Showing posts with label sharing info. Show all posts
Showing posts with label sharing info. Show all posts

Monday, August 29, 2022

Pengalaman renew passport Daim selepas 5 tahun

1st  passport: Daim 9 bulan
2nd passport: Daim 6 tahun
Beza memang berbeza kan...;-)

Alhamdulillah, rezeki Daim passport 5 tahun tu berkesempatan ke:

2017 -  Gold Coast, Australia & Boracay Island, Philipines
2018 - Hong Kong & Phuket, Thailand
2019 -  Osaka, Japan 
2020 -  Jeju, Korea & Tokyo, Japan

2021 je tak ikut ibu & ayah ke Dubai & Turki sebab banyak SOP dan anak3 pun tak sanggup nak kena cucuk hidung tekak buat PCR. 

Gambar kat atas tu 1 barisan untuk yang walk in, dan 1 barisan lagi untuk yang renew online..

Ni ibu share pengalaman masa nak renew passport Daim (anak bawah 12 tahun) secara WALK IN di UTC Johor pada 14 Ogos 2022 haritu. Prosedur mungkin berubah dari semasa ke semasa lagi2 selepas pandemik ni kan.

Yang perlu dibawa:

  1.Mykids & salinan 1 keping
  2.Surat beranak & salinan 1 keping
  3.Kad pengenalan ibu atau bapa & salinan 1 keping (tengok siapa yang bawa anak)
  4.Passport lama anak

* Dan anak sebaik-baiknya pakai baju bewarna gelap atau tudung gelap*

Ni pengalaman ibu sendiri bersama ayah Damia dan Daim:

7:30 am: Beratur depan pintu masuk  UTC (tingkat 3 tempat parking) - orang yg ke 7.

8:00 am: Berlari2 anak & sampai ke pintu Imigresen (tingkat 2). Duduk di kerusi bahagian WALK IN.

8:10 am: Dapat nombor - orang yg ke 5.

8:15 am: Urusan di kaunter masuk untuk check dokumen.

8:20 am: Urusan di kaunter passport dan ambil gambar.

8:35 am: Selesai & tunggu no di panggil untuk pembayaran.

9:00 am: No di panggil dan bayaran hanya melalui kad debit atau kad kredit sahaja. Caj kanak2 RM100. Passport akan dapat selepas 1 jam pembayaran dibuat.

10:05 am: Nama anak dipanggil untuk mengambil passport. Sila double check segala maklumat dalam passport.

Sekian.. Ok Daim kata dah boleh pergi tempat Aqil Zulkifli main snow.. 
Adududu.. Ibu nak bawa Daim makan murtabak zam zam je ni ;-)

   Ramai juga yang bertanya ibu bapa boleh tumpang renew sekali tak dengan anak yang WALK IN?
Itu tak pasti....Tapi ada terbaca kat komen pages mana ntah dah lupa, yang ibu bapa tetap kena renew online juga, cuma masa nak collect passport tu boleh selit sekali beratur kat barisan WALK IN..

Then ada juga yang tanya sekarang memang tak boleh WALK IN macam dulu2 ya kalau nak renew passport?
Ya, memang dah tak boleh WALK IN kecuali untuk kanak2 bawah 12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas, OKU dan juga yang baru first time nak buat passport je boleh WALK IN..

Semoga bermanfaat....
      
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, January 26, 2022

Tips membeli saffron

Sedikit info tentang saffron yg saya dapat masa kat Dubai.

  1. Saffron ni berasal dari stigma bunga. Sekuntum bunga hanya dapat 2-3 tangkai stigma sahaja. Dan dipetik secara manual untuk menjaga kualitinya.

 2.Nak dapatkan 1 sudu saffron, kira-kira 50-60 kuntum bunga perlu dipetik.

 3.Sebab itulah harga saffron ni mahal. 1 gram mencecah ratusan ringgit. 1 gram ya. Dah setanding dengan harga emas. (boleh tengok kuantiti dalam botol di atas. Tu  saya beli 1 gram).

