Showing posts with label monopod. Show all posts
Showing posts with label monopod. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

The easiest way to stay happy while in a traffic jam is .....

...... SELFIE!

Kalau balik Kelantan tak sah tak kena jam kan! Sikit banyak pun tetap kena. Terutama musim perayaan. Cuma panjang mana jam tu kena lah kita sabar menghadapinya.

Layankan aje lah gambar2 selfie saya masa balik kelantan raya baru ni. 


Ni drive sesorang dari Kota Bharu- P.Mas- Kota Bharu semula. Hantar mak pergi beraya. Traffic jam sikit kat jambatan Pasir Pekan. Apa lagi selfie lah kan.


Ni pula traffic jam dari Kota Bharu ke Kok Lanas. Konvoi keluarga nak gi beraya. Ayah Damia pun layankan aje org sebelahnya nak selfie. Kata nak "stay happy' kan. Hikss..


Traffic jam dari Kota Bharu ke Kubang Kerian. 


Yang ni pula traffic jam di JB dah. Dari rumah saya nak ke office. Jam sebab ada roadblock je kat depan tu. Kalau tak jalan smooth je.


Kih kih.. Yang ni bukan traffic jam. Tapi tengah tunggu parking masa nak shopping groceries. Mujur ada anak yang memahami nak selfie juga.


Yang ni pun bukan traffic jam. Sementara tunggu kereta panas enjin, selfie dulu anak beranak. Gambar ni first day Aleesya gi sekolah lepas cuti raya ahad 3 hari lepas. Mujur juga anak-anak sportinv bab bergambar.

Apa2 pun saya pasti gambar2 sebegini memberi kenangan atau memori terindah untuk masa akan datang. Ya lah mana tahu masa 5-10 tahun lagi, selfie bukan guna monopod atau smartphone dah. Tapi guna gadget atau kaedah yang lagi canggih. At least saya telah melalui zaman selfie2 ni. Hihi..

P/s: Uols banyak gambar2 koleksi selfie?









Monday, August 4, 2014

Potrait Dan Wefie Raya 1 Syawal 2014

Keriangan di pagi 1 Syawal..
Beginilah rutin setiap 1 Syawal di belah keluarga mertua..
Bergambar ramai-ramai untuk kenangan..
Tapi tahun ni tak cukup korum seorang anak saudara umur 12 tahun sebab ada kat Jepun utk wakil Negara permainan bola sepak..
Raya ke 3 baru dia sampai Kelantan..

Lepas bergambar ramai2.. Tradisi bermaaf-maafan dan berpeluk-pelukan diteruskan sesama keluarga dengan yang lebih tua...
Kemudian disusuli pula dengan pembahagian duit raya utk si kecil yang ramai dirumah ini.. 
Barulah masing-masing pergi ramai-ramai solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid berdekatan.


Tahun ni tema pink.
Baju both Damias saya jahit sendiri bersama lace dan manik.
Baju saya dari Zawara, cuma tambah manik2 jer sebagai hiasan.
Tudung both Damias dari Fareeda Kids.


Ni 8 adik beradik ayah damia.


Dari 8 adik beradik, terus berkembang jadi ramai cam ni.
Kurang seorang je anak saudara dalam gambar ni.


Tok ma dan Tok ayah bersama anak-anak yang masih belum kahwin serta cucu-cucunya


Then sebelum turun solat sunat aidilfitri, saya sempat ambil monopod dan shutter utk selfie ramai-ramai.


Tak sangka ipar duai saya suka berselfie juga orgnya.
Pakkal sebelum ni tak ada monopod je kata diaorg. Kih kih..


Ayyunie memang tak yah cakap lah.
Kaki selfir juga tu. Kih kih..


Anak saudara sulung saya sebelah keluarga ayah damia pun boleh tahan ya berselfie.
Siap pesan nanti lepas solat sunat aidilfitri, sambung balik selfie. Kih kih..
Apa-apa pun, selfie memang best!
Sebab keluarga dan gambar akan jadi ceria.

Eh eh! Bukan selfie lah tapi wefie!


Gambar disebalik tabir utk photoshoot Potrait raya 2014.
Malas betul saya nak ambil DSLR saya dan snap guna DSLR tahun ni.
Betullah orang kata, monopod bakal melupuskan tripod.
Smartphone bakal melenyapkan DSLR.
Tapi no worries, saya tetap peminat no 1 DSLR saya.
Cuma nak kena tunggu mood datang tu yang kena sabar.

Semoga kita semua berjumpa lagi untuk Raya 2015.
Akan bertambahkah ahli keluarga?
Kita tunggu!













Saturday, June 14, 2014

We spend together is invaluable..

Cerita #selfie... Opsss #wefie sebenarnya sebelum kami check-out dari Glory Beach Resort, PD hari khamis haritu.

Mujurlah ayah damia bagi komitmen. Kalau tak dia malas nak layan saya berwefie bagai dengan monopod kat public ni.. Biasalah orang pemalu kan.. Kih kih..


Wahhhh! I like this pic.. Masing2 dengan natural posed. Berlatar belakang hotel Lexis. 


Wah wah.. Ayyunie memang suka tekan2 shutter tu. Berlatar belakang lorong jalan ke pantai.


Weeeeee.. Amboi garangnya Ayyunie. Berlatar belakang swimming pool hotel.


Hah masa ni Ayyunie tak garang dah.. Al-maklumlah dapat main playground walaupun kejap.


Jalan2 kat tempat pemeliharaan penyu. Ada 2 ekor penyu yanh sederhana besar dalam kolam tu. Btw Glory Beach Resort ni ada tempat pemeliharaan anak penyu juga. 


Phewitt.. Berdua di taman arnab dan kura-kura. Hah tu muka ayah damia dah nak start malas nak layan saya berwefie lah tu. Kih kih..


Ayyunie juga yang sporting ya. Setiap masa sengih jer bergambar.


Taraa.. Tak faham org lelaki kalau ajak #wefie nak juga tunjuk muka protes erkk. Sekeping pun nak juga ada muka yang rosakkan gambar. Hihi.. Tak pe nasib baik abang handsome. Still cantik gambar ni walaupun buat muka cenggitu. Siapa lagi nak puji suami sendiri kan kalau buka isterinya yang baik hati ni. Ekekekekeke..

Apa-apa pun, the moral of the story.. Luangkanlah masa berkualiti dengan keluarga anda walaupun seketika. Kerana hanya kenangan sebegini yang dapat menyegarkan ingatan kekeluargaan untuk masa akan datang. 

I love my family!

Terima kasih Allah atas anugerah ini!







Tuesday, May 20, 2014

Makan Steamboat ramai-ramai bagi meraikan kejayaan


Kejayaan apa?
Kejayaan sebagai juara keseluruhan bagi program Kem Jati Diri 2014.
Btw ini tiada dalam rancangan awal. Tapi disebabkan saya adalah fasi bagi kumpulan Juara Keseluruhan itu, makanya saya pun berjanji akan bawa mereka belanja makan. Dan termasuklah fasi-fasi lain serta keluarga saya. 
Untuk baca lebih lanjut tentang program yang diadakan di Mutiara Motor Resort tu, bolehlah klik-klik 


Awal kami sampai. Customer pertama ni.
Tempat dipilih dan dibooking oleh kerani saya.
Kami makan-makan di D'Terrace Steambot.
Dah banyak kali since beberapa tahun lepas lagi kami pernah ke sini.
Dari pinggan mangkuk bersinar, sekarang pinggan mangkuk hitam legam dah.
Yang rosak pun ada. Hihi..


Sesi memilih makanan.
Ada yang fresh, ada yang frozen dan aneka makanan lain lagi..


Bahagian sayur-sayuran segar dan juga candy..


Macam2 air ada..
Air gas, air tak gas, ABC dan lain-lain..


Masa kami sampai tu hujat lebat sangat.
Ngam lah tu makan steamboat panas-panas kan..


Geng meja ni paling banyak makan..
Kecuali Aleesya tu..


Ya Allah, bertambah-tambah saya makan kupang besar ni..
Serius best..fresh-fresh..


Lagi satu bertambah-tambah saya makan kambing perap ni..
Fuhh...naik lemak sana sini kot lepas makan kambing ni..haha


Dan aktiviti seperti biasalah kan..
Tak sah kalau tak bergambar atau selfie sekarang..
Memang trend kan..
Esok2 dah habis trend ni, gambar2 ni boleh dijadikan kenangan.

*******************************************************************************
Kalau dalam entry ni banyak gambar-gambar dari DSLR yang diambil oleh student saya, ni gambar2 dari handphone saya pula..


Pagi-pagi lagi dah berkumpul dibawah Pusat Bahasa Pelangi.


Happy kan both Damias dapat naik bas..
Nampak tak keterujaan Ayyunie?
Aleesya biasalah malu-malu..


Yeayy dah sampai..
Bukan main lagi nama chalet ni...Ferrari...Hikss..
Tapi ni bukan chalet kami..


Pelajar-pelajar dengar briefing dulu dari Pengetua sebelum yang lelaki pergi solat jumaat dan yang perempuan siap-sediakan makanan. 


Pandangan luar dari chalet saya..
Memang selalunya kalau buat program kat sini, fasi2 dan family saya awal2 lagi PIC bagi chalet ni. Sebab dekat dengan khemah para pelajar.


Keesokan harinya..
Kami buat roti sandwiches dan mee goreng..
Muka sorang2 tak mandi hokeyy..haha


Walla...saya dipuji semasa game futsal kain batik ni..
Al-kisahnya kumpulan kami dan satu lagi kumpulan tu seri..
So kena pilih 2 lelaki dan 2 perempuan untuk sumbat gol penalti..
Yang tak bestnya sebab semua seri tak leh sumbat gol..
Sampailah saya org last sumbat gol penalti..
Haha...masuk weiii...keterujaan sampai melompat2..
Hilang gaya seorang guru kejap kat situ..kiki..
Tapi sekali sekala kita perlu luahkan kegembiraan kita melalui tingkah laku kan...hiks.


Fuhh, orang perempuan ni nampak je lembut..
Tapi kalau tendang bola boleh tahan ya..
Jadi kaum lelaki diluar sana, sila berhati-hati ^__^


Selepas pelbagai lagi aktiviti2 dijalankan..
Maka sesi pemberian hadiah dan sijil dilakukan..


Senyum simpul si pemberinya..


Ni lah photoG of the day ya..
Saya bawa juga Samsung Smart Camera saya tu..
Tapi banyak rekod video je..


Both Damias pun sampai surnburn betul..
Ya lah sehari sebelum tu balik dari Main air kat Melaka...
Pastu terus datang sini...bahang pantai sampai ke muka rasa..
Apa2 pun happy bersama pelajar-pelajar saya..
Sekali sekala terasa zaman kebudak-budakannya..
Insyallah tahun depan kita buat lagi ya..



















Sunday, May 11, 2014

Pabila budak kecil pun pandai selfie

Kisah jumaat aritu..
Bawa monopod sebab lepas tu ada makan-makan nak celebrate kejayaan lepas bersama dengan staffs dan students Pusat Bahasa Pelangi.
So, tunggu Ayyunie balik sekolah kat office..
Sebab Van sekolah hantar sampai office je..
Kalau hari bekerja senang, Ayyunie naik je office sebab ada staffs kan..
Ni hari cuti weekends, mau ibu menunggu khas kat bawah office.


Turun-turun je dari van, bukan main excited lagi Ayyunie pegang monopod nak selfie sementara tunggu 10 lagi jemaah lain tiba.
So, layankan aje gambar2 kami selfie ya.


Ayyunie sekarang bukan main suka lagi selfie..
Sorang2 pun jadi kat rumah tu..
Kalau ramai-ramai lagilah dia..
Nak je menyelit kat celah2 tu..
Kakaknya Aleesya kurang sikit selfie2 ni..


