Hari ke 3 di Bandung..
Hati membuak2 nak perabiskan duit di Pasar Baru..
Menurut pengalaman2 serta pembacaan dalam google..
Pasar Baru merupakan tempat yang wajib pergi bagi Pelancong dari Malaysia..
Sebelum tu kami breakfast dulu..
Breakfast pagi ke 3 memang sangat unik..
Sebab soohoon dijadikan macam meehoon goreng..
Ayah damia mula2 cakap meehoon goreng..
Pastu saya cakap ni soohoon goreng..
Boleh dia tak percaya..sabo jer lah..
Tapi jujurnya soohoon goreng ni sangat2 sedap..
See, bertambah-tambah saya makan soohoon goreng ni bersama dengan sayung goreng jawa..
Ayah Damia?? Jangan haraplah nak makan benda2 cam ni..huhu
My little girl yang sibuk nak amik gambar itu ini dengan handphone ibunya..
Dah makan, kami tunggu supir kami di bahagian Concierge..
Bukan lobby hotel tau sebab Hotel kami ni kan unik sikit...dalam shopping complex..hehe
Pada mulanya kami tak nak menggunakan perkhidmatan Supir sebab dekat jer berjalan kaki dari hotel ke pasar baru..Tapi supir kami yang menawarkan nak hantar kami secara percuma pagi tu sebab katanya kami bawa 2 anak kecil, agak bahaya juga tu, dan semestinya katanya ramai pencopet2 di Pasar Baru tu akan aim kami sebab selalunya pelancong yang bawa anak kecil akan hilang fokus akan barang2 bernilai yang dibawa contoh dompet, DSLR, barang yang dibeli dan lain lain..
Dalam kereta dah nak sampai Pasar Baru kami buat decicion nak guna perkhidmatan supir tu...Yang bestnya kami dapat harga murah hokeyyy utk 1 hari tour kami tu...lebih murah dari bayaran supir pada hari sebelumnya tu..ahamdulillah..kami hanya cuma bayar IR300,000 sahaja berbanding dengan IR450,000 sebelumnya....untung sebenarnya guna supir ni sebab dia yang akan tolong angkat barang, tolong main-main dengan anak kita, tolong tawar menawar dan lain-lain..pendek kata gunalah perkhidmatan SUPIR bagi yang ada anak kecik macam kami tu..
Sebelum ke Pasar Baru, kami ke BII bank...kalau kat Malaysia MAYBANK lah..
Keluarkan duit juta-juta rupiah lagi!!!
Nanti ada masa saya akan buat entry cam mana nak keluarkan duit di Bandung dengan menggunakan kad ATM Maybank...
Yang bestnya, kami tak yah ke Money Changer, terus jer keluar duit Indonesian Rupiah melalui kad ATM Maybank tu..
Yeayyyy dah sampai PASAR BARU!!
Betullah kata org, sesiapa yang sampai kat sini confirm rambang mata...
Dan saya?? Baru jer tgk2 kain ni..memang rambang mata dan kepala nak pilih yang mana..
Ayah damia kata dia yang bukan kaki shopping pun tak tahan nafsu nak beli itu ini..
Apa ntah lagi kalau kaum2 perempuan yang sampai ke PASAR BARU ni..
Sebab tu masa di Bandung, apa nak beli, apa nak makan, semua suami bagi greenlite..
TQ abang...:)
Baju Bandung wajib beli ni ..
Bukan sehelai bukan 2 helai..Tapi 15 helai hokeyyy beli bawak balik ke ipar duai, biras dan juga saudara mara di Malaysia...memang sakan memilih design2 baju bandung utk dijadikan ole-ole ni..
Selain daripada kain2 ela serta kebaya dewasa, terdapat juga pelbagai pilihan telekung2..
Walla...dah macam ada telekung fair pun yer..
Macam2 design, macam2 warna, macam2 kualiti kain..
Pilih pilih jangan tak pilih..
Masa ni saya hanya beli 2 pasang kain telekung utk mak dan mertua saya sahaja..
Kualiti paling best dan paling comeyyy
Oh yer..kebaya kanak2 tak ada hokeyyy..
Kalau ada pun kebaya kanak2 yang lip lap lip lap kain nett yang jarang tu..
Patut ler warga Bandung pun order kebaya kanak-kanak dengan saya..
Rupa2nya memang tak ada kebaya kanak2 yang sesuai di Bandung..
Lagi satu, kami sekeluarga juga tak melepaskan peluang beli baju batik Bandung..
Unikkan, batik yang telah dimodenkan dengan pelbagai fesyen..
Kami beli 1 set utk family kami..
1 kameja batik utk si ayah, 1 blouse batik utk si ibu,
2 dress batik utk Aleesya & Ayyunie..
Boleh ler pakai Raya nanti..
Hampir2 juga kami nak beli set langsir ni...
Day curtain, Nite curtain dan scallop utk sliding door..
Harganya IR1,500,000
Lebih kurang RM525..
Tapi tak ada pulak warna yang berkenan ..
So reject beli langsir...
Pendek kata memang puas hati shopping di Pasar Baru..
Bayangkan kami sampai Pasar Baru jam 9:30 pagi..
Kul 4 petang baru kami keluar..tu pun sebab anak2 cakap lapar..
Alahai...siannya anak2 ibu...
Yang best tu, tgh syok bershopping...supir boleh pula kami tak perasan ntah kemana..
Mula2 tu dia call cakap tunggu kat sekian sekian..
Lepas dah siap shopping, kami gi tempat sekian2 tak jumpa..
Alahai..last2 beli lah prepaid Indonesia semata2 nak call supir kami tu..
Hik hik...memang pengalaman betullah..
No indonesia tu sampai sekarang pun ada lagi tu..
Lepas shopping kami makan di mana??
Tunggu next entry lagi..:)
p/s: Tak sakan sangat shopping kat Pasar Baru masa ni...sakan lagi kami shopping kat Pasar Baru keesokkan harinya...ngeh ngeh ngeh... 2 hari berturut2 ke Pasar Baru...
Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!