Showing posts with label winner. Show all posts
Showing posts with label winner. Show all posts

Wednesday, November 13, 2019

Menang pertandingan "Chef Cilik" peringkat Daerah



Alhamdulillah..
Dia menang lagi..
Kalini peringkat Daerah pula..
Top 5 antara berbelas daerah yang bertanding.


Tahniah Aleesya dan rakan2..
Termasuk juga cikgunya yang bertungkus lumus menjayakan pertandingan ni.
Nampak gaya  ibu boleh pencen memasak awal ni..


Ni hasil air tangan sekolah lain..
Kreatifnya lahai..


Halah halah..
Comell haihh..


Chef2cilik pun bukan main bergaya lagi dengan tema koboi..


Dah macam deco2 kat hotel dah ni..


Tema pertandingan kalini adalah healthy food...
Tu yang ramai buat makanan berasakan pancake tanpa tepung, buah-buahan, salad, yogurt, oat dan sewaktu dengan nya.

Tahniah semua yang menang..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, November 5, 2019

Menang pertandingan "Chef Cilik" Peringkat Zon Skudai



Tahniah Aleesya menang pertandingan "Chef Cilik" peringkat Zon Skudai.
 Pasni bersedia utk peringkat daerah pula.
So proud of you Aleesya, sebab ibu sempat ajar dan celoteh sekali dua je masa mula2 tahu dia menyertai pertandingan ini. Selebihnya adalah semangat dan kesungguhan yang ada dalam diri Aleesya untuk menang atas usaha sendiri memang ketara.
Bayangkan selama 1 bulan dok praktis sendiri (ya sendiri sorang2) 2 hari sekali kat rumah. Sampai kitaorg muak dah makan pancake, chicken wrap dan sandwiches dia. Last2 dia buat dan tapau PAKSA kawan2 dia makan kat sekolah hari2.. Haha.. Pastu ada lah sekali gi praktis memasak kat rumah kawan dia dan 3 kali praktis ngan cikgu kat sekolah. 


Kemenangan dia harini, buat dia happy sangat2! Dia kata Allah makbulkan doa dia. Cikgu2 sekolah dia pun happy sebab ni first time sekolah dia menang pertandingan ni walaupun dah beberapa tahun masuk.


Ingat pesan ibu dalam pertandingan tiada istilah "nasib baik", tapi hasil sejauh mana usaha kita. Last week dapat Johan dalam pertandingan Syarahan. Pun hari2 dok praktis cakap sorang2 depan cermin.


Masuklah berapa banyak pertandingan selagi mampu. Menang adalah bonus. Tapi yang penting adalah untuk mengasah keyakinan dan komunikasi lebih berpotensi lagi masa depan.


Tahniah sekali lagi untuk Aleesya, kawan2nya serta semestinya guru2nya yang banyak tunjuk ajar juga.


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, August 27, 2019

Bercuti 2H1M di The Federal Hotel Kuala Lumpur




Percutian 2 hari 1 malam kalini ditaja oleh News Strait Time..
Menggunakan voucher penginapan yang menang Contest gambar kat Jepun tempohari..
Boleh tengok kat entry Gambar kat Jepun menang Grand Prize ni..
Voucher dah nak expired, baru sempat nak guna..
Kami tempah hotel ni pun malam esoknya nak pergi tu baru call buat reservation.
Nasib baik tak banyak cekadak walaupun tarikh tu kira public holiday sebab Cuti Sekolah dan cuti Raya haji kan..
Alhamdulillah..Allah permudahkan..


Lepas breakfast di Kluang Rail Coffee, kami meneruskan perjalanan..
Trafik agak perlahan dan sekali sekala adalah jammed juga..
Sampai KL pun dah dalam jam 3 petang...
Masing2 dah kelaparan..
So cari makan dulu..

Hajatnya nak makan ikan singgang, tutup.
Nak makan ikan bakar pun tutup..
Last2 ke Kg Baru cari makanan..
Majoriti semua tutup juga..
Yang buka yang ni je..
Nasi Lemak Wanjo Kg Baru..
Bolehlah janji makan..
Tapi rasanya so-so je...huhu..


Dah makan kami pun check in terus ke The Federal Hotel area Bukit Bintang..
Kami dapat voucher yang wing room..
Boleh tahan luas juga lah biliknya..


Yang ni menarik perhatian saya..
Dah biasa jumpa hotel provided sejadah dan kain pelikat..
Tapi jarang2 ni jumpa hotel provided kain batik sekali..
Huh...rare sungguh..


Bilik air, makkkkk aiii...luas betul..
Walaupun simple, tapi cukup lah kelengkapannya..
Cuma tak ada bath tub je..


Yang ni, lepas guna wajib bawak balik simpan kat rak rumah buat kenangan..


Boleh tahan luas juga lah biliknya..
Selesa utk kami 4 beranak..
Cadar pink tu memang selalu standby dalam kereta..
Buat alas kalau budak2 ni nak rehat atau tido kat mana2..
Kebersihan terjamin gitu..


Seronok semua dapat short vacay setelah semuanya penat dan lama tak bercuti..


Driver penat..
Jalan jammed..
Baru boleh tengok handphone hah..


Bab bergambar serah pada 2 orang ni..
Nak-nak si kecik sekali tu..
Pantang cakap " Daim tengok kamera"...
Mesti macam2 pose dia buat..


Syokkk sangat semua dapat bercuti..
Baru dapat spent masa yang berkualiti..
Kalau tak masing2 semua sibuk dengan kerja dan urusan masing2..
Budak2 sekolah zaman sekarang pun lagi sibuk dari kita tau..
Dari pagi lepas subuh keluar rumah, malam jam 10 lepas tuisyen baru balik..
Fuhh...bersabarlah anak2..


Dah rehat dan solat semua dalam jam 6 petang..
Apa lagi, ni lah yang paling ditunggu2 oleh Ayyunie dan Daim..
Aleesya dah besar tak sangat..
Swimming time..


Kolam dewasa..
Belakang tu jalan kaki pun boleh ke Berjaya Times Square.


Seronoknya korang berdua, tak ada orang lain..
Orang lain balik kampung lah..
Kita je yang gi bercuti kat KL ni...haha..


Mandi dan main air puas puas..
Seronok bukan main...


Lepas dah penat main air, apa lagi...minum petang lah..
Kami order makanan kat restoran dalam hotel hotel tepi pool ni je..
Daim order nuggets dan french fries..


Amboiii ayah damia..
Ni bukan minum petang dah..
Tapi makan malam terus ni..
Tapi sumpah sedap giler mee karinya..
Tak kedekut lauk langsung..
Udang saja kat 8-10 ekor..
Ayam dan fishball bukan main banyak lagi...
Puas hati...


Our small family here..


Sambil makan pun boleh lagi nak sambung main tu..


Hah..yang ditunggu2..
ABC Special..
Betul2 special ni..
Mangkuk besar, isi bukan main macam2 ada..
5 orang makan ABC ni pun tak habis2..

Dalam jam 7, kami pun balik semula ke bilik..
Masing2 dah kepenatan..
Perut pun dah kenyang..
Dah semuanya pakat malas nak makan kat luar pula....


So ibu ayah apa lagi, ambil keempatan lah nak dating keluar berdua..
Sekali Daim nak ikut pula..
Alahai, kacau daun betul..haha..
Banyak juga restoran yang kami singgah untuk tengok menunya dan beli makanan..
Tapi kebanyakannya makanan arab lah..
Boleh tengok video kat atas cam mana kami playing tourist kat Bukit Bintang...ngeh ngeh..


Dah siap beli dan tapau semua, kami makan dalam bilik je lah senang..
Kebetulan Daim pun dah tidur atas dukungan..
Penat ayah damia ke hulu ke hilir mengusungnya..


Esok paginya, otw kami nak breakfast kat Kontiki Restaurant (termasuk dalam voucher)  yang very high standard dan cantik tu, nampak pula dah bendera banyak2 ni..
Apa lagi, haruslah snap2 kan..
Kot2 boleh buat modal masuk contest Merdeka ke..hihi..
Bukan main lagi gaya Daim ya..


Warna warni 14 buah Negeri..


Memorable sangat gambar ni..
Terasa macam Aleesya ada dalam suasana Merdeka tahun 1957.

Ok, lepas sahaja kami check out dari The Federal Hotel, kami sambung lagi bercuti..
Bercuti dimana???
Stay tune...

Tq for reading and watching..


:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, July 15, 2019

Menang duit Raya dari Imaan Boutique



Rezeki tak sangka ni..
Sebab 1 Syawal kan semua dok upload gambar2 raya...
So upload lah gambar ni kat IG..
Then letak hashtag #ImanRayaOOTD2019...
Sekali ada contest rupanya..

Alhamdulillah..
Kalau dah rezeki tertulis kan..
Menang jua akhirnya..
Dapatlah duit raya untuk anak2...


Ni gambar asalnya...
Ayah Damia kata menang tak balik modal lagi harga baju tu..
Kikiki....


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, February 15, 2019

Gambar kat Jepun menang Grand Prize





 Lama berzaman tak join contest bergambar ni..
.
Sekali dah join, masih ada rezeki untuk menang Grand Prize lagi.. Syukur..
.
Terima kasih yang tagged saya suruh join contest ni. Masa tu masih kat Jepun lagi masa submit gambar ni ❤️.
.
Syukur Alhamdulillah.. Rezeki bawa family gi bercuti sekali.. Allah gandakan lagi rezeki.
.
 Tq yang send gambar ni, cari News Strait Time tak jumpa2 pula.. 


Gambar asal..
.
Saya syak pakcik Jepun handsome tu yang menarik perhatian juri..ngeh ngeh..
.
Tq to uncle Jepun yang kerja kat snow rafting ni tolong snap gambar kami..
.
Tq to Che & Ayoh juga yang sporting pose apa2 gaya yang menantu dia suruh ni..
.
Haha...nasib lah dapat menantu yang suka ambil gambar..;-)

Syukur Alhamdulillah..

News Strait Times
14 Februari 2019



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, November 15, 2018

CocoDamia dapat Anugerah Pingat Emas Hari Inovasi Peringkat Kebangsaan

Peringkat Daerah - Juara
Peringkat Negeri - Juara
Kini kami juara untuk peringkat Kebangsaan pula..


Alhamdullillah,  syukur.  
Tidak dapat kami dustakan Rezeki dari Allah swt setelah kita usaha sebaiknya.  
Syukur *COCODAMIA* mengondol *Anugerah Emas* Inovasi Peringkat Kebangsaan. 
Syukur Ya Allah.  
Terima kasih team Cocodamia.
Terima kasih  team Jabatan Pertanian Daerah JB  dan Johor,
 serta yang banyak menyaksikan perjalanan kejayaan hari ini iaitu anak anak kami Aleesya, Ayunnie dan Daim.




Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat lebih lagi untuk berjaya dan maju masa hadapan.


Bukan senang nak buat sesuatu inovasi ni, kecuali tuan punya business itu sendiri tahu subject matter yang timbul dalam business tu..


Nak bawa mesin ke Serdang besar sangat, so kita pamerkan melalui gambar dan mould CocoDamia sendiri..


Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong CocoDamia dan GO JB CHOCOLATE..


Alhamdulillah..

Thursday, May 5, 2016

Penganjur Peraduan yang memahami..


Contest organizer yang sangat memahami. Kita nak hantar suami kita sebagai wakil ambil cek kemenangan masa Prize Giving Ceremony nanti, tapi pihak organizer volunteer nak bank in kan. Katanya special arrangement.

Alhamdulillah..
Allah memudahkan cara..
Jimat masa, jimat kos dan paling penting, tak ada risiko kelahiran di tengah highway Utara-Selatan.

Rezeki baby DM ni....
Syukur...

Monday, March 28, 2016

Menang mini fridge dari Coca-Cola


Cerita lunch tadi..
Lepas hantar anak-anak sekolah, terus ke pasaraya Hwa Tai Tampoi collect hadiah..


"You are so lucky, one outlet one prize only"..
Itulah kata-kata manis yang disampaikan kepada saya oleh Mr Saimon selaku person in charge yang menguruskan pengambilan hadiah saya dari Coca-cola ni....


Nama je mini fridge.
Tapi boleh tahan besar dan berat juga mini fridge ni..
Mujur ada staff Hwa Tai yang mengangkat fridge ni masuk sampai ke dalam kereta.
Cuma saya kena bawa kereta ke area loading bay sahaja..


Sepatutnya saya kena amik hadiah ni pada hari sabtu aritu..
Tapi sebab terbusy pula sabtu lepas, so datang amik harini.

Awwww, abaikan perut saya yang besar itu ya.
Tapi tetap comel kan kan kan?
Hihi..


Senang je nak masuk peraduan ni, beli apa2 air dibawah jenama Coca-Cola (saya beli Sarsi), minimum resit RM30, dan SMS butiran diri ke no yang ditetapkan. Selebihnya berserah kepada Allah dan doa juga jangan diabaikan.

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.