Tengok tu, bukan main lagi ya Ayyunie..
Manis senyuman mu anak weiii..
Oh lupa, like mother like daughter..wink-wink..


See!!!
Nak juga menyelit selfie ramai-ramai tu..
Sporting sungguh kamu ni Ayyunie..
Alhamdulillah...

p/s: Mujur dia tak pandai upload sendiri kat mana2 media sosial je lagi...hihi


Bermonopod dengan mak


2 minggu lepas masa saya balik kelantan, sempatlah beramah mesra, bermanja-manjaan, makan sama-sama dan berceloteh bagai dengan mak walaupun masa sangat terhad sebab balik ada kerja kan.

Kadang2 rasa bersalah sangat sebab dah lah jarang2 balik kampung, pabila balik kampung pula terkejar-kejar sana sini. Tapi alhamdulillah, Allah masih beri keizinan utk menziarah mak. Yang paling sedih kalau part sebelum nak balik JB, mesti ada adegan peluk-peluk, cium-cium2 dan maaf-memaafi yang diringi dengan air mata. Owhh touching. Tak leh cita panjang2.

Dan masa tu, sempatlah saya keluarkan monopod utk sama-sama selfie dengan mak. Mak cool hokeyy! Langsung tak jakun tgk monopod. Siap buat kelakar "ni kalau kait buah pauh (mangga) depan rumah pun boleh". Kikiki.. Mak memang cool!

Apa-apa pun terima kasih mak atas segalanya. Segalanya yang tak mungkin terurai satu-persatu disini. Hanya Allah sahaja yang menilai setiap titisan peluh mak.

Saya sayang mak! Sobs..

Friday, April 25, 2014

Ootd saya pada hari ini..

Fuhh dasyatkan tajuk entry harini.
Sejak bila saya pandai ber-ootd ni. Hikss....
Btw lately saya boleh dikatakan ada je benda nak beli online. Dari pakaian, tudung, barang-barang kat rumah dan lain-lain. Tu belum masuk yang beli offline. Semua tanpa dirancang.

Tapi tak lah sampai membazir-bazir. Beli mengikut kemampuan dan tuntutan kehendak sikit-sikit. Yang penting bersyukur atas setiap rezeki yang dikurniakan. 


Gambar awal pagi tadi. Dari Kota Bharu nak ke UMK, Jeli sebab ada talks berkenaan "jatuh bangun dalam perniagaan". Dah macam pengantin kami berdua ni. Sama2 tema kuning. Hihi.. Bermonopod dalam Suzuki Swift. 

Perasan tak inner glitter saya tu? Beli online dari pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita. Yang bestnya inner tu bermuncung. Tak melekap di dahi. Serius dah puas saya cari kat kedai2 inner glitter ni, semua tak ada jual. 


Alhamdulillah, crowd seramai 260 pelajar memberi saya dan ayah damia energy utk berkongsi kisah perniagaan kami. Nanti saya buat story details ya dalam entry lain.


Balik dari Jeli, lebih kurang 2 jam sampai Kota Bharu semula. Ajak ayah damia gi Pantai PCB nak beli mainan utk anak2 sedara. Sambil tu sempat ajak ayah damia selfie!

Pengantin handsome sebelah saya tu siap cakap "nasib baik lah sayang dah jadi bini 10 tahun, layan kan ajer, kalau gewe reject doh sebab berehi bennar nak pakso tok laki selfie"... Haha ampun bang. 

Alaa waktu cuti2 cam ni je sempat selfie suami isteri ni. Kalau waktu kerja nak pandang monopod pun tak sempat tau.


Jubah saya beli dari jualan online IG. Yang bestnya custom made. Ikut saiz kita. Kalau nak beli ready made susah sebab saya kan tinggi. Kain pun tak mudah renyuk. Princess cut. Harga berbaloi.

Opss tak nampak pula kasut baru saya. Muahaha..

Gurau-gurau je ya uolss.