Monday, December 1, 2014

3 jam di Rompin dan Pantai Mersing


Alhamdulillah.
Semalam 3 jam meeting di EDC bersama-sama usahawan terpilih sempena Johor-Batam Business Matching.

Semoga ada ruang dan peluang untuk CocoDamia berkembang dan luaskan pasaran ke negara Asia Tenggara yang keempat selepas Brunei, Singapore dan Vietnam.

Ok lah, kelmarin (sabtu) kami sekeluarga ke Rompin add hoc.
Lepas balik dari office jam 12 tengahari (ada 4 appointment untuk pendaftaran), terus kami ke Rompin. Ke sana atas urusan penting untuk tandatangan dokumen sebenarnya. At the same time boleh lah gi makan lunch udang galah saiz XL kan. Perghhh jauh betul gi makan lunch kan. 3 jam perjalanan sampai Rompin. Lagipun dah bertangguh 3 minggu nak ke Rompin. So this time pergi lah juga walaupun kena balik hari. 

Lepas dah siap segala urusan di Rompin, maka otw balik JB semula, sempatlah kami singgah pantai air papan untuk ambil hati anak-anak ni hah. Jenuh anak-anak tanya kenapa tak tidur hotel? Huhu...cam mana nak tidur hotel, sebab semalam kan ibu dan ayah ada meeting. Kalau tak memang dah lama kami tidur je kat Rompin.


Santai di Pantai Air Papan, Mersing


We-fie


Makan kerepok dan pisang goreng panas-panas.
Hurmmm...best kerepok goreng dia. Rasa ikan.


Sempat juga membeli seluar pantai buat pakai kat rumah.


Haishhh berebut2 budak ni makan kerepok dan air kelapa.


Lepas tu singgah ke Bandar Mersing pula untuk memborong kerepok.


Panas2 kerepok lekor.
Beli lebih untuk dibahagikan kepada kawan-kawan.


Saya beli juga ikan bilis.
Teringat masa kat Pangkor dulu borong ikan bilis banyak2 tapi murah.
Sini pun not bad harganya. Bermula dari RM3 untuk 100g.


Rumah saya memang tak boleh putus kerepok keping ni. 
Ni lah peneman masa makan nasi goreng atau meehoon goreng kat rumah.


Banyak juga kereta yang berhenti beli kerepok bagai.


Jam 6:30 petang, bergerak balik JB.
Sampai JB dalam jam 9:30 malam terus ke Uda Business Centre untuk makan malam.
Nanti saya review tempat makan baru ni ya dalam entry lain.

p/s: Alhamdulillah, walaupun short trip dan hanya day trip, tapi kami sangat enjoy.

















No comments: