Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Thursday, October 6, 2022

JJCM Hatyai II Klong Hae Floating Market


Trend rakyat Malaysia melancong ke Thailand boleh menjejaskan pelancongan Langkawi katanya..
Dah mahaiiiiii sangat nak bercuti ke Langkawi pun...
Lajak sikit je lah ke Hatyai kan...


Patutlah sejak akhir2 ni Hatyai dapat gelaran " Hatyai Darul Malaysia"..
Tu dalam gambar, bendera Malaysia pun ada kat Hatyai..
Bukan 1, tapi banyak pulak tu...


Nasib lah kami dah awai2 pergi Hatyai masa cuti sekolah awal bulan 9 haritu..
Kalau pergi sekarang ni...
Katanya sesak dan ramai dengan pelancong dari Malaysia je..


Antara tempat wajib pergi di Haytai..
Pasar terapung ni lah...


Selain keunikan penjual2 menjual di atas perahu, harga makanan yang murah juga menjadi sebab utama ramai pelancong datang ke sini. Contohnya air kelapa dalam buluh tu baru 20 baht.


Aleesya bukan main lagi posing sakan kat sini ya...


Beli apa tu bang?


Owhhh otak-otak dalam buluh lah..
Perghhhh rasa dia sedap sangat weiii..
Moist2 je otak2 ni...
Harga 30 baht.


Ni ais krim dalam pasu..
Orang lain habis makan bawa balik pasunya..
Kami buang lah haihhh malas nak kelek ke hulu ke hilir...haha


Laksa siam..
Tapi tak berapa best lah yang ni...
Harga tak silap 30 baht..


Nasi Khaomok..
Baru 35 baht tau..
Daim lah ni nak juga makan nasi...


Datang jauh2 tetap nak cari Takoyaki juga ya Ayyunie..
Tak silap dalam 30 baht juga harganya..


Panas ceng ceng pun gigih posing ya...
Kami sampai dalam jam 3 petang cam tu..
Masa ni tak ramai orang lagi..
Lepas tu dalam pukul 4 lebih..
Orang dah start ramai..
Jangan harap dapat bergambar kat tengah2 cam ni..


Dia pun nak juga bergambar kat tengah2 ni..


Eh eh, gambar kita pun ada...
Sementara tak ramai orang ni, posing puas-puas...


Bagi chance lah kat ibu & ayah...


Orang minta tolong kita ambil gambar diaorg, pastu kita pula minta tolong dia ambil gambar kita..
Adalah gambar family cukup korum..
Awak pandang mana tu Daim....


Ok cun!
Semua pandang kamera...


    Btw dekat sini bukan hanya ada gerai2 atas perahu je...
Kat bahagian atas tu banyak lagi gerai..
Macam2 ada jual dari makanan, pakaian dan buah2...
Adoiiii..sedapnya buah apple cerry ni..
Rangup dan manis...


Bukan main lagi ya Ayyunie dengan monopod dia...


The moment


Ni gerai2 bahagian atas..
Macam2 ada...
Semua pun terliur nak rasa..
Btw kat sini no worries...
Banyak makanan yang halal....


Ketupat palas pun ada...
Fuyoooo....


Besar lah juga area pasar terapung ni...
Banyak bas2 pelancong singgah sini...


Bolehlah tengok video kami kat floating market ni..
Kot lah mana tahu ada yang memerlukan info atau gambaran untuk bercuti disini kan..

Next sambung lagi ya...










::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, September 20, 2022

JJCM Hatyai II Madam Shabu for meat lovers..


Hari terakhir di Thailand, kami stay di Songkla..
So ambil kesempatan dari Songkla ke Hatyai JJCM lagi..
Memang Hatyai kan Syurga makanan..
Lagi2 lah lately viral ramai rakyat Malaysia melancong ke Hatyai..
Nasib baik lepas sis pergi baru viral tau..hihi..
Kalau tak sana sini beratur je lah memanjang nanti..


Restoran pilihan di Hatyai kalini adalah Madam Shabu..
Tapi kalau masuk dalam waze kena taip Phattana Shabu..
InsyaAllah sampai lah tu..


Budak 2 orang ni hah yang terpaling nak makan shabu2..
Nak makan kat Johor banyak yang tak halal..


Actually tempat ni memang good place for meat lovers.
Yang penting Halal dan no alcohol served.
Tak macam sesetengah tempat, daging memang ada halal certificate, tapi restoran still serve alcohol.


Konsep makan kat sini adalah style buffet.
Harga pula bermula dari 299 baht hingga 799 baht per person.


Dalam bekas ni kebanyakan sayur-mayur..
Bagus juga serve macam ni kan, kebersihan terjaga..


Ni bahagian complementary buffet corner..
Which is awak pilihlah yang pakej mana pun, makanan yang bahagian complementary ni semua guest boleh ambil free flow.


Ni pun complementary buffet corner...


Selalu buffet kat Malaysia gelas kecik2 kan..
Kat sini gelas besar2 dan tinggi pula tu..
Cukup 1-2 kali je refill air..
Tak payah banyak kali bangun..


Yang membezakan setiap harga per person adalah beza gred daging dan kuantiti.
Kalau yang 399 per person dapat 4 jenis daging..
Kalau yang 799 per person dapat 7 jenis daging dan boleh grill..


Yang ni pun bahagian complementary buffet corner..
Yang bestnya tu, kita boleh customize sos yang kita nak makan..
Campur tu, campur ni..nak pedas ke, nak bawang putih ke..
Ikut citarasa sendiri..


Ni set 799 per person..
Kami suami isteri nak makan daging grill + shabu2...


Daging2 dan seafood2 tu semua akan dihidangkan atas meja mengikut order jenis daging yang kita pilih. Nak tambah berulang2 kali pun boleh daging2 tu semua. Nanti panggil waiter, waiter yang akan bawakan daging2 refill tu ke meja kita..


Aleesya, Ayyunie dan Daim pula nak makan shabu2..
So terpaksa duduk meja asing dari kami berdua sebab ambil pakej lain..
Alaa...sebelah2 je pun mejanya...


Tapi jujurnya..
Kami tak tambah pun daging2 tu semua..
Kekenyangan sangat haihhh ratah lauk2 je pun..
Nasi, spagetti, mee semua kami tak pandang..
Fokus makan daging je..


Pakej lain2..
So kena duduk pun meja asing2..haha


Makanan kat Hatyai ni banyak yang murah2 je..
Tapi kat sini ada sikit pricey lah sebab buffet kan..
Total kami makan kat sini after convert RM240 lebih kurang..


Udang galah pun gemuk2 pendek2 dia bagi..
Pun boleh refill tau..
Tapi cukuplah makan apa yang dihidangkan first2 atas meja tu..
Tak larat dah nak tambah2 lagi..


Daging dia nipis2 lebar2 potongannya..
Grill kejap je dah lembut..
Yang set kami ada lemak2 daging juga...
Fuhhh..juicy ooooo...


Alhamdulillah...
Kenyang perut senang hati...

Sebelum keluar border Thailand...
Singgah Danok dulu shopping colek, kekacang dll...

Nanti sambung lagi ok cerita seminggu kami di Selatan Thailand..






::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, September 13, 2022

JJCM Hatyai II Sarapan di Chabura Dimsum

Sawadikap...

Cuti sekolah beberapa hari yang lepas...
Kami sempat road trip ke Thailand selama seminggu..
Agenda percutian kami kalini lebih pada JJCM di Thailand dan juga mengembara ke Pulau yang tak pernah lagi kami jejaki..

So first check point kami sebaik sahaja melepasi border Thailand adalah ke Chabura Dim Sum untuk sarapan pagi di Hatyai.


Wow wow...
Lain macam vibes sarapan kami pagitu...
Baru pukul 9 pagi..
Tapi dah penuh restoran ni dengan orang-orang Malaysia bersarapan..
Plat kereta Malaysia pun bersusun parking area restoran ni..
Confius kejap ni masih kat Malaysia atau Thailand..
Sampaikan yang ambil order dan pelayan pun cakap Bahasa Melayu..
Memang betul2 Hatyai Darul Malaysia ni...
Hihi...


Betul2 menikmati teh ais dan green tea ais tu ya dik..
Sampai terkatup2 mata..


Orang kata air kelapa Thai memang manis ting ting..
Berbeza dengan air kelapa di Malaysia...
Ye ke uolsss??


Perasa maggie yang banyak digunakan dalam masakan Thai..
Nasi goreng letak ni memang umphhhh...


Martabak daging...sedap penuh inti dagingnya..
Tapi kuahnya tu lah anak3 kata macam rasa acar timun pula dah..
Hahaha...lain tempat lain lah masakannya...
Yang penting kita mencuba..


Wow wow..
Dah kenapa bang?
Ni betul2 menikmati makanan dengan penuh rakus..


Arghhhh...rambang mata..
Nak pilih Dimsum yang mana ni?


Comel2 je saiznya..
Mangkuk kecil ni harganya 15 baht..
Yang mangkuk besar harganya 20 baht...


Tengah pening nak pilih pau inti apa..
Tapi sis recommend inti kastard dan salted egg...


Yang penting halal...


Sebenarnya ada banyak lagi rupa dan inti pau ni..
Tapi masa kami sampai tu, ada yang tak sempat refill lagi..


Kita makan nasi goreng daging bakar dululah...


Perghhh..puas hati dapat makan ni..
Daging goreng dia memang sedap..
Lain sikit dengan rasa daging harimau menangis tau..
Yang ni rasa juicy2 lemak2 dia tu...


Sos pencicah di Thailand tidak pernah mengecewakan...


Tu dia..
Dimsum dah sampai...


Ayah Damia terkejut banyaknya kami order..
Ayah Damia tak order apa2..
Dia duduk je kat meja menanti apa yang kami order sampai...


Dimsum tu, lepas kami pilih, nanti orang restoran akan ambil bawa pergi steam dulu..
Barulah asyikkkk makan panas2...


Minta jasa orang sebelah tolong snap gambar 1 family...


Nampak orang makan ni, terliur lah pula..
Kami pun order juga...
Set dumpling ni...kami ambil yang mix..


Yang Dumpling akan dihidang dalam kotak macam ni ya...


Adoiii haiii...
Masa menaip ni masing teringat2 kesedapan dimsum ni..
Agak2nya bilalah nak repeat lagi gi Hatyai ni..haha..
Baru je balik kelmarin dah nak gi lagi...apooo???


Muka puas hati..
Dapat breakfast kat sini...
    Tapi confius pun ya...
Sarapan ko order banyak cenggini...

Alhamdulillah...

Next...kami makan di mana pula??





:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::