak2 sedunia! Isikan masa lapang sebaik mungkin ya.

Monday, January 12, 2015

Became a legend in her kindergarden


Wow!!!!
Legend uolsss..
Ya lah, mana taknya..
Kawan-kawan dia yang sekelas tahun lepas semua dah masuk darjah 1.
Dia je yang masih pergi sekolah yang sama, kelas yang sama, cuma buku yang berbeza dan guru pun dah tukar.

Semalam masa hantar kakak dia gi sekolah, Ayyunie cakap..
"Tu kawan adik, dah masuk darjah 1...hah tu lagi kawan adik (sebut nama kawan dia)"

Masa saya bayar yuran dan beli buku minggu lepas pun ada cikgu tanya..
 "Eh, Ayyunie masih sekolah sini lagi ke? Bukan dia sudah habis ke?"

Lepas tu semalam masa pergi ambil uniform dia kat tadika, cikgu lain pula tanya..
"Eh, Damia belum darjah 1 ke?"

Orang lain belajar tadika 3 tahun je ya tak selalunya.
Tapi Ayyunie tadika sampai 4 tahun lamanya. Sebab dia masuk tadika awal.
Which means masa umur 3 tahun dia masuk kelas 4 tahun, masa kelas 4 tahun dia masuk kelas 5 tahun, masa kelas 5 tahun dia masuk kelas 6 tahun dan masa 6 tahun sekarang still kelas 6 tahun. Tapi kenaikan kelas tersebut adalah berdasarkan prestasinya. Kalau tak boleh bawa, memang akan kekal sesuatu kelas tu.


Dah selamat hantar kelas dia sesi petang tadi. 
Bersemangat nak ke sekolah tu.
Ya lah, A-Z semua baru.

Berbeza dengan kakak, adik nak beg Frozen.
Nak alat tulis Frozen. Kalau boleh nak botol air pun frozen.
Bukan tu je, kalau boleh siap nak pakai gincu gi tadika.
Aiyoooo! Suka betul Ayyunie ni make-up2 tau.
Hihi.

Ok lah. Semoga Damia Aleesya menjadi anak yang cemerlang dan gemilang dunia akhirat.
Rajin-rajin belajar ya Ayyunie.

p/s: Ketinggian, berat badan dan kepetahan bercakap membuatkan ramai yang terkejut bila saya cakap Ayyunie ni baru 6 tahun.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, September 30, 2014

Pabila budak 5 tahun pun pandai baca artikel politik



Sejak awal tahun 2014, saya dapati yang Ayyunie dah boleh membaca dengan penuh yakin dan agak lancar. Bukan lancar membaca buku sekolahnya sahaja, malah lancar juga membaca signboard2, baca risalah/pemplet yang sampai dirumah, serta baca subtittle di TV walaupun masih merangkak-rangkak untuk perkataan yang agak panjang seperti "perpustakaan" atau "perbadanan". Walaupun kadang2 sebutannya salah, tapi janganlah kita mentertawakannya, malah perlu diperbaikinya. 

Namun sejak akhir-akhir ini, saya nampak yang improvement dia semakin bagus. Dah boleh membaca suratkhabar dan juga dah boleh baca surat-surat rasmi yang sampai dirumah serta office saya. Bukan itu sahaja, malah sms atau whatapps dalam handphone saya pun dia dah boleh baca dan faham apa yang ditulis.
Alhamdulillah.

Yang saya perhatikan Ayyunie ni, dia rajin. Ya dia rajin. Walaupun dia ni petah berkata2 dan suka bermain, tapi dia rajin nak mencuba. Kalau dia tak pandai baca atau teragak2 nak baca, selagi tu lah dia akan bertanya kepada kita " ibu, ni macam mana baca?".
Selagi tak bagi jawapan, selagi tu dia akan bertanya sampai kita rimassss. 

Dan saya percaya, sebab dia rajin nak mencuba dan membacalah, faktor dia agak cepat membaca dengan lancar. Oh ya, walaupun usia dia baru 5 tahun, tapi di tadika dia masuk kelas 6 tahun ya. Ini bermakna tahun depan dia 6 tahun pun masih duduk kelas yang sama.

Kenapa jadi macam tu? Sebab Ayyunie cepat sangat masuk tadika. Usia dia 2 tahun 8 bulan (3 tahun) dah masuk tadika. Tadika yang betul2 mengajar ikut silibus ya. Bukan nursery mahupun tadika yang kejap2 main, kejap main. So dari sini lah saya dapat lihat improvement disiplin serta tahap pendidikan dia yang semakin bagus. Disamping saya dan ayahnya pun turut serta cuba mengajarnya dirumah. Sesibuk mana pun kita, hak bersama anak-anak jangan diabaikan.

Terima kasih kepada guru2 tadika yang bersabar melayani kerenah2 dan peel2 macam2 budak sehingga pandai mengajar mereka membaca terutamanya guru2 anak2 saya. 

Kalau dengar betul2, bacaan Ayyunie dalam video diatas agak telor. Ya! Telor macam amoi2 baca. Memang haruslah kan. Kata tadika cina. Kawan2 pun ramai cina. Kadang2 cakap ngan saya atau ayah atau kakaknya pun telor cina. Tak pe, jangan paksa2 betulkan telornya. Nanti lama2 ia akan betul sendiri. Janji dia boleh baca dan faham maksudnya. 

p/s: Kalau tanya Ayyunie kenapa adik pandai ya? Dia jawab 'kan hari2 adik makan Coklat IQ CocoDamia, memanglah pandai!"..hahaha.. (tapi ada juga on off makannya. ikut mood dia)

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, September 23, 2014

Toing Toing Toing..Pandainya Ayyunie lari dalam guni!

Ya ampunnnnnn..
Pagi tu kami bangun lewat..
Gara2 malamnya baru tiba dari KLIA2 jam 1 pagi.

Sepatutnya kena berkumpul dipadang jam 7:30 pagi. Tapi gara2 terlambat sikit, jam 8:15 baru kami sampai. Mujur acara masih belum bermula. Tapi masing2 dah duduk dalam kumpulan masing2 bersama guru pengiring.




Happy nya lah Ayyunie. Selagi tak ke sukaneka ni, selagi tu lah mulutnya tak habis2 mengingatkan kami tarikh 14hb ni sempena sukaneka sekolahnya.


Beratur dalam group masing2.


Lagu "Negaraku" dinyanyi beramai-ramai.

Acara perbarisan dilakukan.


Acara sukaneka dimulakan.


Masing2 masuk dalam khemah
masing2 mengikut warna
kumpulan.


Ceria yang amat muka Ayyunie walhal penat tu. Tak cukup tido dan rehat.


Tak sangka Ayyunie pandai lari sambil lompat dalam guni. Walhal kat rumah tak permah praktis pun..


Caiyok caiyok!


Ibu yang sebenarnya terlebih cuak takut Ayyunie terjatuh atau tersembam.


Walhal Ayyunie dan kawan2 dia steady je.


Kawan ayyunie ni kecik je, tapi semangat dia kuat..


caiyok caiyok Ayyunie!


Alhamdulillah, kumpulan Ayyunie dapat no 2. Yeayyyy!


Bergambar beramai2 dengan budak2 kelasnya.


Dengan bestfriend dia!



Dan berikut merupakan video yang sempat saya rekod masa Ayyunie lompat dalam guni. Sweet je tengok! Abaikan suara pom pom girl yang merdu itu ya. Hiks... Ibu bangga dengan Ayyunie dan kawan2.

P/s: Sudahnya balik rumah terus tidur. Jam 2 petang tidur, lepas maghrib baru bangun. Lepas mandi, dia nak sambung tidur lagi. Huhuhu.. Penat sangat lah tuh!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::









Sunday, May 18, 2014

IKHLAS dan JUJUR dalam memberi dan mencari ilmu


Selamat Hari Guru kepada warga pendidik samada secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya dari kecil lagi.

Dan terima kasih jua kepada guru-guru yang bermulanya mengajar anak-anak saya sehingga kini.

Khasnya guru-guru dan tutor-tutor yang mengajar di centre saya iaitu Pusat Bahasa Pelangi.

Keikhlasan seorang guru sangat penting dalam keberkatan ilmu yang dicurahi.

Pernah dengar "What You Give, You Will Get Back?"

Saya sangat takut kalau harini kita tak ikhlas ajar anak-anak orang, nanti akan datang anak-anak kita pula mendapat perkara yang sama. Ya Allah, kau berkatilah dan halalkan lah setiap inci ilmu yang diterima oleh anak-anakku.

Semoga kita semua sama-sama IKHLAS dan JUJUR dalam memberi dan mencari ilmu.


Ni hadiah yang diberi oleh Ayyunie kepada guru-gurunya hari jumaat lepas. Dia tadika swasta, tu yang sekolah hari jumaat. Kebetulan pula jumaat lepas sibuk ada meeting dan interview, so saya beli hadiah siap2 dan minta staff siapkan deco2.

Harini pula Aleesya akan berikan hadiah untuk para gurunya. Semoga cikgu-cikgunya happy dengan hadiah yang tak seberapa tu.

Selamat Hari Guru semua!
Terima kasih atas ucapan Hari Guru utk saya.
Semoga memori cikgu kekal bersama anda semua.

Thursday, May 15, 2014

Kad Hari Ibu yang Kerlasssssss


Saban tahun, pasti anak-anak kita yang bersekolah bawa balik kad hari ibu yang disediakan oleh pihak sekolah. Ada yang hanya mewarna kad itu, ada yang kena deco-deco kad tu dan ada yang kena lakar, lukis dan warnakan sendiri kad tersebut.


Tahun ni saya dapat kad hari ibu dari Aleesya yang disediakan oleh pihak sekolahnya. Kerlasssss sebab siap Complimentary slimming session worth more than RM380 & Complimentary professional facial worth RM120.

Takut pula saya yang complimentary2 ni. Ya lah.. Nanti ada udang disebalik batu kan.


Kerlassss kan kad hari ibu tahun ni.. 


Ni Ayyunie yang bagi. Ayyunie cakap kenapa gambar anak dia tu boy? Ibu kan ada 2 girls. Haha.. Pandai anak ibu!

P/s: Hari ibu hanyalah sebagai penghargaan. Bukannya perayaan. Dan sememangnya kasih ibu tiada penghujungnya.