Showing posts with label Bukit Merah. Show all posts
Showing posts with label Bukit Merah. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

Lamanya tak pergi bercuti || Nikmat bercuti satu family cukup korum!!!!

And finally keluarga besar mertua saya bersama ipar duai dan biras saya semuanya dah sampai Sabah pagi tadi..

Walla, cukup semua dari atuk, nenek, anak dan cucu semua pergi..
Ayah damia ada 8 adik beradik..
So yang tak pergi kalini cuma family abang ayah damia-BIL saya (anak no 2) dan family ayah damia jer lah (anak no 3). Yang lain2 excited tgh bercuti di Sabah sana. Naik flight kat LCCT jam 6 pagi tadi..

Dah lama tau diaorg rancang percutian ni. Masa Air Asia buat promo bulan Feb lepas..
Siap ada group family dalam whatapps utk rancang itu ini sebelum ke Sabah. 
Tapi apakan daya, since balik Umrah bulan Feb lepas, memang saya dan family tak sempat nak bercuti kemana2 pun since kami sangat-sangat sibuk dengan Coklat IQ-CocoDamia..
Banyak yang perlu dibuat utk CocoDamia ni sebab ia masih baru dipasaran. 

Hopefully dalam masa terdekat ni saya dan ayah damia dapat merancang percutian bersama anak2..
Kalau tak sebelum tu sebulan 1-2 kali wajib cuti2 kan..


Kenangan bercuti ramai2 di Perak (Bukit Merah) bulan 6 tahun lepas..
Cukup Korum dari anak no 1 sampai no 8..
Dari cucu no 1 sampai cucu no 9..
Dari menantu no 1 sampai menantu no 4..
Opsss, saya kebetulan ni baru balik dari Bandung. Tidur sehari di Bangi terus ke Perak. 
Tu beg dari Bandung, Baju dari Bandung..hihi


Dan saya percaya orang yang paling happy kalau berkumpul cam ni adalah ibu dan ayah mertua saya..
Dapat tgk anak2 berkumpul cukup korum depan mata dan masa holiday pulak tu..
Lagilah org tua suka kan..
Kalau tak berkumpul masa Hari Raya jer lah kan jawabnya..


Oh ya, kalau saya tak dapat "cuti2 family cukup korum" sebab sibuk dengan Coklat IQ..
BIL saya pula sebab baru jer balik bercuti dari Vietnam pada 30 Mac hingga 1 April.
Lepas tu counting days utk cuti2 ke Padang pula tak silap..
Ni BIL saya bercuti di vietnam bersama keluarga mertuanya.
So cuti2 ni memang perlukan duit cash yang banyak jugaklah kan..


Ni saya cilok dari fb BIL saya..
Hihi..syok juga ya cuti2 vietnam..
Bukan sahaja boleh shopping malahan banyak pengalaman baru yang boleh dijadikan kenangan..

Ok, nampaknya saya kena redeem dulu voucher2 percutian saya 2D1N ke USS dan juga ke Melaka..
Baru boleh rancang cuti2 ke tempat lain..
Kalau tak jadi macam tahun2 lepas lah..
Voucher expired begitu sahaja..
Kan rugi dah namanya!!!

p/s: Uolsss pernah tak bercuti satu family cukup korum ke mana2?? Bestkan...ramai2 naik flight atau konvoi kereta.. pastu saling bertepuk tampar antara satu sama lain..



Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, November 9, 2012

Bukit Merah Laketown || Hotel, apartment atau chalet???

 Kalau ke Bukit Merah Laketown Resort..
Pasti bermain2 di fikiran nak stay di hotel?? Apartment??? atau Chalet atas air??

Ni review saya stay di bilik hotel (dari deluxe upgrade ke superior)
Kebetulan masa tu agoda.com ada buat promosi harga bilik deluxe, tapi dapat bilik superior..
So, apa lagi...grab cepat-cepat..


Ok memula kami dapat bilik tingkat 2..
Jenuh juga nak mengangkut barang semua..
Dah lah lift yang comel tu satu sahaja..
Asalkan budak2 gembira, tak kira apa jua..

Tu lah rupa tingkap bilik kami..
Walaupun nama hotel..tapi bilik ala2 resort punya..
Tak macam hotel kat KL yang kami tidur sebelumnya..
Luas pemandangan, jauh mata memandang..:)


Kalau tidur hotel, mesti ada bathtubnya..
Barulah lengkap percutian sekeluarga.
Mainan Ayyunie memang dalam ni sahaja..
Pagi petang siang malam tak kira masa..:))


Ni pula area ala-ala wardrobe..
Hanya dipisahkan oleh sehelai langsir..
Lepas mandi bolehlah tualaku drop-drop..
Sambil menelek tubuhku bersinar bak pasir..:))


Seronoknya mereka wahai sang puteri-puteriku..
Si Sultan pula penat dah nak beradu..
Yang permaisuri pula sibuk ambil gambar sini situ..
Apa nak buat, ada idea boleh masuk blog daku...:))


Tambahan sofa memang memikat..
Bolehlah salah seorang puteri baring sambil berehat..
Bilik superior memang menyebabkan ku terpikat..
Kalau ada peluang lagi, pasti ia destinasi dalam hati yang terpahat..


Toileteries wajib disnap dulu..
Itu tandanya bukti ku sampai sini dulu..
Bukan setakat snap malahan masuk dalam bagku..
Tanda ingatan kami disini dalam rak rumahku..


Ya Allah, kami langsung tak tahu..
Rupanya ada tilam lagi di bawah katil puteriku .
Bukan main jakun lagi tgk tilam yang berdouble itu..
Al-maklum ler kat rumah katil queen kepunyaan puteri2ku..


Stop gurindam kejap erkk..
Tengah snap2 tu...
Boleh pulak org hotel call kata kami kena pindah bilik..
Sebab bilik kami tu ada renovation kat atasnya..
Then ada kebocoran sikit kat toilet..
Kami pun pergilah check..ah ah memang ada kebocoran sikit..tapi sikit jer..
Dah org suruh tukar...tukarlah kaminya..
Katanya kat tingkat 1, sebelah swimming pool...
Dengar swimming pool terus cakap ya!!! haha..
Kengkonon senang bebudak nak main kat situ..


Kalau bilik tadi ada sofa...
Bilik yang ni pula diganti dengan meja makan..
Wahhh lagi ok kot..
Sebab kebetulan kami pun ada beli makanan siap2 kat kaki bukit nak naik Bukit Merah ni..
Oh yer..don't worry guys...kedai makan banyak sangat kat situ..
Anytime nak keluar pun boleh beli makanan sebab malam2 memang ada restoran tomyam..
Nampak meriahlah jugak..


Parking kereta pun senang sahaja..
Semuanya depan mata..
Kalau ada tertinggal benda..
Tak payah naik lif turun lif kerana memang mudah semuanya..


Puteri Bongsu dah tak sabar-sabar
Menanti hari esok dengan penuh debar..
Kerana sibuk ajer nak naik bot besar..


Puteri sulung pun apa kurangnya..
Tunjuk nak naik itu dan ini juga..
Ya Ya Ibu tahu si kakak pun memang teruja...
Ok lah sampai sini sahaja gurindam tak jadi saya...ekekeke

Review hotel:
Rasanya sangat selesa dengan kami yang ada anak 2 kecil, anak2 dapat tido tilam masing2..tak payah bazir duit nak minta extra bed, bilik air walaupun tak luas sangat tapi semua cukup lengkap, nak makan pun selesa sebab ada meja makan...bilik jenis memanjang dan bukan jenis lebar atau segiempat tepat..so senang anak nak berlari sana sini...haha..lagi satu kat sini sejuk bangat malam2...terpaksa bangun malam2 tutup aircond...hihi..ok lah tu jer kot...

p/s: Kalau sesiapa ada pernah buat review stay kat apartment atau water chalet kat Bukit Merah Laketown ni, please tinggalkan link kat komen yer..insyallah, kami akan pergi lagi kat sini...sebab aritu tak puas tak boleh main semua entertainment yang ada dalam ni..

p/s: Apa2 pun bab makan kat stall yang jual guna kupon tu best!! ABC best....laksa kaw kaw pun best...

p/s: Oh yer, gambar saya saja edit biar nampak klasik gitu..hehe







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Friday, November 2, 2012

Bukit Merah Laketown Resort || Opsss binatang apakah itu dalam ECOPARK???


Opppsss!!!
Tak habis lagi cerita Bukit Merah Lake Town aritu..
Ok..jom sambung..
Sambungan dari naik "chair lift" ..


Lepas sampai di station Chair Lift di hujung sana, kami berhenti dan terus ke Ecopark..
Sebelum tu kami sempat bergambar 1 keluarga...
Tak bawa tripod punya pasal, letaklah kamera tu atas kayu2 tu...
Gerun gak jatuh ke apa kan..
Dan ni lah satu2nya gambar kami sekeluarga..
Tak clear pulak tu..aduiii...tapi bolehlah nak dijadikan kenangan..:)


Selain dari bilik2 hotel dan juga apartment..
Ada juga chalet2 cantik dan unik di Kampung Air ni..
Wahhhh sangat cantik tau view tu..
Sesuai kot utk pasangan yang nak berhoneymoon..
Berdasarkan harga chalet ni dalam pemplet yang ada kat bilik hotel kami, ratenya bermula dari RM700 ke atas..


Yeayyyy dah sampai Ecopark..


Sebelum masuk Ecopark, beli dulu sayur-sayur utk disedekahkan pada binatang2 dalam Ecopark tu..
Btw Ecopark ni maksudnya zoo cuma, zoo ni mengekalkan habitat binatang2 tu..
Jalan pun atas jambatan tau...


Tengah jalan2 tu, tetiba saya sangat terkejut dengan bearcat yang tetiba muncul datang nak bermanja-manjaan dengan saya...terkojattt mak!!!


Alamak, lupa pulak nama scientifin binatang ni..
Tapi bukan main agresif tau binatang ni..
Kalau kita bagi makanan, siap berebut2 dan tolak2 sesama dia lagi..
Amboiiii, bukan main lagi..


Tengok itik ayam kat bawah tu...Burung merak pun ada..


Gambar "dia" ni lagi...haha


Bearcat tgh tidoooo...zzzzzz


Rama2 yang diawet..


Apalah si ayah tgh tunjuk kat anak2 tu yer..


Port paling both Damias suka ni..
Bagi makan kat rabbits dan hamsters..


Opsss...ok lah ada lagi gambar bersama family..
Ni setting letak kamera atas sangkar hamster..
Yang hamster tu pulak sibuk jer nak gigit stripes CANON tu..sabo jer lah..
Tu yang kami gelak2 tu...ekekek


Kasih ibu hingga ke syurga..
Ungka pun sayang anak tau...:)


Eeeeeee...tak senonoh, mak ungka minum susu sendiri...:)


Belajar rantai makanan....:)
Si ayah tanya "helang makan apa"??
Both Damias pun jawab " snake"!!!! hihi


Pastu reramai tgk animal show pulak..
Btw rasanya sama jer Animal show kat A famosa, kat Zoo Johor dan Zoo Melaka (setakat yg pernah pergi)..Agaknya memang ada akademi kot utk latih binatang2 ni buat benda yang sama...:)
Oh yer, Zoo Singapore tak ingat pulak....rasanya ada beza sikit..


Burung pun tau 3 + 32 dapat berapa..
Memang sah masuk akademi burung2 ni..hihi


Dah lepas round2 kat Ecopark, balik semula ke station Chairlift yang mula2 kami naik tadi..
Wahhh penuh bergaya saya yer..ekeke


Snap2 gambar ayah damia dan Aleesya guna my Iphone..:)


Sepanjang atas Chairlift tu, kat bawah2 tu memang sakan ler nampak budak2 main air kan..
Ayah damia kata patutlah tak secure sangat chairlift ni, sebab kalau jatuh pun jatuh dalam air jer...muahahaha..bijak-bijak...

Ok lah sampai sini cerita Bukit Merah Laketown kami...nanti buat entry hotel yang kami stay tu yer kat sini....memang luas dan berbaloi2...:)

p/s: Baju both Damias dan baju saya adalah beli di Bandung...Baju saya jenama H&M...haha...nak jugak cakap tu..sebab jenama H&M kan tgh naik sekarang ni...:))))






 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, October 25, 2012

Bukit Merah Laketown Resort || Terujanya naik "KERUSI TERGANTUNG"


Ada apa di Bukit Merah Laketown ni??
Macam2 aktiviti ada..
Mula2 masuk dalam resort, kami semua dah teruja..
Terutama both Damias, nampak itu teruja tunjuk itu, nampak ini teruja tunjuk ini..

Btw kami tak sempat pun nak mencuba semua permainan dan aktiviti yang terdapat dalam Bukit Merah Laketown ni...agaknya kalau nak cuba main semua permainan yang ada, 4 hari 3 malam kot baru habis..hihi

Kebetulan kami check in pun dah lambat...jam 6:30 petang baru check in...
So decided malam tu just rehatkan badan dan minda selapas seharian meeting di Kuala Kangsar..
Both Damias pun memang tido awal malam tu sebab excited cakap bangun pagi2 esok terus gi main2..



Kami, di depan bilik hotel..
Seawal 8 pagi dah keluar sebab excited nak cuba permainan2 yang ada..
Yang pasti kami takkan main water theme park sebab memang tahu takkan sempat punya dengan waktu check out jam 12 tengahari nanti..


Menapak dari bilik hotel ke Cafe utk sarapan..
Lebih kurang 5 minit gak berjalan..
Tapi best sebab pemnadangan tak habis nak pandang..:)


Sarapan buffet..ada pilihan nasi lemak, kuew tiao goreng, mee kari, bubur, roti2 dan macam2 lagi lah..


Tak pukul 9 lagi dah habis breakfast...
Nak gi beli tiket2 permainan...sekali tgk kaunter belum bukak laaaa..
Alahai...kul 9 pagi baru bukak...
So posing2 dulu..


Posing manja dari kami..:)
Lepas kaunter dah buka, kami pun bergerak ke kaunter tiket..
Tips nak dapat tiket murah, ambillah pakej combo..
Kami tak boleh ambil pakej combo sebab rata2 permainan semua bukak jam 10 pagi..
So kami hanya ada 2 jam sebelum check out kul 12 tengahari..
See, betapa ruginya masa disitu kan..
Jadi kami hanya beli tiket ala-carte sahaja..
Sebab takut tak sempat nak main kalau beli tiket pakej combo..
Kami beli tiket "Chairlift" dan " Ecopark"


Sementara tunggu kaunter "Chairlift" buka, kami ambil kesempatan round2 sekeliling dulu..
Wahhh ramai betul rombongan dari sekolah2 masa ni..
Agaknya lepas UPSR dan PMR kot..
Ni di hadapan pintu masuk water theme park..


Yeayy...dah boleh naik "Kerusi tergantung" atau "chairlift" sudaa..
Tempat nak naik Chairlift ni kat belakang2 dan agak tersorok..


Taraaa...ni lah kerusi tergantung tu..
Saya mula2 agak runsing juga both Damias nak naik chairlift ni..
Sekali diaorg yang lebih excited daripada saya...wahhh..
Nampak sangat saya ni ada darah gumuruh tempat tinggi..
Suami dan anak2 relax jer..
Tapi palangnya tak berapa secure tau..
Sebab palang tu hanya tutup berdasarkan magnet sahaja..
Yang bestnya tu nak naik chairlift ni kena cepat2 sebab kerusi ni takkan berhenti walaupun masa kita nak naik..utk kanak2 don't worry sebab akan ada org yang bantu dukung mereka dan cepat2 letak atas kerusi tergantung ni..


Taraaaa...saya tak gayat lah..siap senyum2 lagi tu..
Btw tak tinggi sangat pun kerusi tergantung ni..
Perasaan jer takut sebenarnya..
Btw DSLR dengan ayah damia...so gambar2 saya jer lah banyak naik chairlift ni..
Saya snap2 gambar Ayyunie ngan ayah damia guna Iphone jer..hehe..ok gak kan..
Panjang juga perjalanan kerusi tergantung ni...
Dari hujung sini sampai ke Ecopark hujung sana..
Puas hati naik...anak2 suka, kami ibu ayah pun wajib lah seronok juga kan..:)

Ok lah, nanti sambung lagi..

p/s: Ketinggian kanak2 utk naik Chairlift ni adalah 90cm ke atas...kalau tak memang tak boleh naik..





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!