Showing posts with label royal cocodamia. Show all posts
Showing posts with label royal cocodamia. Show all posts

Monday, May 23, 2016

First time courier Corporate Gift by CocoDamia melalui bas


Alhamdulillah..
Semua Corporate Gift by CocoDamia yang diorder oleh Permodalan Kelantan Berhad telah selamat sampai ke Bumi Kelantan seawal jam 7 pagi tadi.

First time guna courier by bus ni memandangkan muatan adalah lebih dari 60kg dan nak cepat sampai ke destinasi.

Mula2 takut juga nak guna courier by bus ni sebab takut coklat cair dan juga risiko kehilangan. Tapi tawakal dan serah bulat-bulat kepada keizinanNYA. Dan alhamdulillah, semua barang berada dalam kondisi tip top seperti mana asal.

Kepada mana-mana agensi/company yang nak order Corporate Gift by CocoDamia (ada coklat, kurma, kismis dan adik beradiknya, kuih raya dan lain-lain), boleh hubungi talian 010-6468383. Insyallah dijamin puas hati!




Wednesday, May 18, 2016

Check up @ 38 weeks II Dapat tender Corporate Gift


Wahhhh...
Seronoknya baby DM ni dalam perut ibu sampai tak nak keluar lagi ya. Ibu dah rasa macam mak paus sangat dah ni. Hihihi..

Berat baby DM pun dah cecah 3.6kg ++.

Tak pe, tak pe...
Bagi ibu siapkan tender Corporate Gift untuk Permodalan Kelantan Berhad dulu ya. Next week dah kena courier ni. Betul2 rezeki baby DM ni.

p/s: Mana-mana agensi/company nak order Corporate Gift by CocoDamia, boleh hubungi 010-6468383. Isi dalam balang boleh tukar samada nak kuih raya, kismis, apricot, kurma dan lain2. Yang pasti coklat by CocoDamia wajib ada ya!


Tuesday, February 24, 2015

Rakaman Sembang Selatan bersama TV Selatan

Alhamdulillah.
Pagi ini saya ada rakaman Sembang Selatan bersama TV Selatan di Cupchai Cafe & Bistro.
Baru selesai shooting jam 12:30 tengahari tadi.

Terima kasih kepada pihak TV Selatan yang menjemput saya selaku pemilik CocoDamia, sebagai tetamu undangan program bual bicara ini di saluran Sembang Selatan.

Sembang Selatan ni merupakan sebuah program bual bicara yang menampilkan tetamu undangan bagi mempromosikan produk yang diusahakan di sekitar Negeri Johor.


Pihak produksi tengah set up produk2 dan banting CocoDamia.


Saya yang sedang dipakaikan microfon chips dibawah tudung.


Kena sorokkan wayar-wayar yang kelihatan.


Pengacara yang begitu sporting dan cepat serasi dengan saya.


Bersungguh-sungguh tu hah nampaknya saya sharing tentang produk CocoDamia.


Saya berkongsi Perancangan dan strategi untuk memperluaskan produk ini di peringkat Malaysia dan Antarabangsa.


Rakaman di sini.
Btw saya pernah makan disini.


Pengacara lelaki tu cakap dia pernah makan Krukk Krakk Chocolate tu.
Memang sedap! Makan sekali nak makan dan makan lagi.
Tak sedar sekejap je dah makan 3 bar.


Nanti dah ditayangkan rakamannya saya share ya.


Dan agenda wajib lepas rakaman adalah bergambar bersama produk-produk CocoDamia.


Terima kasih kerana belanja Roti Kacang Pool..;-)


Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada pihak TV Selatan kerana menjemput CocoDamia.
Semoga cerita dan maklumat berkenaan produk-produk CocoDamia terutama Coklat IQ dapat memberi manfaat dan menambah nilai kepada semua.

Terima kasih Ya Allah.




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, October 2, 2014

CocoDamia sebagai Jajan IQ & Minda || Harian Metro 30 Sept 2014


Alhamdulillah, sekali lagi Allah bagi peluang kepada CocoDamia untuk mempromosikan produk Coklat IQ dan Krukk Krakk dan akan ada beberapa lagi produk baru yang sedang R&D sekarang ni. Terima kasih kepada Harian Metro serta wartawan yang sudi menemuramah  kami. Sesungguhnya publisiti melalui media massa sebegini dapat membantu org ramai mengenali produk kita sekaligus mendapat respond ramai.


Amboii. Bukan main lagi staffs saya happy masuk suratkhabar ya. Diaorg kata ya lah selalu Puan je masuk TV dan akhbar2. Kalini mereka turut mendapat tempiasnya. Sampai ada kenalan mereka yang whatapp dan sms mereka untuk beli produk CocoDamia. Terkejut pun ada. Hihi.. Ini dinamakan aura bos tempias pada pekerja.


Insyallah semoga produk CocoDamia dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang makan secara istiqamah serta menambah nilai kepada masyarakat sekeliling. 

Untuk menjadi ejen dan stokis produk laku keras ni, boleh hubungi 010-6468383 atau 010-6018383. Insyallah dengan publisiti yang tak henti2, produk memang so larisssss.

P/s: Semalam dapat sms dan whatapps dari wartawan RTM yang CocoDamia keluar Galeri Nasional. Mujur dapat rekod walaupun tgk melalui handphone. Nanti tunggu upload dalam You Tube dulu ya.




Tuesday, September 30, 2014

Makan sambil baca akhbar ada muka sendiri


Take 5 sekejap setelah penat ke hulu hilir.

Baru sempat baca akhbar Harian Metro ni kat Kedai Arab Al-Hanin di Nusa Bestari. Mujur ada akhbar Harian Metro. Yang ayah damia beli pagi tadi tak sempat baca lagi sebab saya tak sempat pun masuk office lagi.

Terima kasih kawan2 yang tag saya di FB dan whatapps saya pasal cerita CocoDamia dalam akhbar Harian Metro pagi2 lagi. Segala keprihatinan anda semua saya hargai.

Laa, ada 2 cerita rupanya pasal CoCoDamia. Satu dalam kisah gerabak keretapi yang bersama media. Lagi satu dalam kisah khas CocoDamia sebagai Jajan IQ dan minda.

Ok, izinkan saya makan dulu. Lepas ni banyak lagi tempat nak kena saya pergi. Esok saya ada big program di PUJB Bandar Baru Uda. CocoDamia sebagai hos utk program ni.

Monday, September 8, 2014

Corat coret sepanjang Halfest 2014

Jom layan gambar-gambar kami sepanjang di Halfest 2014 dari 3-7 September 2014.


Team CocoDamia yang hebat! Minta tolong media yang snapkan awal-awal pagi lagi kebetulan media tu pun snap gambar kami untuk dimasukkan dalam slide show untuk masa dinner Malam Gala. 


Hari pertama saya sampai (hari ke-3 event), dah kena interview dengan Sinar Harian. Tq wartawan2 yang sporting.


Then bergambar dengan silent reader saya Siti. Mujur siti tegur saya, kalau tak jujurnya saya tak perasan yang Siti ni friendlist FB saya. Hah tu lah untungnya event2 macam ni, boleh merapatkan ukhwah sesama kita.


Hik hik.. Abang tu minta selfie dengan En Khai bersama produk. Excited betul!


Then sempat saya jalan-jalan ke tingkat atas sekejap untuk melihat booth2 yang dimonopoli kebanyakan artis seperti Memey Suhaida, Noorkhairiah, Siti Nordiana, Bienda, Ustaz Don, Altimet, Raja Ema, Yatt Hamzah, Zul Yahya, dan ramai lagi lah. Baru saya tahu yang diaorg ni ada jenama baju sendiri. Kalau tak memang saya tak tahu. Then booth yang paling havoc adalah Aidijuma. 

Saya memang langsung tak ambil gambar dengan artis2 tersebut. Ntahlah, selisih dengan Heliza Helmi pun saya buat biasa je. Agaknya ramai sangat artis kat event ni. Tapi Aleesya dan staffs saya sempatlah bergambar dengan artis2 masa hari last day mereka shopping kejap lepas semua produk CocoDamia sold out.


Sesi interview dan recording masuk TV untuk promo Halfest 2015. 


On the spot kena jawab soalan.


Asyik muka atas je masuk TV kan. Dah nak buat cam mana, En Khai pemalu orgnya. Hiks.. 


Kita tgklah promo untuk Halfest 2015 akan datang.

Hari keempat event. Semakin sibuk semakin kelam kabut. Tak cukup ruang untuk entertaint para pengunjung. Tapi Alhamdulillah, kami cuba yang terbaik.


Yeahhhh! Adik kat atas tu jadi ejen.


Adik kat atas ni pula datang interview utk assignment merekaa berkaitan produk Halal. Memang sepanjang saya kat event ni, tak putus2 pelajar2 Universiti datang interview.


Malamnya jam 7 malam, saya dan En khai pergi Dinner Malam Gala usahawan Halfest 2014. Seramai 700 usahawan dikumpulkan bersama pasangan masing2, artis, VVIP dan lain2. Nanti saya buat entry lain ya untuk Malam Gala ni.


Hari ke 5 event. Lagi Dasyat! Kedai tak buka lagi pembeli dah tunggu dihadapan kedai. Haritu memang lambat sikit sebab kami uruskan check-out dulu kat hotel. Makin berpusu2 orang. Bayangkan jam 11 pagi dah sold out. Mujur ada plan B!


Rakan FB saya, Fareeza Merican. Sama2 menang Dutch Lady kisah bijak 3 tahun lalu. Wahhh coming soon 3rd Baby. Dulu masa kenal yang sulung tu je ada.


Then silent reader saya lagi. Saya kawan dengan kakaknya melalui FB. Dan adiknya pula kenal saya. Hihi..


Jam 12 tengahari. Plan B berjalan. Jual Krukk Krakk tanpa kotak dan hanya ditampal stiker sahaja. Coklat IQ pula masukkan dalam beg Royal. Sampai camtu sekali. Sebab walaupun dah sold out, tak dibenarkan tutup booth.


Yang nak jadi ejen pun bertambah2. Tapi stok Sold Out. Kalau kilang dekat, boleh mina staff hantarkan. Ni jauh di JB kan. Tapi kami dah ada plan B. 


Mommy comel Eliza datang. Datang pun dah lewat jam 5 tak silap. Hurmm apa ada lagi? Semua dah sold out. Siannya mommy comel ni mengidam nak makan Krukk Krakk. Mujur ada yang balance2 yang tampal stiker.

Dan berakhirlah event Halfest 2014. Jam 6 petang En Khai kemas2 barang. Staffs pula pergi shopping dan saya pula pergi Shoulder Massage kat Rembulan Spa yang buka booth dalam event tu. Penatt weii. Kalau boleh nak massage whole body. Tapi tak ada pula service tu. 

Dan Alhamdulillah, Program Halfest 2014 berjalan dengan jaya sejaya jayanya! Syukur Ya Allah permudahkan usaha kami usahawan untuk halfest kali ini.


Otw balik JB, singgah Bandar Baru Bangi makan sup Gear Box. Tempat feveret En Khai lah ni. Sedut2 sup gearbox ni kan memang kegemarannya.

Dan Alhamdulillah kami semua sampai dengan selamat di JB jam 12 tengah malam.

P/s: Terima kasih tak terhingga kepada semua pengunjung serta pembeli produk CocoDamia sepanjang Halfest 2014. Maaf kalau ada yang tak sempat saya nak say hai, atau tak sempat nak bergambar sekali, atau tak sempat pun nak senyum. Terima kasih juga kepada ex-students saya yang belajar di UPM, UM dan Uitm yang datang cari saya. Happy both Damias dapat jumpa kakak2 yanh biasa bermain dengan mereka. Terima kasih juga kepada pihak penganjur Sharpers dan KKLW. Sekali lagi TERIMA KASIH. Jumpa lagi tahun hadapan. Insyallah.

















Tanda terima kasih kami kepada pengunjung di HALFEST 2014.


Hampir 4 hari blog kesayangan saya ni tak ada apa-apa entry. Agak jarang juga blog saya bercuti sampai 4 hari. Kalau tak ada entry 1-2 hari biasa. Ni masuk hari ke 5 petang baru sempat nak menaip sementara tunggu kelas saya sebentar lagi jam 6 petang.

Bukanlah tak ingat langsung pada blog kesayangan saya ni.
Cuma tak berapa sempat nak buka dashboard nak menaip corat-coret cerita saya.
Al-maklumlah saya kesibukan yang amat di HALFEST 2014.
Balik pula dari event jam 7 petang malam, masuk The Mines dulu untuk makan dan jalan-jalan.
Bukan apa, memang kalau nak elakkan kesesakan para pengunjung dan usahawan sekaligus dari event tu, kena tunggu jam 9 malam ke atas baru jalan ok sikit. Kalau tak duduk lah dalam kesesakan tu hampir 2 jam.

Sampai2 hotel mandi, solat dan terus tidur.
Begitu jua rutin dengan staff-staff saya.
Mereka lagilah penat berdiri sepanjang masa.
Apa nak buat memang tak sempat duduk kecuali bergilir2 semata2 ke surau untuk solat sahaja.
Makan tak payah cakaplah, memang tak proper.
Makan apa sahaja yang dah beli awal2.
Tu pun kelam kabut makan. 
Sebab org tak putus2 dan berpusu2 ke HALFEST 2014. 

Dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada HALFEST 2014.

Pertama kali CocoDamia menyertai event Halfest. Tetapi sambutan amat-amat mengalakkan. Lautan manusia memenuhi dewan MIECC bermula jam 10 pagi dan stok CocoDamia pun seawal jam 11 pagi hari terakhir dah SOLD OUT. Mujur ada PLAN B!

Kami team CocoDamia ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada seluruh pelanggan dan pengunjung yang membeli mahupun uji rasa Coklat IQ dan KRUKK KRAKK. 
Terima kasih jua kepada ejen-ejen dan stokis baru CocoDamia.
Kalian memang bijak mengambil peluang!

Selama 5 hari di Halfest 2014, maafkan kami seandainya ada yang terkurang mahupun terlebih. Maklum lah, kadang-kadang out of control kalau ramai-ramai dah serbu booth kami kan. Yang penting kalian semua happening dan sporting.

Insyallah kita jumpa lagi tahun hadapan ya untuk HALFEST 2015 bulan Oktober 2015.

Terima kasih tak terhingga jua kepada KKLW kerana telah memilih CocoDamia berada dibawah satu bumbung Usahawan KKLW.

Jujurnya saya sangat-sangat rindu crowd di Halfest 2014.
Walaupun penat, tapi tak terasa penat tu. Hihi..

Terima kasih sekali lagi!

Wednesday, July 23, 2014

Selamat bercuti untuk Team CocoDamia! Tapi...

....saya masih belum bercuti...
Staff yang cuti dulu.
Sebab office Pusat Bahasa Pelangi masih beroperasi.


Gambar diatas adalah persiapan terakhir untuk packing balance-balance coklat ROYAL COCODAMIA untuk stok yang akan dibawa balik Kelantan pagi tadi.

Kepada orang2 kelantan (you know who you are sebab awak pun tahu CocoDamia dari sini) yang dah tempah dan bank in kan duit, nantikan ROYAL COCODAMIA hujung minggu ni ya. Kepada ore-ore kelate yang baru nak tempah, masih boleh whatapps dan order melalui no 010-646 8383. COD sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas atau jalan otw saya balik kelantan. Minimum 2 set ya. Bukan apa, boleh cover duit minyak penghantaran kan.

Kepada warga JB yang masih nak order dan COD sekitar JB, boleh juga berbuat demikian. Last COD hari jumaat ni ya.

Alhamdulillah, selesai sudah salam bersalaman, sesi pembahagian duit raya serta bagi goodies raya untuk staff-staff di Kilang CocoDamia pagi tadi. Yang banyak kita agih-agihkan, yang sikit kita kongsi-kongsikan. Sampul Raya Nando's pun boleh lah. Janji isi dalam sampul tu ikhlas dari saya dan ayah damia. Amboi! Siap ber"datuk" dan 'datin" lagi ya. Hihi...aaamiin...

Dengan ini pihak saya umumkan:
COCODAMIA DAH START CUTI DARI 1 TENGAHARI TADI!!!

Jumpa dan berurusan lagi bermula 3 Ogos 2014 ya!
Tapi urusan COD tetap berjalan hingga ahad ni.


Thursday, July 17, 2014

Royal CocoDamia boleh didapati di Uda Business Centre dan Kulaijaya


Baru balik dari ronda-ronda kawasan tempat ROYAL COCODAMIA diedarkan.

Alhamdulillah, sambutan amat mengalakkan. Dan owner kedai menjangkakan Gelombang 
"purchasing power" akan meningkat 300% hujung minggu ni. Aaamiin.

Bagi warga Singapore dan Johor, boleh dapatkan ROYAL COCODAMIA di Uda business Centre, belakang Jakel dan sebelah Butik Prof Muhaya dan Tudung Hajraa. Tengok banner kuih raya yang PALING BESAR kat area situ. 


Owner kedai kata, tak sangka produk Bumiputra pun dah setaraf dengan coklat mahal dari Moscow dan Paris. Syukran Ya Allah. 

Itulah rahsia CocoDamia. Dibuat dengan penuh ketelitian serta keikhlasan. 

Allah jua yang mengerakkan hati anda utk membelinya. Terima kasih Ya Allah Ya Kareem.


Boleh juga dapatkan ROYAL COCODAMIA di Pusat Sehenti Biskut dan Kuih Raya di Ramun Delight, Kulaijaya.

Wahhh kalau kat sini bukan gelombang lagi dah, huru hara tsunami dibuatnya oleh customer2 dari Singapore, pelancong luar dan orang tempatan. Sekali serbu memang licin stok dalam ni.

Saya recommend kalau nak makan tart nanas sepit dan shopping kuih raya yang selesa. Sinilah tempatnya.

Jangan lupa beli ROYAL COCODAMIA juga.


Tengok!!! Sekali datang berapa banyak bas bawa customer datangs serbu!

Allah jua yang gerakkan hati anda untuk membeli. Terima kasih Ya Allah.

Cocodamia
Bukan sekadar coklat biasa
010-6468383.

p/s: Sesiapa yang beli pakej 3 kotak Coklat IQ, akan dapat beg Royal CocoDamia ya. 


Monday, July 14, 2014

ROYAL COCODAMIA CHOCOLATE



Raikan Syawal bersama COCODAMIA ROYALE CHOCOLATE kepada tetamu anda di pagi Syawal, agar kunjungan meninggalkan kesan abadi kemanisan dijiwanya 


Didatangkan dengan 3 bekas kaca eksklusif dan 3 jenis chocolate dalam pakej satu kotak:

-Royal Hazelnut : 20 biji
-Real Cappucino : 20 biji
-Peanut Butter & Nips : 20 biji


Total pakej dalam satu kotak:

Kandungan : 60 biji
Berat keseluruhan : +- 1.4kg


Harga : 

1 kotak : RM55 + postage RM10
2 kotak : RM100 + postage RM15
3 kotak : RM150 FREE POSTAGE


Aidilfitri ini, boleh juga dihadiahkan kepada para pekerja/ orang tersayang /sanak saudara dengan COCODAMIA ROYALE CHOCOLATE agar Syawal kali ini lebih bermakna dan saling mengingati antara satu sama lain.


STOK TERHAD. EKSKLUSIF UNTUK ANDA DI SYAWAL 2014

Call / sms / whatapps : 010-6468383

Untuk belian borong, 15 kotak ke atas, sila call 010-6018383. Penghantaran percuma ke office atau kediaman anda. (Tertakluk pada kawasan)


Ikhlas daripada,
Pengasas dan Pemilik CocoDamia.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::