Showing posts with label Matrade. Show all posts
Showing posts with label Matrade. Show all posts

Thursday, March 3, 2016

Semalam interview, harini terus masuk suratkhabar Sinar Harian

Pantas betul kan..
Saya dapat makluman yang artikel akan keluar 2-3 hari lepas interview, rupanya keesokannya juga keluar.
Saya tahu pun sebab rakan-rakan usahawan yang whatapps dalam group.

Btw "harini" tu merujuk kepada tarikh 7 Februari 2016 yang lepas....
Sehari sebelum cuti Tahun Baru Cina baru2 ni..
Backdated punya story lah ni..hihi....
Baru sempat lahhhh....



Dalam Sinar Harian tu, ada cerita CocoDamia tentang bagaimana Pensijilan Halal mampu membantu para usahawan untuk berkembang lebih jauh dan lebih global lagi.

Walaupun terdapat banyak kerenah, birokrasi serta kos-kos yang terlibat semasa permohonan Pensijilan Halal, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk memilikinya. Malah lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.


CocoDamia antara produk tempatan yang mendapat sambutan. Bahkan makin produktif melebarkan sayap ke Negara-negara Asean. Insyallah, makin lama makin teguh. Terima kasih juga kepada Matrade Wilayah Selatan atas sokongan dan perkongsian ini.

Untuk pembelian produk-produk CocoDamia, boleh layari www.cocodamia.com atau hubungi sahaja 
010-6468383. Pencarian ejen-ejen di seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Vietnam masih diteruskan untuk memenuhi kapasiti permintaan dan kemudah capaian produk2 CocoDamia.

Don't hesitate hubungi kami ya!

Terima kasih Allah.

Thursday, December 3, 2015

Kepercayaan kali kedua menjadi penceramah jemputan.


Alhamdulillah. 
Sehari sebelum saya balik Kelantan minggu lepas, sekali lagi saya dijemput oleh Pihak Matrade dan MOA untuk sesi sharing bersama 180 peserta wanita yang lain yang rata-ratanya telah mempunyai business atau bakal membuka business. Sharing kali pertama boleh baca di entry ni.


Terima kasih sekali lagi kepada pihak Matrade dan MOA kerana memberi kepercayaan kepada saya lagi untuk melaksanakan amanah ini sebaiknya.


Sesi sharing saya kali ini adalah bagaimana business coklat yang hanya bermula dari rumah, tapi mampu masuk kontena untuk tujuan eskport ke luar negara.
Semoga ia memberi manfaat kepada 180 peserta yang mendengar hari tersebut.


Dan seperti biasa, lepas sesi sharing, acara bergambar adalah wajib kan. Feeling artis ler saya sana sini orang datang bergambar ngan saya....hihi..


Penghargaan dan token daripada Dato' Noraini selaku Chairman Matrade dan juga Penghargaan dari pihak MOA.


Bukan itu sahaja, macam-macam buah tangan lagi dapat.
Ni baru dapat dari Dato', belum lagi buah tangan dari peserta2 yang bagi kat saya. Saya hargai sangat2 ok.


Bergambar kenangan bersama.


You all semua boleh ok!
Start small, dream big!
Allah Maha Adil. Pasti impian akan tercapai kalau mempunyai mindset yang hebat, tahu mencari cara, bersungguh-sungguh dan tahan ujian kiri kanan.


Lepas sesi sharing, time untuk makan-makan pula. Kalini segan pula saya sebab makan bersama meja VVIP.
Kita mulakan dengan appertizer.


Dan diakhiri dengan dessert.


Dan ini adalah antara komen-komen daripada peserta2 selepas sesi sharing saya.
Turun je pentas terus dapat bertalu2 whatapps.
Alhamdullillah.


Mana yang baik datang daripada Allah, mana yang buruk datang daripada kelemahan saya sendiri.


Hihi...tengok tu!
Sampai nak kencing pun tahan2 ya.
Alhamdulillah.
Itulah niat sesi sharing saya.
Saya masih lagi belajar banyak benda sebenarnya.
Cuma mana yang saya dah lalui pengalamannya, saya sharing bersama mereka yang ingin berniaga betul2.
Insyallah.
Semoga sesi ini mendapat keberkatan daripada Allah.


Updated!
Gambar2 dibawah dari Fanpages Dato' Nooraini































Monday, August 24, 2015

Penceramah Jemputan lagi


Terima kasih kepada pihak Matrade (Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) kerana memberi kepercayaan kepada CocoDamia sebagai Penceramah Jemputan semalam.

Antara skop yang dikongsi semalam adalah:
- Bagaimana CocoDamia bermula
- Pengalaman mendapatkan Sijil Halal
- Pengalaman mendapatkan sijil MESTI dari KKM
- Kesan sijil2 tersebut terhadap produk CocoDamia untuk tujuan eksport.


Syukur Alhamdulillah..
Dengan Izin Allah, semalam saya dapat berkongsi pengalaman bersama 108 peserta/usahawan2 lain bagaimana CocoDamia yang hanya bermula dari rumah, kemudian berjaya dieskport ke Luar Negara.
Tanpa Mentor, tanpa bantuan pinjaman, tanpa ilmu secukupnya, tanpa menjadi ahli dalam group2 usahawan,  tapi dengan berbekalkan semangat jati ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam diri kami suami isteri, siapa sangka, apa yang kita impikan, ia pasti menjadi kenyataan.



Kalau saya boleh! Kalian pasti boleh! 
Dengan adanya pelbagai pihak agensi yang dapat membantu, dengan adanya pelbagai kelas2 menimba ilmu keusahawan, dengan adanya group2 usahawan, dengan adanya mentor2 yang berjaya kini, saya yakin kalian semua lagi cepat/mudah berjaya berbanding masa saya starting 3 tahun yang lepas.


Ingat! Walaupun kita proses secara kecil atau sederhana, tidak mustahil kita juga adalah BIG PLAYER. Janji berniaga dengan cara yang betul dan ikut peraturannya.


Kita semua tidak gagal, cuma kejayaan yang masih tertangguh. Sampai masanya, akan datang kejayaan itu mencari kita sendiri.


Bersama Setiausaha MOA, Puan Norison Ramli dari Putrajaya.


Terima kasih juga kepada Dato' Noraini Ahmad yang sudi memberi peluang kepada CocoDamia berkongsi sedikit sebanyak pengalaman.


Sorang lagi penceramah jemputan adalah Pak Lah.


Bersama En Raphy selaku pengarah Matrade Wilayah Selatan.


Acara wajib ni, saya dah macam artis, sana sini semua nak bergambar, kata mereka ambil aura.
Jangan diambil aura saya banyak2 sangat ya. Kesian nanti saya.
Hihihi...gurau je.
Apa2 pun happy kerana dapat juga saya memberi pandangan dan idea kepada usahawan2 yang bertanya pelbagai soalan kepada saya tentang business masing2.


Bersama Ketua Pengarah MARA, Dato' Ibrahim dari Putrajaya.


Yang bestnya tu ayah damia pula jadi VVIP. 
Siap makan bersama dengan pengarah2 dari pelbagai agensi dan dapat pula bersama2 bergambar ramai2 termasuk usahawan UmmiRiaz. 
Untungla...


Sporting lah semua..
Tak kira Dato', tak kira pengarah, tak kira pangkat..
Semua sporting bila bab bergambar kan..


Terima kasih MOA atas sijil dan token yang diberi ;-)
Syukur Alhamdulillah..


Cenderahati dari Dato'..
Saya ingatkan botol air apa lah tu..
Rupa2nya payung...haha jakun kejap saya..


Beg cenderahati dari Lembaga Nenas.

Terima kasih juga kepada semua agensi2 yang terlibat seperti MARA, SME Corp, TEKUN, Lembaga Nenas dan agensi2 lain.

Yang paling best, terima kasih juga kepada para2 peserta dan usahawan2 lain yang tak putus2 bagi macam2 kat saya (semestinya produk masing2 lah kan). Tak cukup 2 tangan saya ni. Mujur Aleesya dan Ayyunie ikut. Boleh jadi pembantu saya. Insyallah ada masa, akan saya review produk masing2 ya. Tapi saya tak janji.

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam..


















Sunday, June 21, 2015

Lawak Ayyunie bersama Dato' pagi tadi


On call punya order, time tu call time tu nak. Dah lah semalam saya dan staffs CocoDamia semua tak kerja, mujur boleh delay sehari harini.

Terima kasih Dato' Noraini, Pengarah Matrade kerana borong CocoDamia. Next time boleh borong lagi.


May be Dato' borong untuk sumbangan Ramadan kot. Diberi bersama dalam goodies beg untuk Parlimen Parit Sulong.


Yang bestnya tu, pagi tadi Ayyunie tanya soalan lawak lagi..

..."ibu..ibu..kenapa kita panggil dia datok? Bukan datok tu untuk orang tua ke, tu muda lagi"...

Hahaha, maafkanlah anakanda saya yang berusia 6 tahun tu ya Dato'. Dia memang jujur dan suka terus terang orangnya.

Btw perjumpaan singkat tadi di Matrade Wilayah Selatan, mencetuskan 1001 inspirasi. Keep in touch ya Dato' dan terima kasih sekali lagi borong CocoDamia.

P/s: Abaikan muka saya yang pucat tu. Bulan Ramadan ni, lepas bangun sahur siap semua, terus masuk kilang CocoDamia. Tapi kerja sampai jam 1 tengahari je semua bulan puasa ni. Ikut Brunei kerja 6 jam je bulan Puasa :-)


Thursday, May 14, 2015

Lawatan dari Chairman of MATRADE & MATRADE Wilayah Selatan ke CocoDamia



Alhamdulillah..
Selesai lawatan kerja MATRADE ke Premis CocoDamia pada hari selasa lepas iaitu 12 Mei 2015. Kepada yang masih tidak tahu, MATRADE ni adalah untuk membangun dan mengalakkan eskport Malaysia ke dunia. Kiranya ia bertindak sebagai agensi utama pusat aktiviti bagi pengeksport Malaysia. Kalau tak silap, MATRADE Malaysia berada di 44 buah negara di dunia ini untuk memantau hasil import eksport yang melibatkan Malaysia.


Terima kasih banyak-banyak kepada:

1. Chariman of MATRADE dan selaku juga Adun Parlimen Parit Sulong - Dato' Noraini Ahmad

2. Pengarah SME BANK Kuala Lumpur - En Asbullah 

3. Pengarah MATRADE Wilayah Selatan (baru seminggu ditugaskan balik ke Johor selepas bertahun2 berkhidmat di Johndeburgh dan ini first site visit beliau) - En Raphy dan penolongnya En Iswazar.

4. En Junaidi dari TEKUN Johor (kenal masa pergi ke BATAM untuk program usahawan bulan Dec- 2014)

5. Pegawai-pegawai (bahagian premis dan kilang) dari SME Corp - On the spot Pengarah call terus datang :-)


Terima kasih atas lawatan hormat ini dari pihak CocoDamia. 


SYUKUR. 
Semoga dengan lawatan ini dapat mengembangkan lagi CocoDamia ke peringkat lebih jauh di Persada Dunia dan juga dapat menambahkan pendapatan serta ekonomi negara.


Mengenalpasti cara-cara pembungkusan produk2 CocoDamia.


Apalah yang saya cakap tu sampai muncung2 mulut. Candid memang macam ni kan..;-)


Kalau saya sampai muncung-muncung, ayah damia pula sampai nganga-nganga mulutnya...;-)


Insyallah lepas ni lebih banyak lagi CocoDamia akan dieksport ya.


Mengenalpasti kekurangan dan kekangan untuk per order 1 kontena.


Tempat pemprosesan.
Kata mereka, siapa sangka tempat proses kecil sahaja, tapi produk worldclass dan dah siap eksport ke beberapa Negara2 Asean.


En Asbullah panggil coklat ketuk-ketuk. Hah! Baru tahu kan CocoDamia dibuat dengan penuh teliti dan perincian. Dan yang penting masih manual.


Teruja masing2 tengok Coklat CocoDamia dihasilkan.
Nama je senang buat coklat. Tapi banyak remeh dan temehnya. Yang penting berkualiti.


En Junaidi sedang membaca kisah2 inspirasi CocoDamia.
Bukan senang nak senang. Kalau senang pun semua dengan kuasa dan Izin Allah.


Selalu nampak Dato' rasmi upacara atau apa2 events antarabangsa. Kalini dapat berborak dan bertentang mata gitu.


Sedikit cenderamat untuk Dato'.


Walaupun Dato' dah berusia 48 tahun, tapi betul2 energetic dan sangat peramah orangnya. Yang lagi penting tak sombong langsung.


Hampir 2 jam kami berborak dan mendapat khidmat nasihat,


Sedikit kenangan untuk TEKUN


Sedikit kenangan untuk MATRADE Wilayah Selatan.


Sedikit kenangan untuk SME Bank.


Terima kasih En Iswazar yang memilih CocoDamia untuk lawatan kerja MATRADE di Johor ini.


Sedikit kenangan untuk SME CORP.


Yang pasti lawatan kerja ini memang memberi 1001 kenangan dan peluang kepada CocoDamia.
Terima kasih Ya Allah.
Sesungguhnya proses menuju kejayaan adalah satu pengembaraan yang mengembirakan diri dan team CocoDamia.

PELUANG>>>>>>>REBUT RUANG>>>>>>CIPTA WANG>>>>>>>KONGSI RUANG

p/s: Boleh tengok gambar2 lagi di Instagram Dato' Noraini Ahmad.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::