Showing posts with label RAYA 2011. Show all posts
Showing posts with label RAYA 2011. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Nasi Mandhi Arab || Hidangan di pagi raya haji

Walaupun tak balik beraya di kampung..
Tapi juadah utk pagi raya tetap kena buatkan..
Nak2 pulak pabila si suami dan anak2 suka makan masakan isteri dan ibunya..
Kebetulan 2 hari berturut2 sebelum raya tu aleesya ngan ayah damia makan makanan arab jer kat restoran arab..berselera betul diaorg makan..
So terlintas lah idea nak buat nasi mandhi arab utk raya tahun ni..
Tahun lepas buat Nasi Dagang...:)
Tahun ni kita ubah selera Timur Tengah pulak yer..


Resepi??

1. Mula2 rebus ayam ngan halia dan bawang putih. Letak 1 kiub pati ayam dan tambah garam.
Simpan stok ayam tu
2. Pastu rendam beras basmathi selama 30 minit. 
3. Dalam periuk tumis rempah ratus, halia+ bawang besar + bawang putih yang dihiris halus2.
Tumis dengan minyak sapi yer kawan2..
Kemudian masukkan gajus, kismis dan tomato yang dipotong dadu.
4. Kemudian masukkan beras yang direndam tadi.Cuci dulu tau.
5. Masukkan air sama paras dengan beras tadi.
6. Masukkan pula 1/2 tin susu cair.
7. Apabila nasi agak2 nak kering, LETAK ARANG YANG MASIH BERBARA DALAM ALUMINIUM FOIL kat tengah2 nasi tadi. Tutup selama 3 minit supaya bau arang meresap ke nasi tersebut. (macam dalam gambar kata atas)
8.Lepas tu, keluarkan arang tadi dan masukkan pula ayam yang direbus.
9. Taburkan daun ketumbar yang dipotong. Titiskan pewarna kuning pada nasi.Tutup periuk sampai nasi betul2 masak.
10. Utk ayam bakar, ambil ayam dalam nasi tadi, taburkan serbuk lada hitam dan putih, letak sedikit pewarna kuning, kemudian letakkan sedikit marjerin. Bungkus dalam aluminium foil dan bakar dengar ketuhar selama 10 minit dengan suhu 180"c.

Hidang panas2..


Taraaa...Nasi Mandhi Arab..
Panggil mandhi sebab ayam tu mandi dengan nasi2 tu dalam 1 periuk kot...hehe


Sepatutnya nasi mandhi arab ni makan dengan sup..
Tapi ibu tukar dengan Dalca sayur..
Tak biasa makan nasi kalau tak ada kuah yang berlauk...hehe


Wajib ada sos ni kalau makan kat kedai arab..
Blend tomato, cili, daun ketumbar dan sedikit gula + garam bersama2..
Marvelous!!


Tema kami pada Raya haji tahun ni warna putih..
Both damias berkebaya putih yer..
Recyle jer baju2 yang lepas..


Memang bertambah2 lah pagi raya aritu..
Alhamdulillah..Syukur dengan Nikmat serta rezeki daripadaNYA..


Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha..

Salam Aidiladha kepada semua sahabat handai serta keluarga di kampung..
Yang balik kampung berhati-hati di jalan raya..
Yang tak balik kampung macam saya, itulah pengorbanan yang perlu kita lalui..

Apakah sajian anda semua di pagi raya Haji ni??
Kami sekeluarga makan..


Tiramisu 


Nasi Mandhi Arab 

p/s: Resepi??? Nanti erk updated!!
p/s: Phewwww....akhirnya mode main masak2 kat dapur muncul semula...tu pun sebab nak raya...hehe


Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

Wednesday, September 21, 2011

Acara Tahunan || Marhaban di rumah..

Setiap tahun masa bulan Syawal..
Pasti persatuan kejiranan kami akan menganjurkan MARHABAN dari rumah ke rumah..
Terpulang pada tuan rumah nak join ke tak...
Tapi bagi kami tiap2 tahun since duduk sini..
Memang tak pernah melepaskan peluang utk sama2 meraikan MARHABAN di rumah kami..
Setahun sekali mendengar alunan2 Marhaban di rumah sendiri terasa tenang jer hati..

Tapi tahun ni memang mencabar lah...
Bukan mencabar apa..
Sebab tahun ni buat hari isnin malam..
Dah lah hari isnin hari tu ayah damia masuk keje 6 pagi balik 7 malam..
Ibu pun sama...cuma pergi office lambat sikit setelah uruskan makan minum sekolah aleesya..
Balik pun 7 malam gak..
Haishh...balik3 jer...rumah tak kemas lagi...garaj tak sapu lagi...masa tu lah baru teringat nak beli mentol2 lampu yang terbakar...masa tu lah baru nak susun atur perabot dalam rumah agar tetamu selesa...haishhh..time2 balik keje tu lah semua nak buat...kalau tak sebelum2 ni serah ajer pada bibik....


Akhirnya tepat 8:30 malam..baru semua selesai..
Tapi makan minum kat dapur tak prepared apa lagi....haishhh..


Dah lepas mandi...cepat2 turun bawah buat air jer...
Owh yer...kalau tahun2 sebelum ni memang tuan rumah kena sediakan makanan ringan2...
Tapi tahun ni kawasan kejiranan dah sepakat tak yah sediakan makanan...Just sediakan air jer..
Sebab nanti makan2 berat akan dinikmati kat rumah last sekali...


Tapi ibu tetap tak puas hati kalau nak sediakan air jer...
Sebab dah biasa kan tahun2 sebelum ni sediakan makanan sekali..
Cuma tahun ni tak dapat lah nak masak sendiri..
So, otw balik keje petang tu singgah kedai beli roti canai..
Patutnya nak beli sate..alahai...3 kedai sate singgah semua tak buka lagi...
So, roti canai lah penyelamatnya...


Alhamdulilah...tenang hati pabila mendengar alunan2 marhaban di rumah ni...


Lepas dah marhaban...
Jemput2 minum yer...


Acara wajib jugak ni..
Beri budak2 duit raya....


HAHAHAHAHA...
Budak kecik ni kan..org lain semua dah gerak nak ke rumah org lain utk marhaban..
Dia boleh lagi maintain makan2 sorang2 kat sini..
Katanya..."sedap cik, rumah org lain tak der makanan"..
Ekekekeke....

Dah habi semua lelaki keluar...perempuan pulak masuk datang beraya sementara tunggu org lelaki sampai ke rumah last...time ni ler boleh berbal panjang dengan jiran2 perempuan...


Dah dekat jam 11 malam..
Barulah Marhaban rumah ke rumah habis..
Maka kami semua pun ke rumah last sekali utk jamuan makan..
Selalunya yang rumah last sekali tuan rumah sponsor makanan..
Rumah kami pun pernah 2 kali jadi rumah last sekali masa marhaban..
Alang2 buat open house...sekalikan dengan marhaban masa tu..
Tahun ni alahai...rasanya tak sempat nak buat Open house..
Memandangkan tgh busy dengan Galeri ZARINA AYU COLLECTIONS..
Pastu students2 pun nak exam PMR dan SPM ..
Apa2 pun rumah kami sentiasa terbuka utk kamu semua..
Call jer yer kalau nak datang..
Sebab masa kami 1 keluarga lebih banyak dihabiskan di office berbanding di rumah sekarang..

p/s: Rumah uols selalu buat MARHABAN???

Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, September 14, 2011

Indahnya dapat SOLAT RAYA dgn anak2 kecil

Alhamdulillah...
Raya tahun ni dapat SOLAT RAYA lagi bersama anak2 kecil saya..
Walaupun masih kecil, tapi rasanya memang sengaja bawak mereka supaya sama2 dapat lihat dan dengar suasana RAYA AIDILFITRI..
Cuma kalau tahun2 lepas, bibik ada jaga Ayyunie..
Tahun ni, tak pe...mak mak saudara diaorg ramai tolong jaga...hehe..


Alahai..sweetnya Aleesya..
Bersama dengan Cik Jah dan Cik Ngah..


Ayyunie bu biasalah..
May be sebab baru 2 tahun ++ kan..
So, macam agak moody jugak mula2 sampai.
Sebab dia ni kan penakut sikit.


Last last....
Percaya tak??
Dia sendiri yang minta pakai kain solat dia..
Both damias memang dah ada kain solat seawal 1 tahun ++ lagi.
Bagi pendedahan awal...
Supaya diaorg tak pelik tgk kenapalah semua org pakai cam ni kan.




Last sekali..
Gambat ibu dan anak2 kesayangan..
Alhamdulillah...
Langsung tak meragam dan tak merengek..
Langsung tak menyusahkan..
Tapi Ayyunie boleh tahan tanya itu ini...hehe

p/s: Alamak...lupa pulak nak ambil gambar ngan TOK MA kat sebelah ibu tu..huhu
p/s: Uols bawak tak anak2 SOLAT RAYA???





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Friday, September 9, 2011

Siapa makan otak kambing?

Kisah BBQ RAYA kami masa malam pertama raya..
Tertengok ayah mertua tengah bakar2 kepala kambing ni..
Confius kejap...terus tanya ayah mertua..
"Ayah nak buat apa kepala kambing ni???"
Sekali ayah mertua jawab...
"Nak makan otak kambing lah"
Huhuhu..ibu terus terdiam...tak terkata apa pun..
Dalam hati dok terfikir, ader ke org makan otak kambing..
Not sure betul2 makan atau ayah mertua sengaja bergurau dengan ibu..
Sebab sepanjang jadi menantu dia, tak pernah pula keluarga kami dihidangkan dengan otak kambing...huhu
Apa2 pun memang tak sanggup ler nak telan otak kambing..
Makan daging kambing pun tidak...(makan sikit sekadar rasa tu pernahlah)..
Ni pulak nak makan otak kambing...huhu


Agak2 betul ke ada org makan otak kambing??
Ke sengaja ayah mertua tu bergurau???

Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, September 8, 2011

Mewah Kereta!!!

Ni lah untungnya anak ramai kan...
Masa kecik2 jer org cakap susah sikit..
Tapi bila dah besar, ibu bapa lah tumpang senang anak2 kan...

Perasan tak?? Kalau rumah2 kat kg, pabila tiba musim perayaan...
Garaj/ lur rumah kat kg penuh dengan kereta2 anak2 yang balik dari perantauan..
Kadang2 siap buat tafsiran sendiri lagi kalau nampak tak banyak kereta masa raya.
"mesti si polan si polan tak balik tahun ni"

Benda yang sama juga berlaku pada PIL ibu..
Kalau time raya memang mewah kereta!!
Tak caya jom tgk..


Ni ler kereta anak2 PIL ibu..
Dari anak no 1 hingga anak no 5..
3 lagi of coz ler tak der kereta sebab masih belajar kan..
Ibu bapa mana tak bangga kalau tgk kejayaan anak2nya kan..
Walaupun bukan kereta Mewah yang bernilai berjuta2 ringgit..
Tapi rasanya sebagai seorang ibu, ini pun cukup sudah memadai..

Ni kereta anak yang sulung...kakak ayah damia
Honda CRV..


Ni kereta anak no 2...abang ayah damia
Toyota Wish...beli tahun lepas..

Ni kereta anak no 3..ayah damia lah tu...
Guna Toyota Wish ni since 2008 lagi...
So bukan adik tiru abang yer, abang yang tiru adik pakai Wish...hehe

Ni kereta anak no 4, adik perempuan ayah damia...
Toyota Avanza..
(eh apasal family ni banyak guna toyota?? haha)


Ni kereta anak no 5, adik perempuan ayah damia yang baru bergelar Doktor tu..
Suzuki Swift..baru beli bulan 5 haritu...
Untung dia, beli suzuki ni tak yah bayar AP sebab guna tiket pelajar..
Ntah cam mana ntah prosedurnya...tapi pendek kata beli kereta ni murah dari harga pasaran lah..
Tu pun dengar ura2 husbandnya nak beli MPV kalau tak silap...

Entry ni bukan berniat nak menunjuk2...alaaa.. bukan kereta mewah pun..kereta sekadar mampu jer..
Tapi apa yang penting disini ialah kebahagiaan ibu bapa melihat anak2 balik dengan senang dan lancar...lagipun rezeki masing2 kan..
Lagi satu terdetik nak buat entry ni sebab tiba2 terfikir..
"meriahnya kalau anak ramai kan...time raya havoc jer rasa, macam2 peel ada..tapi kalau anak 2 jer, cam mana garaj kereta nak penuh dengan kereta?"

Haishhh tak boleh jadi ni...time2 cam ni mulalah terfikir alangkah syoknya anak ramai....tapiiiii....kami nak 2 jer boleh??? huhu..

p/s: Tu tak termasuk kereta PIL dan kereta2 second car kat rumah masing2 lagi tu...

 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Wednesday, September 7, 2011

@ Pasar Munduk, Thailand

Akhirnya sampai jugak ke Pasar Munduk ni..
Bukan apa, dah lama nak datang sini..
Tapi setiap kali balik kelate, mesti tak berkesempatan betul nak datang sini..
Last2 sabtu lepas, before bertolak balik ke JB...ambil peluang shopping disini sekejap..

Both damias memang sengaja tak bawak atas dasar nasihat2 MIL dan SIL..
Pasal katanya cuaca panas, pastu takut budak2 tak duduk diam masa naik bot tu pulak.
Dah lah bot yang nak menyeberangi Sungai Golok tu ala-ala jer...hehe

Hari paling kemuncak/ paling sibuk kat sini ialah hari JUMAAT dan ISNIN..
Org kata kalau datang time tu, memang nak cari parking sahaja berjam2..
Nak jalan pun kena tarik nafas bagi perut kempis sebab jalan2 tu sempit..
Dah lah tu, bukan dapat tgk barang pun kalau pergi time tu..sebab pengunjung ramai sgt..nampak kepala org jer lah...

Ok jom tgk gambar sambil bercerita...


Dah siap2 parking kereta, terus ke pengkalan jeti utk naik bot menyeberang ke Pasar Munduk..
Murah jer naik bot..RM1 seorang...
Bukannya jauh pun...boleh nampak org2 kat seberang sana..


Dah sampai pun kat Pasar Munduk ni..
Apa lagi posing dulu lah kan..
Owh yer, kami berdua pergi bersama adik2 ayah damia..
Senang bawak diaorg utk angkut barang2 nanti...hehe


See, tak ramai peniaga yang berniaga kalau bukan hari Jumaat dan Isnin..
So, jalan agak lenggang dan kami pun dapatlah shopping puas2...:)


Dekat jer pun jarak seberang Malaysia dengan Seberang Thailand tu..
Lambai2 tangan pun boleh nampak...hehe


Cer teka cer teka..
Berapa harga cardigan kanak2 ni..


Benda pertama yang dibeli sesudah sampai sini...
Buah epal jambu...best oo..
Pernah beli buah epal jambu ni kat Cameron Highlands..
Pastu rasanya susah dah nak jumpa buah ni kat mana2..


MIL ibu cakap..buah2 kat sini murah..
Hari jumaat lepas before raya dia datang sini...buah mata kucing dapat RM10 utk 3 kilo..
Tapi time ibu pergi aritu, 1 kilo RM 6 tau...mahaiii...
Agaknya tahu lah tu pengunjung dari luar ramai balik beraya..
Terus ambil kesempatan letak harga tinggi2..


Masa pergi tu, 2 kedai kain jer ada..
Tak pasti yang lain tak bukak aritu atau memang tak ramai yang jual kain pasang..


Comelkan selipar ni..


See, tak ramai sgt org..
Kalau tak..nak berjalan pun kena sorong2 kaki betul2..
Kalau tak terpijak sesama sendiri..


Tudung2 memang banyak jual kat sini..



Cuaca sgt panas..so memang dahaga giler..
Beli air bikarbonat jenama Thailand punya..
Not bad lah...cuma gasnya kurang kaw kaw...
Nak beli air lain, takuttttttttttttttttttt...hehe


Ni dah kat area2 belakang...
Semua kenderaan menggunakan no plat thailand..



Fuhh fuhhh...kusyuk beli barang2 utk rumah...
Memang berbaloi2...

Mak aiii...siap beli mini kawah tu..
Yg ni saiz 24...kalau kuali saiz 36 tu....fuhhh..dasyatttt..
Jenuh nak bawa nanti..


Suami kepanasan dan berpeluh2 menunggu isteri shopping..hehe


Dah jalan2 tu..sempat lagi tahan makcik yang naik skuter ni semata2 nak bergambar weii..
Berkenan tul tgk skuter pink tu...tu yang siap tahan lagi...hehe


Kebetulan kami dah lama betul nak beli skuter yang guna bateri ni utk aleesya..
Tanya2 kat JB...ader yang harga cecah sampai RM560..paling murah pun RM300++..
Tapi bila kat sini..sungguh tak percaya dapat harga RM200++ jer..
Apa lagi berdesuppppp beli...


Ayah mithali...
Usung jangan tak usung..
Demi anakanda terchenta...


Masa ni dah nak balik..
See...setiap satu bot tu..mesti penuh giler org..
Tapi kami betul2 bernasib baik lah..
Sebab bot kami pergi dan balik memang hanya kami anak beranak jer..
Tak kongsi ngan org lain..
Tu yang best amik2 gambar tu..
Kalau tak segan jugak kan..


Puas hati datang sini..
Nanti datang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Skuter naik bot...hehe...
Masa ni tak sabar nak balik rumah nak tunjuk kat both damias ..


Tips ke pasar Munduk:

1. Sila bawak cash banyak2...sebab kat sini tak der ATM, tak der credit card machine..:)...lagi banyak cash, lagi banyak habis....hehe

2. Better jangan bawak anak kecik lah..sebab takut anak2 nangis naik bot, si ibu pula gayat naik bot...sebab bot tu kecik jer...terhuyung hayang rasanya duduk dalam tu...pernah ader case pengunjung terjatuh dalam sungai masa air deras...huhu

3. Kat sini peniaga jual mahal...minta tawar menawar pun susah nak dapat...tmungkin sebab memang harga kat sini jauh lebih murah dari harga2 kat luar..tu yang kerek semacam jer peniaga...huhu..

4. Tak payah guna passport pun...redah jer naik tokang tu...haha

p/s: Ader siapa2 dah pernah sampai sini???



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!