Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Friday, February 28, 2020

Starlight Pass @ Tokyo Disneyland

Starlight pass tu apa?

Ok meh nak cerita.
Kalau nak beli tiket masuk ke Tokyo Disneyland ni, boleh pilih sama ada nak beli:
* 1 day pass ( untuk 1 hari)
* Starlight pass (untuk jam 3 petang keatas pada hari sabtu, ahad dan public holiday Jepun)
* After 6 pass ( untuk jam 6 ke atas pada hari bekerja sahaja)

Selain dari 3 pass diatas, boleh juga pilih 2 day pass, 3 day pass atau annual pass Disneyland.
Maklumat lanjut bolehlah direct ke website Tokyo Disneyland.


Memandangkan kami pernah spent 1 day pass dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Hong Kong Disneyland pada tahun 2018, jadi trip kalini kami ambil starlight pass pula.

Masa di Hong Kong Disneyland, balik lambat pun tak pe sebab transport yang diuruskan oleh travel agent dah memang tunggu kita dan terus hantar sampai depan hotel. Tapi kalini kami pergi sendiri dan banyak naik public transport, tak daya nak tunggu sampai jam 10 malam. 8 malam dah gerak balik naik train..hihi..


Ini bukan pintu depan Tokyo Disneyland.
Ini baru pintu gerbang nak masuk sebaik sahaja kami turun dari train.
Lebih kurang berjalan lagi dalam 15 minit baru sampai ke kaunter tiket.


Bagi sesiapa yang ada kad kredit, boleh terus beli tiket melalui website.
Tapi memandangkan saya dan ayah damia tak ada kad kredit dan strictly tak boleh guna kad debit untuk pembelian melalui website, so  kami beli terus beli melalui kaunter sahaja. No worries, tak ramai orang beratur pun time kami beli tiket tu. Layanan staffs di kaunter pun sangat friendly. Dan untuk pembelian terus di kaunter boleh guna kad debit ya.


Sementara tunggu jam 3, kami solat jamak dan makan bekal lunch siap2 kat ruang legar pintu masuk.
Al maklumlah, bukan senang nak dapat makanan halal kat dalam tu nanti.
Yang boleh beli hanya popcorn dan Churos sahaja.


Bergambar dihadapan exit gate.


Tibalah masa yang ditunggu-tunggu..
Karakter first sekali yang kami jumpa adalah Bunny ni..
Bukan main seronok lagi Daim dapat peluk ya.


Kami juga tak melepaskan peluang untuk bergambar sekeluarga.
Nanti petugas bersama setiap karakter akan volunteer ambil gambar untuk kita.


Dihadapan Cinderella's castle yang under construction lagi..


Tempat pertama yang kami pergi adalah Adventure land.
Masa ni naik boat keliling sungai tengok macam2 boneka binatang ada.


Show Mickey Mouse..


Khusyuk Daim tengok show since dia pun dah kenal karakter Mickey Mouse tu..


Nak jumpa Jack Sparrow, kenalah masuk Pirates of The Caribbeans..


Beratur boleh tahan panjang, tapi laju je barisan gerak.
Normal kena tunggu 10-15 minit beratur untuk main satu2 ride tu..


Ok dah sampai..
Tunggu gate buka nak naik boat.


Macam2 Daim tanya kenapa gelap, kenapa ada sungai, nak pergi mana, kenapa bla bla bla..hihi..


Show dalam gelap..
Sambil riding, sambil tengok show gitu konsepnya..


Usia2 Aleesya dan Ayyunie ni, memang masih teruja lah masuk Disneyland ni.


Ride yang paling lama kami beratur, 2 jam beb..2 jam..
Perghhhh..unexpected..
Ingat dalam gua tu beraturnya pendek je, sekali hambik ko...
Untuk ride ni hanya saya, Aleesya dan Ayyunie je main..
Daim tak leh main, so ayahnya tunggu kat legar2 tu...
Tunggu sampai badmood dan Daim pun tertidur ya..
Huhu..
Tapi puas hatilah dapat main antara ride yang paling adventure ni..
Kiranya kami 3 beranak mencabar diri masing2 gitu..
Ayyunie dah buat hal nak terkencing bagai pula...haha

Merasa naik ride malam sebab jam 5 petang kan dah malam kat Jepun ni..
Dan merasa naik ride dengan angin sejuk beku...fuhh..


Tomorrow land..


Sistematik dan tersusun je orang ramai2 ni duduk nak tunggu Parade Show.
Serius, memang cantik tesusun je masing2 duduk atas tikar/alas masing2.
Setiap barisan yang kita nak masuk duduk tu, akan ada petugas yang jaga.


Jam 8 malam, kami pun balik..
Bye bye Tokyo Disneyland.
InsyaAllah, next time kita cover Disneyland Negara lain pula ya..


Masa nak balik, kami dah malas nak berjalan dan nak try naik Disney Monorail pula.
Monorail ni akan berhenti di setiap station within dalam Tokyo Disney Resort ni.
Macam kami nak berhenti di JR Mahaima Station untuk pulang semula ke Tokyo.
Bayaran tiket 260 Yen untuk dewasa dan 130 Yen untuk kanak2 bawah 11 tahun.


Suasana dalam Disney Monorail..
Masing2 pegang beg plastik Disneyland dan bear2 yang mungkin dapat masa main game.
Kmai pun tak ketinggalan juga bawa beg plastik Disneyland yang berisi mainan Daim, cenderahati both Damias dan gambar masa ride.


Walaupun penat, tetap boleh senyum kan..
Demi keluarga tercinta dan anak3 tersayang.


Syukur Alhamdulillah diatas rezeki dan peluang ini.





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, February 19, 2020

Awesome Halal Wagyu Yakiniku Panga in Tokyo



One the highlights of our trip in Tokyo adalah nak makan kat sini.
Antara salah satu kedai wagyu yang popular di Tokyo.


Lepas balik dari Ski Resort di Gala Yuzawa, singgah solat jamak di Masjid Assalam Okachimachi yang berdekatan dengan kedai wagyu ni, terus kami jalan kaki dalam 5 minit untuk sampai ke sini.


Kami sampai dalam jam 4:30 petang. 
Kedai pula buka jam 5 petang.
So setia menanti lah kat depan kedai tu.
Sambil2 jalan di kedai2 berhampiran tengok apa yang menarik.


Kami order set A5 Satsuma Wagyu premium pair set 360g.
Boleh tengok lemak2 dan jalur2 putih tu berbeza2 setiap part.


Set ni siap ada 4 different part of A5 Premium Wagyu, green salad, 3 jenis kimchi, 2 mangkuk nasi dan juga 2 mangkuk sup. Just tambah 2 mangkuk nasi je lagi untuk family kami.
Harga per set 7,500 Yen (RM285++)


Masa untuk bakar-bakar..


Nak bakar ni pun kena ada teknik dia.
Kena celup dulu wagyu tu dalam sos kicap tu baru bakar.
Bakar pula kena cepat2 dan kejap je.
Jangan bagi overcook sangat.
Medium-rare is just nice. 
Baru juicy tu terasa.


Review kami?
Alhamdulillah..sedap..
Cair dimulut wagyu yang juicy tu.
Walaupun tempatnya agak kecil (rata2 kedai makan Jepun lagi kecil dari sini), tapi tempatnya sangatlah selesa dan cosy.
Cuma 1 je perlu diperbaiki lagi..
Staffnya alahai..kurang friendly..
Ambil order pun dengan muka masam dan acuh tak acuh.
Nasib baik wagyu yang sedap tu dapat cover kelemahan staffs yang tak friendly tu. 

Alamat:
3 Chome-27-9, Taito, Tokyo

Waktu Operasi:
Lunch 11:30 AM to 2 PM
Dinner 5 PM to 11 PM


Di depan Masjid Assalam Okachimachi.


Tempat solat perempuan di tingkat 2.
Sangat selesa dan ada tempat ambil wudu' dan toilet juga.
Kain telekung pun disediakan.


Enjoy the video.
Happy watching.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, February 13, 2020

Bermain salji di Gala Yuzawa Ski Resort, Tokyo


Kalau tahun lepas kami sekeluarga bermain salji di Hakodateyama Ski Resort, Osaka.
Tahun ni kami berpeluang lagi bermain salji di Gala Yuzawa Ski Resort, Tokyo pula.


Untuk ke Gala Yuzawa, perlu naik bullet train atau nama Jepunnya Shinkansen.
Kalau siapa2 yang ambil JR PASS,  dah cover tiket untuk ke Gala Yuzawa. 
Erti kata lain free lah. Sebab kalau nak beli tiket harga walk in, agak pricey juga iaitu dalam 7,000 Yen (RM260 lebih) sehala.


Tapi macam kami memang tak beli apa2 pass pun sepanjang di Tokyo.
Kebetulan pula admin dalam group FB "Road To Japan (RTJ)" buat trip ke sini pada tarikh yang sama kami plan nak ke sini, terus ambil trip dengan admin tersebut dengan bayaran 5,000 yen return dan untuk Ayyunie (bawah 12 tahun) bayaran 2,500 yen return. Daim free lagi sebab belum cukup 4 tahun.



Nama pun bullet train. Semestinya laju lah kan..
Walaupun saya tak rasa laju duduk dalam train tu.
Bak katanya ayah damia, train tu stabil. Sebab tu orang kat dalam train tu tak rasa laju.
Tapi kalau duduk kat luar, boleh tengok kelajuan maksimum sehingga 320 km/h
Dah lah 2 tingkat...memang stabil dan tak bergegar.
Tempat duduk pun luas dan selesa. Siap boleh connecting wi-fi juga.
Perjalanan dari Ueno station ke Gala Yuzawa hanya mengambil masa 75 minit sahaja untuk jarak 200km. Memang canggih dan hebat. 
Alhamdulillah, dapat merasa dan naik Shinkansen ni


Bila dah sampai di train station Gala Yuzawa, maka bermulalah misi untuk hunting pakej2 yang disediakan. No worries, ramai je nanti staffs kat sini yang akan approach kita dan terangkan pakej2 yang ada disini. Jangan tak tahu ada staffs yang bekerja kat sini from Malaysia juga. Saya rasa tu students Malaysia yang boleh berbahasa Jepun. Admin RTJ tu pun ada juga terangkan kepada kami pakej2 yang ditawarkan.

Antara tiket yang wajib dibeli adalah tiket Gondola untuk naik keatas dengan bayaran 1,800 yen.
Yang lain2 boleh add on.


Inilah pemandangan sepanjang kami naik gondola.
Cantiknya gunung ganang diseliputi salji..


Dah sampai kat atas..
Tak lama pun naik gondola ni..


Yeahhhh...this is Gala Yuzawa..
Kami bergambar bersama  admin RTJ (kiri sekali) dan bersama lagi 1 family yang turut serta.
Nampak tak tangan Daim pegang apa tu?
Ice ball maker hadiah dari admin RTJ tu...


We are happy here..
Halah halah Daim...sambil main sambil makan Churros..
Dah itu je pun makanan yang kami yakin halal ada kat dalam Ski Resort ni..


Family potrait wajib ada..


Dia punya happy sampai baring2 atas salji ya Aleesya


Ni memang gemuk atau nampak gemuk sebab pakai baju 3 lapis ni...huhu
Oh ya ayah damia ambil pakej gondola ticket + snow boot + glove (boleh bawa balik) + slide dengan bayaran 3,800 yen.


Selfie sendiri2 guna wifi connecting camera..
Yang lain minta tolong snap semua tak endah dah...
Sibuk main salji..


Happy yakmat lah Daim..
Ada orang tarik slide dengan dia2 sekali...


Kalau malas nak berjalan untuk ke tempat main slide, masuk je dalam terowong ni..


Ulang alik ulang alik lah ya korang nak main slide tu..


Daim start dulu!
Yeayyy berjaya tak jatuh..


Dah puas main kat bawah, kami naik ke atas lagi pula dengan menggunakan chairlift.
Yang ni sightseeing package.
Kena add on 1,000 yen untuk naik ke atas dengan chairlift ni.
Subhanallah...pemandangan sungguh indah..


Takut sampai menjerit2  hah Ayyunie..
Saya pun takut  juga, giler tak takut naik curam sampai ke atas dengan chairlift ni..
Dengan sejuk yakmat lagi..
Tangan kebas pun gigih rekod dan ambil gambar.
Air mata sampai mengalir sebab sejuk sangat..


Tapi bila dah sampai puncak ni..
Subhanallah...indah sangat pemandangan ..
Lagi2 diseliputi salji kan..


Tumpang bergambar kat  olaf orang buat...hihi


Wahhh...bukan main happy lagi semua ya..


Budak3 yang excited..
Sejuk2 pun apa ada hal kan..


Cantik gunung kat belakang..


Bubuh salji dalam botol nak bawa balik Johor ke Daim...


Bukan budak2 je excited..
Yang dewasa pun excited juga..


Sejukkkkkkkkkkkkkkkkkk


The amazing view


Dah tak tahan sejuk kat puncak atas, kita turun bawah balik..


Tu ayah damia dengan Daim kat atas chairlift..


Dah turun bawah, apa lagi??
Sambung main slide lah..
Ayah Damia siap sewa lagi satu slide dengan bayaran 1,000 yen..


Tu dia...
Baru boleh race kan..


Nampaknya Daim dan Aleesya yang mendahului...


Masa kami pergi 24 Jan 2020 ni, kejap2 turun hujan, pastu panas balik..
Alangkah indahnya kalau turun snow fall kan..


Our hero!


Syukur Alhamdulillah dengan rezeki dan peluang ini.
Tak kira dimana, asalkan bersama keluarga tersayang..
Mudah-mudahan kami berpeluang dan ada rezeki lagi main salji tahun depan.
Kalini biarlah disertakan dengan snow fall pula..
Aaaamin.


Sedikit kenangan yang diabadikan dalam video untuk tatapan anak3 akan datang..
Happy watching..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::