Hari ini hari service air-cond dan paip air serumah!
Jam 9:30 pagi orang-orang service sampai, jam 12:30 tengahari baru siap. Tu pun ada yang sikit2 perlu touch up lagi. Tapi dah tak sempat sebab ayah damia dan org2 service tu nak solat jumaat.
Lepas diaorg dah keluar semua, maka bermulalah episod saya dan both Damias mengemas rumah. Sampaikan nak masak lunch pun tak sempat.
Maka untuk lunch saya ajak ayah damia ke Tesco Mutiara Rini yang baru buka semalam. Sambil makan, sambil beli barang sikit untuk holiday esok.
Saya ni yang benarnya memang jarang2 shopping di Tesco. Tapi kali ni sebab dah dekat, jom la kita terjah tgk apa yang ada.
Both Damias teruja betul tolak trolley kecil tu. Ya lah kat Tesco je kan ada trolley kecil tu. First time ni dioarg dapat tolak trolley kecil tu.
Hihi, siap ada harga " tak perlu ikat perut" lagi tu.
Wahhhhh! Yang ni wajib grab. Murah sangat2!
Baru saya tahu tesco ada ruangan murah macam ni.
Sempat grab 3 pack pelbagai asam utk buat bekal holiday makan atas kereta esok.
So far, saya bandingkan banyak barang harga memang agak murah. Mungkin disebabkan sempena pembukaan Tesco baru kan. For limited period only!
Oh ya! Ada contest juga!
P/s: Semalam masa my staff balik lunch, dia cakap tesco tu jammed amat. Siap parking kat luar tepi jalan besar lagi. Harini saya pergi dah ok sikit walaupun parking dalam penuh. Kena sabar menunggu ya. Happy shopping!
No comments:
Post a Comment