Showing posts with label jual-jual. Show all posts
Showing posts with label jual-jual. Show all posts

Monday, August 14, 2017

Washing Machine & Steam Iron for Sale at Cheap Prices


ALHAMDULILLAH..
Rezeki Hari Jumaat lepas..
Terima kasih Haier Malaysia
Hadiah washing machine & steam iron dah sampai..

Moga lebih banyak lagi rezeki yang tak disangka-sangka selepas ini.
Rezeki yang kita usaha setiap hari tu memang dah pasti!


Tapi memandangkan kat rumah saya pun dah ada washing machine yang cukup menampung keperluan pencucian baju kami, dan kat rumah pun memang guna steam iron, tak naklah benda2 ni membazir atau rosak macam tu je kan..
Jadi saya nak jual lebih murah dari harga online dan juga harga pasaran direct kedai..
Prefer mereka yang berada di sekitar JB sahaja untuk washing machine.....
Lagi elok kalau self-pickup..
Kalau steam iron insyallah saya boleh pos..


Ni harga untuk steam iron..
Memang senang guna steam iron ni..
Baju cepat je lentik sebab guna wap kan..
Jimat masa..

Saya nak jual RM45.00 sahaja..
Kalau siap postage RM50.00 sahaja..

UPDATED: STEAM IRON SOLD


Ni pula harga Lazada untuk washing machine tu..
Besar ni weii..
14kg..
Dah macam kat kedai dobi dah..
Senang nak basuh comforter dalam ni...


Ni antara function2 yang ada..


See!
Review pun 5 bintang tau..
Insyallah dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya..
Saya nak let go RM1200 sahaja..
Kondisi kotak 10/10 sebab masih dalam kotak dan tak buka2 pun..

Sesiapa yang berminat nak beli, boleh whatsapp saya di talian 012-7560895 ya.

Moga Allah permudahkan urusan dan rezeki kita sekalian...aaaminn..




Monday, October 20, 2014

Toshiba Digital Rice Cooker for sale!


STATUS: SOLD!!!

Ini bukan rice cooker biasa.
Ini dah macam little kitchen helper.


Alhamdulillah, hadiah dari TUMIX dah sampai.
Baru kejap 10 minit tadi sampai.

Tapi kat rumah pun saya dah ada sebiji model sama macam ni.
Sama brand, sama kapasiti, bezanya saya punya warna putih sahaja.
Oh ya lagi satu sama sebab menang dari contest juga.

Best tau digital Rice Cooker ni.
Bukan sekadar boleh masa nasi macam biasa, nak masak nasi kukus pun boleh (saya pernah masak nasi dagang), nak buat bubur pun semudah ABC (campak-campak je ayam, carrot, ikan bilis, kacang panjang  bla-bla-bla, then tutup terus buat kerja lain), kek kukus (ni lagi senang, blend semua bahan2, terus tuang dalam periuk ni, setting manual "cake", siap! Saya pernah buat kek kukus pisang) dan sayur steam. 

Pendek kata kalau rajin, macam2 menu boleh buat lagi.
Dan kalau malas, pun macam2 benda boleh dicampak2 dalam ni.
Confirm jadi.
Cuma saya tak pernah try buat roti lagi je.

So, saya nak let go digital rice cooker 1.8L ni dengan harga kasih sayang. Harga kat pasaraya 300 lebih, harga kat lelong pun 300 lebih, harga kat Lazada harga sebenar 400 lebih pastu ada diskaun jadi 270. Insyallah, harga saya harga kasih sayang. Lagipun baru ni. Tak bawa balik rumah lagi. Saya akan letak kat office sampai ada buyer. 

Tapi janganlah expect harga terlajakkkkk murahhh. Walaupun menang dari contest, tapi modal juga diperlukan untuk sesebuah kemenangan, modal duit beli bukti pembelian, modal masa untuk curi peluang, modal tenaga penat lelah snap2 dan macam2 yang mungkin kita semua tak perasan.

(Alhamdulillah, dah dijual. Terima kasih buyer)


Friday, January 25, 2013

PreLoved Fareeda to let go ||

Saya dah lama nak buat preloved selendang-selendang Fareeda ni..
Since saya pun sekarang kurang pakai selendang Fareeda ni, daripada dok tergantung kat bilik laundry, rasanya baik saya jual murah2 kan..Condition still ok..Lagipun saya pun cerewet juga orgnya bab2 penjagaan pakaian ni..So no worries..sesiapa yang betul2 berminat, bolehlah sms atau whatapps saya tudung mana yang berkenan...nanti saya akan bagi details pasal tudung tu. Dan harga no worries, memang bawah RM100 pun..kecuali yang hijau tu...kan saya kata nak jual murah2 jer..hihi..apa2 just sms/whatapps atau pm ke FB saya jer ya...tq in advanced..


Available


Available


Sold with thanks..


Sold with thanks..


Sold with thanks..


Available


Available..


Available..


Dah ada orang bayar deposit!!!



SMS/WHATAPPS KE 012-7560896

TQ IN ADVANCE..:))




NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, June 19, 2012

Nak jual DSLR & Netbook Asus

 Agak2 kalau nak jual DSLR lama saya CANON 450 D dan juga netbook baru yang saya menang contest iaitu Eee PC ASUS ada yang berminat nak beli tak???


Ni contoh gambar 450D yang googled dari internet, yang gambar betul tak sempat nak snap2 lagi..

Yang ni pun sama, gambar ASUS yang digoogled dari internet, tak sempat lagi nak snap2 gambar betul..

p/s: Agak2 kalau betul2 ada yang berminat, let me know yer...harga uols letak dulu berapa..saya pun tak sempat lagi nak survey harga pasaran ni..tapi harga yang reasonable yer...:)