 4.Disebabkan mahal, maka adalah pula yang buat saffron tiruan. Buat macam mana? Diaorg guna stamen bunga, serat jagung, bulu kuda dan macam2 lah. Then diaorg celup dalam pewarna & kering kan. (so lepas ni dah tahu dan lebih berhati2 beli saffron).

 5.Saffron yang berkualiti dan gred kualiti bagus selalunya berasal dari Kashmir dan Iran. Sebab tu harganya agak mahal sikit dan helaian-helaian ya lebih besar dan warna merah gelap. Dan bau pun wangi seperti bunga.

 6.Selalunya kita guna saffron sebagai pewarna semulajadi dalam nasi arab dan nasi Beriani je kan. Tapi sebenarnya banyak lagi keistimewaan saffron ni. Boleh buat pewarna dalam komestik, buat ubat, anti depress dan lain-lain.

Yang ni set rempah yang saya beli di Spice Bazaar, Istanbul.

 7.Hati2 kalau beli serbuk saffron. Sebab kebanyakannya dan campur macam2. Jadi better beli saffron yang helaian-helaian. 

Kalau yang jenis serbuk saffron instant macam ni, tak perlu rendam air dah.
Bolh tabur terus atas nasi.
Sesuai untuk buat nasi ayam ke, nasi hujan panas ke atau apa2 nasi bewarna.
Cuma nasi tak wangi je lah.

Ni contoh sis guna saffron untuk masak nasi mentega.
Memang wangiiiiiiiiii je nasinya..
Tenggelam bau minyak sapi..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, September 19, 2021

Changing tent for dressing room

Berbaloi2 beli khemah tinggi ni.
Tambah2 lagi musim sekarang ni trend orang suka berpiknik dan berkhemah.
Boleh standby siap2 simpan dalam kereta. 
Kot2 lah tempat kita pergi tu tak lengkap kemudahan kan.
Dan tak adalah bersesak2 tunggu giliran.

Selain sebagai changing tent, boleh juga dijadikan sebagai tempat solat incase emergency.

Ni semalam dah rasmi khemah tinggi ni masa pergi picnic by the river.
Memang senang dan membantu..
Lepas naik je dari sungai, bilas badan, tunggu air kering sejat...
Terus masuk dalam khemah tinggi ni untuk tukar baju dan bersiap..
Cuma kalau nak lagi kukuh tak nak khemah terbang, kena ikat kat pokok2 atau tali bawah tu tindih dengan batu besar..

Ni video unboxing dan details...
Happy watching...

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, July 15, 2021

Fridge Restock & Organization Cara Saya...

Musim2 lockdown dan tak boleh jalan ke mana2 ni...
Salah satu cara saya terapi minda adalah dengan melihat peti ais saya sentiasa kemas dan tersusun. 
Almaklum lah, dapur kan antara tempat yang sehari ntah berapa belas kali kita dan keluarga ulang alik ulang alik keluar masuk...
Jadi kalau dapur dan peti ais kita kemas, bersih dan sejuk mata memandang, itu pun satu terapi minda juga kan..
Puas tengok peti ais sendiri kalau tersusun rapi ikut cara kita sendiri..
Janji bahagia ya tak..

Bila simpan stok dalam fridge organizer box ni, anak3 kat rumah pun disiplin je ambil kat mana, simpan kat mana dan letak balik kat mana..
Kita pun senang nak organized. Nanti bila restok barang2 dalam fridge, just masuk-masukkan je dalam organizer box tu.
Organizer box tu beli kat DIY dan Eco je..

Kecuali organizer box yang ada compartment beberapa slot macam ni..
Memang beli kat Shopee..
Yang ni sebenarnya 8 slot, tapi saya adjust biar jadi 4 slot je.

Yang ni pun sebenarnya 8 slot, saya adjust jadi 6 slot je..
Ikut keperluan kita nak adjust macam mana...

Tapi serius jimat ruang fridge lah guna storage box macam ni..
Boleh tengok video ya untuk restok & organization cara saya..
Happy watching...

Siap dapat freegift kain towel kecil lagi dari seller...
Packing kotak pun kemas dan sangat protect dengan bubble wrap...

Untuk yang berminat, boleh beli dalam Shopee..
Tu nama organizer box ni ya...

Happy Hunting...

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, June 23, 2021

How I organize my sauce, ketchup, vinegar & oil bottles

Botol2 kicap, sos, cuka dan minyak memang lah banyak kat dapur kita kan..
Tak kira kat mana pun kita simpan botol2 tu, yang penting mudah capai masa nak gunakannya.
Tapi selain dari faktor mudah capai, faktor jimat ruang pun perlu diambil berat.
Barulah dapur kita nampak kemas dan luas kan.

Boleh tengok video kat atas cara saya susun botol2 sos, kicap dan minyak yang selalu saya guna kat dapur..Dengan rotation tray ni, selain dari jimat ruang, nak capai botol pun senang...pusing2 je...kemas pun ya...beli kat Shopee...boleh tengok dalam video info tentang rotation tray ni ok..

Happy Watching..
Sharing is jariah..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, June 14, 2021

How to Organize Our First Aid Kit

Dah lah kotaknya transparent senang nampak barang2 kat dalam..
Boleh gantung ikut paras ketinggian keselamatan yang kita nak pula tu..
Dan yang paling penting ada security lock key sekali...
Lebih selamat kan...

Beli kat mana?
Beli kat Shopee..
Nak tahu harga dan nama box ni, boleh tengok video kat atas ya..

Happy Watching..
Sharing is jariah.. 

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, June 7, 2021

How I Organize My Hijab Pin & Brooch

Yang ada anak-anak perempuan, jangan beli 1 please.
Kena beli sorang satu baru betul.

Nak beli kat mana?
Kat Shopee je..
Boleh tengok video kat atas nama kotak ni apa dan harganya.

Happy watching.
Sharing is jariah..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, May 24, 2021

Resepi dan tips Sotong Celup Tepung Crunchy

Yuhuuuu...
Ni menu celup tepung saya masa berbuka pada 5 syawal haritu..
Alhamdulillah...kami sekeluarga dah selesai puasa 6 pada 9 syawal bersamaan hari jumaat lepas..
Musim2 PKP ni, puasa 6 pun cepat selesai sebab tak leh kemana2 kan..
So duduk rumah asyik makan, makan dan makan je...baiklah kita berpuasa..

Feeling2 makan Celup Tepung Bira Pata kononnya..
Padahal dok bira dapur jah pah ceroh...kiki..

So masa saya post gambar ni kat IG dan FB..
Adalah yang bertanya cam mana atau apa resepi nak bagi tepung tu bersalut penuh kat sotong..
Kadang2 kan ada yang buat celup tepung ni, tapi tepungnya tercabut dari sotong..

Ok meh saya share TIPS nya..
*JANGAN LETAK AIR DALAM TEPUNG"
Tu je tipsnya...senang kan..
Jangan sesekali masukkan air ke dalam tepung ke, dalam telur ke dll..
Habis tu kalau tak boleh masukkan air, nak masukkan apa ya?

Resepi penuh dalam video ya..
Tips nak ganti air tu dengan apa pun ada dalam video..
Senang je kan bahan2nya...
Cara2 nak buat pun senang kan..
Janji teknik kena betul..

Untuk baby crab celup tepung ni pula...
Lepas saya celup baby crab ni dalam bancuhan tepung tadi..
Saya bedakkan selapis lagi dengan tepung..
Baru lagi sedap dan crunchy...
Ikut suka tepung bahagian luar tu nak letak perasa paprika ke, kari ke, salted eggs ke terpulang..

Yang ni pula udang celup tepung..
Sama resepi dengan sotong celup tepung tadi...

PKP ni tak tau sampai bila lagi..
Nak merentas daerah dan negeri tak boleh lagi..
Kalau agak2 kerinduan nak makan celup2 tepung lagi..
Bolehlah cuba membuat di rumah sendiri..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, May 19, 2021

Sekecil-kecil pertolongan kita...

......... mungkin besar bagi orang lain.

Tak tolong apa pun sebenarnya. Suami just bagi cadangan je check kebocoran dalam tangki flush tandas (sebab rumah sendiri pernah berlaku)  lepas tertengok plumber datang "ketuk-ketuk"  kat meter air luar rumah jiran tu. Katanya check kebocoran paip akibat bil air yang terlalu tinggi. Tapi plumber tu kata tak ada bocor kat meter luar.
Lepas tu suami pun terus masuk rumah. Bukannya dia yang gi tolong check kan.

Alih2 tengok Mc'D delivery sampai. Eh kitaorg tak order pun. Cepat2 anak jiran tu keluar bagitau yang diaorg belanja kami. Ya Allah.. Kecil sangat2 je pertolongan tu. Tapi mungkin besar bagi mereka sebab dah beberapa bil air asyik tinggi je. So harini baru jumpa solusinya.

Alhamdulillah..
Rezeki jangan di tolak walaupun dah beberapa kali tenung je McD tu sebab puasa.

Tq auntie Tina & family.

#sharingisjariah

:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, April 7, 2021

Buat scaling, polishing, filling & extraction gigi

Semalam saya dan suami berkesempatan buat service gigi.

Suami dah biasa jumpa dentist buat scaling & buat polishing ni..

Saya ni hah yang baru first time nak buat. 
Memang cuakkk lah sikit. 
Tapi takut2 pun siap buat filling (tampal) & extract (cabut) 2 batang akar gigi yg rosak juga.

Kalau tak kerana sokongan suami yang beria-ia ajak jumpa dentist (sebelum ni saya selalu mengelak) memang tak akan lah berlaku kejadian service gigi semalam.

Alhamdulillah, selesai buat Scaling, Polishing, Filling & Extraction 2 batang gigi.

Boleh tengok video kat atas cam mana seriaunya saya pabila kena service gigi.
Korang jangan gelak pula...hihi..

Untuk rujukan, saya pergi service gigi di Dental Pavillion Taman Universiti.

Untuk rujukan bayaran, boleh tengok resit kat bawah ya..
Ni resit saya sorang...Resit ayah damia lain.

.
p/s: Pesanan Khidmat Masyarakat- Check lah gigi anda sekurang2nya 6 bulan sekali..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, February 5, 2021

Tips goreng Jemput-Jemput /Cekodok Pisang

Jemput-Jemput Pisang Cepat Habis namanya ni.
Letak hilang, letak hilang...

Ada orang kadang2 tak jadi buat jemput2 pisang ni..
Ada orang kadang2 letak air juga masa buat jemput2 pisang ni..
Ada orang suka jemput2 yang bulat2, ada orang suka jemput2 yang leper2..
Dan ada orang suka yang letak soda, ada orang tak suka letak soda..
Pendek kata ikutlah resepi masing2, janji sedap dan boleh makan kan..

Ni tips dari mak saya kalau buat jemput2 pisang.
Mak dah berusia 81 tahun sekarang..
Jadi ni kiranya tips orang zaman dulu2 lah ni..

Mak pesan:

1. Nak buat jemput2 pisang, kena cari pisang yang betul2 ranum, barulah tak payah bubuh air dah.

2. Untuk dapat rasa yang lebih sedap dan rupa paras jemput2 yang lebih elok, kena 'jemput' masuk kuali guna jari, jangan guna sudu.

3. Jangan guna senduk nak balik2kan jemput2 dalam kuali yang panas tu, guna garfu je. Tapi memang berpeluh2 lah sikit nak menghabiskan semua tu.

4. Api jangan kecil, nanti jemput2 serap minyak. Besar sikit OK apinya. Tapi jangan besar sangat.

5. Lebih elok guna gula perang dari gula biasa. Nanti warna akan lebih kilat. 

6. Tunggu sejuk sikit baru sedap makan. Rangup diluar, lembut didalam.

7. Tak ada sukatan bahan. Agak2 je mengikut naluri. Bahan2nya hanya pisang, tepung gandum, gula perang dan garam.

Terima kasih mak utk resepi dari dulu.. 

Selamat mencuba ❤️.

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, January 8, 2021

Cancel Flight JJCM Penang

Sepatutnya awal pagi tadi kami sekeluarga dah berlepas ke Penang untuk cuti-cuti Malaysia dan JJCM.
Tapi semalam last minute saya dan ayah damia buat keputusan untuk cancelkan flight kami dan request credit account.

Boleh tengok video kat atas cam mana sebenarnya kami dah hampir2 nak check in dan print tiket flight kat airport..
Tapi berbelah bahagi nak pergi ke tak nak, nak pergi ke tak nak..

Ramai yang tanya saya ni AA yang cancelkan atau saya yang cancel,
Actually ni saya sendiri yang cancelkan last minute..
Sebelum ni beberapa hari lepas flight ni ada sampai email reschedule time dari 8 pagi tukar ke 7 pagi..
Kalau kita tak boleh keep going dengan reschedule time tu, AA bagi pilihan samada nak change date atau request credit account before 48 hours departure. 
Tapi semalam saya request Credit acc last minute sangat dah..
Tak sampai 24 jam departure time..
Saja2 cuba try request..
Alhamdulillah..
Successful...

Terus masuk duit dalam Credit Account..
Syukur sangat..sebab saya tak letak harapan tinggi dapat duit balik sebab request pun dah last minute kan..

Untuk yang memerlukan..
AVA Air Asia via whatsapps - 01135165078

Allah lapangkan segala kesulitan..
Deposit kereta sewa pun dah dapat refund.
Terima kasih Allah..

Ni kes semalam..
Sampai 3 ribu lebih hah kes baru..
Fuhhhh...
Tepat sekali keputusan kami cancelkan flight pagi tadi..
So tak rasa menyesal sangat tak dapat JJCM dengan kes yang makin lama makin tinggi sana sini..
Terutama kat Johor ni..
Ya Allah, jauhilah kami dari dijangkiti Covid19 ni dan moga2 ada penyelesaian secepat mungkin..

Allah sebaik2 perancang.
Segala yang berlaku ada hikmahnya..
Pasal MCO 2.0 tu betul atau tak, kami sekeluarga ambil langkah berjaga2 sahaja..
Buatnya betul2 MCO 2.0, jenuh pula kami dah kena lock down kat Penang ke kan..
Yang paling takut kalau tetiba kena buat Swab Test..
Nauzubillah...

:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, November 25, 2020

Ikan Laga dalam Self Watering Pot

Yang bawah mainan Daim..
Yang atas mainan ibu..
Senang daun ketumbar, daun sup & akar kesum yang balance2 tu masuk je dalam Self Watering Pot ni. Nanti pandailah membesar sendiri. Setakat nak masak petik2 depan mata tu lepas lah juga. 

p/s: Ramai sangat yang tanya beli kat mana.
Ada juga yang ingat saya buat sendiri..haha..rajin bebenor...
Beli je kat Shopee pee pee..
Search keyword "self watering pot"
Happy hunting...

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, November 5, 2020

Jual kek dalam van

Comel je kan konsep jual kek macam ni. 
Nampak eksklusif walau hanya jual dalam van. 

Yang penting simple, bersih dan banyak pilihan.

Malam tadi singgah dalam jam 10 malam dah tak banyak kek yang tinggal. 
Yang display tu tinggal premium cake je lagi.

Dalam tray kuning tu baru nak susun top up kat rak. Harga RM13.
Pun tak banyak pilihan dah.

Rasa pun boleh tahan sedap bagi peminat kek span.  
Saiz pun tebal dari saiz slice kek biasa tu. 

Kotak pun cantik dan kemas.

Rasa 2 perisa ni dulu. Tiramisu & Strawberry.
Daim suka betul yang strawberry tu.

Lokasi- Depan Maybank Taman Universiti Skudai.
Masa - 8 malam hingga 12 tengah malam

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, October 28, 2020

Macam2 Jenis Thermal Scanner

Dalam pandemic virus Covid-19 ni, macam2 thermal scanner kita boleh jumpa selain dari yang biasa kita tembak guna infrared thermometer atau yang jenis handsfree tu.

1. Thermal scanner 
(face recognition) - 
Medini Mall

2. Thermal scanner 
(body temperature detection) - 
Legoland

3. Thermal scanner 
(tak tahu nama apa.. tapi bukan main wide angle lagi dia punya view) - 
Sunway Big Box

New norm.. 
Norma Baharu.. 
Simpan sini buat kenangan untuk masa2 akan datang.. 