Showing posts with label singapore. Show all posts
Showing posts with label singapore. Show all posts

Tuesday, April 12, 2016

Urusniaga 2 negara II CocoDamia dan Singapura


Alhamdulillah.
Setelah 3 kali perjumpaan since awal March 2016.
Selesai sudah sesi tandatangan Perjanjian antara Pelangi Network Management Sdn Bhd (Malaysia) dan Nee Soon Transport & Trading (Singapore) selaku Sole Distributor eksklusif untuk produk CocoDamia (crunchy flakes cereal cup).

Target market utama sole distributor kalini adalah di tadika-tadika dan sekolah rendah di Singapore.
Semoga bermanfaat dan membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Sedikit trivia bagaimana mereka boleh berminat dengan produk CocoDamia:
1. Salah seorang daripada board director mereka terjumpa produk CocoDamia di Pasaraya Maslee. Berminat lalu membeli beberapa unit utk cuba.
2. Sampai di rumah (Singapore), anak2 one of bord director suka sangat makan. Tak cukup 1, sampai 2-3 unit sekali makan.
3. Kemudian masuk Johor beli lagi di Pasaraya Maslee. Kalini dalam kuantiti puluhan unit  pula.
4. Anak2nya bawa pergi sekolah sebagai bekal. Kawan anak2 pula suka. Then tanya beli kat mana.
5. Lepas tu board director tersebut bawa produk CocoDamia untuk meeting bersama2 dgn ahli board director lain sambil mengkaji kebolehpasaran produk tersebut di Singapore dan juga keperluan produk tersebut.
6. Hasilnya, perbincangan pertama di premis CocoDamia telah diadakan pada awal Mac 2016 bersama seorang sahaja board director.
7. Seterusnya, perbincangan kali kedua di premis CocoDamia pada pertengahan Mac 2016 bersama ahli board director yang lain.
8. Then, perbincangan dan penambah baikan urusniaga hanya follow up melalui whatapps dan email.
9. Akhirnya pada 9 April 2016 termaktub sudah perjanjian urusniaga membekal dan memborong antara kedua2 pihak dan sebahagian stok telah pun diserahkan.
10. Terima kasih Ya Allah. Bukan mudah utk meyakinkan pihak kedua2 negara. Namun sikap profesional kedua2 pihak memainkan peranan dalam menjalin hubungan antara 2 negara.



Masa meeting kali kedua bersama dengan ahli board director yang lain dari Singapore pada pertengahan Mac 2016.


9 April 2016, termaktub sudah perjanjian antara kedua-dua pihak selaku pembekal dan pemborong di Singapore.


Kena baca agreement betul2..
Supaya tak datang masalah kemudian hari..


Close deal!
Alhamdulillah..
Semoga bertambah-tambah rezeki untuk CocoDamia..
Dan rezeki melimpah ruah yang tak disangka2 untuk anak2 saya dan juga my little khalifah dalam perut ni.


Sebarang pembelian produk2 CocoDamia, boleh whatapps ke 012-7507659 atau call 010-6468383.
Paling senang klik-klik je kat www.cocodamia.com.

Hapy shopping uolss..



Thursday, October 2, 2014

CocoDamia dalam segmen Agrobazaar @ Galeri Nasional TV1



Cerita semalam (1 Oktober 2014).
Last minute dapat sms dan whatapps dari wartawan.
Kebetulan saya pula tengah driving. Ayah Damia pula sedang mengajar.
So menonton dari handphone je lah. Itu pun ngam2 sampai office jam 7:10 malam.
Rekod pun tak berapa clear kan. 
Tak pe lah. Janji ada nampak saya, eh bukan ..CocoDamia dalam tu ;-)

Ntah kenapa kali ni gagap pula masa wartawan interview.
Penat agaknya. Ya lah..seharian dari JB ke Kluang naik pajero FAMA.
Lepas tu naik keretapi patah balik JB.
Lepas tu tunggu settled makan minum di City Square.
Lepas tu konvoi naik bas ke Hotel Seri Malaysia.
Then minta tolong staff amik kami dari hotel naik kereta.
Last2 ada wartawan nak interview kan.
Hikss..poyo je alasan ya.

Apa2 pun enjoy the video.

Kalau nak tgk lagi clear cerita ceriti tentang Agrobazaar ni, boleh search kat You tube "Agrobazaar" ya.

Terima kasih semua.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, August 27, 2014

CocoDamia dalam liputan Agrobazaar di Harian Metro 26/8/2014


Alhamdulillah, selesai sudah lawatan pagi tadi dari wakil-wakil agensi Lembaga Persatuan Peladang, FAMA, Veterinar dan S/U Jab. pertanian HQ untuk urusan MAHA 2014 yang bakal diadakan pada bulan November nanti.

Lepas tu saya bergegas pula ke Bandar untuk urusan2 lain.

Manakala ayah damia pula memang dari awal pagi ada meeting dengan Jab. pertanian dan seterusnya meeting dengan Entrepeneurs Development Centre (EDC) untuk pemilihan produk. 


Straight to the point, Seawal pagi semalam dapat call dari rakan usahawan lain cakap cocodamia dalam berita jam 9 pagi semalam, lepas tu dapat juga whatapps bertalu2 dari rakan2 usahawan lain. Tapi saya dan ayah damia tak sempatlah pulak nak tgk berita tu. Nak tgk ulangan kat Tonton pun tak ada. 

Lepas tu petang semalam ada kawan whatapps saya cakap "eh ni bukan gambar uols naik keretapi kat kluang tu ke?"... Ya lah.. Berdezup gi cari Harian metro petang semalam.


Tak pasti suratkhabar apa lagi yang keluar dan akan keluar. Yang dah dapat schedule dokumentari TV Al-hijrah sahaja.
Walaupun nama cocodamia coverage nya tak besar dan gambar pun kecil je, itu pun dah cukup bangga. Bayangkan, dalam banyak2 usahawan yang masukkan produk dalam Agrobazaar, hanya CocoDamia dan Fatihah Frozen sahaja yang dijemput turut serta dalam tour ini. Terima kasih Ya Allah.



Perasmian Agrobazaar oleh Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapore yang akan diadakan petang ini di Singapore.


Gambar saya bersama ayah damia masa keretapi menjemput kami di  Stesen keretapi Kluang.


Gambar atas tu kecik. Ni hah gambar sebenar kami masa di Stesen Keretapi Kluang.
Semoga Allah permudahkan dan perlancarkan lagi urusan CocoDamia pada hari ini dan masa-masa akan datang.

Friday, February 28, 2014

Jurong Bird Park, Singapore || Asia's Largest Bird Park

Entry kali ini memang banyak gambar.
Ceritanya sikit sahaja..
Sebab nak bagi readers semua menghayati keindahan flora dan fauna dalam gambar-gambar di bawah..

Cerita details boleh baca kat link bawah ni ya



Both Damias masa lepas naik tram mengelilingi Bird Park ni..


Aksi anak dan ayah


Dah nama pun budak2, main tu wajib


Beza 1.5 cm jer 2 beradik ni


Burung kaki seksi!


Model ke?


Ibu enterframe jugak


Ingat ke ni burung mainan tau...sekali...huaa...betul punya..
Sebab mata dia kelip-kelip...pastu kepala gerak2..


Saja mengusik burung tu


Candid Moment


Burung unta lah..
Telur bukan main besar


Tekan jika nak tahu bunyi burung unta tu macam mana..


Naik tram sampai 2 kali


Ni apa? Biawak ke?


Kat pintu masuk air terjun


Rehat jap


Education


Air terjun!


Cantik2 burung kat kawasan air terjun ni..
Ada sebatang jambatan kat situ..


Jinak!


Perhati!


Happy moment!


Masuk rumah penguin pula


Seronok tgk aksi-aksi penguin ni..


Info


Owhh, baru tahu rupa2nya ais ni tempat penguin poo-poo dan pee-pee


Berebut nak minum jus dalam bekas panjang tu hah..
SGD6.90..ok lah sampai sekarang bekas air tu both damias guna buat minum air kat rumah..


Tunggu Bird Show


Hampir sama jer dengan mana2 bird show yang ada kat Malaysia..


Aksi penonton


Memang gojess burung kaki seksi ni..


Penguin diberi makanan..

Ada banyak lagi gambar2 lain..
Cukup sekadar gambar2 ni dulu lah ya..:)
Terima kasih kerana sudi menghayati gambar-gambar kami..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, January 23, 2014

Jurong Birds Park II Setelah 5 tahun..

Hampir terlupa pula nak updated kisah outing kami sekeluarga ke Jurong Bird Park pada Cuti Maulidur Rasul minggu lepas. Malaysia Public Holiday, Singapore kerja macam biasa. So tak sesak sangat!

Last minute punya planning ni. Bangun jer tidur, lepas solat subuh baru decided nak bawa anak-anak gi jalan ke mana. Jenuh juga fikir punya fikir, last2 saya bagi cadangan ke "Jurong Bird Park" lah senang. Ayah damia ok je. Terus kejutkan anak2 bangun. Both Damias apa lagi?? Teruja lah kan..

Tapi disebabkan last minute punya planning, kena juga tunggu jam 10 pagi sebab money changer baru buka. Nak tukar Singapore Dollar. Sempat juga kami pergi breakfast dulu kat area Taman Perling otw nak ke second link. 


Last sekali ke Jurong Bird Park ni masa Ayyunie usia 8 bulan dalam perut. 
Gigih si ibu menapak ke hulu hilir walaupun dah sarat 8 bulan.
Dah lah mengandungkan Ayyunie perut besar. Hikss..


Aleesya pula masa ni baru berusia setahun lebih. 
Hah tu Aleesya teruja tgk Birds Show atas pangkuan ayahnya.
Bila diingatkan semula, cepatnya 5 tahun berlalu kan!


Yeayyy dah sampai Jurong Bird Park.
Orang tak berapa ramai lah.
Yang ramai adalah pelancong2 luar contohnya dari Korea dan China. 
Both Damias bergambar di rumah penguin.


Mula2 sampai lagi dah naik tram.
Happynya anak-anak dapat naik tram. 
Ibu ayah lagi happy tak payah menapak..:)
Oh ya, bayaran masuk sini dewasa SD 30 termasuk naik tram.
Kanak-kanak SD 19 termasuk naik tram.
Total SD 98 bersamaan dengan RM 260.


Gambar lomantik ibu ayah..
Gambar berdua hanya dalam HP sahaja..
Al-maklum ler nak suruh anak2 snap guna DSLR takut jatuh pula kamera gajah tu..


Gambar lomantik lagi!!!
Keliling penuh replika burung2..dah nama bird park kan..hiks..


Gambar lomantik sebelum Bird Show bermula.


Dalam toilet pun nak snap.
Sebenarnya berkenan konsep open space kat area ni..
Amik gambar kot2 next time leh jadi inspirasi ke kan..


Kat area Bird Show..
Tak ramai lagi orang masa ni..


Aleesya di Amphitheatre


Persembahan burung yang mendapat perhatian pengunjung 


Tempat wajib bergambar kat sini..
Kat pintu keluar masuk utama.
Minta tolong pelancong korea snap kan..hiks.
Tapi Ayyunie moody pula mengantuk..alahai anak..
Cer bandingkan dengan gambar first2 kat atas..lebih kurang jer kan..bilangan orang jer bertambah.

So, bila lagi nak datang sini? 
Bertiga sudah disini. 
Berempat pun sudah disini..
Kita tunggu berlima pulak ya..:)

p/s: Tunggu gambar-gambar dari DSLR pula. Nanti cerita lagi details ya..:)