Showing posts with label wish club m7. Show all posts
Showing posts with label wish club m7. Show all posts

Sunday, June 28, 2015

Konvoi Iftar ke Rahim Ikan Bakar Panchor dan makan durian kampung

Cerita Iftar semalam..

Kalau tahun lepas Konvoi iftar Burasak di Pontian, kalini jauh Konvoi Iftar di Rahim Ikan Bakar Panchor dan makan durian kampung..

Semoga silaturahim berpanjangan hendakNya..


Berkumpul di Petronas Highway Skudai jam 4:30 pm, jam 5 lebih baru gerak konvoi ke Muar. Estimate sampai Jam 7 malam, tapi rupa2nya awal setengah jam. Mana tak awal, masing2 rembat bawa 180km/j kat highway kan. Alhamdulillah, semua dipermudahkan. 


Yeayy! Dah sampai Panchor. Tenang je suasana kampung disini. Dan mula2 sampai pekan Panchor ni akan nampak replika udang galah sebagai tanda mercu disini.


Ni lah kedai Rahim Ikan Bakar Panchor tu. Saya kalau tak kerana Konvoi ni memang takkan tahu tempat makan ni. Selalunya kalau ke Muar, makan ikan bakar di Sabak Awor je.


Yang bestnya pemandangan restoran kami adalah berhadapan dengan Sungai Muar. Nampak tenang dan sejuk je mata memandang.


Yuhuuuu.. Inilah geng-geng Konvoi tu..Seramai 14 drivers a.k.a 14 kereta yang turut serta dalam konvoi ni bersama family masing2. Jarang2 jumpa, tu yang setiap tahun buat majlis macam ni. Agar silaturahim berpanjangan. Kalau tak tot tet tot tet dalam whatapps je lah masing2 kan.


Ok, masa berbuka dah nak tiba. Kalau kat JB berbuka awal sikit dari Muar ni. Tu lah family kecik saya dihujung sana berbanding family orang lain.. Hihi


Kalau nak tahu, satu restoran ni ditempah khas oleh geng Konvoi kami. Tak cukup meja? Sampai ke luar ditambah meja.


Kalau nak tahu, kat sini specialnya adalah ikan bakar. Tak kisah ikan bakar apa, tapi sambal ikan bakar tu yang power. Fuhhh.. Dari jauh dah bau meresap ke dalam hidung..


Ok mereka berdua yang puasa penuh ni dah tak sabar nak makan. Walaupun masih ada 3 lauk lagi tak sampai masa ni, makan je lah apa yang ada dulu depan mata. Al-maklumlah.. Kalau dah ramai2 macam ni, pengurusan restoran pun mesti ada kelam kelibut sikit kan. Confirm ada makanan yang sampai lambat.


Baca doa ramai2. Dan alhamdulillah, nikmatnya dapat makan kurma dan fresh orange panas2 ni kan.


Nasi dah nak habis, baru ikan bakar lagi satu dan sayur kailan sampai. Masa ni sotong goreng tepung tak sampai lagi.


Jeng jeng.. Dah habis makan nasi, jom makan durian pula. Oh ya kalau nak solat, ada disediakan tempat di tingkat atas. Kalau nak lebih selesa, boleh ke Masjid besar yang berdekatan dengan restoran ni.


Menusuk sampai kalbu bau durian kampung ni. Semua isi kuning. Adalah beberapa je yang isi putih. Tapi as usual, durian kampung memang terbaik.


Durian lemak berkrim. Makan 2-3 ulas pun dah rasa kenyang dan muak. Alhamdulillah, durian kalini ditaja oleh salah seorang driver.


Senangnya kami makan kat sini adalah pilihan menu set. Senang untuk kapasiti ramai2 macam ni. Menu utama mestilah ikan bakar kan tidak kiralah set apa. 

Memandangkan keluarga kami ni kecik sahaja, kami pilih set B. Jujurnya harga sangat reasonable dengan rasa sedap makanan disini. Recommended kalau peminat ikan bakar tu.


Dan kepada yang berminat nak ke sini, ni saya kongsikan peta ke sini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Mana tahu one fine day nak singgah sini makan2 ikan bakar sambil menikmati keindahan sungai Muar kan.

Ok lah, Ramadan ke 10.. Baru first time berbuka kat luar ni. Kalau tak weekends masak dan makan kat rumah manakala weekedays pula berbuka bersama student-student saya di Centre saya sahaja.

Semoga Ramadan kalini membawa 1001 keberkatan dan kemuliaan kepada kita semua.













Tuesday, July 22, 2014

Tradisi Bugis || Konvoi iftar burasak

Dah lama tak berkonvoi..
Rindu dengan aktiviti berkonvoi seperti beberapa tahun lepas.

Kali ini ayah damia yang cadangkan untuk berkonvoi dalam group whatappsnya.
Bukan dengan orang lain pun, masih sama dengan geng-geng konvoi yang lepas.
Cuma yang bezanya masing2 dah upgrade kereta. 
Ada yang upgarde BMW, Velfire, Mercedes, dan rata2nya ramai yang guna Odyssey.

Tak kira apa jua kereta yang digunakan, ukhwah silaturahim dan persahabatan tetap utuh seperti dulu.
Cuma kadang2 kekangan masa yang menyebabkan ayah damia jarang2 turun TT.

Berkumpul di Petronas Tol Skudai jam 5 petang. Jam 5:45 petang gerak ke Pontian.
Kerana disitulah destinasi kami makan makanan tradisi Bugis ni.


Kami sampai lebih kurang jam 7 petang.
Warungnya bukan besar mana tetapi susun atur kerusi meja serta cahaya lampu membuatkan kedai ini nampak sangat luas. Terletak betul2 dihadapan hospital Pontian. 

Antara menu utama di sini adalah ketupat, burasak dan pulut lui. Paling femes Burasak lah. 
Burasak ni adalah dibuat daripada beras dan santan. Dibuat separuh masak dan kemudian dileperkan atas daun pisang. Kemudian dikukus. Memang sedap lemak-lemak rasanya.


Boleh dimakan bersama dengan kari ayam, rendang daging atau serunding.
Kuah kacang tu boleh dimakan bersama ketupat.


Kuah lontong juga turut boleh dimakan bersama ketupat.


Dan yang paling best sekali, Burasak dimakan dengan asam pedas ikan parang.
Fuhhh, memang tak tengok kiri kanan kalau makan ni.
Sebab ralit membuang tulang ikan parang tu. Hihi..
Tapi jujurnya memang sedap semua makanan kat sini.
Sekali sekala ubah selera asyik makan nasi time berbuka kan.
Tapi burasak pun asal nasi juga kan..kiki


Suasana yang meriah. 14 buah kereta konvoi ramai-ramai.
Anggaran 70 orang iftar bersama disini.


Best best, sementara tunggu masuk waktu azan, masing2 berborak sesama mereka.


Ayah Damia selaku pengerusi (lebih kuranglah) untuk program ni.
Dan En Mymad pula selaku AJK makanan yang mana tolong kami booking tempat ni.
Lagipun En Mymad tu dah memang duduk Pontian.
Hah tu gambar saya bersama both Damias.


Pabila kawan2 lama tak jumpa, mulalah gelak besar ya.


Hah ni diaorg lepak2 lepas solat maghrib.
Tak habis2 lagi berborak tu.


Walaupun warung, tapi nampak class dan selesa kan.
Makanan semua dah siap hidang.
No need bangun-bangun ambil makanan.
Makan dengan senang hati je.Hihi..


Gambar dari panorama Iphone.
Macam ni lah rupa keseluruhan warung ni.
Kat hujung tu ada lebih kurang 20 budak2 MRSM datang berbuka kat situ jugak.
Boleh pulak terjumpa ejen Krukk Krakk, Puan Azua yang bawa budak2 MRSM tu makan kat situ.

Oh ya ada gambar2 kat atas tu saya cilok dari whatapps ayah damia.:-))


Ruang solat adalah disediakan dirumah owner warung tu sendiri.
Memang luaslah kan sebab rumah kampung.
Habis je solat, tengok budak2 bukan main meriah lagi main bunga api.
Both Damia pula main mercun pop-pop tu.
Dah rasa macam esok nak raya!


Dan Alhamdulillah, rezeki saya dapat tapau lebihan iftar kami hari tersebut.
TQ Lina bagi kat ayu.
Balik rumah terus moreh makan burasak lagi.
Kikiki. Ini memang betul2 sedap kan.
Rugi tak makan banyak2 sebab lepas ni belum tentu jumpa lagi.

Dan lepas tu masing2 bersurai.
Ada yang hantar anak balik MRSM.
Ada yang singgah masjid solat terawih.
Ada yang gi membeli belah.
Dan ada yang balik rumah masing-masing.

Insyallah, jika tiada aral lintang, bulan 12 ni ada konvoi lagi!!!












Wednesday, September 19, 2012

Review Jujur tentang LEGOLAND!!!

 Sebelum saya buat review jujur saya tentang LEGOLAND, berikut adalah kata2 students saya yang terlebih dulu sampai ke LEGOLAND ni daripada saya..

1. Pelajar ting 5: Tak best ah cikgu, tu tempat budak2 kecik jer tu, Aleesya Ayyunie suka kot tempat camtu..

2. Pelajar darjah 5: Ntah cikgu, biasa jer...adik saya suka lah kot boleh bawak kereta sendiri dalam tu..

3. Pelajar darjah 2: Best cikgu, dalam tu ada kapal buat daripada lego, ada kereta bawak sendiri, nanti jumpa traffic light kita kena berhenti, best main roller coaster...best bla bla bla..

4. Jiran (keje gomen): Boleh lah Legoland, layan anak2...cuma memang panas betul situ, ada surau, toilet semua ada, makanan pun mahal...

Tu antara komen2 yang saya dengar dengan telinga saya sendiri...sebab kebanyakan cikgu2 dan yang keje gomen kat JB (selected staff and department kot) ni dapat masuk free jer Legoland ni...Kengkonon macam nak promote tempat baru ni...

Isnin lepas, balik jer dari Open House di Taman Perling bersama rakan2 WOC ayah damia, terus kami decided  nak ke LEGOLAND ni....unplanning punya perancangan la ni...yang pakai baju kebaya atau kurung masa tu, nasib lah kan..hihi...alaaa..lagipun just nak gi tgk2 jer...bukan nak main bagai lagipun..kebetulan pula DSLR memang ada dalam kereta, so kesempatan yang ada wajib ler posing2 kan..:)


Mula2 sampai tempat parking memang banyak..banyak zon ada, zon 1, zon 2 dan macam2 zon ada...bas2 pun banyak juga parking..kebanyakannya adalah bas dari Singapore bawa pelancong ke Legoland..

Cuaca memang agak panas, biasalah tempat baru, rata2 pokok pun masih renek lagi..lainlah kalau tanam pokok besar terus kan..hihi..


Candid from ayah damia..
Jalan2 dengan kak Suzan..
Hihi..sian kak Suzan, dah ada pulak yang kata "pergi open house LEGOLAND ke"...kikiki


Masa kami sampai, ramai gak org...
Rata2 yang duduk dan lepak2 sambil amik gambar cam kami pun ramai kat luar tu..


Lately Ayyunie suka betul amik gambar buat mulut itik..
Aleesya cam biasa, maintain cun!!!


Gerbang masuk LEGOLAND..


Opppsss...kami posing2 dulu..
Pedulikan org yang lalu lalang...hihi
See, Ayyunie buat mulut itik lagi..


Pelbagai reaksi daripada kami..
Itu buktinya kami enjoy posing..hihi



Happynya both of them..


Like father like daughter..


Gambar macho seorang ayah..:)


Enterframe sorang2..


Si ayah layan anak2 main mari "mengenal warna"..


Posing2 di papan tanda..


Ayyunie pun nak posing juga..


Dengan kak Zila..


Rombongan kawan2 WOC ke Legoland..


Gambar happening kami!!!


Kak Nor ngan Kak Zila..


Oppsss, gambar tak jadi!!
Ayyunie sibuk nak bergambar jugak..


Last but not least, I Love this pic!!!

Review Jujur saya:

1. Banyak lagi tak siap ni...2013, water theme park baru siap, 2014, Hotel Legoland baru siap...so kalau pergi sekarang, means nanti kena gi lagilah kan sebab nak main water theme park tu..kalau tiket murah tak pe...kalau bil ahli keluarga tak ramai pun tak pe..nanti boleh jer beli tiket lagi...kalau nak jimat amik ler tiket annual pass tu yer..

2. Banyak permainan hanya sesuai utk kanak2 yang mengikut ketinggian anak2 itu...contohnya macam Ayyunie, rasanya memang tak sesuai lah kot sebab tak cukup tinggi nak main semua permainan yang ada dalam tu...rasanya permainan dalam tu hanya sesuai utk kanak2 yang berumur 5 tahun k atas jer kot...ni review jujur saya tau...tak nak hipokrit punya..

3. Better pakaikan anak2 topi/ hat utk cover kepanasan di Legoland tu, sian anak2 kecik tgk berpeluh2...sian lagi tgk si bapa2 pula mendukung anak2 yang dah besar tapi mengamuk2 akibat penat menapak dari parking dan juga kepanasan..kalau nak bawak stroller pun ok gk kot utk bapa2 yang malas nak dukung anak tu..

4. Tak boleh nak buat review jujur sesangat, sebab tak masuk pun lagi kat dalam tu betul2 tgk cam mana...setakat sampai kat gerbang LEGOLAND tu jer..

5. Walauapapun, tepuk dada tanya selera...nak gi sekarang pun boleh, nak gi esok lusa pun boleh, nak gi bila2 pun boleh...yang pasti saya dah dapat lubang nak masuk LEGOLAND murah murah jer..bukan RM100, bukan RM 80, bukan RM 60...malahan murah daripada tu..tu ler untung ada bekas anak murid keje manager dalam tu, bukan anak murid saya, tapi anak murid kawan ayah damia..hehe..kalau setakat harga RM** tak ralat sangat masuk both Damias tak main pun..bukan apa, diaorg tu penakut cam kami ibu ayahnya juga..hehe

6. Sokonglah produk Malaysia..Untung Malaysia ada LEGOLAND, boleh rakyat luar datang Malaysia pula kan..sekaligus menjana pendapatan negara..

p/s: Tapi mood nak ke LEGOLAND tak sama macam mood kami mula2 nak ke USS dulu...hurmm may be sebab bila sebut USS tu terbayang Hollywood, New York, Madagascar dan Shrek!!! hihi







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!