Thursday, December 11, 2014

Main PSP di Fraser Place Kuala Lumpur

Entry tertunggak lagi!
Ok lah, kali ni nak kongsi antara aktiviti2 yang boleh kita lakukan jika menginap di 


Semestinya aktiviti mandi pool lah kan.
Yang terletak di tingkat 18 hotel.


Mandi pool sambil menikmati pemandangan Bandaraya KL yang sibuk.
Tersergam indah bangunan2 yang tinggi di sekeliling kawasan.
Yang paling best, menara KL nampak dekat sangat.


Kalau di hotel2 sebelum ni yang saya menginap kebanyakannya adalah warga Middle East, tapi berbeza di hotel ni. Kebanyakannya adalah warga Europe. Sesi menjemurkan diri di waktu panas terik memang biasa dah bagi mereka kot.


Anak2 lah yang paling happy sekali kalau bab main pool kan.


Pagi pula, breakfast di cafe.
Complimentary untuk 2 org sahaja.
Ayyunie under age.
Untuk Aleesya kena bayar RM17.
Tapi puas hati sangat.
Banyak pilihan makanan.
Tapi setakat mana sangatlah perut nak masuk semua kan.
Saya mulakan breakfast dengan buah-buahan dulu.


Aneka roti yang menjadi kegemaran saya.


Dah lepas breakfast, saya mandi pool pula bersama anak-anak.
Mandi pagi2 best!


Hah, jarang2 nampak ni dimana2 hotel.
Lepas mandi pool, kami berendam di sini pula.
Ni jacuzzi air panas dan kolam air sejuk.
Ayyunie cakap sejuk macam salji.
Hihihi...macam pernah pegang salji je Ayyunie ni.
Oh ya, tempat ni tertutup. 
Lelaki dan perempuan bilik asing.


See, happy je anak2.
Mula2 takut air panas.
Lepas dah masuk, tak nak keluar pula.


Ni bilik sauna.
Tidaklah kami anak-beranak nak serahkan diri kat sini.


Steam room.
Beberapa kali masa saya gi buat spa, pernah lah merasa steam room ni.
Peluh menitik hingga ke titisan akhir di setiap celah2 yang ada.
Haishh. Kalini pun saya tak sanggup nak serahkan diri dalam bilik ni memandangkan anak2 ada.


Dah siap berendam bagai, bolehlah membersihkan diri dalam setiap bilik mandi yang disediakan.
Syampoo dan sabun memang dah siap2 ada.
Towel pun disediakan.
Bawa baju salin je simpan dalam locker. 
Memang terbaiklah servis ni.
Saya pernah merasa servis sebegini masa join Clark Hatch punya gym.
.


Pancutan air hujan pun bukan main laju lagi deras airnya.


Gym. Ehem memang kami takkan pandanglah aktiviti ni.
Hihi, dasar malas nak bersenam dan bersukan kan.
Basikan exercise kat rumah pun sekadar jadi hiasan je, takkan kat sini nak rajin pula kan.
Insyallah one day akan berazam untuk betul2 disiplin bersenam.


Dan inilah aktiviti yang paling best kami sertai.
Lepas je kami naik atas kemas luggage semua nak check-out, ada masa lebih kurang 1 jam lagi, kami spent time dalam bilik 'play room" ni.


Ada apa dalam bilik ni?
Ada PSP lah.
Ni lah first time saya kenalkan anak-anak saya dengan PSP.
Happy pula diaorg ya.
Siap berebut2 nak main game yang ada.


Dan semestinya acara bergambar dengan berlatar belakang bangunan yang tinggi2 sebagai background juga boleh dijadikan aktiviti yang best di hotel ini.
Siap disediakan landskap kecil yang menarik untuk sesiapa yang nak posing-posing di tingkat 18 itu.


Bagi chance ya kami enterframe dalam entry ini.


Kawasan sini redup sikit.


Dan masa check-out, sempat lagi buat coffee dan espresso untuk buat bekalan minum dalam kereta.
No worries, no limit. Minumlah sampai anda puas.

Itulah antara activities yang boleh dilakukan di Fraser Place Kuala Lumpur.























No comments: