Tuesday, December 2, 2014

Hungry Hub Cafe

Balik dari Rompin dan Mersing, terus ke Uda Business Centre cari makan malam.
Dah lama lalu depan Hungry Hub Cafe ni, tapi asyik tak buka je.
Rupa2nya cafe ni buka malam.


Masuk sahaja ke dalam cafe ni, kita disajikan dengan live band dari beberapa orang anak muda.
Tempat pun cosy. Dekorasi dalam pun simple tapi menenangkan.


Di dinding penuh dengan frame-frame gambar skuter dan motosikal.


Like this quote!


Hot tea cammoline untuk saya
RM 7.90


Roti jala cinonet bersama kari ayam seketul sebesar ibu jari.
RM 8.90


Chicken Chop yang simple dan rasa pun so-so aje
RM 16.90

Dan lagi 2 ice lemon tea utk both Damias dan Aleesya.


Total yang kena bayar.

Jujurnya cakap cafe ni harga memang boleh tahan harganya.
Air paling murah pun RM7.90 hot tea tu lah.
Yang lain2 boleh tahan lah harga air.
Rugi pula tak snap senarai menu dan harga tu.

Harga makanan pun tak reasonable dengan portion makanan.
Saya boleh dikatakan hampir setiap hari makan kat kedai sebab tuntutan kerja.
Dan hampir setiap weekends pula suka mencuba makan di tempat2 baru.
Biasa je harga mahal, asalkan berbaloi dan berpatutan dengan menu yang kita order.
Tapi this time sungguhlah rasa tak berbaloi.

Sometimes kita kena jujur kan. Sobs.





No comments: