Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Saturday, September 5, 2015

Hobi bersama Quadcopter hanya selama 2 hari


Cerita 2 minggu lepas.
Berkobar-kobar nak beli Quadcapter ni.
Gara-gara tertarik dengan gambar2 dan video2 aerial photography.
Hobi saya kan suka gambar..harusssslahhhhh kan...;-)
Upload tak upload lain cerita.
Janji kepuasan ambil gambar dan semestinya hasil yang terbaik.

Eh ada juga yang panggil Drone kan.
Ada juga yang panggil UAV.

Ada 3 sebab kenapa orang beli benda ni.

Tahap 1 untuk main games, just suka2.
Tahap 2 untuk hobi, sambil main sambil snap gambar.
Tahap 3 pula untuk profesional, contohnya kerja-kerja yang melibatkan pengumpulan data atau spy.

Disebabkan saya just untuk hobi, so saya beli quacapter yang basic tapi ada kamera, wifi dan paling penting boleh buat stunt flip 360'. Hihi...betapa happynya saya bila dah pandai control dan buat stunt flip dengan quadcopter ni. 

Hari pertama saya berlatih di luar rumah je.
Tapi disebabkan ruang yang terhad, asyik terbabas je quadcopter ni.
Mujur tak masuk longkang.
Gambar2 dan video pun banyak yang saya snap, tapi tak sempat nak tranfer lagi.

Hari kedua pula saya bermain di Hutan Bandar. 
Memang syokk lah kan. Tempat luas dan boleh terbang tinggi.
Setinggi atau lebih tinggi dari layang2 yang ada.

Tapi tak ada rezeki.
Bila dah terlampau tinggi, sensor coverage hilang signal pula.
Mula2 nampak lagi quadcopter tu kat atas langit.
Lama2 huaaa...hilang kemana sudah.

Puas cari, berjam2 cari.
Tapi masih tak jumpa.
Kalau yang harga ribu riban tu, siap ada GPS boleh balik sendiri.
Ni yang ratus2 je (ok lah untuk newbies macam kami), hilang ke mana pergi.


Lebih kurang macam gambar kat atas lah quadcopter saya tu.


Kebetulan lepas saya muatnaik gambar saya hilang tu, saya tekan lah hashtag drone, sekali ternampak pula ada yang senasib dengan saya hilang dia punya drone masa tu. Saya pun siap komen lagi sebab sama2 mengalami situasi yang sama kan.


Gigih kawan sorang ni cari drone dia. Siap ketuk pintu rumah orang lagi. Hihi..
Ya lah benda dah lah baru beli, harga pun boleh tahan, bersemangat dengan hobi baru pula tu...sekali hilang entah kemana. Kalau rosak depan mata ke, patah depan mata ke itu lain citer kan. Ni hilang!

Frustnya dihati..
Pabila hilang jauh pergi..
10 kali tawaf sudah kucari..
Namun engkau tetap menyembunyi..

Ku anggap sudah tidak ada rezeki..
Namun masih merajuk dihati..
Kerana cita2 nak ambil gambar aerial photography..
Tak sempat transfer, engkau pula pergi..
Insyallah ada rezeki, beli lagi..

Sekadar luahan hati, untuk blog yang disayangi..

p/s: Alhamdulillah...dah ada gadget baru buat penganti since last week..Terima kasih Allah..


Friday, December 26, 2014

Jasad di perantauan, hati di Kelantan..


.... Kerana mak, ibu dan ayah mertua, ipar duai, biras dan anak2 saudara kebanyakannya berada di Kelantan. Serta warga Pantai Timur yang menjadi mangsa banjir.

Ya Allah, tabahkan hati mereka, permudahkanlah urusan mereka, lindungilah mereka, cukupkanlah keperluan mereka dan peliharalah ibadat mereka.

Sesungguhnya setiap inci gerakan yang berlaku dengan Izin Allah pasti tidak akan sia-sia.

Jangan henti berdoa untuk mereka..

Pray for Pantai Timur,
Pray for Malaysia.


Wednesday, November 5, 2014

Awas! Laporan Polis telah dibuat!



<PENIPU MENYAMAR OWNER COCODAMIA>

Sejak minggu lepas hingga semalam (3/11/14), pihak Cocodamia telah menerima beberapa panggilan daripada ejen & stokis untuk mengesahkan bahawa Owner Cocodamia (En Khairuddin) berada di kawasan ejen/stokistersebut untuk berjumpa kerana hendak menyampaikan 'barang'. Setelah En Khairuddin mengesahkan bahawa dia berada di Johor dan tidak ke mana-mana negeri dalam beberapa minggu ini, maka terbongkarlah satu cerita yang kurang enak didengar.

Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Haji Khai / En Khai / Hj Khairul dari Cocodamia telah menelefon ejen/stokis Cocodamia, berbual seolah-olah dia adalah owner cocodamia dan kenal satu antara lain, terutama bertanyakan tentang bussiness cocodamia dan seterusnya memberitahu bahawa dia berada dalam kesulitan dan kesempitan kerana ada 'barang' yang tersangkut di kastam.

Dan dia meminta ejen/stokis berkenaan bank in RM850 ke dalam akaun BSN atas nama Raja Kamarulzaman. untuk melepaskan barang tersebut dari kastam. Ada ejen/stokis menelefon office cocodamia terlebih dahulu untuk mengesahkan perkara tersebut dan pihak cocodamia begitu terkejut dengan hal yang di beritahu oleh ejen/stokis. Namun ada juga ejen/stokis yang telah terlepas bank in duit tersebut kerana percaya yang telefon itu adalah owner CocoDamia (En Khairuddin) yang sebenar.  .

Kesimpulannya, setelah dibuat siasatan, penipu tersebut:

1. mengambil data (nama & no telefon & lokasi) ejen/stokis cocodamia melalui fanpage/website cocodamia
2. perkara ini berlaku pada hari yang sama iaitu hari Jumaat (31/10/2014), telah menelefon ke beberapa ejen/stokis cocodamia secara rambang setiap negeri 1 ejen/stokis
3. terus menutup no telefon yang digunakan pada keesokkan harinya sehingga hari ini.
4. No acc BSN yang digunakan atas nama Raja Kamarulzaman beralamat di Klang Selangor.


Untuk menbersihkan nama owner cocodamia, jenama cocodamia serta nama baik syarikat, En Khairuddin telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut beserta dari laporan polis oleh para ejen/stokis terlibat.

Sebagai peringatan kepada yang lain (terutama usahawan online), jangan mudah percaya dengan modus operandi penipu tersebut.




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, August 5, 2014

Derita jariku dihiris-hiris


Gara-gara nak cepat potong tomato masak Sherperd Pie sabtu lepas, sampai terhiris jari kelingking saya.
Syok sangat menghiris, sampai tak sedar terhiris isi jari kelingking saya.
Dah lah pisau yang menghiris jari saya tu pisau baru asah..Huhu..
Menjerit-jerit saya sampai ke depan memanggil ayah damia.
Darah menitis-nitis dari dapur sampai ke ruang tamu.


Darah tak henti-henti mengalir..
Handplus bertukar ganti pun darah masih memancut-mancut keluar.
Balut dengan tisu pun tisu banjir.
Huhuhu..memang ngerilah saya dan tetamu yang tengok masa tu.

Last-last ayah damia balut dengan bandage tu.
Yang tak tahan tu ayah damia balut bukan main tebal lagi.
Jari kelingkingnya kecil je, tapi balutan, aduhaiiii...
Bukan apa, tak nak bagi darah tu mengalir keluar punya pasal, tu yang balut habis tebal tu..
Tu pun masih boleh nampak darah masih keluar melalui celah2 bandage.


Mati-mati saya ingat tu darah beku tau.
Rupa2nya isi yang terkeluar.
Kulit isi ntah pergi mana dah. Masuk dalam Sherperd Pie kot..kikiki..


Kat tempat darah hitam tu lah kulit isinya tak ada.
Bukan main sakit lagi kalau tersentuh jari tu.
Ayah damia siap nak bawa klinik gi jahit tempat luka tu.
Hurmm...kirim salam lah ya. Takut weiii nak gi berjahit bagai.
As long saya jaga bersih-bersih dan balut bersih-bersih ok kan supaya tak terkena jangkitan kuman.


Tapi walaupun berlaku derita pada jari kelingking saya tu, saya tetap happy sambung masak-masak kat dapur. Mujur ada my girlsss yang membantu didapur. Masih bolehlah makan sedap2 kan. Hikss.

Hati-hati uolss didapur!
Jaga tangan jaga pisau ya!






Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17


Al-Fatihah.
Salam Takziah untuk keluarga-keluarga mangsa.
Kita yang hidup teruslah berusaha mendekati zon Allah dan bermuhasabah diri.
Tiada siapa yang inginkan kecelakaan berlaku, namun Ketentuan Allah pasti ada hikmahnya.


Thursday, March 20, 2014

Kifarah Mungkin II Tayar Pecah dan Meeting MIHAS

Hari yang sangat hectic!
Jam 8 pagi dah siap2kan both Damias ikut saya ke Office Jualan di Taman Universiti.
Sebab janji dengan client nak ambil stok Krukk Krakk jam 8:30 pagi.
Sambil tunggu Client sambil sarapan pagi.

Lepas tu jam 9 pagi patah balik ke kilang CocoDamia untuk hantar both Damias kat situ.
Minta tolong staff tengok-tengokkan dan hantar ke sekolah.
Sebab sure meeting saya habis lewat dari waktu yang sepatutnya saya hantar mereka ke sekolah.
Masa otw ke kilang tu, dah dengar bunyi seret-seret kat Tayar.
Mula2 cuak juga, lepas dah ok ignore je lah.



Sekali otw nak ke meeting di JB, saya rasa kereta saya gegar2..
Makin lama makin kuat gegarannya. Nak2 pula jalan highway Skudai-Pontian tu..
Saya ni habis kuat dah control strereng bagi balance.
Last2 rasa dah tak boleh pergi, bagi signal masuk slow-slow ke pintu belakang UTM.


Mujurlah ada 2 orang abang handsome ni datang membantu tanpa perlu disuruh.
Yang paling kelam kelibut tu, saya tak tahu kat mana TAYAR SPARE tu!!!
Cuak tak?? Giler gabra..cari sana sini, buka itu ini, tak jumpa juga tayar spare tu.
Sambil tu handphone kat telinga ni dengar ayah damia bagi direction tayar tu kat mana.
Yang best lagi tu, abang2 handsome yang tolong saya tu pun tak tahu kat mana TAYAR SPARE tu hah..
Last2 saya bagi handphone saya suruh ayah damia yang kat KL cakap sendiri ngan abang handsome tu.

Haha, baru tahu, rupanya tayar tergantung kat bawah kereta, tapi nak jatuhkan tayar tu kena buka nat dari dalam kat bonet tu. Aduss! Sabar jer lah..

Tukar tayar hanya 5 minit, cari tayar tu yang sampai 20 minit.
Memang pengalaman baru betul.

Apa2 pun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Sampai tepat waktunya meeting jam 10 pagi.

Dan saya percaya ini mungkin kifarah dosa saya.
Mana tahu bayar zakat kurang ke, bulan ni kurang sedekah ke, dan lain-lain.

Tapi Alhamdulillah, saya Redha. Sebab dari awal lagi saya set mind saya bahawa rezeki abang2 ni ada pada rezeki saya. Walaupun abang2 ni tak nak ambil token yang saya beri, saya paksa juga suruh ambil. Hihihi..


Dan Syukur juga..
Tadi baru sahaja habis meeting bersama 7 usahawan dari Johor yang lain bersama-sama pihak UPEN dan  PUJB tentang event MIHAS yang akan berlangsung tak lama lagi. CocoDamia melangkah setapak lagi ke peringkat International.

Terasa kerdilnya saya pabila CocoDamia adalah satu-satunya usahawan baru yang terpilih untuk ke MIHAS ni. Yang lain-lain produk dan usahawan nama besar dan yang dah biasa pergi MIHAS ni seperti Mak Jah Frozen, Rempah Mak Siti, Otak-otak JB, KARAZ dan lain-lain. 

Alhamdulillah, Syukur terpilih ke peringkat ini!
Semua datang daripadaNYA..
Start Small, Dream Big!
Then Allah will give you big big big rite?

"Man Jadda Wajada" 
<Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berhasil>

p/s: Tahniah juga kepada pelajar-pelajar  Pusat Bahasa Pelangi yang mengambil keputusan SPM harini. Nanti calling2 dan jumpa cikgu ya!

Saturday, March 8, 2014

Pray For MH370


Ya Allah..
Engkau lindungilah mereka..

PRAY FOR MH370!

Sunday, February 16, 2014

Hero sakit dan kena towing!

Kesian Hero kami!
Sakit..... Sakit pula kat KL..
Nak jalan dekat2 masih boleh..
Tapi kalau long distance macam KL-JB-KL, memang bahaya..
So nak tak nak, kena towinglah balik JB..


Malam tadi hero kami naik lori towing dari KL..tuannya masih kat KL lagi ada kerja..


Ya lah.. Agaknya hero kami ni penat kot. Since keluar before raya tahun lepas, boleh dikatakan 2 minggu sekali mesti travel long distance. Ulang alik sana sini. Kalini dia nak balik JB relax-relax pula..


Jam 7 lebih pagi tadi.. Sementara siap2kan both Damias nak gi Kumon, hero pun sampai. Kesian.. Hero sampai dulu dari tuan. Apa-apa pun semoga semuanya selamat dan Setiap Aturan Allah tu pastu ada hikmahnya. Agaknya ni hint "wishlist 2014" ayah damia hampir tercapai kot. Aaaamiiin.. Aaaamiiin..

P/s: Nampaknya staffs CocoDamia kena balik JB naik bas ler malam ni.. 

Saturday, January 25, 2014

Sketsa cucu dengan nenek di Hospital Port Dickson

Anak-anak sakit pun kita boleh menangis, inikan pula kalau mak kita sendiri yang sakit dan masuk wad. Mau tak menitis air mata kan.

Semalam lepas jer dapat sms dan call daripada abang saya di Port Dickson yang mak masuk wad akibat tekanan darah terlampau tinggi dan mungkin ada jangkitan dalam paru-paru, cepat2 saya dan keluarga ke PD on the spot. 

Bertolak dari rumah jam 11 pagi, singgah makan roti canai kejap alas perut, terus pecut ke PD. Ngam2 sampai PD jam 2 petang. 

Sebenarnya mak kena masuk wad lewat malam sebelum tu. Tidur pun pakai gas oksigen. Awal pagi baru abang saya hantar sms. Katanya mak tak nak susahkan anak2 yang duduk jauh kelam kelibut atas highway. 


Mula2 jumpa mak, menitis air mata. Ya lah mak kan kuat dan cekal sebelum ni, tapi kalau dah sampai masa dengan umurnya sebegitu, anak-anak kenalah redha yang mak tak sekuat dulu lagi.
Dr. pakar mengesahkan yang tekanan darah mak masih tak stabil lagi haritu.


Tak sempat nak beli apa2 pun tengah jalan sebab fokus nak sampai cepat je kat PD. Tapi Ayyunie sempat singgah kedai dalam hospital beli biskut dan roti utk nenek. Good girl!


Masa ni lah skesta cucu ngan nenek bermula. Boleh pula Ayyunie cakap "banyaknya ulat tangan nenek". Hikss..


Muka tak bersalah nak makan bubur nenek!


Gelihati betul dengan sketsa Ayyunie dan neneknya. Rambut gugur pun dapat pahala. Ayyunie memang kamcing ngan nenek dia. Alah Ayyunie tu dengan sapa2 pun peramah. Hiks..


Tengok kan tangan mak yang berkedut2 tu, teringat tangan tu lah dulu2 yang merotan, mencubit, menampar, memukul dan mendidik serta memberi saya makan dan sehingga menjadi tahap seperti ini. Tak leh tulis panjang2 bab ni, ni pun dah bertakung air mata.. Sob!

Jam 6:30 petang, saya dah nak balik JB. Walaupun dapat luangkan masa selama 4jam setengah dengan mak eksklusif dalam wad, tapi ia sungguh bermakna. Banyak kata2 perangsang dan nasihat2 org tua yang berulang kali di ucapkan kepada saya. 


Nak tak nak, saya kena balik JB sebab aritu both Damias dah ponteng sekolah. Sampaikan saya tak tahu pun ada borang dan ibu bapa datang sekolah kena amik RM100 tu. Haha, memang bukan rezeki lah kan. 

Singgah Restoran Jejantas relax, makan dan solat kejap. Seharian tak makan nasi, makan maggie cup je.. Lapooo..


Budak2 nak makan KFC.. Maka kenalah turut kemahuan mereka. 


Try menu baru. Chicken wrap apa ntah. Ok lah panas2 ayam bakar. 

P/s: Ayu doakan agar mak cepat-cepat sembuh dan dipanjangkan umur agar ayu dapat berbakti dengan lebih lagi kepada mak. Banyak yang kena ayu buat lagi utk mak demi mendapat keredhaanMu Ya Allah. 





Friday, November 8, 2013

Burn tiket Air Asia RM600!

Sebaik-baik perancangan kita, perencanaan daripada Allah lebih baik.

Perancangan Manusia itu Usaha,
Perancangan Allah itu Takdir.


Sepatutnya pagi-pagi ni dah bertolak ke LCCT dari JB utk balik ke Kota Bharu. Tapi apakan daya, terpaksa burn tiket flight.


Booking tiket pun on the spot last week. Ingat kan this weekend kami cuti ke Karnival di Muar, bolehlah balik kampung sekejap sebab ada kenduri akikah newborn adik ayah damia dan dah lama tak jumpa mak, sekali dapat tahu yang event kat Kuantan start this week juga. Ingatkan habis next weekend. 



Ni dah otw ke Kuantan. Bawa naik staffs untuk tolong kat sana. Tak cukup tangan dibuatnya kat sana. Ya lah tempat himpunan usahawan2 dari seluruh negeri di Malaysia. Malam ni ke malam esok Perdana Menteri akan hadir utk rasmikan majlis ini.

Jadi kepada yang bertanyakan kepada saya tempohari samada saya turun padang atau tak di Kuantan ni, hah!!! Jom ramai2 jumpa kat padang MPK Kuantan ya! Saya dah turun ni. Aritu ada juga cakap nak beramah mesra dengan both Damias. Boleh-boleh.. Jom jom..

Selain dari dapat merasa tester coklat IQ, boleh juga team CocoDamia terangkan serba sikit kebaikan coklat ni disamping ceritakan kebaikan Lubanah dalam Coklat ini. So apa lagi Jom turun ramai2..

P/s: Dah otw ke Kuantan ni!

Wednesday, July 31, 2013

Sana Sini budak-budak demam

3 hari lepas, Ayyunie demam.. Panasnya cecah lah 38'c.. Tapi 2 hari jer dah ok.. Pakai cool fever, minum ubat yang dibeli farmasi dan tak gi sekolah hari. Alhamdulillah, kejap jer kebah demamnya.


Tup tup, sehari lepas tu, Aleesya pulak demam. Jam 1 pagi Aleesya masuk bilik saya cakap "ibu, aleesya sejuk sangat".. Ingatkan air-cond bilik dia yang sejuk sangat, gi tutup air-cond bilik dia, alih2 tima nak selimutkan dia, rasa badan panas sangat.. Huaaaa, Aleesya demam rupanya.

Dah lah demam hari majlis berbuka puasa tu, nak tak nak angkut jugaklah aleesya dan siap duduk dalam stroller lagi supaya dia senang tido.


Hah, ginilah rupanya. Nasib baik Aleesya tak meragam. Cuma asyik tanya "bila nak balik? Bila nak balik?" Jer.

Semalam bawa dia pergi klinik. Punyalah ramai budak2 demam kat klinik tu. Doktor cakap memang musim demam.

Lepastu cg tadika both Damias call tanya kenapa dah 3 hari tak datang sekolah. Sambil suruh gi ambil homework kat tadika dia. Ayah damia cakap, cg tadika diaorg pun cakap yg ramai budak tak datang sebab demam. Maksudnya betullah musim demam.

Aleesya, ibu doakan supaya Aleesya cepat sembuh ya sayang. Tgk adik, 2 hari jer dah sihat sebab Allah suka kalau kita kuat semangat dan selalu makan ubat. Aleesya pun kena selalu makan ubat ya. Nanti nak balik kampung cam mana kalau demam. Alhamdulillah, pagi ini dah surut sikit panasnya.

Anak2 demam, ibu pun nak demam, sebab tak cukup tido malam gara2 takut demam makin melarat dan anak asyik merengekkan. Anak2 kan ujian kita daripada Allah. Tunaikan lah tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Aminnn...

Thursday, October 11, 2012

Rindunya nak ke sini lagi || Sedih pulak tgk sweater bertopi ni..

Jujurnya saya sangat suka dengan sweater ini..
Saya beli sweater ini tanpa fikir panjang dan walaupun agak mahal dengan baju2 lain yang saya beli, saya tetap nak beli...
Ia nampak lain dan feminin...
Oh ya, sweater ni saya beli kat Bandung Mei lepas..

Dan ada sebab kenapa saya beli sweater ni..
Kengkonon nak bawak gi Beijing nanti..
Dan sebab nak gi Beijing tu lah, saya borong banyak juga sweater di Bandung...
Kebanyakannya bertopi..
Ni gara2 nak gi Beijing Dec nanti suhunya mencecah -4'c.



Posing2 sementara tunggu pak supir datang..


Dah macam kembar kan kan..


Masa ni ada tourist dari Jepun tegur
"They are twin??"
Hihi...saya dah kalih...:)


Masa shopping di rumah MODE..
Kebetulan haritu hujan lebat..so sesuai sangat lah pakai terus sweater ni..:)


Shoes tu pun beli kat Bandung...hari pertama beli, hari kedua terus pakai..haha
Sampai sekarang Ayyunie pakai..tapi dah ketat sikit..
Alahai...cepat betul kaki awak membesar yer Ayyunie..:)

p/s: Alhamdulillah, duit 30% yang kami bank in nak ke Beijing, saya dah dapat balik...Syukur, walaupun sedih tak dapat nak ke Beijing...tapi masih ada rezeki kami semula dapat duit kami..
Bagi yang tak tahu cerita kenapa kami tak jadi gi Beijing, boleh klik2 link bawah..







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Thursday, October 4, 2012

Bukan rezeki kami ke Beijing!!! Tapi ALLAH gandakan rezeki saya yang hilang tu...



Oh my Allah...

Terkejut betul tatkala ayah damia dapat panggilan yang kami kena tipu ke Beijing!!!


Rakan kami yang sama2 akan ke Beijing main salji pada 24, 25, 26, 27 dan 28 Dec ni kata, person in charge yang uruskan cuti2 kami ke Beijing dah kena tangkap masuk lokap!!!! GULPPPP!!!!
Kerana didapati menipu jabatan2 kerajaan dan orang perseorangan pasal pakej percutian ni..

Masa bulan March aritu, kami dah bayar 30% daripada total semua kos kami ke Beijing 4 beranak.
Kami pun tak sabar-sabar nak tunggu DEC sebab excited nak main snow ni..



Pastu masa Jun aritu, rakan kami tu suruh kami bayar lagi utk urusan visa.
Ok lah fine..kami pun apa lagi, cepat2 lah ke studio gambar nak buat gambar visa kan..
Tapi tatkala nak bayar duit tu, ada jer alasan rakan kami tu...


Ni antara alasan rakan tu, organizer selalu berada di luar negara bawa pelancong sana sini.
Ok fine...saya pun hold lah dulu bayaran...

Bulan puasa aritu saya nak bayar lagi balance, katanya tunggu dulu..
Pastu masa Raya aritu pun saya bertanya juga tentang bayaran balance tu, pun sama jawapannya...
So dari situ saya dah tak sedap hati..siap cakap ngan ayah damia lagi..
"Ntah2 kita kena tipu tak??"
Walhal dah excited nak ke Beijing ni...siap survey lagi yang suhu masa DEC ni mungkin -4'c...

Last2 tadi rakan tu call kata ada berita buruk..
Hurmmm nak buat cam mana...bukan salah rakan tu pun...sebab dia pun kena tipu gak..
Tahun lepas dia gi Korea dengan penganjur yang sama, tapi tak pulak kena tipu..
Katanya yang tahun lepas punya jadi sebab dia nak buat profile syarikat utk organizer tu sebelum kejadian tipu menipu ni berlaku...Allahualam...

Apa2 pun, rakan saya tu berjanji akan pulangkan semula duit bayaran yang telah kami bayar masa awal Mac dahulu...ribu jugak lah cecahnya..tapi dalam dilema juga, sebab rakan kami tu pun kena tipu...since dia yang ajak kami join group travel tu, dia kata dia akan bertanggungajawab..
So saya berserah jer lah kepadanya...kalau dia bayar alhamdulillah, kalau tak bayar nak buat cam mana..anggap jer lah tak ada rezeki kami nak main salji kat sana...:((














* kena tunjuk bukti zaman sekarang, kang ada yg kata omong2 kosong jer 

Tapi dengan kuasa Allah, tetiba jer lepas ayah damia letak handphonenya..
Ayah damia terdetik nak check akaun..
Sekali tgk alhamdulillah...pihak Embassy dah masukkan yuran tertunggak salah sorang pelajar antarabangsa di centre kami. Punyalah susah nak dapatkan claim dia ni berbanding dengan foreigner students yang lain. Siap bertikam lidah lagi tuuuu!!!Tapi harini segalanya dipermudahkan.


p/s: Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya..mungkin Allah nak permudahkan perjalanan kami  ke SANA tahun depan...siapa tahu kan rencananya...amin amin...

p/s: First time ni guna agen utk pergi melancong....tak sangka jadi cam ni...selama ni apa2 pun lone ranger jer...semua buat sendiri2..










Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!





Friday, April 6, 2012

Selaput mata terkoyak....aduhhh!!! sakitnya nak berkelip...

 Dugaan di Hari jumaat..
Dan saya redha jika itu kehendakNYA...


Malam tadi masa tgh main2 dengan Ayyunie...
Tiba2 jari Ayyunie tercucuk betul2 kat biji  mata hitam rasanya..
Lepas tu, sakit yang teramattttt...
Nak buka semula mata pun pedih yang teramat...
Sampaikan nk tido pun tak senang...
Lepas telan sebiji pain killer, baru lah tenang tido, tapi mata masih berdenyut2..

Pagi ni gi jumpa Doc kat klinik biasa...
Doc suspect selaput mata terkoyak..
Dan recommend pergi Klinik Pakar Mata kat Kulai..
Sementara tu doc bagi ubat titis tahan sakit dulu..
Ok lah sekejap..pastu sakit semula...


Ni hasil selepas berjumpa dengan Dr. Pakar..
Sebanyak 3.2mm selaput mata terkoyak kat biji mata hitam tu..
Hohoho...ngeri tgk doc tu cuci selaput mata ngan jarum nipis dan cotton bud..
Menjerit jugaklah weiii dalam bilik doc tu..
Tapi nak cepat sembuh punya pasal, tahan jer lah...
Tapi doc dah letas ala2 ubat bius gitu supaya tak sakit..

Haishhh takut pula tgk mata sendiri cam ni..
Ahad ni ada appointment lagi dgn Dr utk cek balik mata..
Harap2 cepatlah sembuh yer wahai mata..
Nak buat apa pun serba tak selesa ni..

p/s: Dr tanya nak MC tak?? Ibu dengan bangganya jawab "Tak yah MC dr.."...hehe
p/s: MORAL OF THE STORY...Hati2 semasa bermain dengan anak yang tgh lasak...sabo jer lah ayyunie...anak oh anak..

Friday, March 30, 2012

Sepatutnya saat ini, kami dah berada dalam kapal terbang...

Di saat anda buka dan baca entry ini.
Kami sepatutnya telah berada di atas kapal terbang..
Untuk sama2 bercuti..
Sempena Birthday Damia Ayyunie yang ke 3 tahun harini


Percutian yang telah dirancang sejak Bulan 5 tahun lepas..
Almost nak 1 tahun pun tempah..
Tapi apakan daya...
Semua yang berlaku ada hikmah..

Kebetulan percutian kalini nak bawak MIL dan FIL..
Tapi BIL pulak awal2 dah tempah tiket hari dan waktu yang sama utk ke Medan..
Nak bawak MIL dan FIL juga..
So, rupa2nya ada hikmah MIL dan FIL tak ikut kami ke Sabah..
Dan mereka pun dah selamat terbang ke Medan sekarang..


Tarikh yang sama juga dengan tarikh booking ke Sabah..
Kami tempah sekali lagi tiket..
Tapi kalini jauh dari Malaysia..
Harap2 penerbangan utk akan datang..
Semuanya tiada halangan..

Kami hanya merancang, dan Tuhan yang menentukan...
Apa2 pun doakan kami suami isteri dapat lakukan yang terbaik utk persembahan esok..
(Walaupun masih tak pasti nak buat apa..huhu)

p/s: Sejak semalam lagi saya dah start cuti..konon2 cuti awal sebab nak buat preparation ke Sabah...rupa2nya kena buat preparation lain pulak...wish me and my husband do the best ya!!! Doa kawan2 juga penting..