Friday, January 17, 2020

5H4M bercuti di Osaka - Kyoto - Nara - Kobe - Hakodateyama Ski Resort


Ya Ampunn...
Dah nak masuk setahun dah travelnya pada cuti Tahun Baru Cina 2019 lepas...
Baru terhegeh-hegeh nak buat entry..
Apoooo lah kan..
Mentang2 lah insyallah cuti Tahun Baru Cina 2020 ni pun kami akan pergi bermain salji lagi (counting days dah ni), makanya bersemangatlah sikit nak buat entry cuti2 kami di Osaka pada tahun lepas.

Trip ke Osaka ni kami gunakan perkhidmatan travel agent untuk ground package sebab malas nak fikir tentang public transport yang berselirat tu. 
Walaupun awal2 lagi saya dah beli buku Road To Japan (RTJ) untuk study terutama bab laluan trains di Osaka, tapi rasanya macam susah pula nak masuk otak ni..haha..sebenarnya banyak benda lain lagi nak difikirkan.

Macam biasa, tiket flight dan apartment saya lebih suka cari dan booked sendiri.
Mengikut keselesaan yang kami perlukan.
Tambah2 lagi trip ke Osaka ni kami pergi bersama sekali kedua orang tua.
Dan ada pula Daim yang berusia 2 tahun lebih masa tu, memang faktor keselesaan kami titik beratkan.

Ok lah jom tengok itinerary ringkas kami sepanjang 5 hari 4 malam di Osaka.

28 Jan 2019 - Day 1
Tiba di Kansai Airport lebih kurang jam 9:45 malam. Tup tap tup tap lepaskan imigresen dan ambil beg, jam 10 lebih juga baru keluar dari Airport. Untuk transfer ke apartment, dah ada pihak tour yang menunggu kami. Itulah kelebihan ambil package. Kalau tak, terpaksa berkejar juga untuk last train nak ke apartment.

Safely arrived..
Alhamdulillah..

Kena naik train dari terminal kapal terbang ke terminal arriving..

Our tour guide dah menunggu..

Transport yang sangat selesa untuk 4 dewasa + 3 kanak2 (2,9,11 tahun)..
Btw keluar je dari terminal, dah terasa bahang sejuknya..
Bayangkan angin kuat, sampai bergetar2 pipi ni masa tu..
Tangan pun kebas, gigi pun rasa sengal masa ni..

Sampai apartment..
Sesi tour dan tunjuk dulu cara2 penggunaan tandas (paling penting) kepada anak2 serta che & ayoh.
Al-maklumkan tulisan Jepun semua, kang ada yang tersalah tekan butang nanti..haha
Btw suka tandas duduk Jepun tu sebab boleh keluar aroma bau, ada muzik dan panas je tempat duduk dia walaupun sempit...haha


29 Jan 2019 - Day 2
Harini kami akan cover Kyoto, Nara dan Kobe Full Day tour with dinner.
Dari Apartment, kami akan berjalan kaki hampir 15 minit untuk tunggu di pick up point iaitu Osaka OCAT. Santai2 je jalan sambil2 tengok gelagat orang2 Jepun di Osaka. Cuaca pun sejuk dingin je. Tak terasa langsung jalan kaki 15 minit.


Otw nak ke OCAT..
Nak buka mulut pun sayang sebab takut angin sejuk masuk mulut..haha


Daim selubung habis..
Takut dia tak tahan sejuk je walaupun baju dah berlapis2..
Kejong je dia dalam stroller..


Kyoto..


Jinak2 burung kat sini..


Pantang diberi makanan, pasti burung2 ni datang ajak geng dia sekali makan..
Sukalah Daim dapat pegang burung2 ni..


Arashiyama Bamboo Forest


Gigih Sheishonan ni bawa kami dengan tulang 4 kudrat dia naik pengangkutan tradisional Jepun ni..
Kat punggung diletakkan pemanas..
Kalau salji atau hujan, payung kat belakang tu akan dinaikkan..
Service dan layanan respectation memang 5 bintang saya bagi.
Bayaran 3000 yen perperson.


Dari Forest sampai ke luar jalan hah bawa kami..
Di Kyoto ni masih mengekalkan lagi ciri2 tradisi Jepun..
Nak sewa kimono jalan2 area sini pun boleh..


Kemudian bas bawa kami ke temple apa ntah namanya..
Kami hanya bergambar kat bawah ni je..
Manakala kaum2 lain yang berminat boleh pergi ke temple yang terletak bahagian atas..


Asalkan nak ambil gambar berdua je, mesti Daim menyelit..
Bertabahlah..

Kemudian bas bawa kami ke Nara Deer Park pula..

Banyaknya rusa2 kat sini..
Bersepah sana sini rusa yang dibiarkan hidup bebas.

Yang uniknya, bukan setakat makanan je rusa2 ni makan..
Semua dia bedal..plastik, sarung tangan, kertas semua diaorg makan..
Ko dah kenapa rusa2 sekalian?

Hati2..
Kadang2 rusa ni pun suka sondol orang..

Waktu kami pergi ni, siang lebih pendek dari malam..
So jam 5:30 camtu dah masuk waktu maghrib..

Kemudian bas bawa kami ke  Daerah Kobe pula..

Tanda dah sampai Kobe..

Our halal bento..

Bergambar kenangan di Kobe..


Dalam jam 10 malam, kami pun pulang ke apartment..
Nampak Turkey Ice Cream pula..
Terus berhenti beli sorang satu..

Ais krim Turkey ni lain dari Ais Krim biasa sebab tersangat lembut dan chewy..
Rasa susunya pun lebih dominan berbanding ais krim biasa..
Tekstur pun kuat, padat dan elastik..
Paling suka, sebab tak meleleh!

Tamat..balik apartment masak simple2 utk makan malam dan tidur..


30 Jan 2019 - Day 3
Harini kami akan ke Hakodateyama Full Day Tour  with lunch.
Sama juga, dari Apartment kami akan berjalan kaki hampir 15 minit untuk tunggu di pick up point iaitu Osaka OCAT. Kesian tengok kedua orang tua saya berjalan kaki lagi, maka untuk mereka berdua serta Ayyunie dan Daim, saya naikkan teksi.

On our way untuk main snow...
Boleh tahan jauh juga nak sampai sini..
Dalam 2 jam lebih naik bas tak silap..
Mujurlah dalam bas ada wifi dan usb port..
Tak lah boring sangat kan dalambas..

Di stesen kereta kabel sebelum naik kereta kabel ke atas..

Cantik pemandangan..
Semua salji memutih atas pokok, rumput2 dan tanah2..

Yeahhh, have fun guys..
Excitednya kamuuuuuuu..

Kenangan pertama kali main salji..
Ibu rela tak ada dalam gambar tau asalkan gambar korang nampak cantik..

Minta tolong ada mat salleh tu snapkan..
Ok lah hasilnya janji ada kenangan gambar kami sekeluarga..

Budak tak takut sejuk..
Korek salji macam korek pasir..
Dengan tak nak pakai sarung tangannya, tak nak pakai topinya..
Ok tak pe let it go!
Janji happy ya Daim..

First slide Daim..
Comel sangat momen ni..

Jet ski of the snow..
Ini bukan mimpi tapi realiti bak katanya che kepada kami..

Che & Ayoh macam tak percaya di usia mereka,berpeluang main salji..

Larat ke tu Daim heret kakak?

Kenangan yang tak mungkin mereka akan lupa katanya..

Love..

Memandangkan semua dah kesejukan, so kami pun masuk ke cafe yang disediakan untuk redeem voucher makan tengahari...tapi tiada satu pun yang halal..nasib baik bawa maggie cup boleh alas perut..dan juga kembara meals...so voucher tu kami guna untuk redeem beli air je lah..

Redeem fresh juice pula kat cafe lain..
Tu pun masih banyak lagi voucher yang tidak digunakan..


Dalam jam 7 petang, otw balik ke apartment, singgah kurumon market untuk cari lauk sikit..
Tapi kebanyakan pasar dah tutup awal sebab siang kan pendek..
Nasib baik ada 1 lagi kedai yang jual aneka salmon dan ikan masih buka..
So beli je lah salmon buat lauk..salmon pun murah2 je kat Jepun..
Selain tu singgah pasaraya juga beli buah2 dan sayur2..

Makan malam kami bersaksikan view part of Osaka..
Sup sayur dan telur, salmon grill serta telur dadar..
Ini pun dah cukup kenyang sangat kalau berada tempat orang..
Dah kenyang semua tarik selimut tidur..

31 Jan 2019 - Day 4
Harini adalah Osaka Free & easy Day Tour. 
Selalunya kalau saya ambil ground package, memang saya akan minta 1 hari free and easy untuk kami jalan2, shopping2, try naik trains, dan ke tempat2 yang memang dah aim tanpa melibatkan tour guide. Untuk tour ni, kami menggunakan Osaka Amazing Pass  (OAP). Boleh beli siap2 kat Malaysia. Saya beli di JTB Aeon Tebrau. Memang recommended sangat guna pass ni untuk melawat atau masuk ke 40+ free sightseeing sport/attractions di Osaka.

Jalan2 menghayati kesibukan dan keindahan di Dotonbori.

2 beradik yang tak tahan sejuk..

Keunikan kedai2 makan di Osaka..
Banyak replika replika besar..

Datang Osaka kalau tak ambil gambar kat Glico Man ni tak sah!

Kena pandai cari angle dan kreatif kat sini, baru gambar nampak lain..

Kebetulan kami pergi awal kat sini, so tak ramai lah yang beratur..

Hari free and easy ni, semestinya lah kami menggunakan train sepanjang hari..
See, ramai sungguh lah orang dalam train..

The Osaka Museum of Housing & Living..

Dalam ni masuk free je kalau guna OAP.
Tapi kimono tu kena sewa..
Tak silap 500 yen (dah lupa) utk 30 minit.
Free stokin putih tu..
Ok sangat dah tu kan..janji dapat pakai Kimono...Kat Jepun pula tu..

Untuk perempuan, banyak pilihan corak dan warna..
Kalau untuk lelaki rasanya warna hitam dan gelap2 je..
Tak pandai pakai tak pe,nanti staffs mereka akan pakaikan dan tolong ambilkan gambar lagi..

Dah pakai kimono, jangan lupa ambil gambar belakang juga..
Sebab kecantikan kimono juga terletak pada ikatan ""bunko bow" atau"bunko obi" tu..

Dalam museum ni, design rumah dan kedai2 macam dalam cerita Jepun dulu2..
Macam dalam cerita Oshin.. So ambil peluang lah bergambar sampai lebam kat sini..
Lagi satu keistimewaan kat sini, suasana akan bertukar sendiri jadi siang atau malam..

Pastu naik train lagi, turun train di kawasan Taman Tempozan hujan pula dah..
Nasib baik host apartment dah standby kan payung..
So memang haritu saja bawa payung sebab forecast kata hujan..
Memang betullah hujan..hihi.

Singgah makan nasi beriayani dulu sejuk2 ni kat indian cafe..
Ingatkan makan nasi beriayani, beras basmathi..
Rupa2nya tetap beras Jepun yang kontot2 bulat2 tu hah..
Nasib baik lauk2 lain semua sedap..
Udang masak apa tu sedap betul..

Kemudian kami pun ke Legoland Discovery Centre..
Masuk percuma je kalau ada OAP ni..

Ini tempat yang paling Daim suka lah kan..

Sampai muncung2 mulut siapkan lego hah..

Lepas tu saya dan anak2 juga ada naik Ferris Wheel ni..
Sebab hujan, gambar tak berapa cantik kalau kita ada kat dalam..
Dalam jam 5 petang, kami pun balik..
Dah tak larat sorang2..semua nak balik rehat dan tidur je..
Nasib baik juga train station dekat dengan apartment kami..
So tak lah menapak jauh sangat..

Semua dah balik..
Tapi saya dan ayah damia masih ada energy nak merayau2 lagi..
Nak cari cenderahati sebenarnya..
Tapi banyak kedai dah tutup awal pula..
Tu lah tak bestnya kalau gi bercuti musim salji..

Tetiba eh terjumpa pula kedai halal Kobe Beef ni..
Tersorok je dalam Kurumon Market tu..
So apa lagi, jom makan!

Dapat juga merasa halal kobe beef ni..
Harga RM1300+ termasuk tax..
Ya memang agak mahal, tapi sebab nak merasa, pejam mata je lah..
Nanti saya buat entry khas lain ya pasal Halal Kobe Beef ni..

01 Feb 2019 - Day 5
Sebelum jam 11 pagi kami check out dan tour guide datang ambil kami untuk transfer ke airport, kami jalan2 dulu dalam Kurumon Market untuk beli sedikit cenderahati. Tapi sebelum tu luggage semua dah siap, bilik semua dah bersihkan setakat yang mampu, sampah2 kena buang kat bawah tempat khas, tilam2 bantal2 simpan balik dalam almari...barulah senang hati nak shopping..

Kurumon Market ni banyak jual barang2 basah dan seafood..
Teringin sangat2 nak makan seafood yang macam2 dan besar2 tu..
Takut tak halal pula..
Bak katanya ayoh, seafood memang boleh makan, tapi sos, pencicah dan bahan2 yang diaorg bakar tu tak halal...betul juga..
Tapi terjumpa lah satu kedai muslim friendly ni..
Jual aneka tempura..
So apa lagi, haruslah makan kan..

Macam2 tempura ada..
Sotong, udang, ubi, bendi, cendawan dan lain2..

Murah ke mahal?

Kenangan di Kurumon Market..

Tiba masa untuk balik..
Ni dah sampai kat Kansai airport..
Beratur beg hah!

Mujurlah beg tak bertambah, sebab 1 beg makanan dah kosong..
So top up guna beg makanan tu je letak barang2 shopping..

Bye bye Osaka..
Orangnya baik2, tempatnya cantik2, suasananya nyaman2 dan cuacanya sejuk2..
InsyaAllah ada peluang kami sampai lagi Osaka..

Masuk je airport, cari tempat lunch dulu..
Ada 3 cafe halal dalam airport ni kalau tak silap..
Search google je senang atau paling cepat, install Halal Navi Japan untuk cari tempat makan halal di Jepun..

Kami pilih makan kat sini..

Feveret saya ni..
Nasi daging bulgogi..

Memandangkan flight jam kami 10 malam, so kami berehat dalam Kix Airport Lounge dulu 3 jam..

Kami pilih Japanese -Style -Room..
Yang ni pun saya akan buat entry khas ya nanti..

Bye2 Osaka..
Berakhirlah sudah cuti2  kami 5 hari 4 malam di Osaka..
Nanti kita jumpa lagi..
Terima kasih Allah atas rezeki dan peluang ni..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment