Tuesday, December 23, 2014

Ubah selera di The Manhattan Fish Market

The Manhattan Fish bukanlah merupakan restoran fast food kegemaran keluarga kami memandangkan kebanyakan menu utamanya adalah ikan. Kami lebih suka makan di Nando's, Kenny Rogers dan Secret Recipi. Tetapi sekali sekala nak ubah selera bolehlah. 


Kali ini kami makan di The Manhattan Fish Aeon Tebrau. Kami pergi hari ahad. So agak penuh jugalah dalam restoran tu. 


Sambil makan, bolehlah bagi pendedahan kepada anak-anak jenis2 ikan disini.


Walaupun orang agak ramai, tapi service cepat. Kami order ice lemon tea,  float coke dan sky juice.


Inilah set hidangan yang kami order. Kami tak ambil set personal. Kami ambil set untuk keluarga terus. Tapi biasalah illustrasi dalam gambar kadang2 melebihi jangkaun kita. So saya tak aspect yang hidangan yang kami order akan sampai sebijik cantik seperti gambar dalam menu. Oh ya, set yang saya order ni boleh pilih nak lobster atau udang. Harga 1 set RM 57.90.


Taraaa. Sampai pun hidangan kami. Kan betul saya kata. Gambar illustrasi memang dabomb berbanding gambar sebenar. Tapi as long as semua makanan dalam gambar illustrasi tu ada, it's ok. Ada grill fish, kupang masak pedas, sotong goreng tepung, nasi meditarrean, roti dan beberapa seafood serta dowry fish masak kari.


Anak lobster. Ok lah isi pun banyak. Makanan pun just nice. Sekali sekala ubah angin makan ikan kan.

Total rezeki yang dilaburkan di The Manhattan Fish kali ini adalah RM85. Kenyang kami 4 beranak. Alhamdulillah..



No comments: