Showing posts with label Kapalai & Mabul. Show all posts
Showing posts with label Kapalai & Mabul. Show all posts

Friday, September 18, 2020

Glass Bottom Kayaking in the Sipadan Kapalai Dive Resort


MUST DO EXPERIENCE


Glass bottom kayaking in the crystal clear water of Sipadan-Kapalai Island. 
Pose dalam gambar kat atas tu wajib ya kalau nak ootd dengan transparent kayak ni..


Kayak clear, air pun clear, dah tu mana tak syokkk dapat tengok coral2 yang masih hidup kembang kuncup kembang kuncup kat bawah tu.


Daim pun bukan main seronok lagi ya dapat naik transparent kayak ni..
Tak takut langsung dia..


Hurmmm..anak dara ni lah paling banyak ootd kat sini..
Dah remaja, cenggitu lah kan..


Pastu pula time ikan2 tu lalu bawah kayak je, aishhh terasa macam tengok live aquarium. 
Macam2 spesis makro hidupan akuatik kat bawah tu. 
Yang gerun pun ada kita tengok. 
Nak2 pula time ikan pari besar lalu betul2 bawah kayak.


Tapi nak handle kayak transparent ni bukannya senang. 
Sebab ia lembut dan mudah terbalik. 
Kalau dah terbalik, terus tenggelam bukannya timbul macam kayak biasa tu. 
Sepatutnya kena pakai life jacket. 
Tapi sebab nak OOTD punya pasal, life jacket simpan tepi dulu. 


SubhanAllah..
MasyaAllah...
Tenang dan Indah sungguh ciptaanNya..


Mimpi duyung ke bang....


Alhamdulillah.. Semuanya perfect.


Gambar disnap oleh damia_ayyunie
(dia seorang je tak naik kayak ni sebab dia geli tgk coral2 hidup kat bawah tu)
Adoiii...rugilah dik...


InsyaAllah...jika ada rezeki dan peluang kami nak datang lagi sini..




:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, September 16, 2020

Kehidupan Bajau Laut di Pulau Mabul


Di Malaysia, masih ada kaum Bajau Laut (Sea Gypsies) yang:
  • Tidak mempunyai agama, tidak mempunyai pengenalan diri dan sijil kelahiran serta buta huruf
  • Umur diri sendiri pun tak tahu, jauh sekali menghitung waktu. 
  • Hidup secara nomad dalam rumah perahu yg dibuat sendiri atau pondok yang dibina atas terumbu karang di tengah2 laut
  • Keperluan air bersih yang sangat terhad dan tiada elektrik. Apatah lagi nak mempunyai TV atau perkakasan dapur elektrik asas. 
  • Kehidupan bergantung kepada sumber2 laut dengan menangkap ikan, lobster, kupang, landak laut dan lain2. 
  • Jarang sangat jejakkan kaki ke daratan dan kalau jejakkan kaki juga dalam tempoh lama, boleh 'mabuk darat'
  • Selain Bahasa dialek bajau, mereka boleh bertutur dalam Bahasa melayu yang sangat minima. 
  • Pantang nampak pelancong/orang luar, terus datang meminta2 makanan atau duit dengan kita. Ini memang merupakan amalan/habit mereka. 
  • Sisa2 makanan kita pun diaorg minta. Tapi bila dah bagi makanan yang elok, diminta lagi dan lagi. 
  • Jangan berjanji nak beli apa yang mereka jual. Contoh bagitau kejap lagi saya beli buah kelapa awak, nak jalan2 dulu, memang diaorg akan ikut je kita. Pastu dah terlupa nak beli dengan budak tadi, terbeli dengan budak lain, terus budak tadi datang marah2 kita.. Haha.. OK terpaksa lah beli lagi. Tapi bila dah beli, minta duit lain pula. 
  • Baby2 pun ramai je yang tak berbaju duduk dalam perahu ikut kakak/abang meminta2. Kadang2 saja je bagi baby tu menangis kuat2 supaya kita rasa kesian dan bagi duit. 
  • Katanya memang adat mereka baby yang baru lahir akan direndam ke dalam laut sebagai tanda keberanian di laut dan roh laut akan melindungi mereka. 
  • Mampu menyelam berkali2 ke dasar laut tanpa kelengkapan menyelam. 

Kata pemandu grab kami, pemimpin dan wakil rakyat ada je beri sumbangan macam2 dari segi makanan, solar untuk tenaga elektrik, talian telefon dll, tapi lebih diutamakan kepada yang ada IC sahaja dan agak susah juga nak bagi bantuan kerana selalu berpindah randah dan memang tradisi mereka suka jadi nelayan. 

Selamat Hari Malaysia.
Jom kenali Malaysia!


Adik beradik (kot) ni yang pertama kami jumpa sebaik je sampai di Pulau Mabul..
Kesian sangat kat baby tu nangis kuat2 tak berhenti..
Kita yang pelancong ni cuak, diaorang steady je dalam boat..
Siap campak2 baby tu dalam perahu..seriau tengok..


Kesiannya nampak adik2 yang kecik lagi tu tidur dalam perahu...


Air kelapa tua pun tua lah..
Isi keras pula tu..
Kih kih..
Siap cakap yang tua lah manis..
Yang muda masam..haha..


Diaorang ni selain hebat menyelam..
Memanjat pun hebat juga..
Jual air kelapa dengan panjat kayu2 tu je kat pelancong..


Daim ralit tengok gelagat2 Sea Gypsies ni..
Siap gaduh2 sesama diaorg jangan beli kelapa dia ni, beli kelapa saya lah..
 

Mewah lobster dan ketam di Semporna ni..


Semua hasil tangkapan laut masih hidup ya yang diaorg jual.
Harga murah, dapat yang fresh dan yang penting niat membantu mereka2 ni..
Tak dapat bantu banyak, sikit pun jadilah..InsyaAllah...



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, September 14, 2020

Anniversary Vacation at Sipadan Kapalai Dive Resort


Alhamdulillah..
Setelah 5 hari honeymoon..
Malam tadi safely arrived di JB...


Honeymoon & Anniversary yang cukup bermakna..
Di tengah2 lautan..
MasyaAllah...


Pabila seorang suami dan isteri itu..
Semakin hari semakin kuat membaiki diri..
Membaiki solatnya, bertaubat atas dosa2nya..
Saat itulah kebahagiaan tiba.


Happy 16th Anniversary suami..
Makin besar angka tu, anak2 pun makin besar lah juga..




Tahun ni celebrate 16th anniversary "in heaven on earth".
 Terima kasih Allah.


Bukan main lagi masa snorkelling eh..
Sorang sangkut SJCam, sorang sangkut Osmo Pocket..
Betul2 anniversary goal ni...
Hihi..



10.09.2004 - 10.09.2020
Alhamdulillah..


Semoga hubungan kami till jannah..
Dan selalu dilindungi Allah..


Full story coming soon ok..


2 jam lebih dalam flight, sempat siapkan 1 video untuk kenangan kami nanti..
Sebenarnya ada beribu2 lemon gambar dan bepuluh2 video, tak tahu nak pilih yang mana, sebab semua pun memberi kenangan indah..


Syukur atas nikmat Allah yang berikan kepada kami sekeluarga..
Sesungguhnya Engkaulah maha pemurah lagi maha penyayang..





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::