Sempena ada staffs yang akan sambung belajar dah next week...
Terima kasih semua staffs CocoDamia & GO JB Chocolate yg sentiasa memberi komitmen terbaik semasa menggalas tanggungjawab...
Sedikit imbasan memori:
Waktu ni, 29/9/2022 (khamis) ada Edutour...
Tapi Tadika tu datang lambat 1 jam pula..
Kitaorg dah resah sebab booking hotel pukul 3:30 petang..
So terpaksalah kami pun lambat juga kemas2 basuh2 semua..
Dekat pukul 4 baru siap mengemas..
Dengan nak solatnya, tukar baju kat officenya, make up nya..
Finally sampailah hotel pukul 4:30 petang..
Orang hotel dah runsing kami tak sampai2 lagi...hihi..
Begitulah kerja dan kehidupan ini..
Kadang2 apa yang dirancang tak sama dengan apa yang berlaku kan..
Janji enjoy...
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Lokasi yang menjadi pilihan buffet ramadan adalah di Hotel Seri Malaysia..
Both Damias..
Kebetulan sebelum datang sini ada appointment kat UTC buat IC Ayyunie..
Dah remaja dah awak Ayyunie..
Teringat masa mula2 ibu menulis dalam blog ni masa awak kecik usia baby lagi...huhu.
Halah halah..
Daim pun puasa penuh tau..
Tapi tak hari2 lah..
Ada juga hari yang dia kecundang..
One for the album..
Masuk IG Story ke tu???
Sabar menanti waktu berbuka...
Me..
Wajib lah posing kan..
Lambat lagi ke berbuka ni..
Menu pertama yang saya makan selepas kurma dan air..
Sup Gearbox..
Haha..padahal semalamnya tu dah masak bihun sup tulang utara..
Tetap mencari sup juga ya...
Sedappp..
Kambing golek..
Kalau garingkan sikit lagi tu lagi sedap..
Untuk yang nak tahu harga buffet ramadan di sini..
Sempat lagi nak pergi tu sebelum berakhirnya ramadan 2021.
Ada macam2 lagi juadah yang disediakan.
Dari steambot, nasi minyak, nasi beriani, ulam-ulaman, gorengan panas2, aneka air berbalang2 pilihan dan lain-lain. Boleh jengok2 video di atas ya.
Happy watching..
p/s: Surau disediakan. Wajib bawa telekung dan sejadah sendiri ya. Better ambil air wuduk siap2 lah kat rumah. Dan better juga solat awal which means lepas minum air dan makan kurma, solat terus. Kalau tak jem surau nanti. Dan semestinya SOP janganlah diabaikan ok...
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Selalunya cuti sekolah bulan Mac ni, Pusat Bahasa Pelangi akan mengadakan Kem Jati Diri untuk students.
Tapi memandangkan tahun ni masih belum boleh buat aktiviti luar lagi bersama students, maka kalini kami buat acara BBQ Buffet dinner bersama dengan pelajar-pelajar SPM Promax 2020.
Eh dah habis SPM, tak boleh panggil pelajar2 dah kan..hiiiii...
Ok gambar model kat atas ikut dress code: White & jeans ;)
Raikan sekecil-kecil kejayaan tanda bersyukur..
Nanti kejayan besar akan menyusul..
Memang tujuan event ni adalah untuk raikan students SPM Promax 2020 yang baru je merdeka exam SPM beberapa hari lepas. Batch paling lama belajar di Pusat Bahasa Pelangi. Penuh dengan badai melanda, roller coaster dan onak duri.. Finally, habis pun exam SPM kan.
TQ Cikgu Khai sponsor event ni.
Dan tq juga pada parents yang ada bagi sumbangan untuk menjayakan program ni.
Disclaimer: Masa bergambar ni je terpaksa rapat2 dan buka mask kejap.
Kalau tak, tak masuk frame nanti.
Pukul 6 semua sampai, so aktiviti pertama adalah bergambar dulu sebelum matahari melabuhkan tirainya. Takut nanti gambar kelam dan kusam bila senja muncul.
Berkumpul dan briefing kejap.
Halah halah...manis2 semuanya..
Alhamdulillah...semua ikut tema dress code.
Siap ada AJK disiplin lagi tau supaya semua tetamu ikut SOP..
Jam 7 malam, dah boleh start makan2...
Weiii..apesal cikgu tengok korang dah macam pekerja katering kat hotel tu..
Hahaha..
Teacher Ayna..
Yang mengajar subjek english semua peringkat di Pusat Bahasa Pelangi..
Makanan2 di Pulai Spring Resort memang tidak pernah menghampakan dari dulu..
BBQ Section..
Semuanya sedap...
Fresh dan panas2...
Daging harimau menangis anyone?
Saya memang ulang alik ulang alik punggah lamb chop dan udang tu je..
Salad section
Sambil2 makan, gilir2 tunaikan solat maghrib di bilik hotel masing2..
Lebih separuh dari students yang hadir stay kat hotel.
Termasuklah kami sekeluarga..
Yang tak stay hotel, boleh solat kat surau hotel yang disediakan.
Then majlis tukar-tukar hadiah pun bermula..
Semua tetamu tak balik dengan tangan kosong..
Hah ni budak2 perempuan dan teacher sekali kena denda buat tik tok sebab kalah game teka2 lagu..
Daim pun dapat hadiah juga..
Tapi tak tukar dengan sesiapa pun..
Ibu beli siap2 spare bagi kat dia..
Kang dia nampak semua dapat hadiah, apesal dia sorang tak dapat..haruuuu
Dalam jam 9:30 malam, majlis pun bersurai..
Hurmmm biasalah...sebelum masing2 balik..
Boomerang lah, tik tok lah, stories lah, reels lah, snap sana snap sini lah...
Hihihi...
Sebelum masing2 membawa haluan sendiri nanti..
Banyak kenangan offline dan online dengan mereka ni.
Semoga kejayaan besar menanti kamu semua di masa hadapan.
Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi untuk
team PUSAT BAHASA PELANGI.
InsyaAllah...keputusan SPM keluar nanti, kita raikan lagi.
Aaaaminnn
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Cerita ceriti cam mana kami raikan birthday hero kami..
Semuanya berlaku tanpa tersengaja..
Sesungguhnya walaupun unplanned..
Tapi semua urusan dipermudahkan..
Birthday Ayah Damia sepatutnya 8 Mac aritu...
Tapi kami tersambut awal 2 hari pada 6 Mac sebab kebetulan hujung minggu nak keluar...
Dan memang dah tahu 8 Mac tu kan pasti sibuk dengan Ayyunie yg baru nak start sekolah semula..
Dengan tuisyen pun dah boleh beroperasi secara bersemuka pada 8 Mac..
So kiranya settled raikan awal-awal terus lah senang..
Konon haritu keluar rumah nak gi makan je..
Pastu bila Ayah Damia tanya nak gi makan kat mana..
Saya cakap " Jom beli hadiah birthday dulu"..
Terkejut dia sebab tiberrrrr je kan..
Pastu Ayah Damia cakap tak suprise lah nanti..
Hahahaha...tak yah suprise sangat lah..
Kang suprise2 tersalah beli pula...
So jom gi sekali pilih sendiri senang..
Finally..
Birthday Boy dah dapat hadiah..
Dari pengguna Oppo kepada Vivo..
Tempah meja dan makanan kat Suasana Hotel pun last minute giler2 dah..
Nasib baik ada rezeki lagi yang berpihak kepada kami..
Dah settled tempah meja, cari belon birthday pula..
Anak2 kata rasa tak lengkap raikan birthday tanpa belon dan kek kan..
Ok kita layannnn....
Boleh baca caption dalam gambar..
(malas nak taip balik)
Tak tersengaja tempah bilik hotel pula.
Rela patah balik rumah ambil semua barang2..
10 minit je semua siap ambil barang2..
Power power...kih kih..
Sebelum layan gambar-gambar lain..
Bolehlah tonton video ni dulu dari mula2 kami sampai lobby hotel ngam 4;30 petang..
Kami decided utk check in letak barang2 dulu baru ke cafe untuk raikan.
Kiranya dah lewat juga lah kami check in masa ni..
Dah lah kami tempah meja dan makanan jam 4:30 petang...
Dalam pukul 5 petang, kami pun ke cafe yang berada di tingkat 33A.
Memang staffs kat sini menanti2 kehadiran kami sebab meja kami je masih korong lagi..
Alhamdulillah...
Segalanya berjalan lancar..
Romantic Sky High Dining...
Alhamdulillah..
Terima kasih Allah ketentuanMU ini.
Kami hanya merancang..
Adhoc plan pun boleh berjaya..
Janji kita bahagia dengan cara kita..
Selamat Ulang tahun yang ke 41 suami...
Dengan yang sulung..
Dengan yang tengah..
Dengan yang bongsu...
Semoga panjang umur...
Diperluaskan lagi lubuk rezeki..
Kesihatan yang optimum..
Mencapai kejayaan dalam business2..
Dan dilimpahi kasih sayang daripada semua..
Aaaminn..
Tak suprise sangat pun tak pe lah kan bang..
Janji semua happy, bahagia dan berjaya...
Kek ni akan dibawa keluar oleh staffs cafe untuk kejutan dan ramai2 nyanyi lagu birthday..
Bukan 1 lagu tau..
Tapi 4 lagu..
Dan dibaca juga doa2 kasih sayang utk kami sekeluarga..
Ada dalam video kat atas tu lagu apa yang dinyanyikan..
Syukur...
Kek tak habis makan..
Sebab masing2 dah kekenyangan sangat masa tu..
So kami minta izin bawa balik kek tu masuk bilik hotel dengan pinggan2 sekali..
Bolehlah malam tu kami sekeluarga layan movie...
Kat rumah tak ada Neflix..
Ada siaran biasa pun tak sempat nak tengok TV kecuali sekali sekala terbuka cerita best..
Appetizer
Cantik pemandangan tempat dining...
2nd menu..
Anak2 kata Pinggan UFO ni..haha
3rd menu Main course..
Boleh tengok dalam video kat atas..
4th menu..
Dessert...
Lagu yang sangat menyentuh perasaan dan membuatkan kami terharu...
Terima kasih staffs2 Suasana Suites Cafe..
Layanan sangat superb..
Makanan pun not bad..
Yang penting tempat dining sangatlah breathtaking view..
Syukur Alhamdulillah...
Terima kasih Allah..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::