Thursday, December 25, 2014

Terharu dengan komen-komen ibu bapa


Selamat bercuti kepada yang bercuti hari ini. Kami warga Pusat Bahasa Pelangi bekerja seperti biasa hari ini.

Hari ni merupakan hari terakhir pelajar2 datang untuk Program Cuti Sekolah di Pusat Bahasa Pelangi. Samada kem bijak membaca, kelas asas mandarin serta persediaan tuisyen UPSR, PT3 dan UPSR.

Jam 1 tengahari tadi, merupakan hari ibu bapa datang ambil report card untuk mengetahui progress pelajar2 selama sebulan belajar disini. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang.


Sobs!

Terharu mendengar ucapan ibu bapa kepada team Pusat Bahasa Pelangi setelah sebulan "Kem Pecutan Bijak Membaca" diadakan sepanjang december ini.

Ada yang cakap baru 5x datanh kelas dah boleh pandai membaca.

Ada yang kata sebelum ni sebutir perkataan english pun payah nak sebut, sekarang dah confident boleh baca english!

Ada yang kata "saya mesti recommend kat kawan saya belajar kat sini".


Nak nangis rasanya atas kepercayaan ibu bapa bagi kami mendidik anak-anak yang berusia 4,5 dan 6 tahun ini.



Sesungguhnha yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri.



Alhamdulillah juga, baru siap meeting bersama para tutor baru dan lama utk jadual sesi 2015. 

Hurmm..... buat meeting time cuti public holiday, yang datang pun separuh je lah ya. Ada tu yang masih terkandas tak boleh balik JB akibat banjir. 

Apa-apa pun #prayforpantaitimur dan doakan semoga warga pantai timur yang terlibat dengan banjir selamat dan baik hendaknya. Rumah mertua saya pun dah kena naik air. 

Ok! Kepada yang nak daftar tuisyen, nak ambil jadual sesi 2015 atau nak tanya pasal yuran, bolehlah hubungi 010-6468383.


Post a Comment