Cerita Day 1
Sambungan dari Day 2
Pada hari ke-3, selepas bersarapan di lobby bawah dan check-out siap-siap, kami diarahkan berkumpul di tingkat 3 kerana ada lagi satu last slot iaitu ceramah dan sesi soal jawab bersama Majlis Ulama Indonesia (MUI). Tujuan slot ini adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada para usahawan Malaysia macam mana nak apply dan procedur dapatkan HALAL dari MUI. Serta ketelusan pihak MUI sendiri dalam meluluskan sesuatu premis untuk mendapatkan logo HALAL.
Jam 10:30 pagi, ceramah dan sesi soal jawab bersama MUI tamat. Kami bergambar kenang-kenangan bersama para usahawan dan pihak dari MUI. Ini pun ramai yang tak masuk dalam gambar..;-)
Kemudian jam 11 pagi, kami pun menaiki bas yang disediakan untuk ke Nagoya Mall. Kalau dah nama Mall, apa lagi... shopping shopping shopping je lah agendanya kan. Tapi jujurnya barang2 dan pakaian dalam Nagoya Mall ni boleh tahan mahal juga harganya. Mahal2 pun sempat membeli-belah pakaian untuk anak-anak juga. Mungkin kat sini ramai Singaporean, tu yang barang2 pun agak mahal.
Sebesar-besarnya pokok Krismas ni di hadapan pintu masuk Nagoya Mall.
Awwww.. tudung saji baby pun ada jenama LV ;-)
Lepas jamak zolat zohor dan asar, saya dan Kak Norli pun cari makanan tengahari.
Kami pilih makan nasi ayam penyet asli di Batam ni.
Fuhhh boleh tahan pedasnya.
Tapi paling tak suka makan nasi ayam penyet kalau tak ada sup sekali.
Harga set ayam penyet RP24,900. Tambah nasi kosong RP7,000.
Kalau nak tengok gambar-gambar Nagoya Hill yang cantik2 melalui DSLR, boleh tengok kat entry saya dibawah
Jam 3 petang, kami menaiki bas untuk ke terminal ferry.
Hampir 1 jam setengah juga menunggu ferry kami tiba.
Sebenarnya ferry kami adalah jam 1:30 petang. Tapi atas sebab2 tertentu, ferry kami delay ke 4:30 petang pula.Seperti biasa kalau pergi ramai2 deligasi macam ni, green lane utk group kami.
1 jam setengah pelayaran kami dari Batam ke Stulang.
Akhirnya tepat jam 7:40 malam waktu Malaysia, kami pun sampai.
Cantik je panorama sekeliling semasa dalam pelayaran.
Disinari kilauan2 cahaya.
Sampai2 sahaja terminal, semua bawa diri masing2 keluar untuk check passport.
Manakala barang-barang semua akan ada person in charge yang bawa keluar nanti.
Saya sampai je terminal, kedengaran suara anak2 saya menjerit "ibu...ibu...'
Setelah 3 hari, akhirnya rindu bertaut kembali.
Ayyunie, mula2 jumpa lagi terus tanya "Ibu beli hadiah apa". Terus diambil beg hadiah dia.
Hamboiii..tak nyempat2 kan budak kecik ni.
Keesokannya, bahagi2 kan kek pisang Villa kepada staff-staff saya.
Ini aje yang tinggal untuk family saya.
Perasa Choconut dan Kek Pisang Cheese tu memang best.
Tak puas makan.
Kat Batam ramai org jual Pisang Goreng Cheese, tapi tak terasa pun nak makan.
Tapi Kek Pisang Cheese ni jarang2 jumpa.
Insyallah next time kalau berpeluang ke Batam lagi, saya nak meneroka pantai2 dan laut2 yang cantik pula di Batam. Batam kan merupakan sebuah kepulauan Riau. Atas bawah kiri kanan semua laut. So next time boleh enjoy permainanan air pula di Batam.
Tamat sudaaaaaaa....
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment