Showing posts with label bibik. Show all posts
Showing posts with label bibik. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Al-Humaira Contemporary || Yeayy tudung online dah sampai



Yeayyy dah sampai..
Saya beli online selasa, rabu pos, khamis semalam sampai..
Tapi pagi tadi baru sempat suruh ayah damia tolong ambilkan kat Pos laju Larkin..
Semalam pun pergi pos laju larkin juga ambil hadiah dari Dumex Dugro..
Hurmm nak buat cam mana, posmen datang pagi, kami bukak office tengahari..



Banyaknya warna cantik2..
Agak2 saya pilih yang mana ya??



Jeng jeng...yang menjadi pilihan saya..
Senang boleh match ngan banyak warna baju kan..



Tak sabar nak pakai dah ni...hihi

*******************************************************************************
Me agak bizi harini..
Masuk keje separuh hari..
Sebab my helper datang lagi..
Setelah 3 minggu bercuti..
Baju banyak giler perlu disusuni dan dilipati..
Harapnya semuanya dipermudahi...


Bilik both Damias sementara dijadikan tempat pengurusan baju-baju..
Bilik laundry pula penuh dengan baju2 yang perlu digosok dan dipilih utk hantar dobi digosok..
So kalau harini dapat settled baju-bajan dulu pun alhamdulillah..
Tak yah kemas yang lain pun tak pe..
Sebab masa me sangat2 terhad sekarang ni..

p/s: Ayah damia ajak kami sekeluarga bercuti dekat2 esok..
Sebab minggu ni really2 sibuk dan weekends akan datang dah full dengan kursus dan praktikal umrah.
Mana erkk nak pergi bercuti ni???


Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, September 6, 2011

Punca sebenar saya kurus!!!

Psttttt..nak tahu tak kenapa saya nampak kurus lately???
Ingatkan org lain tak perasan saya dah kurus..
Diri sendiri mestilah perasan sebab pakai seluar pun dah longgar 2 saiz, pastu beli baju raya baru2 ni pun kena guna kancing/ kerongsang nak kecikkan pinggang kain, br@ pun dah kena ketatkan tali sikit sebab rasa macam tak pakai apa2 pulak kalau longgar kan...hehe..

Ok lah ok lah....jawapan standard lepas2 puasa ni mestilah alasan 
"PUASA KAN SEBULAN, CAM MANA TAK KURUS??"
Tapi sebenarnya saya ader alasan lain yang lebih kukuh utk menyokong kekurusan saya tu..
Faktor puasa tu membantulah jugak ke arah kekurusan tu..
Tapi ada faktor lain yang menyebabkan diri sendiri terasa kenapa saya kelihatan kurus lately...

Apa2 pun kita tgk dulu komen2 rakan2 yang mengatakan saya kurus...
Kang kalau tak tunjuk bukti, org kata saya ni perasan pulak kurus..
Padahal gumukksss bam bam..haha

 ·  · Share · Edit

    • Afidah Arif u nampak kurus la..
      August 23 at 10:13pm · 

    • Zamzarina Bt Zakaria ye ke??? weeeeeeeeeeeee...happynya dengar..penangan puasa kot...amin amin...
      August 24 at 5:37am · 


Ni masa berbuka dengan staff2..
Pastu Fira komen yang saya ni kurus..
Mestilah happykan org komen kurus..
Masa tu terfikir faktor "puasa" lah kan menyebabkan kurus..
Yer yer.muka agak cengkung sikit sampai pipi pun nampak naik..



  • Eily MdRozali kak ayu nampak kurus sangat..jelesnyaaaaa
    20 hours ago · 

  • Zamzarina Bt Zakaria hahaha..kurus ke?? penangan puasa tu...lepas ni harap2 maintain ler..
    20 hours ago · 

  • Eily MdRozali memang kurus giler ler kak ayu..slim melim..jeles kuasa 1000x
    20 hours ago · 

  • Zamzarina Bt Zakaria alahai..ntah2 eily diam2 pun dah kurus tak...jeng jeng jeng..
    20 hours ago · 


Yang ni gambar the latest lepas raya..sabtu lepas snap2 ni..
Nampak tak komen eily tu??
Hehehe..suka suka...Mak OK Jer org puji kurus....ekekeeke
Kebetulan masa tu pun ada saudara mara kat rumah MIL komen saya nampak kurus...



Blogger Nana said...




ayu nampak slim la!
September 6, 2011 9:24 AM

Ni komen dapat pagi tadi dari NANA...
Hehehe..kalau dah 3-4 org puji saya nampak kurus tu..betullah kurus kan..
Tak banyak sikit pun kurus bolehlah..
Actually dah timbang....memang ada penurunan KG...nak tahu tak berapa banyak yang turun..alaaa tak banyak pun..setakat turun 5-6 kg jer pun...tapi bersyukur lah jugak kan..

OWH YER...BACK TO TOPIC...
Kenapa saya kurus?? Betul nak tahu punca sebenarnya???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PUNCANYA SEBAB SAYA DAH TAK ADA BIBIK!!!!!!!
ITULAH FAKTOR BESAR YANG BANYAK MEMBANTU SAYA KURUS!!!

Hehehe...logik tak faktor tu???
Logik lah tu kan...
Sebelum2 ni banyak duduk daripada berdiri..
Sekarang nak duduk bersenang lenang??? huh??? kirim salam jer lah...unless time aleesya pergi school dan ayyunie tido..dapat ler menilik FB dan BLOG ni dengan tenang...kalau tak?? hurmm..kejap2 ke hulu, kejap2 ke hilir...dan faktor banyak berfikir utk projek akan datang ni pun mungkin salah satu membuatkan saya makan ala kadar jer..sebab cam mana nak makan senang lenang macam masa ada bibik....kita makan, ayyunie pun nak suruh kita buat tu lah buat ni lah...hehe..dulu2 masak memasak memang hobby...tiap2 minggu ader jer resepi yang dikongsi kat blog...sekarang??? hurmmm....fast food lah jawabnya yang terbaik dan cepat....tu pun makan sikit2 jer sebab dah bosan..jadi sekarang uols dah tahulah faktor utama saya kurus yer???

Ader hikmah rupanya tak der bibik ni kan...cepat2 lah kurus banyak2 sebelum bibik baru sampai yer...nanti leh maintain...hehe

p/s: JANGAN KURUS SANGAT!!! NANTI MUKA CEPAT NAMPAK TUA, URAT2 TIMBUL DAN JUGA NANTI ORG CAKAP KITA TAK CUKUP MAKAN PULAK...HAHA


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenankkk

Wednesday, August 3, 2011

Selamat Pulang Bibik || Owhh bibikku jutawan!!!

Dari ahad lepas lagi nak updated kisah kepulangan bibik ke kampung halamannya..
Namun, masa telah mengekang tangan ni utk menaip bait-bait terakhir utk bibik..
Akhirnya setelah 2 tahun 7 bulan bibik berkhidmat utk kami sekeluarga..
Akhirnya kau pulang juga bibik!!!

Seperti biasa, setiap majikan yang mengambil maid secara sah dan berdaftar dengan agen..
Pasti tahu bahawa kontrak seorang maid bekerja dengan kita hanya 2 tahun sahaja..
Selepas tempoh itu, terpulang kepada budi bicara majikan dan maid samada hendak sambung atau terus berhenti..
Tapi jodoh kami dengan bibik hanya 2 tahun 7 bulan sahaja..
Maksudnya bibik hanya sambung kontrak selama 7 bulan sahaja..

Awal2 lagi bibik dah bagitau yang raya tahun ni memang dia akan balik..
Sebab anaknya selalu menelefon bibik cakap yang anaknya ingin berkahwin bulan syawal nanti..
So, nak tak nak walaupun dengan hati yang berat, kami sekeluarga terpaksa melepaskan bibik pulang juga..



Bibik pulang ke Indonesia ahad pagi lepas..
Tepat jam 7:30 pagi, kami menghantar bibik ke Terminal Feri Stulang Laut utk menaiki feri ke batam..
Kemudian dari Batamn, bibik akan naik  BATAVIA AIR utk sampai ke Yogyakarta..
Kenapa naik pesawat di BATAM?? Tak naik di Johor atau LCCT??
Kat JB memang tak der penerbangan direct ke Yogyakarta..
Manakala kalau nak naik dari LCCT...masa lah pulak utk naik ke KL semata2 nak hantar bibik kan..
So, lebih senang naik di BATAM sahaja..


Wang RM yang telah ditukar kepada Rupiah..
Kalau nak tau, bibik nak bawa semua gaji dia cash sekali..
WHAT?????? Nak bawa gaji dia RM 14 RIBU++ tu cash???
Haishhh...kami pulak yg tolong runsing dan risau pasal bibik nak bawak cash tu..
Bukan apa..dah biasa dengar pembantu rumah awal2 lagi kena tipu kat airport oleh pak supir-pak supir atau agen2 yang lain...
Bibik pulak cakap
"tak pe puan, nanti saya sorokkan semua duit tu dalam seluar dalam saya"
Ekekekekek..nak ketawa besar kami dgr cakap2 bibik tu..
Agaknya mungkin bibik tak tau bahawa RM14 RIBU ++ tu kalau convertkan duit Rupiah jadi berapa helai..

Akhirnya sebagai majikan yang tak nak risiko kan bibik...
Separuh daripada duit tu kami transferkan dalam WESTERN UNION..
Bukan apa...bibik cakap kat kg dia jauh nak ke bandar amik duit..
Sebab tu dia lebih rela bawa cash..
Tapi kot yer pun..takkan lah nak bawak RM14 RIBU cash kan..
Akhirnya settled...setelah menghubungi pihak anaknya di Indonesia..
Maka WESTERN UNION adalah cara yang terbaik sekali..


Hati seorang bibik..
Tetap sebak nak meninggalkan anak jagaannya..
Lebih2 lagi ayyunie..
Sebab bibik ni dah start jaga ayyunie since ayyunie 8 bulan dalam perut lagi..
Sampailah sekarang dah pandai jalan, dah pandai cakap, dah free diapers pun..
Mahu tak sebakkan..
Berkali2 bibik mencium2 ayyunie..
Berkali2 bibik meninggalkan pesanan kepada ayyunie dan aleesya..
Haishhh kami suami isteri yg tengok ni pula sebak..
Owh yer..hari2 terakhir (ahad aritu) bibik dirumah, seawal jam 5 pagi lagi bangun tetap meneruskan mengemas rumah kami buat kali terakhirnya....agaknya terlintas dihati dia
"ini kali terakhir aku mengemas dirumah ni"..

Psttt!!! kalau nak tahu, pakaian bibik kat atas tu semua baru tau...bibik beli masa ikut kami semua shopping raya kat KL last week...bibik pulang pakai tudung baru, baju baru, seluar baru dan kasut baru..


Selamat pulang bibik!!!
Pulangnya bibik sebagai seorang Jutawan..
Katanya duit banyak2 tu dia nak buka restoran..
Dan uruskan anaknya kahwin..
Sempat lagi bibik buat lawak, katanya
"kalau anaknya kahwin nanti, saya sendiri yang akan amik gambar anak saya"..
Hehehehe...bibikkan banyak menjadi jurugambar kami sekeluarga!!!

p/s: Bukan senang nak didik seorang bibik ni ikut rentak dan cara kita...masa mula2 datang dulu..macam2 hal dibuatnya oleh dia...kalau uols yang tak sempat baca lagi kisah2 bibik tu...leh baca kat Label: Bibik dalam blog ni..sampaikan sanggup bubuh air kencing dia dalam minuman kita..
p/s: Tapi dengan ajaran, didikan serta ilmu agama yang dicurahkan kepadanya..Insyaallah..dia sendiri akan malu dgn sikapnya dan mula berubah sikit demi sikit..namun kalau nak harapkan dia berubah 100%...hurmm jangan haraplah kan..
p/s: Dan kesimpulannya??? Duit dalam bank kami makin susut ler RM14 RIBU tu...huhuhu...boleh buat gi umrah tu utk 2 org...ni nak tunggu yang baru pulak masuk lepas raya...beribu2 lagi agaknya kami akan habis..tapiiiiiiiiiiiiii...tanpa bibik, tak mungkin kami dapat bekerja dan cari duit dengan senangkan.
p/s: Cerita bibik yang dimaksudkan di atas aderlah bibik yang sah berdaftar yer...maksudnya melalui prosedur yang sah dan benar disisi undang2 Imigresen dan juga Kementerian Dalam Negeri...Kalau yang ambil bibik tanpa sah tu, memang boleh jimat banyak kos!!!!
p/s: Bibik oh bibik!!! Cepatlah lepas raya!!!!



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, April 14, 2011

Hamster jadi monster

Cerita lucu di pagi khamis!!!

Semalam masa ibu balik rumah kejap nak amik aleesya gi kelas muzik..
Ibu tanyalah bibik..

Ibu: Bibik, dah bagi belum hamster makan??
Bibik: Sudaaaaa...
Ibu: Kenapa bibik tukar habuk kayu hamster ni?? 
Bibik: Itu Monster tumpahkan air....habis basah semua habuk....
Ibu: Apa bik??
Bibik: Itu Monster tumpahkan air minum, jadi semua habuk basah, lalu saya tukarkan habuknya..

Hahahahahhaha..nak tergelak dgr bibik cakap MONSTER...sabo je lah..





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, February 24, 2011

MODE: BENGGANG!!!!!!!!!!

 Pagi2 dah benggang...
Dah marah org berbakul-bakul..
Nak tau tak sapa yg kena marah??
BIBIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sampai2 OFFICE tadi on CCTV..
Tgk bibik kat bawah..budak2 tak nampak..
Ayah damia tepon bibik tanya budak2 kat mana
Katanya kat bilik bawah......dah lah kat bilik bawah tu penuh aksesori kamera dan album2 clients...
Menyirap kat situ...

Alih2 lepas letak tepon, tgk2 ayyunie keluar dari tandas dgn keadaan bodel dan basah tanpa berlap
Pastu keluar aleesya pulak...
Adussss.hancur lulur hati seorang ibu dan ayah tgk situasi tu..
Walhal bibik kat bawah senang2 dok makan...aishh

Kalini biar ibu pulak tepon bibik..
Last2 baru mengaku dan minta maaf yg dia biarkan aleesya + ayyunie mandi sendiri dalam toilet...
Segala maki hamun, perkataan "bodoh" keluar kat bibik tadi..
Gila lah bibik tadi...kot2 budak2 tolak2 dalam toilet ke, lemas dalam baldi ke... NAUZUBILAH
Bibik ni tak de OTAK agaknya....sighhhh...
Nak buat keje kat office pun tak tenang..


p/s: Bibik2 ni depan kita pijak semut tak mampos...belakang kita dia lah segala mak bapak raja...tu ada CCTV tu kat rumah...nak jugak MENIPU!!!!!!!!!!!!






 Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Wednesday, January 26, 2011

Enjoy a weekend stay, and FREE 2 hour training session of your Maid

Wahhh bestnya kan..
Tatkala majikan tengah bersuka ria dengan family masing2
Pembantu rumah pulak menghadiri sesi training..
Ini bukan calang2 training yer..
Training di hotel lagi tau...hehe



Flyers yang ibu terjumpa masa cuti2 kat HOLIDAY VILLA & RESORT masa New Year aritu..
Eh..korang tak nampak yer apa benda??
Jap2 bagi focus..


Hah...nampak tu??
Kelasss kan...maid pun leh training kat hotel apa...
Kebetulan pulak masa ibu ngan family gi cuti2 tu..
Services tu tutup sebab nak celebrated New Year..
Kalau tak nak juga cuba kan...
Pastu confirm selidik ngan bibik apa yg diaorg ajar..

p/s: Buat masa ni bibik memang selalu ikut ke mana family ibu bercuti atau balik kg. Tujuan utama mestilah nak jaga anak2 kecik tu kan..nak gi toilet lah..nak suap makan lah, nak gi playground lah...biar bibik yg uruskan...hehe..Kami bukanlah pemalas...tapi memang itu dah rutin + keje dia kan..tapi tak lah semua 100% serah tugas pada bibik..sebab majikan pun banyak benda lagi yg perlu fikir..nak2 macam kami suami isteri ni business..


p/s: First time tau ader training maid cam ni kat hotel..



 Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Friday, December 24, 2010

Penderaan suka rela oleh bibik sendiri


Kalau korang ingat lagi dalam entry pasal goreng cucur udang tak jadi-jadi tu..
Ada pelbagai feedback...
Antaranya:



kakyong said...







Ayu,
bibik goreng tak meletup ker... ;)

kakyong baru teringat nak buat cucur udang.. kalo letak serbuk penaik ni.. kena biarkan kejap adunan tu... at least 1/2 jam ker.. baru dia naik cantik/gebu... so kalo nak buat ni memang kena prepare awal2.. 

btw, part meletup tu.. kakyong pun serender... tensi la kalo masak goreng2 ni meletop...




Nak dijadikan citer, balik keje semalam, terus tanya bibik
"bibik, kenapa tangan bibik tu??"
Bibik pun jawab lah
"Itu masa hari saya goreng cucur udang, kena minyak panas"
Alahai..sian pulak kat bibik...rupa2nya kena minyak yg meletop2 lah ..
Gara2 goreng cucur udang yg hampehh itu..
Habis tu nak buat cam mana...bibik yg volunteer nak goreng..hiks hiks..
Ibu?? Kalau dah meletop2 tu, confirm surrender punya..haha


Pastu ibu tanya lagi..
"Yg ni kenapa pulak bibik?"
Bibik jawab
"Yg ni kena masa panaskan bubur"..
Huhuhu..kalau nak tau, bibik ibu ni memang lembs sikit kalau wat2 keje ni..
So, kalau tangan tu ader bekas2 calar atau luka yg tidak diingini..
Tu memang penderaan secara sukarela oleh bibik sendiri yer..
Yg penting anak2 ibu tak kena dera oleh bibik...

Berbalik pada kisah cucur udang tu..
Banyak tips yg ibu dapat...
Macam2 tips ibu dapat..tima kasih yg sudi bagi tips tu...

Antaranya:



Ibu Piya said...







eheheeh...xpe leh try buat lg..cuba tgk kat sini http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/08/cucur-udang-tembam.html..saya dah cuba mmg jadi n suke sgt...sedap...

alamak..saya tak sempat terjah lagi..jap lagi saya terjah yer..











[-suziey-] said...







ayu pecah telur x dlm bancuhan tepung? letak telur utk rasa sedap dan gebus..n kt buat xpnh plak meletup :D



Memang ayu letak telur pun..tapi banyak tips cakap jangan letak telur..huhu










MamaAimy said...








Hi slm kenal,


Saya biasa buat cok udang cara lain sikit... udang tu buang kulit semua & masukkan dlm tepung masa bancuh dgn yg lain2...klu sekor udang tu besar sgt leh potong dua... tp udang ni x nmpk dr luar... bila goreng dia tersorok dlm tepung td...cara mcm ni lebih sdp sbb udang tu lebih tersa bila gigit... klu org utara suka mkn dgn kuah kacang...

Oh...masukkan dalam tepung sekali yer udang tu..saya tak suka sebab nanti tak leh ratah udang rangup...hehe..tau tau..selalu saya beli cucur udang kuah kacang kat area sini..tapi kalau buat sendiri, guna sos jer lah..hehe




MrS. F!zA said...








nape ek blh meletup??fiza selalu buat tk meletup plk..pdhl sama je bahan.. ke sbb tepung sikit sgt tak k.ayu?kot air udg tu yg buat meletup2?

bancuh dgn air suam ke air biasa?utk rasa gebu2 lembut bancuh tepung ngan air suam..kompom sedap! tp kami tk pnh ltk telur..ntah2 sbb telur jgk kot?

Tu lah..dah dua kali kak ayu buat...tapi memang meletop...kenapa erkkk??
Oh guna air suam erkk...ok..nanti cuba lagi..kalau tak jadi siap fiza..haha


p/s: LEBIH SUKA MASAK LAUK PAUK BERBANDING KUIH-KUIH NI...





Tuesday, December 21, 2010

Apasal setiap kali buat cucur udang jer, mesti tak menjadi-jadi???

Kisahnya begini...
Ahad petang aritu, boring tak der buat apa..
So pakat2 lah ngan aleesya nak buat cucur udang..
Ye..betulll...pakat2 ngan aleesya...
Sebab dia lah satu2nya peneman setia kat dapur..

Walaupun sebelum ni dah pernah buat cucur udang tak menjadi..
Tapi kali ini dengan yakinnya jadi...sebab kengkonon dulu2 buat sebab banyak air..
Tu yang meletop2 dalam kuali..


Mula2 masukkan tepung, pecahkan 2 biji telur, masukkan sedikit air, pastu masukkan serbuk penaik..
Kemudian masukkan daun kucai yg dipotong halus2 dan tauge..
Untuk nampak warna kuning, masukkan kunyit serbuk..
Kacau, kacau dan kacau..
Tu tangan aleesya yg kacau tu...


Basuh udang dengan sebersihnya..


Peneman setia di dapur..
Memang dah boleh harap jugak ni..
Asalkan kata nak masak jer..
Cepat2 heret kerusi panjat supaya sama tinggi ngan ibunya..


Ni sos yang buat sendiri..
Rasanya?? Lebih sedap dari sos cili dalam botol tu..


Berbalik pada kisah cucur udang tadi...
Ni time nak goreng...
Dengan selamba dekkk jer ibu pi bubuh acuan tu dalam senduk tu..
Pastu goreng...sampai ke sudah tak keluar2 acuan tadi dalam senduk tu..
Hairan betull...last2 bibik tegur
"Patutnya puan panaskan dulu senduk tu dalam minyak panas...pastu baru celup dalam acuan tu"..
Hhehehehehe..malu disitu...
Sayangnya tak sempat pun snap cucur udang yg first2 buat tu..
Kalau snap2 mesti korang ketawa gelak2 guling...


Lepas dah ikut tips yg bibik bagi tu...
Ginilah rupanya cucur udang ibu tu..
Rupa yg buruk, tapi rasa not bad lah..
(nak sedapkan hati sendiri jer ni..hehe)


Nasib baik ader murtaba raja yg femes ni buat santapan minum petang kami..
So tak lah rasa regret sangat kalau cucur udang tu tak sedap...ekeke
-
-
-
-
-
-
-
Lepas goreng 6 biji....ibu surrender..
Sebabnya rasa frust tak cantik...dah lah meletop2 dlam kuali2..
Last2 suruh bibik sambung goreng...
Nak tengok tak hasil bibik goreng??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-



Seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....cantikkan...
Bulat2 betul....isi pun tebal jer..
Dah lah udang tu terletak cantik jer kat atas tu..
Huhuhu..malu 2 kali di situ...


p/s: Ada sesiapa ada tips cam mana nak goreng cucur udang yg best??? Yg penting tak meletop2 dalam kuali...