Showing posts with label awards. Show all posts
Showing posts with label awards. Show all posts

Sunday, July 24, 2022

Tahniah Daim dapat piala...


Rasa rugi pula tak share kisah Daim yang ni kat blog..
Ya lah zaman kakak2 dia dulu asal best performance je wajib masuk blog ni..
Ni zaman2 Daim kini lebih cepat masuk kat FB & IG..
Walhal esok lusa dan masa akan datang, ibu lagi suka buat rujukan gambar lama2 kat dalam blog sebab lebih detail.

Ni pengalaman pertama Daim dapat piala.
Ya lah masa umur dia 4 tahun (2020) belajar kat Smart Reader, baru start pandemik. Belajar pun secara online dan PdPR.
Kemudian masa umur dia 5 tahun (2021), pindah ke Tadika Indah Ria iaitu tadika kakak2 dia dulu. Pun sama masih on off belajar secara fizikal, banyak online dan PdPR juga.
Tahun ni dah 6 tahun (2022), alhamdulillah...dah sepenuhnya masuk kelas fizikal.
Dan aktiviti penilaian dan exam dalam kelas pun boleh dilakukan.


Alhamdulillah...
Tahniah Daim..
Dapat 2nd Best Performance untuk Ujian Penggal 1..
Sengih sampai ke telinga balik sekolah haritu..
Bukan main lagi eksyen ya dapat letak piala tu sebelah piala kakak2nya masa tadika dulu..
Jangan mudah cepat selesa Daim, usaha lagi untuk penggal 2 pula ok...

Ibu, ayah & kakak2 sayang Daim..
Akan selalu support Daim ok..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, February 21, 2022

Anugerah Superstar di sekolah


Alhamdulillah....
Congratulation Ayyunie jadi Superstar sekolah. 
Penyampaian anugerah berlangsung pada 15 Februari 2022.

DON'T STOP HERE.
You need to go a long way. 
Keep proving you can achieve the unachievable. 
Keep making us proud .

*Ayyunie kata dia sebak tadi bila cikgu bagi ucapan dia  satu-satunya pelajar melayu yang harumkan nama sekolah*


Ni pula piala2 dan sijil2 yang Ayyunie dapat masa majlis penyampaian hadiah pada 20 Januari 2022   yang menang dalam aktiviti2 dan pertandingan2 sepanjang tahun 2021. Syukur...tahniah Ayyunie.


Sepandai-pandai mana pun kita, biarlah seiring dengan kelakuan dan sahsiah yang baik.
Syukur lagi, Ayyunie dapat anugerah murid amalan baik. 
Katanya dia menang sebab sentiasa buka kamera dan berinteraksi dengan cikgu dalam kelas PDPR kot. Sebab anugerah yang ni 1 kelas 2 pelajar je yang dapat.

Terima kasih Allah..
Sesungguhnya semua dengan izin daripadaNYA. 
Kami sebagai ibu bapa hanya penjaga amanah sahaja.

p/s: Sekejap je Ayyunie dah naik sek men bulan depan. 
Tinggal Daim je lah sorang lagi jadi penghibur ibu ayah ya. 
Lepasni ibu dah tak ada anak2 sekolah cina dah.
Daim ayahnya nak masukkan ke sekolah kebangsaan.
Nak merasa ada anak sekolah rendah melayu sorang :-)





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, November 25, 2019

Majlis penyampaian Sijil Tamat Tahun 6, Majlis Anugerah Kecemerlangan & Keputusan UPSR

Sekaligus ibunya buat cerita hah..
Haihh ibunya sibuk dengan Edutour dan tempahan2 lagi ni..
Sekolah anak2 dah start cuti, tapi sekolah coklat ibunya tak cuti2 lagi ni..
Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak..


Saya mulakan dengan Majlis penyampaian sijil Tamat Tahun 6 pada 20hb November 2019 (Rabu)  haritu. Sempoii je kan celebration. But still celebration.

Ya, kejayaan perlu dirai agar pelajar2/ anak2 kita rasa dihargai.
Cuma tak berlebih2 berpada2 padan ngan status "sekolah rendah" tu kan.. 


Ibunya sibuk tak sempat pergi..
So ayahnya je pergi..
Hah bukan main lagi luahan perasaan ayahnya tu ya..
Boring sangat dah tu menunggu giliran anaknya naik pentas terima sijil..kiki..

Apa2 pun tahniah buat Damia Aleesya kerana berjaya menghabiskan sesi sekolah rendah di Sekolah Cina selama 6 tahun. Bukan senang nak bersaing dengan kelompok ni. But you did it!


