Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Wednesday, March 16, 2022

JJCM Melaka II Perkampungan Kuih Kampong


Tempat kepelbagaian kuih muih dari tradisional hinggalah ke kuih2 moden disini.
Rambang mata. Dan kuih2 yang kami makan pun sedap2. 


Bukan kuih muih je ada, macam2 makanan lain pun ada termasuk lah asam pedas.
Dekat papan tanda tu ada tertera harga set asam pedas.
 

Masa kami sampai dekat2 jam 12 tengahari..
Banyak pilihan kuih muihnya..
Ni pun ada lagi kuih muih yang masih belum ready..
Sentiasa top up kuih muih disini..
Sebab tu bukan untuk sarappan sahaja disini, tapi untuk ngeteh minum petang pun boleh.


Ni makanan kat sudut lain pula..
Ada pisang goreng, rojak tauhu, kuih bakar, dan macam2 lagi lah..


Untuk asam pedas, kami pilih set pari dan set tenggiri.
Add on kangkung goreng belacan.
Masa ni semua tak berapa lapar lagi..
So just ambil 2 set sahaja untuk rasa..
Sebab dah kekenyangan makan roti canai dan kuih muih dah..


Jujurnya kalau pengalaman kami makan asam pedas kat Melaka ni, memang selalunya kurang menepati citarasa. Ada yang letak lada hitam banyak lah, letak serbuk kari lah.
Tapi asam pedas kat sini memenuhi lah citarasa tekak kami, pekat, masam dan rasa 'asam pedas' tu..


InsyaAllah..kalau ke Melaka lagi, pasti kami akan singgah sini..
Banyak lagi makanan yang kami tak try..
Pagi2 breakfast kat bilik apaertment, kami pun order kat kedai ni melalui Grabfood..
Senang sebab banyak pilihan..


Boleh tonton video untuk tengok suasana disini..
Btw Talam Durian tu sedap..
Dan seri muka tu pulut dia ada pulut hitam..pun sedap..
Happy watching..







::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, March 14, 2022

JJCM Negeri Sembilan || Grobok Salai


Podehh oiii Podehh..
Sekali gaso pasti tak lupo..


Yoo.. Memang tak lupo punyoo..
Sebab dio punyo raso memang mantoppp.. 
Walaupun sambil makan sambil sik sik menahan podehh . 
Berjurai peluhhh hah...


Bagi peminat masakan lemak cili api salai, bolehlah cuba 'menahan kepedasan' disini. Highly recommended. Sedap secukup rasa. Macam2 makanan lain juga ada. Tempat besar dan selesa. Parking luas. Dah macam R&R ramainya pengunjung. Tadi ada persembahan busker juga.


Ada macam2 salai.. Itik salai, ayam kampung salai, keli salai, daging salai dan macam2 haiwan lah dimasak lemak cili api tu. Cuma sanggup tak sanggup je menahan pedas tu. Anak2 kata makan lauk saja tak ambil kuah pun dah pedas. Amboii yang korang makan ramen 3x pedas tu boleh pula tahan ya 


Macam-macam kek ada..
Bolehlah buat hilang pedas nanti dessert sejuk2 ni...


Kuih muih pun banyak pilihan...


Pilihan kami..
Total RM75..


Peringatan ikhlas dari kami, orderlah air minum lebih dari biasa. 
Kalau tak, boleh bawa gaduh oooo masa makan 


Nak bagi hilang pedas, kita sweet-sweet lah sikit..kih kih..


Senyum dalam kepedasan gitu...


Budak yang tak tahan kepedasan..
Makan pun sambil mulut ternganga..hahahaha
Cepat2 dia order air kelapa muda ni hah buatt hilang pedas..
RM5 sebiji kelapa...


Selalu baca orang kata kena beratur kalau makan kat sini..
Rezeki kami sampai hari jumaat haritu dalam 11 lebih tak payah beratur..
Walaupun orang ramai full house..


InsyaAllah..
Next time boleh repeat lagi makan kat sini..
Highly recommended..
Makanan semua cukup rasa..
Cuma untuk anak3 next time kena pilih lauk kurang pedas lah..


Sedondon pula Daim dengan papan tanda tu ya..


Lokasi keluar je Tol Pedas Linggi, terus belok ke kanan. 
Jalan terus dalam 2km, sampai. Susah2 Waze ada.


Selamat mencuba..






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, March 10, 2022

Celebrate birthday di Mohd Chan by The Garden


H. A. P. P. Y   B. I. R T. H. D. A. Y to:

My love..
My life..
My Imam.. 
My lover..
My best friend..
My laughter..
My soulmate...
My one and only..

on 8th March 2022.


Jauh celebrate hah..
Sampai ke Melaka..
Ni pun keputusan last minutes dah..


11 pagi buat keputusan..
12 tengahari start kemas2 luggage...
1 tengahari terus gerak..
Masa otw ke Melaka tu lah baru cari2 tempat nak celebrate kat mana..
Last2 Ayyunie jumpa kat google pasal tempat ni..


Ngam jam 4 lebih sampai sini,,
Terus order makanan...
Kiranya lunch dan dinner terus lah ni..


Cantik tempatnya untuk ootd kat sini..
Kami je yang tak sempat nak explore garden kat luar tu..
Al maklumlah, masing2 kelaparan dan kepenatan..


Aww...anak sulung bagi hadiah apa kat ayahnya tu..


Orang lain punya birthday, saya pula yang craving nak makan chinese food..hihi
Alhamdulilahh..sedap2 semua masakannya..
Tapi biasalah chinese food makanannya tak pedas2...
Total makanan yang kami order ni termasuk air RM198.80.


Ayyunie nak makan mochi..
Biasalah dia..
Peminat makanan Korea dan Jepun..


Kek ni beli kat Secret Recepi Ayer Keroh..
Sempatlah singgah membeli kek-kek kegemaran masing2 kejap..
Saya paling suka Chocolate Odyssey tu..
Ni saya yang suruh pihak restoran hidangkan dalam pinggan dia..
Dan pinjam lighter restoran juga untuk hidupkan lilin..


Alhamdulillah..
Sambut cara sederhana..
Dan ambil angin luar Johor sekejap..
Yang penting bersama orang tersayang..


Syukur Alhamdulillah..
Semoga panjang umur, sentiasa diperluaskan rezeki, dipermudahkan urusan, dikekalkan kesihatan yang optimum dan dilimpahi kasih sayang dan rahmat daripadaNYA...aaaminn..

p/s: Masih di Melaka dan hari ketiga di Melaka hari ini....




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, December 12, 2020

JJCM Melaka lagi || Halal Chicken Rice Ball



Wahhh uniknya Nasi Ayam kat sini..
Nasinya yang berbentuk bebola..
Hampir2 tertukar dah dengan bebola ikan..


Tempat ni pernah viral dan kebanyakannya artis yang buat review kat sini.
Boleh tengok gambar2 artis kat dinding tu..


Gambar2 VVIP pun ada juga...
 For sure harga nasi ayam kat sini ada mahal sikit...
Tapi rasa puas hati..


Hah ni lah nasi ayam bentuk bebola tu..
Lembut dan wangi je rasanya..
Harga 40 sen sebiji...


Ayam boleh pilih nak yang roasted atau boiled..
Mestilah kami pilih yang roasted kan..
Ni ayam separuh ekor..
Harga dalam RM 24++ camtu kalau tak silap..


Recommended.
Tapi Ayah Damia tak puas makan nasi bebola cam tu..
Last2 dia order tambah nasi yang biasa juga..
RM2.00 sepinggan..
Udang masak sambal Nyonya tu pun antara yang must try juga. 
Boleh pilih nak yang ada petai atau tak..
Harga dalam RM18++ gitu sepinggan..


1 for family album..


Dont worry..
Ada pengiktirafan Sijil Halal Dari Jakim dipaparkan...


Perut kenyang..
Hati senang..


Bukan main posing ya Daim..


Happy watching...



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, December 10, 2020

JJCM Melaka || Kari Kepala Ikan Hjh Rahmah



Konon nak makan Kari Kepala Ikan..
Sekali bila kepala ikan sampai, eh kenapa kuahnya warna merah macam masak asam pedas ni..
Ingatkan orang kedai salah hantar menu..


Macam2 Jenis ikan ada.. 
Harga sepotong isi ikan tu dalam RM18 ke atas.. 


Lepas tanya orang kedai tu, barulah tahu rupa2nya masakan Kari Kepala Ikan tu namanya adalah 'Asam Kari'.. Asam pedas yang di campur bersama serbuk kari.. Ok baru mengerti. Rasa? Bolehlah... Tapi lagi sedap Kari Kepala Ikan pior kot 😁. Harga kepala Ikan dalam RM40 ke atas.. Ni kami punya harga RM45. 


Selain Asam Kari, ada juga Asam pedas Lada hitam, Asam Pedas yang letak daun kesom dan Asam pedas macam2 lagi lah. Ayam masak kicap tu sedap sangat.. 


Kalau datang makan kat sini, jangan lupa order air tebu sekali.. Nyaman je air tebu membasahi tekak.. 


Tu lah org kata jauh berjalan, banyak pengalaman kan.. Jalan Jalan Melaka, dapat lah rasa pelbagai jenis Asam pedas.. 


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, December 8, 2020

Cuti-cuti Melaka selepas PKPB


Alhamdulillah..
Bandar Melaka dah tak jadi Ghost Town dah..
Viral sejak PKPB yang lalu Melaka sangat2 lenggang dan kosong..


Sekarang ni dah ada pelancong2 kita mula ootd dan jalan2 kat bangunan merah ni..
Kat Cendol Jam Besar pun penuh dah orang..


Pakcik2 beca pun dah ada yang mengayuh beca bawa pelancong2 kita..
Kat Melaka Chocolate House pun ada yang shopping dah..
Syukur..
Cuma tak lah seramai seperti dulu2..


Ni kisah holiday kami jumaat hingga ahad minggu lepas..
4 Dis 2020 hingga 6 Dis 2020..
Gantikan cuti2 Penang kami yang sepatutntya fly pada 3 Dis aritu...
Nasib baik Air Asia bagi pilih tarikh baru.
Harap2nya masa tu Penang dan JB dah selesailah fasa PKPB ni ya..

Yang kelakarnya, masa kami cuti2 kat Melaka ni..
Sekali Menteri umumkan yang Johor Bahru kena PKPB balik..
Adoiiilah..tapi dibenarkan rentas negeri..
So alhamdulillah..percutian yang berjalan lancar dan sangat smooth...


See...for sure anak3 lah yang paling happy holiday kalini..
Sebab dah lama berkurung kat rumah..
Lagi2 sekolah pun dah cuti awal..


Boleh tengok video yang dah mula ada yang datang jalan2 ke Bangunan Merah ni..


Leps dah posing2 kat bangunan merah tu, teru lintas jalan makan cendol kat Jam Besar ni pula..
Harga cendol Pulut - RM2.50
Harga Cendol Jagung - RM3.00
Or Vice Versa..ingat2 lupa dah harganya...


Daim order Jus Tembikai sebiji..
Harga RM10 sebiji.


One family for album..
Cantik pemandangan kat Sungai Melaka tu...


Belanja video sikit kot2 ada yang merindui Melaka..


Lepas makan cendol, kami ke Melaka Chocolate House pula..
Walaupun sebagai pengusaha coklat, tapi coklat2 lain pun kita nak beli dan rasa juga..


Walaupun tak ramai, tapi adalah customers dalam ni..
Musim2 tak crowded ni, memang syok berjalan dan bercuti..
Nak shopping pun senang..

Aleesya beli dark chocolate for sure..
Ayyunie beli chocolate perasa mango..suka dia coklat2 berperisa ni..
Dan Daim tak pandang pun coklat, dia lagi excited tengok mainan2 dalam tu..
Sudahnya dia beli puzzle Upin Ipin..


Dah selesai jalan2 di Bandar Melaka..
Kami terus check in di Hatten Hotel..
Kami pilih Studio Suite..Harga RM192 included tax.

Senang ada 2 TV cam ni..
Anak3 nak tengok cerita diaorg..
Ayahnya nak layan HBO/ Vision Four..


Boleh tahan luas jugalah biliknya..


Bilik air pun boleh tahan luas...


Jus Tembikai Daim tak habis2 lagi..
So tapau bawa masuk hotel..


Amboi..bukan main bos cuti2 pun still layan customer..
Alhamdulillah...
Tu Daim kusyuk pasang puzzle dia baru beli..


Dah berehat..solat...
Kami meneruskan misi seterusnya...
Iaitu Shopping...


Anak3 sebenarnya yang shopping sakan..
Ibu sekadar beli kasut riadah, seluar, cardigan, baju2...eh macam banyak juga..haha
Jalan kaki je kami dari hotel ke Dataran Pahlawan dan Makhota Parade tu..



Dinner kami di Seoul Garden dalam Mahkota Parade..


Rasanya last kami makan2 kat Seoul Garden ni 2-3 tahun lepas kot bersama students..
Ni pun harga dah naik RM50++ untuk dewasa...
Eh ke dah lama naik? Haha..
Tapi SOP tetap dijaga walaupun buffet..
Wajib pakai mask dan sarung tangan yang diberi masa ambil makanan di kaunter..


Pandai Daim time mula2 sampai nak makan dia bangun ya..

Then balik bilik rehat...


Malamnya tu kami naik ke tingkat paling atas di Hatten Hotel ni..
Tingkat 22..
Alto sky lounge untuk lepak2 tengok view Melaka..
Pergi lounge pakai baju kelawar ada apa hal kan..haha..


MasyaAllah..cantik sungguh pemandangan..
Dengan sinaran cahaya berkilau-kilauan..
Anak3 siap kira lagi berapa banyak beca2 yang bewarna warni sedang bergerak di tepi2 jalan....
Dah lah angin sejuk sepoi2 kat atas ni..
Memang family bonding sungguh masa ni..


Masuk bilik, anak2 kata lapar pula..
Adoilah...Travel dan makan2 berpisah tiada..


Pagi esoknya..
Morning walk dengan ayah Damia dan Daim..
Both Damias malas nak ikut...lebih rela lepak dalam bilik lepas solat subuh budak2 ni..

Lepas morning walk, terus ke tingkat 11 untuk breakfast buffet..
Banyak sungguh pilihan makanan yang ada..




Dan yang paling ditunggu2 oleh anak3...
Splash time, swimming time..
Semua wajib pakai mask..
Kecuali yang main dalam air je...
Yang tunggu anak2 tepi tebing air pun diwajibkan pakai mask juga..


After check out dari Hotel...
Memang dah aim nak datang sini..
Tak dapat pergi Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang pun tak pe..
Yang dekat Madam King's ada kat Melaka ni...
Harga memang boleh tahan murah barang2 nya..


Shopping sorang2 je ni..
Yang lain semua tunggu dalam kereta..
Tak sanggup nak tunggu ibu kalau pergi tempat2 cam ni katanya..
Haha..habis tu dah banyak barang cantik2..
Haruslah rambang mata kan..


Lepas tu sambung borong gula melaka Madam Yap pula..
Details nanti saya buat entry lain ok..

Maka, kononnya tamatlah sudah percutian kami ke Melaka haritu..
Sekali eh eh, unplanned punya holiday..
Kami sambung bercuti di tepi pantai kawasan kampung pula..

Next entry ok...
Stay tune..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::