Showing posts with label cereal cup. Show all posts
Showing posts with label cereal cup. Show all posts

Tuesday, April 12, 2016

Urusniaga 2 negara II CocoDamia dan Singapura


Alhamdulillah.
Setelah 3 kali perjumpaan since awal March 2016.
Selesai sudah sesi tandatangan Perjanjian antara Pelangi Network Management Sdn Bhd (Malaysia) dan Nee Soon Transport & Trading (Singapore) selaku Sole Distributor eksklusif untuk produk CocoDamia (crunchy flakes cereal cup).

Target market utama sole distributor kalini adalah di tadika-tadika dan sekolah rendah di Singapore.
Semoga bermanfaat dan membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Sedikit trivia bagaimana mereka boleh berminat dengan produk CocoDamia:
1. Salah seorang daripada board director mereka terjumpa produk CocoDamia di Pasaraya Maslee. Berminat lalu membeli beberapa unit utk cuba.
2. Sampai di rumah (Singapore), anak2 one of bord director suka sangat makan. Tak cukup 1, sampai 2-3 unit sekali makan.
3. Kemudian masuk Johor beli lagi di Pasaraya Maslee. Kalini dalam kuantiti puluhan unit  pula.
4. Anak2nya bawa pergi sekolah sebagai bekal. Kawan anak2 pula suka. Then tanya beli kat mana.
5. Lepas tu board director tersebut bawa produk CocoDamia untuk meeting bersama2 dgn ahli board director lain sambil mengkaji kebolehpasaran produk tersebut di Singapore dan juga keperluan produk tersebut.
6. Hasilnya, perbincangan pertama di premis CocoDamia telah diadakan pada awal Mac 2016 bersama seorang sahaja board director.
7. Seterusnya, perbincangan kali kedua di premis CocoDamia pada pertengahan Mac 2016 bersama ahli board director yang lain.
8. Then, perbincangan dan penambah baikan urusniaga hanya follow up melalui whatapps dan email.
9. Akhirnya pada 9 April 2016 termaktub sudah perjanjian urusniaga membekal dan memborong antara kedua2 pihak dan sebahagian stok telah pun diserahkan.
10. Terima kasih Ya Allah. Bukan mudah utk meyakinkan pihak kedua2 negara. Namun sikap profesional kedua2 pihak memainkan peranan dalam menjalin hubungan antara 2 negara.



Masa meeting kali kedua bersama dengan ahli board director yang lain dari Singapore pada pertengahan Mac 2016.


9 April 2016, termaktub sudah perjanjian antara kedua-dua pihak selaku pembekal dan pemborong di Singapore.


Kena baca agreement betul2..
Supaya tak datang masalah kemudian hari..


Close deal!
Alhamdulillah..
Semoga bertambah-tambah rezeki untuk CocoDamia..
Dan rezeki melimpah ruah yang tak disangka2 untuk anak2 saya dan juga my little khalifah dalam perut ni.


Sebarang pembelian produk2 CocoDamia, boleh whatapps ke 012-7507659 atau call 010-6468383.
Paling senang klik-klik je kat www.cocodamia.com.

Hapy shopping uolss..



Friday, October 9, 2015

Products of CocoDamia @ www.cocodamia.com


Salam Hari Jumaat!

✅Untuk yang terlibat dengan peperiksaan PT3, SPM dan final exam - boleh order Coklat IQ- CocoDamia

✅Untuk yang terlibat dengan Hari Sukan  Negara atau aktiviti2 kesukanan lain - boleh order Krukk Krakk Energy Bar

✅ Untuk yang nak travel atau tak sempat nak sediakan breakfast dan bekal - boleh order Crunchy Flakes Cereal Cup CocoDamia


Semuanya di www.cocodamia.com

Untuk pertanyaan pantas pembelian borong dan ejen, jangan lupa hubungi hotline kami 010-6468383.

Pasti tak menyesal!

Percayalah,
COCODAMIA
Bukan sekadar coklat biasa!

Tuesday, September 22, 2015

Day 1 - Shooting dari RTM untuk Rancangan "Agro Jurnal"


Alhamdulillah.
Selesai sudah shooting 3 hari bersama pihak RTM dari 18 hingga 20 September lepas.
Nama je shooting 3 hari. Tapi persediaan rasanya berhari-hari juga perlu dibuat.
Dah lah kami hanya dapat panggilan daripada pihak RTM awal pagi Isnin lepas, terus je kelam kabut dan huru hara sikit meeting dengan orang tu, jumpa dengan agensi ni, bincang dengan pihak tu dan macam2 lagi. 

Namun semuanya berjalan dengan lancar hasil dari kerjasama dan sokongan pelbagai pihak.
Ya lah shooting ni berbeza2 di setiap lokasi pada setiap hari. Semestinya macam2 pihak perlu terlibat sama.

Oh ya berdasarkan jadual diatas tu, ada perubahan tentatif sikit. Iaitu tentatif pada 18hb bertukar dengan tentatif 19hb. Ini kerana pihak Lembaga Koko Malaysia dari Nilai hanya boleh turun ke premis CocoDamia pada tarikh tersebut sahaja. Namun ia langsung tidak menjadi masalah kepada kami.

Satu penganugerahan besar juga tajuk "Usahawan Berjaya dalam Industri Koko Negara" kepada kami. Namun saya percaya pasti ada hikmah kenapa Allah telah mendetikkan pihak RTM memilih kami CocoDamia.

Jom tengok gambar2 dibawah!



Day 1 - 18/9/2015

Task: Rakaman dari RTM Angkasapuri untuk Rancangan "Agro Jurnal" setiap ahad di TV1

Venue: Pasaraya Maslee Taman Teratai dan Kedai Sahabat Roselle Marketing (SRM) Taman Impian Emas

Masa: 10 pagi hingga 4:30 petang

Skop Interview: Pasaran CocoDamia dari mula2 berniaga hingga perkembangan terkini

Pihak2 terlibat: Branch Manager Pasaraya Maslee dan juga para staff lain, Pegawai FAMA Negeri Johor, Pengurus kedai SRM, regular customer CocoDamia, promoter CocoDamia dan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih semua atas komitmen yang diberikan.


Untunglah staff Maslee pun boleh masuk TV..


Branch Manager Maslee Tmn Teratai


Regular Customer CocoDamia


Regular customer kena intervie juga


Hah! Dah start part saya kena shooting bersama pegawai FAMA


Belek2 sambil bual2..


Lam pula scene saya..


Macam2 saya terangkan...


Pegawai FAMA kena interview


Crowds yang ramai uji rasa Crunchy Flakes Cereal Cup CocoDamia


Scene saya lagi


Lebih menceritakan pasaran saya sekarang


Ramai pula yang tengok.
Mujur saya dah biasa.
Penerbit RTM cakap saya macam dah biasa kena interview dan berlakon. Hihi..


Sebelum solat jumaat, saya membawa krew RTM makan dulu


Restoran pilihan saya kalini adalah di Asam Pedas Bugis.


Jam 2:30 petang kami sambung shooting di kedai stokis kami iaitu SRM.


Berlakon bang, jangan tak berlakon


Kat SRM ni pun ramai crowd yang datang tgk kami shooting


En Yusof selaku pengurus SRM sedang ditemuramah


Regular customer Coklat IQ di SRM, Puan Sarina


Bergambar kenang-kenangan.


Kepada sekitar penduduk Johor Bahru, boleh dapatkan Crunchy Flakes Cereal Cup ni di semua outlet2 (12) Pasaraya Maslee ya kecuali di Simpang Renggam tiada.

Ok, sambung shooting lagi keesokannya.





















Cereal Cup CocoDamia sponsor Breakfast untuk United Kingdom Trip



Yuhuuu...

Cereal Cup CocoDamia dah sampai United Kingdom untuk business talk + United Kingdom Trip.



Cereal cup ini memudahkan dan mesra pengguna.



Hanya tuang susu/minuman kegemaran anda sahaja!
Sudu, mangkuk tak payah susah-susah nak cari dah terutama time nak travel jauh2 kan.


Nak order?
Boleh layari www.cocodamia.com

Insyallah one fine day teringin juga nak join trip macam kat atas yang stay dalam Motorhome tu. Pasti lain dari yang lain sebab selalu bercuti dalam hotel je kan.






Friday, September 18, 2015

CocoDamia mengganas di Pasaraya Maslee (Cawangan Taman Teratai)


Allahuakbar. 
Sibuk sungguh minggu ni.
Terutama harini memang terasa penatnya.
Penat shooting.
Nanti saya buat entry shooting selama 3 harini ya.



Nak buat announcement yang harini CocoDamia ada buat promosi untuk produk Crunchy Flakes Cereal Cup di Pasaraya Maslee (Cawangan Taman Teratai).


Jom datang ramai-ramai ya. Start jam 10 pagi tadi hingga 9 malam ni. Sempat lagi ni nak boronh Cereal Cup CocoDamia bawa pergi bercuti dan juga balik kampung.


Jangan lupa jumpa promoter CocoDamia  sambil uji rasa cereal cup kami. Yang pasti bak kata pelanggan packaging CocoDamia "mesra pengguna".


Crowd tengahari tadi. Memang ramai giler. Semua tak nak lepaskan peluang grab promosi hebat dari CocoDamia.

Ok jom jom semua!



Tuesday, September 1, 2015

CocoDamia di Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015


Team CocoDamia telah bergerak dan start loading barang di KUD hari ini.
Jom temui mereka di Zon B booth nombor 129 bermula 2 hingga 6 September dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Semestinya fenomena COKLAT IQ, bukan sekadar coklat biasa. 

Terima kasih Kyra "Teman Lelaki Upahan" a.k.a Kak Long Petir "Dia isteri luar biasa" promote CocoDamia.



Ini pula promosi oleh pihak KUD sendiri.


Save the date!
Dan ingat Zon serta no booth CocoDamia seperti di atas ya!


Hoorey!
KUD kembali lagi!
Setiap 2 tahun sekali.
Semoga KUD kalini
Memberi pengalaman manis lagi!

Seperti yang kami alami sendiri!
2 tahun lepas masih diingati.
Pengunjung dari serata negeri.
Ada yang jauh dekat apatah lagi.
Sampai kami terpaksa pinjam stok stokis lagi.
Asyik SOLD OUT SOLD OUT hari-hari.

Tahun ni kami dah bersedia dari kapasiti.
Insyallah cukup dari segenap segi.
Andai kata stok memang tak cukup lagi.
Itulah ketentuan Allah untuk rezeki kami.

Jumpa kalian semua di Precint 3 Putrajaya ya!


Monday, August 17, 2015

CocoDamia ke Segamat...


...tapi produk2nya sahaja..
Tuannya masih ada di JB membusykan diri seperti biasa..

Seminar usahawan Industri Asas Tani 2015 di hotel VIP, Segamat. 
Terima kasih Jab Pertanian Daerah Johor Bharu kerana memilih produk-produk CocoDamia untuk dipromosi dan jualan di Segamat selama 3 hari. semua gambar adalah ihsan daripada usahawa-usahawan pelbagai daerah yang berkampung disana. Terima kasih semua.


Crunchy Flake CocoDamia..


Krukk Krakk Energy Bar


Usahawan dari Kulai..


Produk2 usahawan dari daerah Johor Bharu yang terpilih..


Zoom in produk2 CocoDamia..


Terima kasih semua..