Ni pula masa Hari Kecemerlangan pelajar pada 19 November 2019 (Selasa)  aritu.
Alhamdulillah.. Bangga ibu tengok kedua2 anak ibu berada dalam ramai2 tu.
Syukur. Terima kasih Allah.


Dan ni kemuncaknya pada 21 November 2019 (Khamis) lepas.
Hari keputusan UPSR keluar.
Memang sempoi je mak ayah masing2 nak tau keputusan peperiksaan UPSR anak2, kena pergi kelas anak masing2.

Saya nampak je muka Aleesya, wahhh happy betul mukanya tersenyum lebar.
Saya tau mesti dia dapat apa yang dia target.
Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..

Lepas tengok slip UPSR, saya pun balik dengan ayahnya.
Tapi  Aleesya kena balik sekolah macam waktu biasa.


For the Aleesya's effforts through 2019.
Congrats anak ibu & ayah. 
Tuan punya badan tak balik sekolah lagi, tapi ibu & ayah dah tunaikan janji.
Pasni dah tak gaduh2 share tab ngan adik2 lagi.
Ini baru satu permulaan, pastikan kejayaan sentiasa berterusan.


Reaksi muka Aleesya so priceless..
Ada video terlajak happy Aleesya  masa terima hadiah handphone ni, tapi biarlah jadi kenangan untuk kami sekeluarga nanti.

Sekian cerita sekolah rendah untuk Damia Aleesya.
Untuk Damia Ayyunie jangan selesa dengan kejayaan kecil sekarang kerana kejayaan besar menanti dihadapan.

Alhamdulillah..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, November 18, 2019

Mak saudara dan anak saudara konvo di tempat sama



16 tahun yang lalu, si ayahnya (my abang) yang masuk dewan konvo bersama mak menyaksikan graduation adik sendiri.

Harini (3/11/2019 aritu yang sama tarikh dengan my birthday), si ayahnya juga masuk dewan yang sama menyaksikan graduation anak bongsunya sendiri.


Proud of you Ami!
Dean's List Award tu yang mahal.
See, betapa bangga neneknya hah!
Congrats!


Bila ditanya apa tips hampir setiap semester dapat Dean's List..
Jawapannya "jangan baca buku"..hahaha..

p/s: Cik Ayu tak leh dapat award tu dulu sebab busy gewe dengan Acik Din masa study dulu..

Sunday, May 8, 2016

Selamat Hari Ibu..... Mak dan Che...

Selamat Hari Ibu.....Makkk..
Selamat Hari Ibu.....Che (MIL)...

Walaupun mata berjauhan, tapi kita tetap dekat dihatikan..

Nak-nak Ayu tengah tunggu hari nak bersalin macam ni..
Mak dan Che telefon sokmo tanya
"Sakit perut doh ko? Nok beranok doh ko? Sakit perut royak selalu tuh, Mak ngan Che gi Johor selalu'..

Sob sob sob..terharunya..



Rindu nak ber-SPA dan shopping dengan mak..


Rindu nak holiday dan makan-makan dengan Che...

Ya Allah, ENGKAU panjangkanlah umur mereka dan ampunkanlah dosa-dosa mereka..
Aaaaminn..

Wednesday, December 17, 2014

Majlis Penghargaan Usahawan


Alhamdulillah..
CocoDamia mendapat jemputan rasmi untuk 
Majlis Penghargaan Keusahawanan Iskandar Malaysia 2014.


Bertempat di Hotel Traders, Puteri Harbour


Semoga majlis-majlis penghargaan seperti ini dapat menaikkan semangat serta menjadi inspirasi untuk kejayaan akan datang.

Serta dapat membuka peluang dan ruang untuk CocoDamia melebarkan branding dan menambahkan keuntungan dunia dan akhirat.

Insyallah.

p/s: Dalam beg cenderahati siap dapat power bank lagi...









::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, November 13, 2014

Penganugerahan Pensijilan MESTI 2014



Sedang berlangsung.
Majlis Anugerah Pensijilan MESTI 2014.


Sebelum acara Penganugerahan dimulakan, pendaftaran dan makan pagi dulu.


Tahniah CocoDamia!
Atas Penganugerahan Pensijilan MESTI 2014.
CocoDamia telah mendapat kelulusan dan sijil MESTI pada akhir tahun 2013.

Logo MESTI yang digunakan oleh setiap pengeluar makanan adalah untuk meyakinkan pengguna terhadap tahap kebersihan dan keselamatan sesuatu produk itu.


Alhamdulillah.
Semoga plak anugerah serta pensijilan MESTI merupakan batu loncatan kepada Industri CocoDamia untuk berada di tahap yang lebih tinggi selaras perkembangan global dalam industri makanan.


My hot husband!
Terima kasih atas usaha keras selama ini.






Thursday, January 6, 2011

Entry terima kasih tak terhingga untuk Mya Elzara Batrisya

Terima kasih kepada Mya Elzara Batrisya

Sebab sudi buat entry yang begitu menusuk kalbu..

Ini bukan entry meraih undi yer..

Tapi entry pengakuan ikhlas seoarang insan yg bergelar sahabat di alam maya...

Terlampau banyak puji-pujian dalam blog Mya tu...

Kak ayu rasa semua pun mampu utk melakukannya...

Terima kasih sekali lagi Mya..

Insyaallah.......kalau ader kelapangan dan idea2 bernas..

Mana yg boleh kak ayu kongsi, kak ayu cuba yer..

Begitu teruja pabila ader yg sudi baca blog kita dan bersemangat menjadikan blog kita sebagai sumber inspirasi....alhamdulillah...

Nak tau kisah penuh, klik2 bawah:




Mode: Happy giler giler giler....Esok reveal yer!!!! Alhamdulillah....

p/s: Rasanya untuk bulan jan ni jer dah banyak entry khas utk ibu ni...heheh..rasa2nya perlu tak kira entry khas yg keberapa??



Tuesday, January 4, 2011

Kenapa curi gambar anak2 saya????


Siapakah dia yg mencuri gambar2 anak saya itu??
Adakah lawyer?? Adakah Artis?? Adakah pelakon??
Ohhhh tidakkkkk ....dia yg dimaksudkan ialah eily 
Mesti ramai yg kenal eily tu kan..
Btw eily dah minta izin pun nak copy gambar2 tu..
Saja bagi tajuk gempakkkk sikit kan...hehehe

Actually nak ucapkan terima kasih kepada eily sebab buat entry utk anak2 kak ayu tu..
Huhuhuhu..sangat terharu ok..

Kalau korang nak baca pasal entry apa atau nak beramah mesra ngan eily...
Klik2 bawah yer..




Entry ni pasal anak2 korang suka tak pakai aksesori rambut???

p/s: Ini bukan kali pertama entry khas dibuat utk ibuayahdamia yer...hehe




Monday, December 27, 2010

SUPERWOMAN kah saya??? Ader X - FACTOR kah blog saya???

Komen yang betul2 Positif..
Yang membuatkan diri ini makin berkobar-kobar utk bergerak lebih kehadapan..


Komen ni dapat dalam entry Edit-mengedit memang keje saya
Dapat daripada Mya Elzara Batrisya
Oh..mula2 ibu singgah kat blog Mya ni..
Tersangatlah suka sebab blognya sangat ceria..
Ditambah pula dengan Tuan Blog yg memang comeyy giler..

Jawapan kepada komen:

Tak pe slow2 belajar photoshop tu..
Memang kalau boleh, better join photoshop class utk memantapkan diri..

Oh tima kasih cakap saya Super woman..
Sebenarnya memang semua pun boleh jadi superwoman...dengan syarat pandai2 bahagikan masa..
Bangun pagi lepas subuh( mesti hubby yg kejut yer, itulah masalah supoerwomann ni...tak leh bangun sendiri..huhu), masak breakfast utk hubby dan anak2, lepas tu masak simple2 utk tengahari pulak..just utk anak2 ngan bibik, pastu kena siap2 bagi homework utk aleesya, kul 8 pagi sharp masuk keje, pastu kat office buat keje yang sepatutnya, bila dah business sendiri ni, kejenya memang kena lebih lah sikit kan..tapi kadang2 mengular FB dan Blogging jugak...hehe, kul 4:45 pm balik keje, singgah beli minum petang utk anak2..selalu,nya beli cucur udang kuah kacang atau pisang goreng jer..pastu balik teman anak2 main2 kat luar pulak..kalau ader jiran2 kat luar, beramah mesra ngan jiran2...pastu standby utk masak dinner...tapi kadang2 ader gak dinner kat luar kalau penat..n tapau jer..malam pulak fokus kat anak2 lagi, terutama tang pelajaran..anak2 dah tido, updated blog buat autopublish, dah siap autopublish, layan suami pulak...superwoman kah saya??? Oh yer tambahan...weekends pulak kena siapkan photobook clients...macam semalam pulak dapat job family photoshoot...memanglah penat sikit kan..tapi dah minat...alang2 menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan...

Saya rasa anda semua juga superwoman kan...tapi sebenarnya diri ini rasanya banyak lagi yg kena belajar...tak layak pun jadi superwoman...huhu



Oh...femes kah saya??
Saya masih saya yang sebenarnya..
Langsung tidak terfikir akan menjadi femes..
Tapi sangat teruja jugak kalau org bagi penghargaan seperti kat atas tu..
Tima kasih  Mya Elzara Batrisya


Yang bawah ni pulak dapat komen daripada kak yong..



Ya Allah...tak sangkanya saya sebab rupa2nya ader jugak org menyedarkan saya yg blog picisan saya ni ader X-FACTOR...
Terima kasih kak yong...
Memang selalu singgah blog kak yong ni...sebab kat blog kak yong macam2 info ader..
Cuma jarang2 sangat tinggalkan jejak...kadang2 jer..huhu.
Tapi betul ke X-factor y kak yong mentioned tu..
Tu pandangan kak yong lah..
Pandangan Uols pulak macam mana??

Perlukan komen yg ikhlas utk memantapkan lagi blog yg seciput ni...

P/S: Jap lagi nak publish komen yang mengatakan ibu tak layan blog dia pulak...hehe..
Kalau ader yg positif, mesti gak kena ader yg negatif kan...huhu

P/S: Ni bukan entry autopublish...entrylive sebentar tadi..cepat2 taip entry sebab ader banyak keje lagi kena settlekan ni...

p/s: Semalam hari yg sangat mudah rezeki utk ibu. bukan murah rezeki yer, mudah rezeki...alhamdulillah...rezeki itu sama2 dikongsikan bersama anak2 ngan bibik semalam...eh bukan selama ni pun hari2 mudah rezeki ke????ekekek





Thursday, December 23, 2010

"1st.RUNNER UP INTERNATIONAL SLIMMING CONTEST 2010"


Entry ni dibuat sebab nak ucapkan tahniah kepada kak lin..
Mungkin ader antara rakan2 yg tak kenal sapa tu kak lin..
Tapi itu tak penting...semangat juang yg ingin dikongsi bersama tu lagi penting..
Disamping ingin memberi suntikan semangat kepada sesiapa yg ingin kurus..
Kalau ader kesungguhan pasti ader kejayaan..


Semangat juang kak lin,
Telah menobatkan kak lin sebagai
""1st.RUNNER UP INTERNATIONAL SLIMMING CONTEST 2010"
Walaupun saingan semua seksi2, mengoda dan pasti bukan muslimah..


Jom kita tengok gambar2 kat bawah

Tu gambar Kak lin lepas bersalinkan anak bongsunya kot...
Lepas menggunakan TOTALIFE, hidup kak lin mulai berubah
Pinggang ramping, badan kurus dan seri mula naik..

 

Hah ni gambar kak lin masa dulu2..
So boleh bayangkan betapa chubbynya kak lin masa ni kan..

Oh yer..ibu kenal kak lin masa ibu join " Beauty Contest Shadira"..
Masa tu kak lin bawak budak2 dari outlet saloon dia yg nak join beauty contest ni..
Dari situlah kak lin dikenali oleh ibu..



Lepas tu barulah tau citer yg Kak lin ni pernah menang 
" National Slimming Contest"
Juara lagi tu.. menang RM3,000
(masih tergiang-giang kat telinga ibu masa kak lin ucapkan tahniah pada hari ibu dinobarkan juara beauty contest shadira tu...katanya ibu sangat bertuah sebab masuk yg johor jer dah menang RM3,000, sedangkan org lain kena masuk international punya contest baru dapat RM3, 000 tu..)


The latest, 21/12 baru2 ni..
Kak lin menang lagi.. walaupun bukan juara, tapi rasanya kemenangan tu dah berbaloi..
4th International Slimming Contest yg diadakan di TAIWAN
Telah membuatkan kak lin mendapat gelaran
"1st.RUNNER UP INTERNATIONAL SLIMMING CONTEST 2010"


Satu jer nak highlightkan sini...
Walaupun menutup aurat, tapi kemenangan tetap berpihak pada kak lin..
Padahal kalau nak tengok contestant lain bukan main seksi2 lagi..yer lah buat kat TAIWAN kan..


Rasanya kalau tak silap, baju2 ni organiser yg sediakan..
Tapi kak lin bertindak bijak..
Semua inner ngan legging dibawanya urk menutup aurat..
Kalau tak...huhuhu...seksa you!!!
(kak lin masa tengok gambar kak lin yg penuh semangat kat atas tu..terus teringat gambar saya kat bawah ni...hehe)


Gambar blur2 sebab suami sendiri terpaku melihat isterinya membebel..hahah


Kalau tengok gambar2 kak lin dalam FB dia...
Rasanya banyak jugak persembahan diibuat..
Siap ader pakai baju kebaya jawa lagi kalau tak silap..

So, tengok!!! Kalau ader kesungguhan..insyallah kemenangan pasti berpihak pada kita..
-
-
-
-
-
-
-
Oh yer....ni nak kongsi pasal kecantikan muka pulak..
Dulu2 cuba tengok muka kak lin...teruk jugak kan jerawat tu..


Uishhh..tak sangka langsung ni rupa kak lin dulu.



And now...lepas guna produk SHADIRA...FUHHH...cun habis seiiii..
Kak lin pun ader buka saloon kat Ulu Tiram...nak tau lebih lanjut bolehlah melayari blog saloon kak lin tu...hahaha..saya nampak gambar saya kat slide show kak lin...

So sekarang memang terbukti kan..kalau kita ader kesungguhan, kalau kita ader matlamat yg tepat, kalau kita sanggup ketepikan nafsu, semuanya boleh berlaku...oh yer..lagi satu kalau kita ader duit lebih yer..kalau tak der duit, cam mana nak beli produk pelangsingan kan..hehe

Ader sapa2 guna TOTALIFE?? share2 lah sikit...katanya memang confirm berat akan turun

Oh yer lupa pulak..kak lin ni dah pangkat NENEK yer...baby kat atas tu aderlah cucu sulungnya...fuhhhh dasyat!!!

Saturday, December 18, 2010

Terharu pabila ader org buat entry khas utk kita...

Of Coz...sangat2 terharu dengan na a.k.a mamarifqy
Sebab sudi buat 1 entry khas untuk blogger tak seberapa macam ibu ni...
Kalau nak tau entry pasal apa??
Klik2 bawah..



Antara gambar yang ader dalam entry tu



Serius, sangat-sangat appreciated it...
Untuk na, tima kasih banyak2 for the sweet entry...
Aleesya + ayyunie biasa2 jer..
Macam anak2 org lain jugak..comell dan pandai posing..
Cuma aleesya lebih sikit jer bab2 posing ni...hehe

Oh..gambar kak ayu tu, segan lah na letak kat situ..
Sebab ramai lagi yg lebih cantik drp kak ayu..
Cuma hari tu make up yg just nice tu telah memikat hati juri kot..
Tak pun sebab cat walk kak ayu yg lemah gemalai tu...ekekekek

Apa2 pun tima kasih banyak2 na...

'BEAUTY IS IN THE EYES OF THE BEHOLDER"




Friday, October 15, 2010

Penghargaan untuk awak, awak dan awak....

Salam jumaat...
Di pagi yang mulia ini, dengan ikhlas hati nak ucapkan tima kasih kepada mereka2 yang sudi keep in touch dalam blog ni...bukan apa...sekali sekala bila orang dah bersusah payah luangkan masa utk jengok2 kita, haruslah kita dahulukan dengan ucapan tima kasih kan....

Yang pertama nak bagi kat noraz



Sebabnya walaupun noraz ni baru lagi dalam bidang blog...tapi awal2 lagi dia dah mention yang dia suka baca blog ibu...sapa tak suka kan kalau org suka baca blog kita...memang baru lagi pun ni blog noraz...ibu aderlah follower yang ke 2 dia....so harap2 dapatlah korang berkenalan ngan lebih mesra ngan noraz ni yer..




Yang ke dua nak bagi kat Sahaili Md Rozali aka bionic woman


Malam tadi sebelum tido, tengah ber wi fi ngan ayah damia guna E71...pastu masa ayah damia tgh baca2 komen kat FB ibu, ayah damia cakap..
"rajinnya dia ni tengok gambar perkembangan ayyunie dari mula2 lahir, sampai lah ke gambar sekarang...bagus betul"
Terharu tau...sebab jujur ibu katakan yg diri ibu sendiri pun tak der masa nak belek2 gambar org lain dalam album kat FB tu....so satu penghargaan kalau ader org yang betul2 boleh luangkan masa, then belek2 gambar kita sambil2 tinggal komen...sangat appreciated tau..




Yang ke 3 pulak nak bagi penghargaan kat maliana honey a.k.a mama rifqy


Mama rifqy pun sama....sanggup luangkan masa belek2 pic dalam album damia aleesya ..pastu mana2 gambar yang dia rasa sesuai mama rifqy akan cadangkan masuk contest yang bersesuaian...perghhh...memang bagus tul lak kawan2 ibu ni...macam ni lah kita nak...mana yg kita boleh tolong, kita tolongkan....


p/s: Terasa diri ini sangat tak mesra alam dan kerdil....pabila kebatasan waktu utk BW semua bloglist kat sebelah ni...kadang2 sempat baca...tapi komment ilek...dan tak sempat nak baca semua status wall rakan2 FB...mana yg muncul depan mata, tu jerlah yg dibaca, kalau nak explore satu2...huhu..memang kekangan masalah...

p/s: psssttttt...hari ni family ayah damia datang dari kelantan....maknanya untuk menjadi menantu yang mithali...kena kurangkan masa depan lappy yer....sambung kat office nanti...weeee

p/s: tengah planning tengahari nak masak apa utk lunch diaorg ni....


Tuesday, August 3, 2010

Universal Studio Singapore - Hollywood

Sambung citer cepat...
Tauuuuu...korang bukan nak baca citer pun..
Nak tgk gambar jer kan..
ekekekekekek


Dah lepas posing sakan kat luar yg ader globe USS tu..
Tepat kul 9 am...pasangan honeymoon pun teruja masuk..
First2 masuk dah jumpa USS store ni..


Ni masa tengah queue nak pi amik voucher tambahan..
Disebabkan baru lagi..tu yg banyak voucher dia bagi tu...
Banyak lah sgt...setakat SGD10 per person jer..

 

Pasangan honeymoon yg tak abis2 nak berposing..


Gambar ni guna tripod amik...sebab tu nampak jelas dan stabil kan..
Malu ke setting tripod tgh2 org lalu lalang..
Tak der malunya...
Lagi bangga adalah...
Org tgk lens pun dah bagi laluan kat weols...weee..

 

Ni paparazzi amik gambar apa ni..


B4 bertolak le USS ni...
Dapat komen kat FB..
Nak kirim beg Coach..
Alamak kak shahnaz..beg Coach tak der..
Beg Louis adalah....hahah


Kalau dah minat photography tu, mesti masuk dalam ni ok..
Leh tgk macam2 effect photography ader..


Ratu posing poyo pulak..


Apa erk nama karakter ni?? Lupalah..
Selalu tgk dalam TV kalau artis2 pi Hollywood tu..


Paparazzi tak yah cakap lah kan..
Memang enjoy giler..
Katanya setelah hampir 3 tahun dapat anak..
Ni lah rasa hari yg paling best..sebab dapat berdua2an dengan quality time..
Kalau tak kejap2..
"ayah, nak pee"
"ayah, nak eat nasi"
'ayah, nak gi toilet"
"ayah, nak play2 tu"
Hahahaha...apa2 pun anak2 tetap dalam hati tau..
(erkkk bukan selama ni bibik ke yg buat tu..anak2 mengadu jer kat ayah kan...kuang3x)


Kat belakang tu macam2 award ada...
Pilih jer nak award apa..


Tapi tak der lah kan awards "the best paparazzi"
So dapat amik award "the best actor" pun jadilah...


Betulkan..betulkan...
Weols gi honeymoon kat hollywood..
Korang tu jer yg berimaginasi tinggi sgt..
kah kah kah..

Award ni satu utk ratu, satu utk paparazzi..
Nak harapkan staff bagi bilalah nak dapat ni erkk...hhehehe

 

Award ni harus ayah damia bagi kan..


Dah kejenya mengajar...harus bagi awards kat diri sendiri..weee

 
Semalam dah print gambar ni ..
Dah masuk frame pun..
Letak kat office..

 

Yg ni ayah damia kata nak buat watermark...
Hehe...semua yg ader kaitan ngan photography, memang confirm snap2 punya ah..



p/s: Weiii..banyak giler gambar ni...dah pening tak tau nak upload yg mana satu..
Semua pics akan upload kat FB...review kat situ jer lah erkk..

p/s: Nantikan cerita New York kami pulak lepas ni..

p/s: Huaaaa...bila nak siap lappy ibu ni...tadi dapat call..katanya rosak IC POWER..ke apa benda org panggil tu..total semua kena bayar RM450...duit lagi..duss duss..