Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Friday, January 8, 2021

Cancel Flight JJCM Penang


Sepatutnya awal pagi tadi kami sekeluarga dah berlepas ke Penang untuk cuti-cuti Malaysia dan JJCM.
Tapi semalam last minute saya dan ayah damia buat keputusan untuk cancelkan flight kami dan request credit account.


Boleh tengok video kat atas cam mana sebenarnya kami dah hampir2 nak check in dan print tiket flight kat airport..
Tapi berbelah bahagi nak pergi ke tak nak, nak pergi ke tak nak..

Ramai yang tanya saya ni AA yang cancelkan atau saya yang cancel,
Actually ni saya sendiri yang cancelkan last minute..
Sebelum ni beberapa hari lepas flight ni ada sampai email reschedule time dari 8 pagi tukar ke 7 pagi..
Kalau kita tak boleh keep going dengan reschedule time tu, AA bagi pilihan samada nak change date atau request credit account before 48 hours departure. 
Tapi semalam saya request Credit acc last minute sangat dah..
Tak sampai 24 jam departure time..
Saja2 cuba try request..
Alhamdulillah..
Successful...


Terus masuk duit dalam Credit Account..
Syukur sangat..sebab saya tak letak harapan tinggi dapat duit balik sebab request pun dah last minute kan..

Untuk yang memerlukan..
AVA Air Asia via whatsapps - 01135165078


Allah lapangkan segala kesulitan..
Deposit kereta sewa pun dah dapat refund.
Terima kasih Allah..


Ni kes semalam..
Sampai 3 ribu lebih hah kes baru..
Fuhhhh...
Tepat sekali keputusan kami cancelkan flight pagi tadi..
So tak rasa menyesal sangat tak dapat JJCM dengan kes yang makin lama makin tinggi sana sini..
Terutama kat Johor ni..
Ya Allah, jauhilah kami dari dijangkiti Covid19 ni dan moga2 ada penyelesaian secepat mungkin..

Allah sebaik2 perancang.
Segala yang berlaku ada hikmahnya..
Pasal MCO 2.0 tu betul atau tak, kami sekeluarga ambil langkah berjaga2 sahaja..
Buatnya betul2 MCO 2.0, jenuh pula kami dah kena lock down kat Penang ke kan..
Yang paling takut kalau tetiba kena buat Swab Test..
Nauzubillah...

 

:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, January 8, 2020

Review || Tanjung Point Residence, Penang



Malam terakhir di Penang selepas check out dari Maritime Luxury Suite,
memang rancang nak stay di tepi pantai.
So here we go, kalini kami pilih:

TANJUNG POINT RESIDENCE

Ada 2 bilik dalam apartment.
Semua bilik seaview termasuklah living hall.



Living & dining hall tu memang luas. Sesuai untuk aktiviti berkumpul bersama keluarga.
Bilik iron baju pun ada. Tempat letak kasut pun ada bilik kecik khas.


Ada balkoni untuk santai2 dengar ombak dan angin sepoi2 masuk.


Cantik sangat pemandangan haihhh..


Perabot semua baru2. Sebab tu deposit kena RM300 tu agaknya.
Nak check out kena tunggu lama sikit sebab nak check bilik dulu, baru dipulangkan deposit.


Minum petang kami..
Gigih Ayah Damia dan Aleesya Ayyunie gi mencari makanan untuk minuman petang..
Agak terhad sikit gerai2 tepi jalan disini kerana kebanyakan adalah gerai2 cina.
Macam2 ada tu hah..


Ni pula dinner kami..
Masing2 dah penat malas nak keluar..
So beli je kat kedai Tom Yam berdekatan..
Balik hidang buat style Shell Out..
Puas hati makan kat bilik dari makan kat kedai kan..

Nak kata kedai dekat tak juga, nak2 sampai Batu Feringgi baru jumpa kedai Tomyam Melayu..
Kalau Kedai Seafood Cina, banyak je tepi2 jalan tu..


Dining luas..
Meja kerusi makan pun muat untuk 6 orang..
Just nice!


Kitchenette..
Tak boleh masak heavy2 sangat pun sebab tak ada periuk belanga..
Hanya ada kettle, microwave, peti ais dan pinggan mangkuk gelas je..
Itu pun dah cukup kan..


Wardrobe dan meja make up bilik master room..


Tenang je kombinasi warna biru putih ni..


Bathroom pun best. Tapi seksi sikitlah kalau tak tutup bidai dari dalam toilet. 
Apa ada hal seksi2 suami isteri kan. 
Yang penting bathroom pun seaview juga. Memang vass! 


Ni bilik kedua..


Boleh tengok video untuk lebih details..

Swimming pool pun cantik dan infinity pool gitew. 
Memang Instaworthy lah utk kaki IG tu. Buka sampai 10 malam pula tu. 
Ada laundry berbayar kat sebelah playground sama aras dengan swimming pool. .
Direct access ke pantai. Tapi pantai macam kotor sikit masa tu.
So kami tak berani tak mandi..
Ada kedai convenience kat tepi lobby. 
Nak gi tempat2 menarik kawasan sekitar pun tak jauh sangat.

InsyaAllah, tahun ni (2020) ada peluang dan rezeki kita gi Penang lagi..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, December 9, 2019

Review || Maritime Luxury Suite, Penang

Sebab ramai yang whatsapps, pm & dm tanya..
Here we go..
.
Sorrylah kalau tak berjawab masa tanya tu, sebab memang nak buat entry cerita sekaligus senang.
Nama tempat ni Maritime Luxury Suites. 
Ia berkonsepkan services apartment. 
Terletak di Jalan Karpal Singh, Jelutong. 
.
Suite ni ada 2 bilik. 1 bilik atas, 1 bilik bawah. 
Sesuai untuk 6-7 orang. Bilik atas sangat luas. 
Living hall dia pun memang awesome sebab luas dan breathtaking view dengam konsep cermin besar dan panjang menghadap laut. 
Tenang je tengok feri2, boat2 dan kapal2 macam semut bergerak dari bilik.
Ada dapur lengkap dengan pinggan mangkuk cawan periuk semua, ada iron, microwave, induction cooker, vacuum, dan mesin basuh juga. 
Yang paling best sekali, kawasan2 menarik sekitar Penang ni pun dalam lingkungan 10km je dari sini. Nak ke Deen Maju dalam 2km, Hameediyah Restaurant 8km, Komtar 4km, dan sewaktu dengannya.
Nak cari makan sekitar apartment agak susah sebab kebanyakannya restoran2 cina yang besar2 tu. Adalah 3 gerai kecil kat seberang jalan tu jual pisang goreng, nasi lemak panas2 dan air. Surau pun kalau azan, memang boleh dengar dari bilik. 
.
Saya tempah melalui Air BNB. Agoda dan booking.com pun ada. Tapi harga di Air BNB lebih reasonable utk seaview duplex suites ni. Nak dapatkan house keys & access cards, nanti host akan bagi panduan step by step utk ambil kunci dalam letterbox. No Parking lot pun disediakan juga.
Swimming pool dan gym pun kita boleh guna janji ada access card.
Overall sangat sesuai untuk yang bercuti bawa family. Recommended!
Tapi mak lagi suka apartment kat Tanjung Bungah tu. Next review ok.


Day 1
Check in


Cantik living hall..
Luas dan tenang je..


Mak pun suka living hall ni..


Mini kitchen..
Ada disediakan juga induction cooker dan periuk..


Sukalah anak3 sebab bilik luas..
TV pula adalah smart TV..
Memang syok ler layan you tube diaorg.


Bilik tidur tingkat bawah...
Boleh muat untuk 2 orang..


Bilik tidur tingkat atas..


Boleh muat 4- 5 orang..


Mesin basuh dan sabun basuh disediakan..


Boleh menghayati sunrise atau sunset terus dari bilik..


Minum petang beli je dari gerai2 kat bawah simpang jalan tu..


Lunch hari kedua...


Day 2
Get ready nak ke Bukit Bendera


Day 3
Nak check out dah..
Dan check in tepi pantai pula..
Next entry ok..


Boleh tonton video ni untuk tengok bilik dengan lebih details..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, November 21, 2019

JJCM Penang || Wonderfood Museum


Muzium ni memang rare dan replikanya sangat lah nampak realistik.
Memang tempat menarik yang sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Anak2 teruja, mak saya yang warga emas tu pun excited tengok makanan2 gergasi tu semua.
Secara tak langsung juga, boleh menambah pengetahuan tentang jenis2 makanan yang terdapat di Malaysia yang mungkin kita masih tak tahu.


Antara replika makanan yang paling besar ni.
Wajib bergambar kat laksa ni tau.
Memang semua excited nak bergambar kat sini.

No worries, nanti ada kakitangan2 museum yang akan offer untuk tolong ambil kita.
Selain tu jurufoto museum pun ada ambil gambar kita secara random.
So nanti nak balik, boleh pilih nak beli gambar yang mana satu.


Makanan dan kuih muih tradisi melayu.
Alahai, rileks je Daim tidur sepanjang tour kami dalam museum ni.


Makanan orang India..


Ni signature Penang.
Nasi Kandar!
Ni kalau betul2 boleh makan ni, mau tersandar tak bangun2...haha


Fuyooo...I wish it is real...


Mak siap gosok2 lagi buah epal tu nak tengok real atau replika..
Haha
Macam tak percaya replika sebab memang nampak real sangat.


Pandai ko makan guna chopstick ya Ayyunie..
Padahal memang meehoon tu dah berdiri cenggitu..
Kreatif haihh.


Anak no 2 memang pandai buat reaksi muka kan..
Anak no 2 korang macam tu ke?


Agak2 apakah 10 jenis makanan termahal di dunia?


Antara air minuman ikat tepi favourite rakyat Malaysia.


Bila Daim dah bangun tidur...terusssss


Chinese food..


Ni antara replika depan pintu masuk museum.
Wajib ambil gambar kat sini sebab arahan jurufoto..
Haha..


Ada juga boneka2 kecil dalam peti kaca yang menunjukkan suasana zaman dulu2..


Tempat wajib posing juga ni..
Sebab on point sangat!


Jual nasi apa tu kak?


Kalau lah durian betul..


Do you know?


Benda alah ni memang menakutkan..
Boleh pula dia mencangkung kat corner sebelum kita turun tangga..
Memang boleh buat orang sakit jantung betul!


Yeahhh..dah try kat restoran ni tahun lepas..
Harga boleh tahanlah mahal..
Tapi service dan kualiti makanan tip top..

Bayaran tiket masuk yang dikenakan adalah RM15/ DEWASA, manakala RM10/ kanak2
Ok nanti sambung cerita makan kat mana pula ya...

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::