Saya cerita untuk hari pertama dulu lah ya..
Panjang sangat ceritanya.
Lagipun senang tak payah peram-peram gambar dan cerita lama2.
Boleh buat rujukan untuk para usahawana pada masa akan datang.
Seramai 40 usahawan terpilih telah menyertai program Business Matching Johor-Batam ni.
Dan kebanyakannya adalah usahawan dari Johor Sendiri.
Ada usahawan yang terpilih dari Tekun, dari MARA, dari PUNB, dari IRDA dan EDC.
Saya terpilih dari MARA.
Seawal 6 pagi dah bertolak dari rumah ke Jeti Feri Stulang.
Sampai2 sahaja terminal feri, usahawan masing2 sibuk mengambil tag luggage serta tag diri masing-masing.
Disamping itu sempatlah berkenalan dengan para usahawan yang sebelum ini tak pernah jumpa.
Tepat jam 8:30 pagi, kami semua pun diarah menaiki feri Mutiara Mas milik bumiputera kita.
Dan yang bestnya kalau dulu saya ke Batam feri akan berhenti di Batam Centre, tapi kali ini ferry akan berhenti di Harbour Bay. Masa tahun 2010 saya ke Batam, Harbour Bay masih dalam pembinaan.
Dalam Feri, saya duduk disebelah Hasanah wakil dari PUNB Johor dan disebelahnya tu pula Puan Asiah wakil dari PUNB HQ KL. Kesian saya tak kenal lagi mana2 usahawan masa ni, so menumpang kasih pada mereka je lah ya. Hasanah, kalau you baca entry ni, sure you sengih-sengih kan. Hihi.
Feri ni agak besar. 2 tingkat. Tak kuasa nak duduk tingkat atas.
Kang mabuk2 kepayang pula.
Ni pun kami bertiga dah telan ubat mabuk siap2. Bukan apa, takut mabuk je.
Sudahnya tidur sampai tak sedar diri ok.
Sampaikan org semua dah serahkan passport kepada pihak seketeriat, kami bertiga tak serah pun.
Haha, penangan ubat mabuk laut punya pasal.
Complimentary kuih muih, air kopi atau teh panas dan mineral cup.
Perjalanan feri mengambil masa 1 jam 30 minit.
Kami sampai jam 9.00 pagi waktu Indonesia Barat. (Waktu Malaysia 10 pagi lah tu)
Yang bestnya kalau pergi group sebegini, luggage A-Z memang akan ada org uruskan. Kita hanya lenggang-lenggang kangkong sahaja bawa handbag. Dan kalau pengungjung lain beratur lama dan panjang untuk cop passport semata-mata, kami dengan senangnya lalu laluan Green Lane iaitu tanpa cop passport. Ya lah dah nama pun deligasi kan.
Kemudian kami menaiki bas untuk terus ke Planet Holiday Hotel di Batam.
Mula2 masuk hotel ni, wahhhhhhh cantiknya.
Tapi serius di Batam, hotelnya cantik2 dan besar2. Harga pun reasonable.
Kami kemudian terus diarah untuk ke tingkat 3 masuk ke dalam Ballroom untuk tujuan utama deligasi ini sekaligus menyaksikan perasmian program business matching ini.
Selesai sahaja ucapan dari pihak Malaysia dan Pihak Indonesia, maka para usahawan Malaysia dan Indonesia diminta bergambar beramai-ramai di atas pentas.
Nampak tak saya kat atas tu? Yang menyelit-nyelit nak enterframe jugak tu.
Al-maklum ler, pentasnya kecil, tapi usahawannya ramai.
Selesai sahaja acara perasmian, para usahawan dikehendaki set up boot/meja masing2 yang telah ditetapkan untuk tujuan business matching. Meja saya no 4 daripada 30 meja yang disediakan. Yang bestnya, beg produk usahawan masing2 telah dihantar oleh petugas hotel ke tingkat 3. So kami tinggal ambil dan display produk sahaja.
Masa tengah set up lagi, dah ada usahawan2 Johor sendiri yang datang beli Krukk Krakk dan Crunchy Flakes CocoDamia. Alhamdulillah..rezeki. Walaupun untuk tujuan business matching, tapi kalau org nak beli, saya jual aje.
Bergambar bersama ketua APINDO (Asiosasi Pengusaha Indonesia), Ibuk Lucy.
Peramah orangnya.
Alhamdulillah.
Ada buyer dari Trading Batam berminat dengan Krukk Krakk.
Katanya sama macam rasa coklat Krispy.
Tunggu saya follow up dari Malaysia je ni.
Insyallah, ada rezeki CocoDamia, mudahlah saya menjemputnya.
Kemudian saya turun ke tingkat 1 untuk makan tengahari.
Aneka pilihan makanan yang ada.
Sampai tak tahu nak pilih yang mana.
Tapi serius, puding Vanila tu sedap bangat.
Sampai 5x saya bertambah puding Villa tu.
Yang bestnya hari2 ada menu puding Villa tu.
Lepas makan tengahari, kami naik semula ke Ballroom untuk sambung business matching.
Acara dimulakan dengan persembahan fashion show dari Ummiriaz Collection.
Kemudian pengenalan produk oleh usahawan yang berminat di atas pentas.
Dan macam biasa, kalau program di hotel acara makan2 memang tak pernah putus ya tak.
Dah lah sedap2 menunya.
Jam 4 petang kami masing2 diberi kad kunci untuk check in bilik masing2.
Alhamdulillah, saya dapat roomate yang sporting, Kak Norli, usahawan cookies.
Walaupun Kak Norli tua daripada saya lebih dari 10 tahun, tapi kami ada instinct.
Banyak pengalaman yang kami sama2 sharing.
Bestlah sebilik ngan Kak Norli.
Lepas dah lepak2, solat dan sesi suai kenal dalam bilik, jam 8 malam kami turun ke lobby untuk menungguh pengusaha batam datang ambil kami keluar makan.
BTW yang ada deal business adalah Lina, usahawan OEM di Batu Pahat. Tapi dia ajak kami sekali, so why not kami ikut temankan Lina. Al-maklumlah, kat tempat org pabila deal business kena hati2. So the more yang pergi, lebih selamat.
Ayah damia sendiri pun berulang kali pesan kepada saya andainya ada pengusaha batam yang mengajak saya kemana2, jangan sesekali ikut. Kalau betul2 serius pun urusan business tu, ajak seberapa ramai atau pihak sekateriat sama2 pergi untuk tujuan keselamatan.
Sempat snap2 masa tunggu di Lobby Hotel.
Janji jam 8:30 malam, pengusaha Batam tu nak ambil kami. Sudahnya jam 9:30 malam pun masih tak sampai2 lagi. Katanya ada urusan. Last2 kami deciced tunggu di tempat makan dulu ah. Rezeki kami, ingat nak ambil teksi ke tempat makan, rupa2nya ada tourist guide yang sudi hantar kami dengan Avanzanya.
Kami makan seafood di Harbour Bay.
Boleh nampak feri-feri, bot-bot dan kilauan lampu dilautan sana.
Kat sini memang banyak restoran2 yang ada.
Pilih aje yang mana halal dan suka.
Siap pakej ada live band juga.
Dah datang indonesia, wajib le minum jus alpukat kan.
Lemak berkrim disukai ramai.
Kami order tomyam campur (rasa macam asam pedas je), sotong goreng tepung (sedap), siakap asam manis (masak 3 rasa lah tu).
Udang goreng nestum (marvelous), sayur tomiao oyster (macam anak tauge, tapi serius sedap)
Dan sotong sambal.
Total RP650,000 (lebih kurang RM200)
TQ Lina sudi belanja kami semua.
Dah halfway makan, pengusaha yang berjanji nak jumpa kami pun datang.
Tepat jam 11:00 malam waktu indonesia barat, kami pun pulang dengan menaiki kereta pengusaha tersebut.
Sampai bilik je terus tidur tanpa sedar apa2.
......sambung day 2 pulak ya......
No comments:
Post a Comment