Showing posts with label Australia. Show all posts
Showing posts with label Australia. Show all posts

Wednesday, November 22, 2017

Video pengalaman naik helikopter di Gold Coast, Australia



Throwback masa kami sekeluarga naik helikopter di Sea World Australia..

Umpama Bird's Eye View of the Gold Coast gitu..

A very memorable experience untuk kami sekeluarga..
Dan semestinya its something we can talk about it till you get old..

Pabila tanya anak2 apa perasaan naik helikopter?

Masing2 jawab mula2 takut, tapi tak sabar nak naik.....lepas lama dah naik helikopter dan pusing2 kat atas tu, biasa je macam naik kapal terbang, cuma yang ni kita nampak semua pemandangan cantik yang kat bawah kita sebab cermin kan dan bukannya tertutup macam kapal terbang... tapi bunyi kuat sangat helikopter ni, kena pakai headphone kalau nak cakap sesama sendiri..

Kalau tanya kami nak naik lagi tak helikopter ni, insyallah why not...tapi kena menabung lebih sikit lah sebab semua pun tahu nak naik helikopter private cam ni memang agak mahal....ratusan ringgit per person untuk 7-10 minit sahaja....tapi yang penting pengalaman mahal tu yang tak boleh dijual beli..

Moga ada rezeki kami naik helikopter di negara lain pula....aaamin...


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, November 21, 2017

Video Ayyunie di Gold Coast Night Market



Throwback video #hellogoldcoastbydamiasdaim
Ni masa kat night market Gold Coast.. kami beli Wacky Whitsle sebagai hadiah harijadi untuk Ayyunie (dia yang minta beserta beberapa hadiah lain lagi). Unik whistle ni sebab bila kita letak je kat atas lelangit kita, nanti bercakap keluar bunyi burung ikut irama suara kita.
Tapi yang nak difokuskan dalam video ni adalah, cuba tengok reaksi muka Ayyunie..ketakutan kan? Memang lah sebab kat Gold Coast ni ramai yang bawa anjing sekali masa bersiar2..masalahnya anjing2 tu suka betul menghidu orang. Serius sangat tak selesa. Ada sekali tu sampai nak terjatuh buggy Daim dek kerana kami (kecuali ayahnya) lari dari anjing.. nasib baik ayahnya cepat2 pegang buggy..
Pastu masa mula2 sampai airport Gold Coast pun, anjing hitam besar menerkam pounch kat pinggang ayah damia tanpa kami sedar, pastu terus berlalu pergi. Kami anak beranak terkejut sungguh weii..sempat lagi Ayyunie cakap "fuhhh nasib baik anjing tu tak bau adik, kalau tak haram dah adik ni terkena anjing 😂😂😂"..
Dalam video tu Aleesya (paling penakut) sampai turun tangga ke pantai lari dari anjing tu..
Apa2 pun setiap negara yang kita pergi, banyak pengalaman yang dipelajari, terutama buat anak2 yang otak mereka seperti sponge yang absorb setiap moment.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, August 22, 2017

Gold Coast, Australia || Jalan-jalan Surfer Paradise

Lepas balik dari Movie World, kami jalan2 sekitar Surfer Paradise untuk cari cenderahati dan juga beli sedikit barang dijadikan sebagai kenang-kenangan.. Siap2 bagitau kat driver supaya drop kami kat tempat selalu org beli souvenier kat mana. Driver kami sangat2 membantu, memang kiranya dia jadi tour guide kami juga sepanjang hari pertama kami di Gold Coast ni sampailah hari terakhir hantar kami ke airport balik KL.


Kami banyak membeli cenderahati kat kedai ni. Souvenirs warehouse namanya. Dari fridge magnet berpuluh ketul, hinggalah ke baju t-shirt yang ada perkataan Australia. Kat Malaysia nak beli baju T-shirt bodo2 RM40-RM50 rasa mahal. Kat sini beli baju t-shirt (kain jersey) AUD30 rasa murah pula ya bang.. Haha..


Memang berpuluh2 ketul lah beli. Untuk staffs, untuk family, untuk kawan sekolah, untuk kawan tuisyen, untuk kawan ngaji, untuk cikgu2.. Phewww.. Sukalah anak2.. Sebab korang gigih kumpul duit nak shopping kat Gold Coast ni kan.. (Padahal tak tau ibu ayah banyak top up duit untuk korang.. Haha)


Rambang mata kat sini..
Bukan kat sini je banyak cenderamata, sepanjang2 deret kedai2 ni pun banyak juga pilihan, pandai2lah pilih yang mana berkenan...


Tengah2 shopping, eh train lalu lah.. Ok cepat2 snap.. Perancangan awal dulu nak naik train nak gi jalan2 Brisbane..tapi sebab masa solid hanya 3 hari je kat sini, lagi 2 hari untuk arrival dan departing, so memang tak sempatlah nak ke Brisbane. Dan sebenarnya adalah juga saya recce nak ke Tangalooma island dari Brisbane tu, tapi haihhhh.. Masa oh masa..


Dah jalan2 sekitar tu, ternampak pula cafe Chocolateria San Churro ni. Wajiblah masuk dan buat business observation kan. Mana tahu ada idea dan belajar sesuatu yang baru dari sini utk business CocoDamia kami..


Fuyooo.. Nak terbang mana abang weeii dengan Daim tu.. Owhh nak terbang tinggi bersama CocoDamia lah tu..


Kami masuk dan buat observation sambil belilah juga truffle dan ais krim dalam ni buat rasa. At least boleh tahu rasa coklat oversea cam mana kan.. Tapi sama je rasa coklat semuanya. Bezanya perasa dan paste sahaja.. Hihi..


Ok, noted utk gift boxes..


Ok! kat galeri GO-JB CHOCOLATE lagi cantik kot rak-raknya.. Opss :-)


Insyallah, jika diizinkanNya, CocoDamia pun nak keluarkan serbuk minuman koko sendiri..


Packaging ni memang ada dalam perancangan CocoDamia..


Nak hasilkan coklat ni kena labur untuk mesin yang puluh2 ribu tu ya..


Lepas dah shopping bagai semua, kami jalan2 ke sekitar pantai Surfer Paradise pula.. Eh banyak pula merpati2 jinak ni minta simpati makanan dengan ayah Damia.. Siap beli makanan lagi nak bagi kat merpati2 ni..Teruja Daim tengok burung yang banyak tu ya..


Dalam jam 5 lebih, kami jalan2 ke night market tepi pantai Surfer Paradise ni.. Night market ni hanya ada pada hari rabu, jumaat dan ahad sahaja. Kami antara yang terawal ni, tu tak ramai lagi org.. Nanti makin lama makin ramai orang..


Hujan rintik2, angin sepoi2, masa ni nak masuk musim autumn. Tu yang bertutup bagai buggy Daim tu.. Duduk rehat kejap sementara tunggu semua stalls kat Night market ni buka. 

Surfer Paradise ni memang kebanyakan bangunan dia tinggi2. Bayangkan kat KL bangunan tinggi banyak2, tetiba ada pantai kat situ. Memang bestlah kan!


Aneka produk yang dijual di night market ni.. Seperti fashion, jewellery, accesories, artworks, photograph, local product lah banyak seperti makanan dan juga home wares. Kalau nak sesuatu yang unik dan lain sebagai cenderahati, boleh lah beli terus dari sini. Aleesya & Ayyunie beli bounce/magic ball sorang satu, lepas tu Ayyunie beli lagi chirp chirp whitsle ( yang kita letak kertas kat atas lidah, lepas tu boleh keluar suara burung lah, cakap macam burunglah),


Silver steve yang menjadi tumpuan pelancong.
Semua hairan macam mana dia duduk kaku je berjam-jam kat situ..
Dia hanya akan hulur tangan dan senyum pabila kita masukkan duit dalam tin yang disediakan didepan dia.
Tu Ayyunie dapat bersalam dengan Silver Steve sebab masukkan duit lah tu..

Btw banyak lagi attraction kat area pantai Surfer Paradise ni. Makin malam makin havoc...
Ada juga nanti perempuan seksi2 yang lumur kulit diaorg dengan emas sibuk jual apa benda ntah..
Haihhh malu pula anak tanya kenapa pakai seksi2.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar-gambar kat bawah ni pula masa malam pertama kami sampai ke Gold Coast..
Semangat dan teruja masing2 first time dapat jejakkan kaki k Negara orang putih..;-)


Jalan kaki dari apartment kami pantai surfer paradise..
Kat sini tak hairan ya tetiba ada org bawa kereta sambil tekan hon tak henti2 dan dok jerit2..
Tu mabuk namanya..
Dapatlah anak2 tengok org mabuk macam dalam TV live kalini...haha


Pantang nampak signage Surfer Paradise..
Mesti snap!


Depan hard rock cafe Gold Coast


Kedai ni pun banyak cenderahati...
Orang cina ownernya..
Banyak juga produk2 Malaysia ada dalam ni..
Tapi sebabmkan baru first day sampai...takkan dah nak beli cenderahti ye dok..
So kami tak membeli apa2 disini..


Macam kat USS...


Tak banyak pun baju2nya...
Ayah damia nak warna hitam, tak ada saiz pula...


Comelll gambar ni...;-)


Lepas tu kami singgah untuk beli pizza dan kebab pula sebagai makan malam..
Since dari hari pertama sampailah hari balik..tiap2 malam kami makan kebab..haha
Saja nak try kedai lain2 kan..
Rasa pun lain2..
Tapi tensionnya kat sini kebab diaorg kurang sos lah..
Tak pedas maka kurang kick lah sikit..


Orang kata perkara biasa kalau crowd ramai2 macam ni area surfer paradise..
Ada je benda2 hiburan yang akan dipertontonkan..
Masa ni korang akan nampak ramai jugalah pelancong dari Malaysia ke Gold Coast ni..
Maka bolehlah saling bersapa-sapa, senyum2 dan berkenalan...cewahh..


Makan pun rileksss je kat bangku2 dan meja yang disediakan.
Hah tu semua pakat berdiri teruja nak tengok apalah yang diaorg excited sangat nak tengok tu..


1 kebab ni wajib makan 2 orang ya..
Pheww jenuh nak habiskan..
Harga AUD9.90..
Convert RM masa ni sila darab dengan 3.5


Dah lepas makan, jalan2 ke pantai pula...
Ombak kuat kat belakang tu...
Petang2 ramai yang surfing..malam2 ni tak perasan pula ada ke tak yang surfing..


Korang pun nak terbang juga macam burung merpati tu ke???


Angin kuat di Surfer Paradise..
Kadang2 hujan..
Tapi walaupun suhu 26'c, badan langsung tak berpeluh dan windy je..


Macam lah boleh tangkap merpati2 ni kan..


Tahun depan sukan Komenwel di Gold Coast..
At least kami dah sampai sini...yeayy..Alhamdulillah..


Nak balik apartment, singgah membeli lagi..
Kalini makan ais krim pula..


Bersungguh masing2 nak suap Daim makan ais krim ya..
Ais krim mahal ni weii.. tapi anak2 nak rasa...layankan aje..


Lepas tu singgah kedai Churros ni pula...
Makan lagi..haha..
Amik rasa orang kata..biar menyesal membeli dari menyesal tak membeli...
Tak gitu...haha

Ok lah sampai sini sahaja cerita jalan2 Surfer Paradise..
Last entry insyallah nanti saya cuba buat inetiary ke Gold Coast ni..
Untuk rujukan sesiapa yang nak bercuti ke sini..





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, August 1, 2017

Gold Coast, Australia II Warner Bros. Movie World

Lamanya nak sambung balik cerita2 kat Gold Coast ni..
Last update bulan april aritu pasal Fish Market kat sana..
Ok, since gambar2 dah ada dalam draft, meh kita sambung semula hari ke-4 kami sekeluarga di sana..



Hari ke-4 kami ke movie world..
Agak jauh juga lah dari area Surfer Paradise tu..
Lebih kurang dalam 45 minit..
Kami antara terawal yang sampai..
So sebelum masuk, wajib snap2 kat entrance kan..


Ok kredit untuk Aleesya ke Ayyunie yang snap2 gambar ni..;-)


Both Damias memang excited sangat2 nak datang sini..
Al-maklumlah, diaorg dah dipengaruhi dengan movie Hello Gold Coast lakonan Zizan, Mia Sara dan Raykal tu..boleh dikatakan hari2 tengok CD movie tu sebelum datang sini..


Ni masa tengah beratur nak tengok 4D Adventures Lonney Tunes tu..
Memang best movie 4D tu..
Daim pun enjoy je tetiba basah lah, tetiba keluar salji lah...hihi..


Kartun feveret zaman saya kecik2 ni..
Anak2 tak kenal pun karakter kartun ni..
Scooby scooby doo, where are you..


Opppss... manja 2 gitu..


Wajib singgah galeri coklat ni..
Ater bolehlah buat observation dan juga belajar sesuatu kan..





Sampai ke label pun nak snap...haha


Beli nak rasa je ni..
Truffle perisa apa dah...lupaaa...haha
Tapi jujurnya tak sedap pun...eh!



Aleesya memang penakut sikit..
Naik benda ni pun takut..
Menurun saya lah tu sikit2 takut...haha


Tengok Ayyunie rileksss je naik benda ni..


Pastu naik kereta ni dalam kingdoms apa ntah nama dia..
Haha..dah lama tak ingat..

Ok, ni antara show yang wajib tengok..
Drift kereta..
Memang best ni tengok aksi2 kereta drift...
Ada unsur humor juga...dan engagement dengan para penonton..


Masing2 teruja tengok sketsa drift ni..



3D wall..


Tak sanggup nak naik coaster ni..


Kebetulan dalam tengahari sikit, hujan rintik-rintik pula tu..
Tapi pengunjung tetap rilekss je main tu main ni..


Suka ya Daim orang usung sana sini..
Dah macam anak kanggaroo duduk dalam carrier tu...hihi



Daim pun enjoy rides ni...
Hairan agaknya dia asyik pusing2 je rides ni..


Sambung main dalam kingdoms ni lagi..


Ingat ke Daim boleh main kereta ni ditemani ayahnya..sekali masa nak masuk tu Daim tak cukup tinggi pula...so tengok kakak2 je lah main ya..


Wahhh Looney Tunes...
Hahaha...suka ya Daim kena gomol2 kat itik besar tu..


Tak naik pun kat sini.
Just bergambar je depan ni..


We are happy family..
Alhamdulillah..dapat tunaikan hasrat both Damias terutama Ayyunie nak ke sini..


Refill air kat sini kejap..
BTW kalau kita beli botol air dia (saya beli masa kat Sea World), dan ada sticker khas bawah botol air tu, kita boleh refill air tu kat beberapa tempat attraction di Gold Coast ni...so memang jimat lah walaupun botol air tu harga dia lepas convert duit kita dalam RM50 lebih..haha..sampai sekarang pun masih guna botol air tu kat rumah...so worth it lah juga..


Aummm...buat gaya Catwoman..


Ayyunie cakap tak takut pun...hihi


Lompat keriangan...


Ingat nak masuk tengok sekali lagi, tapi kena beratur panjang pula...


Ni girlfriend Superman ke? kih kih..


Putih bersih gebu uolsss kulit kaki dia...hahaha


Tak berani naik Escape ni...so buat aksi kat luar je lah...haha


Berehat sebentar
Masing2 dah penat..Ayyunie sampai buka kasut..
Mula2 ingat nak main kat sini sampai 4 petang, tapi jam 1 petang kami whatsapp driver kami suruh ambil kami balik jam 2 petang..


Tengok je lah mampu orang-orang dok menjerit naik roller coaster ni..
Nak naiks sendiri hati memang tak mampu tak melawan ketakutan...hihi


Panjang giler kot roller coaster yang ni pula..
Pun tengok je lah org lain naik..haha


Hah! Kalau yang ni beranilah saya naik.. Haha.. Tapi muka cuak juga tu ngan Aleesya. Ayyunie yang duduk depan kami siap sound "bisinglah ibu ngan kakak ni, ni pun nak takut"... Haha.. Malu weiii..

Btw banyak lagi rides yang saya tak sempat amik gambar dan ada juga gambar2 yang saya snap tak letak semua dalam blog...kita up mana yang sempat je ya..

Ok next insyallah bersambung lagi...







:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::