Khamis lepas saya dan sekeluarga berkesempatan cuba tempat makan baru lagi. Alang-alang saya ke Zawara JB beli barang, terus kami lunch di Cupchai Cafe dan Bistro yang selang 1 buah kedai dari Zawara JB.
Masa kami pergi tu, tak ramai orang pun dalam cafe tu. Kelihatan beberapa pekerja yang masih memakai tag pekerja yang makan di dalam. Manakala diluar pula ada satu group remaja sedang lepak2 sambil makan.
Mula2 masuk je cafe ni.. Sejukkkkkkkkk. Dan konsep meja kerusi semua kayu. Walaupun nampak simple tapi agak menenangkan.
Kaunter bar. Semua kena layan diri ya.
Means kita kena ambil menu yang kita order sendiri di kaunter ni. Cantikkan konsep simple sebegini.
Lepas sahaja kita dah dapat tempat duduk kita, kita kena isi sendiri menu yang kita order dalam list order.
Pastu hantar list order ke cashier dan terus buat bayaran. Kiranya bayar dulu baru makan lah ni.
Air yang diorder. Teh o ais limau dan teh o limau suam.
ABC special untuk both Damias. RM5.50 sahaja. Tak kedekut coklat dan kacang langsung. Fuhhh dah lah dalam tu sejuk, minum ABC pula, beku perut dah rasanya.
Roti bakar kaya hanya RM2.
Saya order roti titab. Tapi yang siapnya kacang pool. Ambil je lah sebab masa tu saya pun tak sure cam mana rupa roti titab tu. Tgk kat IG #cupchai baru tahu. Haha. Saya bayar roti titab RM4. Kacang pool ni RM5.
Yeahhhh, ini namanya dalam menu "makan berjemaah". Nasi kukus ayam berempah sebenarnya. Kuah pula kari nenas. Not bad rasanya. RM20 harganya.
Tu diaaa. Macam2 order. Ingat ke tak habis. Rupa2nya licin lah. Alhamdulillah. Tak membazir.
4 tangan bekerjasama makan mengikut sunnah. Aaaminn. Makan masa nasi dan ayam panas2, memang berselera.
Nak basuh tangan kena lalu lorong tu ya, straight sampai ke belakang. Depan toilet.
Boleh tgk TV juga.
Total semua kami makan RM45++. Worth it, memang worth it. Kenyang sampai ke malam tau. Malam makan simple2 je isi perut. Ini baru dikatakan nilai yang dikeluarkan berbaloi.
No comments:
Post a Comment