Showing posts with label raya 2018. Show all posts
Showing posts with label raya 2018. Show all posts

Wednesday, August 29, 2018

Ibadah Korban di Mekah


Alhamdulillah.. 
DiIzin Allah untuk melaksanakan ibadah Korban lagi tahun ni. 
Cuma tahun ni untuk diri sendiri korban awal sehari dari Malaysia. 
First time saya buat ibadah Korban luar dari Malaysia ni.


Kelainan tahun ni sebab Koban Kambing


Abang ipar saya yang wakilkan saya untuk ibadah Korban di Mekah..
Siap hantar video tunjuk kambing disembelih..


Suasana ibadaah korban di Mekah


Lepas solat sunat Aidiladha bersama mak..


Ibadah korban untuk Mak 


Bagusnya kalau kat kampung ni, sementara tunggu lembu siap dilapah habis, tuan rumah a.k.a tuan punya lembu siap sediakan makanan lagi untuk dijamu..siap ada buah-buahan tempatan juga...ater pokok sendiri kan..


Setiap tahun kalau mak korban, setiap tahun juga mak jadi tukang timbang dan tukang bahagikan daging..


Ayah Damia korban di daerah lain which means rumah mak ayah dia lah...
2-2 anak ikut ayah..

Alhamdulillah...Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah Yang Maha Kaya...
Entry ini sekadar catatan dan rujukan untuk masa akan datang.

Sunday, August 26, 2018

Kenapa Hari Raya Haji di Kelantan meriah?


Assalamualaikum dan hoola hoola.. 
Cuti sekolah dah habis, vacations are over! 
It's time to head back to school and back to business! 
Maka bolehlah update kat blog sikit2 kan sementara ada masa sambil2 tunggu makanan sampai ni.. Hihi

Ni saya nak kongsi KENAPA RAYA HAJI DI KELANTAN MERIAH? 

1. Boleh dikatakan setiap keluarga akan buat ibadah korban. Maksudnya paling tidak akan ada satu bahagian korban sama ada dari ibu/ayah/anak/menantu/cucu. Bagi ahli keluarga ramai, seekor lembu pun ada dikorbankan untuk ahli keluarga sahaja.

2. Kebanyakan lembu dikorbankan di kawasan teduhan pokok2 di rumah atau di kawasan  kampung berbanding di bandar dibuat dimasjid2 atau surau.

3. Daging korban diagihkan sendiri oleh orang yang buat korban. Gigih jalan kaki menyusuri rumah ke rumah berbagi daging. Lebih erat sebab bertentang mata dengan tuan rumah sendiri berbanding disesetengah tempat daging digantung kat pagar tanpa notis, diagihkan oleh AJK surau dan terkini siap ada sistem giliran bernombor pula untuk diagihkan.

4. Menjadi tradisi orang yang Korban tu akan buat makan2 sempena doa selamat, tahlil dan akikah. Yang bestnya kat Kelantan ni Majlis bermula sesudah subuh (menu roti cicah daging gulai) diakhiri hingga lewat malam (menu bakar-bakar) dari raya pertama sampai raya ke tiga. Boleh rujuk gambar dibawah ramai yang datang sesudah subuh (sebab ramai berjemaah subuh di masjid) . Kalau kat bandar, maybe jarang sangat kot majlis makan sesudah subuh.

5. Akhir sekali hidangan2 yang sinonim dengan Raya korban yang mengamit anak2 perantau ni nak balik beraya ke Kelantan. Contohnya daging singgang, sup tulang, gulai daging, daging goreng kunyit, perut muda/tua cicah air asam (yang ni keluarga saya tak makan.. Hihi) dan macam2 lagi lagi lah. Paling penting air tangan mak kita yang masak tu yang special.

Akhir sekali tak nafikan raya kat mana2 pun sama je cuma suasana dan berkumpul sanak saudara terdekat tu berbeza. 

Hanya padangan dari saya sahaja. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.


6:30 pagi jemaah masjid dah sampai


Ceria dan seronok je mereka. Tak ada pun yang muka moody atau mengantuk


6:00 pagi dah siap terhidang atas meja..


Ada yang tanya kul berapa masak banyak2 cam ni.. Kuzi ayam dan gulai daging tu malamnya masak. Yang goreng2 kul 5 pagi masak. Yang dessert tu tempah dan kul 5 lebih gi ambil kat rumah tuan yang buat desserts dan kuih2 tu.. 


Cerek/kendi zaman dulu2.. 


First time saya tengok makanan tradisi apam berkuah ni. Selalu apam salut nyor.. Saya tak try pun.. Ntah apa lah rasanya.. 

Itu paginya.. Orang datang sampai ke tengahari dan petang.. 


Malamnya pula buat BBQ dan steamboat anak beranak pula.. Sambil2 celebrate birthday august boy & girl


Kambing bakar, daging bakar, ayam bakar, udang bakar.. 


Syasya Humaira first birthday.. 


Budak2 kecik lain pun menyibuk juga kononnya nak sambut birthday diaorg juga


Sama2 buat deko dan masak2.. 


Anak2 dara pun suka makan kambing bakar


Kakak ipar saya dengan anak bongsunya.. 


Birthday boy 31 August dengan mak mertua saya.. 


Si kecik Adam mengaku haritu hari jadi dia juga.. 


Kek coklat moist


Baskin robbins ice cream cake


Cupcake Hokkaido 


Brownies

See betapa ramainya sponsor aneka kek.. Gitulah kalau adik beradik ramai kan.. Best2.. Tetiba nak beranak ramai2 juga tapi eh tak nak lah pula.. Haha


Acara ibadah korban di bawah teduhan pokok2.. 

Jadi begitulah kemeriahan RAYA HAJI di Kelantan.. 

Sunday, July 8, 2018

Jamuan Raya untuk Staff CocoDamia & Pusat Bahasa Pelangi


Thank you for coming semua..
Last minute sangat2 planning buat makan2 untuk staffs ni..
Sebab setelah mengira2 hari apa yang free nak buat open house, semalam je rupa2nya 1 hari free sikit.
So otw nak ke KipMart beli barang, baru whatsapp semua ajak datang beraya..
Kul 11 pagi baru nak shopping, kul 2 petang sampai rumah cepat2 masak.
Kul 8 tetamu start sampai..

Alhamdulillah..
Walaupun agak terkejar2 masa, dapat juga menyediakan juadah sendiri..

Jom kita tengok apa menu2nya..


Tq to Ayah Damia yang deco meja juadah ni dengan cantik sekali..
Habis segala kain pemberian orang dia bawa keluar buat alas meja..haha


Sandwich tuna + telur


 Canbury Scone, egg puff dan kek potong tu beli je..


Mee goreng panas2..


Sate pun beli je..tak ada makna nak main cucuk2 dengan Daim...haha


Menu paling win.
Pulut Mangga Thai


Jambu batu dengan asam manis dan asam masam dari Tak Bai


Chocotart CocoDamia


The foods...


Yang panjang2 tu Tuna + chicken sticks


Staffs CocoDamia


Dengan Kak Suzana


Staffs pertama yang sampai..Nafais...
Untungnya jadi orang pertama datang boleh tambah2 makanan tanpa segan..
Pulut Mangga je dah 2x bertambah ..


Melayan keletah Daim yang baru bangun dari tidur.


Tukang ambil gambar buat lawak apalah tu sampai kitaorang ketawa nampak gigi


Dengan staff dan kawan2nya..


Staff CocoDamia


Bermula jadi kawan sampai dah bertahun2 keje dengan kami..


Tetamu yang paling last balik malam tadi. Siap pakej Daim nak ikut Kak Qira dia balik lagi. Ditepis2nya tangan ibu dan kakak2nya supaya jangan ambil dia. Lepas Kak Qira bawa round pusing kejap dengan kereta, baru nak masuk rumah.

Ok, terima kasih sekali lagi kepada yang sudi datang.
Malam esok Jamuan Raya bersama pelajar2 Pusat Bahasa Pelangi pula.