Sunday, December 28, 2014

20 Buffered Earning (BE)



Sekali sekala, ada masa, sempatlah juga buka akaun nuffnang saya.
Kadang-kadang ada 7 BE, kadang-kadang ada 12 BE, kadang-kadang ada 17 BE.

Tapi rasanya kali ni paling tinggi dapat 20 BE.
Walaupun pada mulanya saya pun confius kenapa 2 iklan yang sama muncul serentak pada akaun, tapi tak pe lah sebab nilai duit yang dikumpul adalah berbeza.

Walaubagaimanapun, income nuffnang saya dah kurang masyukkkk seperti dulu-dulu.
Dulu boleh je cecah RM70 keatas untuk satu-satu kempen tu.
Sekarang ni rasa macam susah je nak dapat.
Kadang-kadang tak sampai RM10 pun dah credited ..;-))

Mungkin dulu-dulu banyak cerita yang sentiasa diupdated.
Excited nak tulis dalam blog.
Sekarang mungkin faktor dengan adanya media sosial lain seperti FB dan Instagram, menyebabkan kadang-kadang malas nak updated dalam blog kan. Saya lah tu.

Tapi apa sekali pun, menulis blog adalah merupakan hobi saya. Saya suka bercerita dan saya suka berkongsi cerita dalam cara saya sendiri. Tidak semestinya pabila dah jadi businesswoman yang sibuk dan berjaya, kita harus lupakan hobi asal kita betul tak?

Walaupun kadang-kadang entry saya tu ntah apa-apa, kadang terfikir juga ntah ada orang baca ke tak blog aku ni, dan komen pun dah suam2 suku tak macam dulu (saya sendiri pun jujurnya jarang2 sangat Blogwalking, so fair lah kan kalau org lain pun jarang2 Blogwalking blog saya), saya tak peduli, saya tetap updated buat entry juga. Itu pun ikut masa. Hihihihi... Dah namanya hobi kan... agaknya sebab tulah anak-anak murid saya tak sabar2 tunggu saya masuk mengajar subjek BM, sebab setiap pengarajaran saya mesti ada cerita. Hihi..

Ok lah. Semoga kita semua dipermudahkan rezeki seluas-luasnya.
Dan jangan lupa, rezeki yang lebih diagih-agihkan kepada yang memerlukan terutama sekarang mangsa-mangsa banjir.

Terima kasih Ya Allah.








:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment